Aku
menyedut fresh oren lalu melemparkan pandangan kearah luar. Pinggan berisi nasi
campur hanya terluak sedikit. Hatiku tidak merasa senang. Walaupun Shafiq dan
mama tidak perasan cincin di jariku itu adalah cincin tiruan namun aku masih
lagi tidak senang hati selagi tidak berjumpa dengan cincin yang asli. Aku
tidak mahu terus menerus menipu mama dan Shafiq. Mana perginya cincin zamrud
aku. Orang curi? Ah tidak mungkin kerana aku hanya menanggalkan cincin tersebut
bila berada di rumah. Kenapalah aku cuai sangat. Bagaimana aku tidak dapat
berjumpa langsung akan cincin itu. Aku harus memberitahu mama dan Shafiq.
Bagaimana reaksi mereka bila mengetahui cincin moyang Shafiq telah hilang.
Adakah mereka dapat menerima alasan aku. Pening bila memikirkannya.
Aku
mencapai handphone bila ianya berbunyi.
Hi there? How? Do you manage to find the
ring?
Aku tersenyum sebaik sahaja
membaca message tersebut. Siapa lagi yang tahu aku kehilangan cincin kalau
tidak Mikhail.
Belum lagi. L
Mikhail menaip sesuatu.
Oh dear! I’m sure you will be able to find
it, if you can trace back when the last time you have seen the ring.
Aku tidak
menyangka Mikhail turut risau akan kehilangan cincin aku. Kalau dia tidak risau
dia tidak akan bertanya. Aww you so sweet lah Mikhail. How I wish my fiancée
also sweet like you. But he is not. Dia lebih sweet dengan orang lain. Dengan
aku dia sour plum. Aku tidak mahu memikirkan soal Shafiq kerana aku tidak punya
ruang untuk memikirkan tentang Shafiq. Aku risaukan cincin yang hilang.
Sure,
will do. BTW thanks for your concern. J
No worries! Take care. J
Aku
tersenyum lagi bila membaca pesanan watsapp Mikhail. Mikhail sudah pandai
meletak emoticon di whatsappnya.
“Hi dear,
message siapa tu?,” tegur Shafiq bila dilihat tunangnya itu tersenyum memandang
kearah handphonenya.
Aku
tersentak bila Shafiq tiba-tiba menegur. Cepat-cepat aku delete message dari
Mikhail. Lalu menyimpan handphone ke dalam bag. Shafiq duduk berhadapan dengan
ku.
“Mia,”
bohongku. Mana mungkin aku cakap Mikhail yang message aku. Nak mati. One thing about perangai lelaki yang aku tahu. Mereka boleh buat tapi wanita tidak boleh, walaupun berkawan biasa sahaja. pfft. Biased.
“Mia??, you
dah bestfriend balik dengan Mia ke?” soal Shafiq lagi sambil membelek-belek
menu di hadapannya.
“BFF,
forever and ever,” jawabku acuh tak acuh seraya menyedut fresh orenku. Betul ke
aku BFF dengan Mia? Semakin hari semakin aku tidak senang dengan Mia bila dia sengaja
menganggu Shafiq dengan alasan dia sepupu Shafiq. Orang lain pun ada sepupu
juga. Tak adalah lorat macam mereka berdua ni. Kalau bersama macam pasangan
kekasih. Tak agak-agak. Tahulah mereka rapat sejak kecil dah namanya sepupu
kan.
“Apa yang
sedap kat sini?,” soal Shafiq lalu menyentuh tangan Farah. Dia tahu Farah tidak
suka bila nama Mia disebut-sebut selalu.
“Semua
sedap,” jawabku malas hendak menyarankan makanan mana yang sedap terdapat di
restaurant tempat kami makan.
“Hmm betul
semuanya sedap ok,” ujar Shafiq dia menoleh kearah kaunter lalu melambaikan
tangannya kearah salah seorang pelayan untuk membuat pesanan.
“Ya abang
nak order apa?
“Saya nak
nasi ayam penyet..mee goreng basah..sup kambing..fish & chips..air
belimbing dan pulut hitam,” ujar Shafiq lalu tersenyum.
Aku
mengerutkan dahi bila Shafiq membuat pesanan demikian. Dia gila ke nak order
semua yang terdapat di menu tersebut.
“Untuk
berapa orang bang?,” soal pelayan itu ingin tahu.
“Untuk saya
seorang, kakak ni cakap semua sedap kat sini,” jawab Shafiq dengan wajah tak
bersalah. Dia menyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan itu.
“Dik cancel
semua yang abang tak berapa betul ni order, yang dia nak hanya air belimbing
dengan nasi ayam penyet itu aje, terima kasih,” ujarku sebelum pelayan itu
berlalu membuat pesanan di dapur. Shafiq hanya tersenyum bila aku berbuat
demikian.
“Kenapa ni
macam tak de mood aje jumpa I,” pujuk Shafiq bila dilihatnya Farah kelihatan
tensed sejak dia datang tadi. Selalunya Farah gembira bila bertemu dengannya
kerana sejak kebelakangan ini mereka jarang bertemu. Dia sibuk dengan tugas
manakala Farah pula jarang mahu keluar pada hujung minggu.
“I tak
berapa sihat tu aje,” jawabku lalu menyedut baki fresh oren ku sehingga habis.
“Hendak I
hantar you ke klinik,” ujar Shafiq seraya menyentuh tangan Farah lagi.
“It’s ok,
tak serius mana pun, selsema biasa,” jawabku perlahan. Entah kenapa tetiba
sahaja aku minta cuti setengah hari dan tujuan aku hendak berehat di rumah
tidak tahu kenapa pula aku boleh menyuruh Shafiq bertemu dengan aku hari ini.
Shafiq pula tidak banyak tanya bila aku minta dia berjumpa. Selalunya banyak
sahaja alasan yang di berikan kepadaku bila aku mahu makan tengahari bersama
dengannya.
“You tak
sibuk hari ni?,”
“Untuk you
sayang I akan tinggalkan semuanya and come run to you,” jawab Shafiq lalu
tersengih.
Hendak
tergolek aku bila Shafiq berkata demikian. Aku sakit ke Shafiq yang sakit?
Belum pernah dia tutur ayat sedemikian padaku.
Nasi ayam
penyet Shafiq dan air belimbing terhidang di meja.
“Serius
ok,” ujarku sebaik sahaja pelayan yang menghantar makanan Shafiq pergi.
“I pun tak ada
mood kerja lepas balik out-station dari Jakarta itu hari, so bila you call I
terus jumpa you,” jawab Shafiq tersenyum lagi. Dia mencapai sudu dan garfu yang
tersedia. Dia menyudu sedikit nasi lalu di suakan ke mulut Farah.
“No
thanks,” jawabku perlahan. Aku hanya memerhatikan Shafiq mengadap makanannya
dengan begitu selera sekali. Memang tidak di nafikan nasi ayam penyet di
restoren ini terkenal dengan kelazatannya. Tapi hari ini seleraku benar-benar
hilang.
Aku tidak
tahu kenapa pertemuan aku dengan Shafiq hari ini, aku tidak begitu teruja.
Kenapa? Apakah perasaan aku terhadap Shafiq sudah mula pudar. Mustahil kerana
aku sayangkan Shafiq. Ah mungkin aku terlalu fikiran disebabkan kehilangan
cincin tunang. Mana perginya cincin itu? Aku tidak akan merasa tenang selagi
cincin itu tidak ketemu. Adakah ini petanda tidak baik. Kerana aku seorang yang
berhati-hati. Mana mungkin cincin sepenting itu boleh ku hilangkan.
“Kenapa
dear? Apa yang you fikirkan, menung jauh dari tadi,” teguran Shafiq membuatkan aku
tersentak selagi lagi. Aku mengeleng kepala perlahan.
“Lepas
makan ni you hantarkan I balik ok dear, I nak rehat di rumah,” ujarku perlahan.
Tidak sabar rasanya aku hendak pulang berehat di rumah. Otakku berserabut
memikirkan tentang cincin yang hilang.
“Ok I
temankan you kat rumah,” jawab Shafiq lalu tersenyum bila tunangnya mahu terus
pulang ke rumah walaupun dia bertujuan bertemu dengan Farah kerana hendak
mengajak tunangnya itu pergi menonton wayang.
“It’s ok,
anyway it’s not nice if you hang around my house, kita keluar lain hari ok
dear,” pujukku kerana aku tahu Shafiq pasti tidak puas hati kerana aku tidak
dapat menemaninya menonton wayang. Kepalaku tengah pening dan berserabut. Jika
aku keluar pun aku tidak punya mood langsung.
“Sayang,
you ginilah, bila I ajak you keluar you jarang hendak ikut, you tunang I, kalau
I keluar dengan perempuan lain you marah pulak,” sindir Shafiq tanpa memandang
kearah tunangnya Farah.
“Excuse me!
you suka kalau I keluar dengan lelaki lain,” jawabku geram kerana Shafiq tidak
mengerti akan maksudku bahawa aku tidak berapa sihat dan hendak berehat. Kenapa
Shafiq tidak boleh memahami keadaan aku.
“You ada
lelaki lain ke sayang??” soal Shafiq selamba kepada Farah.
Aku
tersentak bila Shafiq bertanya soalan sedemikian. Lelaki lain? Mana ada lelaki lain. Aku
hanya ada dia seorang. Bukankah dia tunang aku. Kenapa Shafiq tiba-tiba bertanya.
“Apa maksud
you lelaki lain?” soalku cuba mengawal intonasi suaraku agar tidak mencetuskan
kemarahan Shafiq.
“Yelah you
tak pernah menjawab balik pada I dengan jawapan sedemikian, you tak pernah
mengugut I sebegitu,” jawab Shafiq dengan wajah selamba. Nasi ayam penyet yang
di santapnya kelihatan tinggal sedikit.
“You jangan
nak macam-macam,” jawabku sambil lewa. Aku menjeling kearah Shafiq yang sedang
leka bermain dengan telefonnya. Aku tidak pula bertanya dengan siapa yang dia
berbalas message sedari tadi.
bersambung....
No comments:
Post a Comment