Sebaik
sahaja pelayan restaurant mengambil pesanan makanan mereka. Mikhail dan Datin
Zai hanya mendiamkan diri tidak tahu hendak memulakan perbualan. Terasa janggal
tiba-tiba.
“Mikhail
selalu ke restaurant ni?” tegur Datin Zai memulakan bicara.
“Tidak
selalu, ini restaurant kegemaran papa,” jawab Mikhail mendatar cuba melihat
reaksi mamanya.
Datin Zai
terkedu bila Mikhail berkata demikian. Ya ini memang restaurant kegemaran bekas
suaminya dahulu. Masakan dia boleh terlupa restaurant ini, kereana setiap kali
mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan dahulu, bekas suaminya selalu
membawanya kemari. Walaupun restaurant itu sudah di tukar milik beberapa kali.
Tapi pemilik restaurant itu masih mengekalkan konsep restaurant yang asal. Papa
Mikhail seorang lelaki yang baik. Dan kerana dia terlalu baik lah yang
membuatkan Datin Zai tidak menghargainya. Datin Zai mengenali lelaki lain, dari
kenalan biasa menjadi lebih dari biasa dan akhirnya dia mengambil keputusan
untuk berpisah dengan papa Mikhail dan berkahwin dengan kekasih hatinya. Dia
bahagia pada awal perkahwinan di kurniakan cahaya mata perempuan. Tapi
kebahagiannya itu hanya sementara bila suami yang di sangka romantis itu sudah
mula mengadakan hubungan dengan wanita lain ketika anaknya baru berusia 4
tahun. Sejak dari hari itu hubungan mereka suami isteri menjadi rengang. Datin
Zai seakan tawar hati dengan suaminya dan menyesal meninggalkan papa Mikhail.
Hendak di ceritakan kepada Mikhail tidak berguna lagi kerana salah dirinya
juga. Balasan yang di terima kerana menyakitkan hati orang yang menyayanginya
termasuk lah Mikhail. Dia menyesal sendiri. Sungguhpun Mikhail masih lagi
mengaku bahawa dia adalah ibu kandungnya akan tetapi hubungan mereka tidak
mesra dan dingin.
“Papa mik sihat,”
soal Datin Zai cuba menahan sebak. Dia masih sayangkan bekas suaminya kerana
dia mengaku hanya bekas suaminya itu yang memahami hatinya. Bekas suaminya itu
sudah bernikah dan bahagia dengan isteri barunya.
“Alhamdullilah
sihat,” jawab Mik ringkas seraya membetulkan kedudukannya.
Pelayan kembali
menghantar makanan yang di pesan. Mikhail melirik kearah blackberry di mejanya
bila BBnya tiba-tiba bergegar perlahan.
Hi J
Mikhail
tersenyum sebaik sahaja menerima whatsapp ringkas dari teman baru watsappnya.
Hi, how are you? J
I’m bored to dead L
Really? I tempted to said that too but I
can’t.. I’m with my mum having lunch J
Wah you so bad..how can you said that.
It’s your mum.
Haha yes. It’s complicated. She left me
when I was 8 years old.
Aku
mengerutkan dahi bila Mikhail berkata demikian. Oh poor thing! Tidak menyangka
lelaki yang ku temui 2 minggu lepas yang kelihatan calm and compose itu
dibesarkan tanpa kasih sayang ibunya. Aku mula merasa kasihan pada Mikhail.
I know how you feel. It’s kind of
awkward right.. after so long you met her again.
Yup it is. Any tips how to tackle this awkward
situation?
Aku
tersenyum bila Mikhail meminta tips dan pandangan dari aku. Well dulu aku
pernah curahkan rasa hati secara tidak sengaja kepadanya. Mikhail memberi aku
nasihat walaupun bukan nasihat yang aku ingin dengar iaitu memutuskan hubungan
dengan Shafiq. Namun aku tidak menafikan ada benarnya apa yang dinasihatkan
Mikhail. Yelah pandangan orang lelaki yang tidak suka memanjangkan masalah dan
membebankan fikiran. Jadi giliran aku pula untuk membantu Mikhail untuk
memperbaiki hubungannya dengan ibunya. Jari ku pantas menaip sesuatu memberinya
tips untuk menangani situasi demikian.
Ok tips yang pertama. You tak perlu
ungkit kisah silam kerana kita tidak dapat mengubah dan memutarkan masa untuk
kembalikan keadaan dulu. Bygones be bygones. Selamatkan hubungan you dengan ibu
you sekarang. It’s not too late. Sebagai anak yang baik, you cuba perbaiki
hubungan you dengan ibu you.
Taipku
panjang lebar.
Mikhail
tersenyum bila membaca message yang diterima dari Farah. Ada benarnya apa yang
di katakan Farah. Dia sememangnya tidak menyimpan dendam pada mamanya kerana
meninggalkannya ketika usianya masih kecil. Dia sudah di biasakan hidup
berdikari pada usia muda. Semenjak dia berusia 12 tahun lagi, papanya sudah
menghantar dia ke sekolah berasrama penuh di Singapura. Sehinggalah dia tamat
pengajian di sekolah. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Harvard
Universiti di US. Mikhail sudah biasa berdikari dan boleh hidup tanpa
pertolongan dan bantuan sesiapa.
Thanks, it’s kind of helpful. Any other
tips? J
Aku
tersenyum membaca reply message dari Mikhail.
Tips yang kedua. It’s rude to message
other people when you are going out with someone. J
Mikhail
tergelak kecil membaca message terakhir dari Farah. Mamanya yang sedang duduk memerhatikannya
sedari turut terperanjat bila Mikhail tiba-tiba ketawa dan merasa lucu membaca
message yang di terima.
“Sorry Ma, where are we just now?” ujar
Mikhail seraya berdehem kecil. Menyedari kesilapannya. Yelah dia tidak melayan
mamanya malah sibuk membalas message dari Farah. Betul apa yang di katakan
Farah tadi.
“It’s ok, message dari someone special?”
usik Datin Zai bila melihat Mikhail tersenyum sejak menerima message dari tadi.
“She is special,” jawab Mikhail tersenyum
lagi. Maksud dia “Special” bila mengingati cara perkenalannya dengan Farah.
Lucu. Semuanya kerana salah faham. Tidak menyangka mereka kekal menjadi teman
watsapp.
“I see,
bila Mik nak perkenalkan your someone special to mama,” soal Datin Zai lalu
menyuap potongan steak ke dalam mulutnya lalu di kunyah perlahan. Dia mahu
memperbaiki hubungannya dengan Mikhail. She wants to be part of his son life.
Sudah banyak yang dia miss. Dia mahu menjadi mama kepada anak lelakinya
walaupun dia tahu dia sudah jauh ketinggalan. Tapi dia tahu dia masih punya
harapan untuk berbuat demikian jika Mikhail mengizinkannya.
Mikhail
tersentak bila mamanya berkata demikian. Kenalkan Farah pada mamanya. It’s not
possible. Farah bukan teman wanitanya. Accidentally friend. Dia tidak mahu
mamanya tersalah anggap.
“It’s not possible,” jawab Mikhail perlahan
dia mencapai garfu dan pisau untuk memotong ribeye steak di hadapannya.
“Mustahil
kenapa?,” soal Datin Zai kurang mengerti akan maksud Mikhail. Bukankah tadi
Mikhail mengatakan dia wanita istimewa. Masakan Mikhail tidak mahu
memperkenalkan kepadanya. Adakah kerana Mikhail menganggap dia tidak penting
dalam hidupnya.
“It’s not like that, she is just an acquaintance
not really my girlfriend, we just enjoy each other company that’s all,”
jawab Mikhail memberi penjelasan kepada mamanya. Dia tahu mamanya akan terasa
hati bila dia memberi jawapan sebegitu awal tadi. Pasti mamanya menganggap dia
tidak penting dalam hidupnya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment