Aku berdiri di hadapan Ariel yang
sedang duduk menunggu ku di lobby. Ariel memerhatikan aku dari atas hingga ke
bawah. Aku tidak peduli bila dia memandangku sedemikian. Bukan dia tidak pernah
lihat aku berpakaian seksi malah berpakaian lebih seksi dari ini pun dia pernah
nampak sebelum ini.
“Betul you tak salah address?,”
soalnya lagi tersenyum sinis lalu mengenakan raybandnya.
“I don’t appreciate your sarcasm,
so if you don’t want to help, I can find my way there,” jawabku kerana tidak
dapat menahan marah bila dia terus-terusan menyindirku.
Ariel berhenti melangkah bila aku
berkata demikian mungkin terperanjat dengan jawapan yang kuberikan. Dia
memalingkan badannya lalu berjalan mendekatiku dan sengaja berdiri betul-betul
di hadapanku. Aku menelan air liur bila Ariel berdiri begitu hampir dengan aku.
Trying to be cool. Kalaulah aku di KL sudah lama bibir Ariel ku kucup. Aku
peduli apa. I’m bold. But then again no point kerana sekarang aku hendak
berubah. Hendak menjadi wanita yang baik.
“I’m trying to save you from
embarrassment, but I forgot that we are strangers, why do I care so much,”
jawab Ariel lalu berjalan meninggalkan aku. Aku terpana seketika bila dia
berkata demikian. Apa maksud Ariel, he’s trying to save me from embarrassment.
Am I talking to the same Ariel Ahmad.
****
Seperti yang aku telah jangkakan
perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam itu kami tidak bersuara sepatah apa
pun. Masing-masing hanya membuat hal sendiri seolah-olah tiada sesiapa yang berada
di dalam kereta selain diri sendiri. Aku sebenarnya malu pada Ariel sungguhpun
dia snob namun dia masih sudi juga untuk menghantar aku ke alamat yang aku beri
walaupun aku berkasar padanya. Kalau dia beritahu aku reason kenapa dia berkata
demikian kan
ke bagus taklah bengang. Dia juga yang cari pasal dengan aku tadi dan malam
kelmarin. Ariel memerlahankan kelajuan keretanya lalu membelok ke kiri pintu
gerbang menuju ke kampong Baru. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Kalau aku
lah pergi sendiri pasti sesat. Apa taknya rumah yang hendak ku tuju itu ulu
sangat dekat dengan felda kelapa sawit. Hairan macamana pula Ariel tahu arah
alamat rumah tersebut. Hendak kata dia gunakan GPS tak ada. Aku memandang ke
kiri bila ternampak sebuah rumah yang kelihatan agak usang di tengah-tengah
ladang kelapa sawit tersebut. Oh please jangan cakap rumah itu yang dimaksudkan
Miera. Tak hidup aku. Aku mengeluh lega bila Ariel tidak memberhentikan
keretanya di rumah tersebut malah dia memandu menuju ke dalam lagi. Dia
membelok ke kanan tertera No. 15 Kampung Baru. Berderet-deret rumah sebuah-sebuah
kelihatan di kiri dan kanan jalan kampung tersebut. Jauhnya tempat jin
bertendang betul. Ada
rumah kampung betul dan tak kurang juga rumah kampung modern yang diperbuat
dari batu. Aku menarik skirtku bila menyedari baju yang ku pakai tidak sesuai dengan
cara hidup orang kampung. Aku menjadi tidak selesa. Ariel tersenyum sinis bila
aku berbuat demikian. Aku tahu dia menyindir aku. Menyesal pula tidak
mendengar tegurannya tadi. Ariel memberhentikan keretanya di sebuah rumah batu
yang sederhana besar yang cantik terjaga. Pintu rumah tersebut tertutup rapat.
“Ini
rumahnya?,” soalku kerana Ariel tidak berkata apa sebaik sahaja dia
memberhentikan keretanya di hadapan rumah tersebut.
“Yes,”
jawabnya ringkas tanpa menoleh ke arahku.
“Macam
tak ada orang aje?,” ujarku masih lagi berada di dalam keretanya. Kerana
keadaan rumah tersebut sunyi seperti tiada orang di rumah. Jendela dan pintunya
tertutup rapat.
“Pergi
tengok, beri salam...?,” ujarnya dengan wajah kurang senang.
“I
tak retilah, nak cakap apa ‘Hello anybody home’,” ujarku selamba.
Ariel
mendengus perlahan bila aku berkata demikian. Dia kelihatan teragak-agak dan mengambil
masa agak lama sebelum dia mengambil keputusan untuk menanggalkan tali
keledarnya. Dari riak wajahnya aku dapat merasakan bahawa dia agak keberatan
untuk keluar dari kereta.
“Assalamualaikum,”
ujarnya seraya mengetuk pintu rumah tersebut.
Ok
Assalamualaikum. Ujarku lalu menepuk dahi bila menyedari kesilapan ku. Beri
salam pun tak tahu. Rosak aku ni. First time aku mendengar Ariel memberi salam.
Not bad.
Seketika
kemudian pintu rumah tersebut di buka dari dalam. Seorang wanita muda berwajah
manis berkurung merah jambu menyambut Ariel di muka pintu. Wanita itu kelihatan
terperanjat tatkala terpandang akan wajah Ariel. Wanita itu berkata sesuatu
tapi tidak dapat ku dengar kerana suaranya agak perlahan, wanita itu segera
mencapai tangan Ariel untuk bersalaman lalu menciumnya. Airmata wanita muda itu mengalir laju. Ok
that’s weird, What’s happening. Why she’s crying? Aku mengalihkan pandangan
kearah Ariel. Lelaki itu kelihatan cuba mengawal perasaannya dalam situasi
demikian. Ok it’s even more strange. Ariel sedih. Wanita itu tidak melepaskan
tangannya dari terus memegang tangan Ariel seolah-olah tidak mahu Ariel pergi dari
sini. Dan Ariel pula cuba
memujuk agar wanita tidak menangis dan dia kelihatan seperti tidak sabar lagi
hendak meninggalkan rumah tersebut. Ariel menoleh ke arahku seraya memberi
isyarat supaya aku keluar dari kereta. Aku menurut lalu membuka pintu kereta.
Aku mencapai bag pakaian dari tempat duduk belakang lalu menuju kearah Ariel
dan wanita muda itu berada. Wanita muda itu cuba tersenyum ketika menyambutku walaupun
jelas matanya masih lagi basah dengan air mata.
“Assalamualaikum, saudari ni
mesti Dania,” tegur wanita itu lembut lalu bersalaman dengan aku yang masih
lagi terpinga-pinga dan keliru akan kejadian sebentar tadi.
“Ya, saya Dania temannya Miera,
betul ni rumah Ustazah Mariam,” soalku memandang ke wajah ayu wanita muda itu
yang kelihatan sedih.
“Ya betul, mak ke kebun sekejap
lagi dia balik, cik Dania jemputlah masuk dulu,”
Aku mengangguk perlahan. Mataku
terarah kewajah kacak Ariel yang masih lagi berdiri tercegat di muka pintu.
Lelaki itu memandang wajahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Wajahnya
kelihatan sayu dan sedih. Kenapa? Kerana dia hendak berpisah dengan aku?
Impossible?
“Thanks, Ariel,” ujarku perlahan.
Aku sebenarnya ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku namun mulutku terasa berat
untuk bertanya pada Ariel. Ariel kenal akan wanita itu?. Kenapa wanita itu
menangis? Apa kena mengena wanita itu dengan Ariel? Pelbagai persoalan bermain
di benak fikiranku. What’s the story?
Ariel tidak menjawab malah
menganggukkan kepalanya perlahan.
“Maaf ye Dania, Dania duduk
dulu,” ujar wanita itu tergesa-gesa meninggalkan aku duduk sendirian di sofa
manakala dia berlari mendapatkan Ariel yang sudah pun mengatur langkah menuju
kearah keretanya.
“ABANG!,” jeritnya bila Ariel
hendak masuk ke dalam keretanya.
Ok. I have to see what’s happening.
Tanpa menghiraukan cadangan tuan rumah supaya aku duduk diam di kerusi, aku
berjalan perlahan menuju ke arah jendela lalu mengendap di celah-celah jendela kerana
ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di luar.
“Jangan beritahu sesiapa Anis,” pesan
Ariel ringkas lalu memasuki perut kereta. Ariel menghidupkan enjin keretanya
tanpa menoleh kearah Anis dia meninggalkan pengkarangan rumah tersebut tinggalah
wanita muda itu sendirian.
Amirul memberhentikan langkahnya bila
perasan ada sebuah kereta BMW hitam yang tidak dikenali nombor platnya berada
di hadapan rumahnya. Siapa yang datang? Bisiknya dalam hati. Amirul mempercepatkan
langkahnya untuk segera sampai kerumah kerana ingin tahu siapakah tetamu yang
datang. Jantungnya seakan berhenti berdegup bila terpandang akan wajah lelaki
yang kelihatan berdiri di samping kereta tersebut tidak lain dan tidak bukan
adalah abang kandungnya Ariel yang telah hampir 7 tahun menghilangkan diri. Ariel
pulang bisiknya perlahan. Amirul cuba memanggil Ariel tetapi lelaki
itu sudah pun memasuki perut keretanya dan belum sempat Amirul mengejar
mendapatkannya, kereta Ariel sudah pun jauh meninggalkan pengkarangan rumahnya.
“Anis, itu abang Ariel kan?,”
ujar Amirul dengan nafas turun naik kerana kepenatan.
Anis hanya mampu menganggukkan
kepalanya perlahan kerana kehilangan kata-kata. Dia masih dalam keadaan terkejut
kerana dia tidak menyangka akan dapat bertemu dengan Ariel setelah hampir 7
tahun Ariel menghilangkan diri tanpa khabar dan berita.
bersambung...
No comments:
Post a Comment