Next
romantik filem pilhan ku. Chasing Liberty (2004). Filem lakonan penyanyi yang
memiliki suara lunak dan juga pengacara remaja Disney Channel, teka siapa?
Siapa lagi kalau tidak Mandy Moore. Selain dari memiliki suara lunak, Mandy
juga punya bakat berlakon dan salah satu filem romantik lakonannya yang aku
suka ialah Chasing Liberty. Kenapa aku sukakan filem ini, sebab lokasi
perfilemannya yang di pilih iaitu di Venice, Prague dan beberapa tempat di
Europe, dan juga haha aku meminati pelakon kacak yang melakonkan watak utama
dalam filem ini Matthew Goode. Bukan sahaja Matthew memiliki wajah yang kacak
suaranya juga macho. Hehe tak percaya cuba dengar. Masa perfileman ini Matthew
baru berusia 26 tahun dan masih muda berbanding filem Leap Year dimana Matthew
berusia 32 tahun dan juga matang.
So
mari kucerita kenapa aku suka filem ini:-
Siapa
kata menjadi anak kepada orang penting seronok? Bagi Anna Foster (Mandy Moore) anak
tunggal kepada Presiden Amerika Syarikat James Foster tidak begitu
menyeronokkan dan merasa hidupnya terkongkong. Hidup Anna tidak pernah sunyi
kerana dia senantiasa ditemani ramai ejen pengawal peribadi kemana sahaja dia
pergi. Dan kerana pengawasan itu telah merosakkan hubungannya dengan seorang
pelajar lelaki yang di minatinya kerana ejennya menyangka kawan lelakinya itu
cuba mencederakan Anna ketika mereka makan malam bersama. Anna merasa tertekan
kerana tidak di beri kebebasan seperti remaja lain. Anna meminta ayahnya iaitu
Presiden Amerika untuk memberinya perlonggaran dan bersetuju dengan ayahnya
bahawa hanya 2 ejen yang boleh menemaninya iaitu Morales dan Weiss ketika
mereka sekelurga pergi bercuti di Europe.
Ayahnya
bersetuju dengan permintaan Anna dan hanya dua ejen untuk menjadi pengawal
Anna, dan kod rahsia perkhidmatan yang digunakan khas untuk Anna (Liberty). Di
Prague, Anna dan rakannya Gabrielle menghadiri konsert hanya di temani Morales
dan Weiss, ketika berada di konsert Anna mendapati bahawa ayahnya tidak
menepati janji kerana Anna mendapati terdapat ramai ejen yang ditugaskan untuk
mengawasi dirinya, kecewa dengan sikap ayahnya yang telah melanggar janji Anna
meminta bantuan Gabrielle. Dengan bantuan Gabrielle, Anna berjaya melarikan
diri dari ejen ayahnya. Dia luar teater dia meminta bantuan Ben Calder (Matthew
Goode) mengatakan bahawa dia di kejar seseorang. Ben melarikan Anna dengan menaiki
motosikalnya dan mereka berhenti di Pub dimana Anna telah berjanji akan bertemu
dengan Gabrielle. Tanpa pengetahuan Anna, Ben adalah salah seorang ejen Perkhidmatan
Rahsia yang kebetulan sedang bercuti di Europe, dan dia telah memberitahu ejen Weiss
dan Morales di mana beliau berada. Bila memeriksa latar belakang Ben dan
khidmatnya pada negara dan juga mengetahui akan kehendak Anna, Presiden mengarahkan
Ben untuk menjaga Anna tanpa mendedahkan identitinya yang sebenar, untuk
memberi Anna ilusi kebebasan dengan jaminan keselamatan di bawah jagaan Ben.
Percaya
bahawa dia bebas dari sekumpulan ejen ayahnya, Anna merasa lega dan mahu
mencuba rasa kepuasaan kebebasan yang dia tidak pernah perolehi. Ben yang
ditugaskan untuk menjaga Anna terpaksa melayan karenah Anna agar Anna tidak
hilang dari pandangannya. Anna yang tidak terkawal itu memanjat atas bumbung
untuk menonton opera Offenbach yang ditunjukkan dalam plaza. Keesokan harinya,
Anna menelefon ibu dan ayahnya. Pada mulanya ayahnya merasa lega kerana anak
perempuannya selamat, tapi nada suaranya berubah bila mendapati kelakuan Anna
yang tidak dapat di terima dan mengarahkan dia pulang ke hotel segera. Marah pada
ayahnya, Anna memutuskan dia akan pergi ke Parade Cinta di Berlin. Ben yang
menyangka bahawa tugasnya selesai kerana menyangka Anna akan di jemput pengawal
peribadinya terpaksa mengikut Anna bila dia menaiki kereta api untuk ke Berlin.
Di dalam keretapi Anna dan Ben bertengkar kerana Anna tidak mahu pulang ke
keluarganya. Anna mengatakan kepada Ben bahawa dia tidak perlukan teman untuk
ekpidisinya dan dia boleh menjaga diri sendiri. Di dalam keretapi mereka
berkenalan dengan McGruff, seorang lelaki yang gila-gila dan meletakkan sticker
6 millions man kemana sahaja dia berada bertujuan suatu hari mereka akan
ternampak sticker tersebut dan ia akan mengembalikan memori indah dan
membuatkan mereka tersenyum. Ben mendapati bahawa mereka telah menaiki kereta api
menuju ke Venice dan bertentangan dari Berlin.
Di
Venice, Ben menghubungi ejen Weiss dan Morales dimana mereka berada. Ben
menyertai Anna dan McGruff bersama-sama meneroka bandar. Selepas menyedari McGruff
menipu mereka dengan memberi sticker dan mencuri dompet mereka. Bila menyerdari
beberapa pelancong mengenali Anna sebagai anak President Amerika, Anna dan Ben
melarikan diri tanpa membayar makanan terlebih dahulu. Tanpa wang dan dalam
keadaan terdesak mereka memberitahu pendayung Gondola yang baik hati iaitu
Eugenio, bahawa mereka adalah pasangan yang baru berkahwin tanpa restu keluarga
kerana mencintai di antara satu dengan lain. Eugenio merasa kasihan dan
membenarkan mereka menaiki gondolanya secara percuma, Ben mencium Anna bertujuan
menyembunyikan dia dari pengejar mereka. Apabila Eugenio mendapat tahu bahawa
"pasangan pengantin" itu tidak mempunyai tempat tinggal, Eugenio
mengajak mereka ke rumahnya, di mana mereka adalah dialu-alukan oleh ibunya,
Maria. Anna menyangka Ben menyukainya dan merasa keliru bila Ben menunjukkan
dia tidak bermaksud apa-apa.
Keesokan
harinya, Eugenio menghantar mereka ke sempadan Austria, Weiss dan Morales menjejaki
mereka hingga ke rumah Maria dan mendapat berita dari Maria bahawa Anna dan Ben
telah berkahwin, mereka melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Anna itu. Kecewa
pada penolakan Ben, Anna menaiki trak semasa perjalanan menuju ke Prague,
meninggalkan Ben mengejar dia melalui kawasan luar bandar Austria. Anna tiba di
jambatan, di mana beliau bertemu dengan sekumpulan rakyat Jerman, yang meminati
sukan bungee jumping. Ben tiba di jambatan dan mendapati Anna mahu mencuba
bungee jumping. Ben tidak membenarkan Anna melakukannya seorang dan hanya
membenarkan Anna berbuat demikian jika dia bersetuju melompat bersama. Anna dan
Ben menyertai kumpulan itu bermalam di kem dan bila salah seorang dari mereka
mahu menjemput Anna ke khemahnya Anna mengatakan tidak kerana dia mahu bersama
dengan Ben. Bila menyedari Ben tidak merasa cemburu Anna mengambil keputusan
untuk pergi kepada lelaki jerman itu. Ben akhirnya mengakui perasaannya
terhadap Anna dan mereka menghabiskan malam bersama-sama. Pada Parade Cinta, ketika
Ben menelefon Weiss, Anna terdengar akan perbualannya dan mengetahui identity
Ben yang sebenar. Merasa diri di khianati dan kecewa Anna melarikan diri dari
Ben. Anna diganggu oleh sekumpulan orang-orang yang mengenalinya. Dan Ben
menyelamatkan dia dari diganggu dan menyerahkan Anna kepada pegawai yang
menjemputnya pulang ke Amerika Syarikat.
Ketika
di bersiap sedia untuk ke kolej, Anna mendedahkan kepada ibunya bahawa dia
patah hati dan kecewa. Di kolej, dengan bertemankan Weiss dan Morales yang
merancang untuk berkahwin dan masih melindungi beliau, Anna melihat pelekat 6
Million Man yang mengingatkan beliau akan pengembaraannya di Eropah. Semasa percutiaan
Krismas, Anna kembali ke White House dan ayahnya memberitahu Anna bahawa Ben sudah
meletakkan jawatan sebagai ejen di dalam Perkhidmatan Rahsia dan bekerja
sebagai jurugambar di London. Semasa program pertukaran ke Oxford University
Anna melawat Ben pada opera, di mana Ben mengaku bahawa dia cintakan Anna dan
begitu juga Anna. Ben membawa Anna mengelilingi kota London menaiki
motosikalnya dan hanya di temani dua ejen. The End.
Aww
sweet kan romantik sungguh bercinta dengan bodyguard. Selain dari Chasing
liberty kepada sesiapa yang sukakan cerita romantik yang ada tema-tema bercinta
dengan bodyguard silalah tonton “The Bodyguard” (1992) lakonan Kevin Coastner
dan Whitney Houston (romantik thriller filem) soundtrack box office dengan lagu
“I will always Love You” dan “First Daughter” lakonan bekas isteri Tom Cruise
iaitu Katie Holmes.
No comments:
Post a Comment