Pilihan
romantik movie ku seterusnya bertajuk “Leap Year” 2010. Atau “Tahun Lompat”.
Setiap empat tahun kita akan bertemu pada Tahun Lompat. Bulan Februari pada
tahun lompat punya 29 hari. Jadi kepada sesiapa yang lahir pada tahun lompat
terpaksa menunggu empat tahun untuk menyambut ulangtahun mereka. Alright kenapa
aku sukakan movie Leap Year kerana ianya bertema romantik komedy dan juga
kerana aku begitu meminati pelakon kacak Matthew Goode yang memiliki suara
macho dan pelakon jelita Amy Adams.
Meh
ku ceritakan:-
Kecewa
tidak dilamar dengan teman lelaki beliau yang sudah bersama dengannya
bertahun-tahun. Anna Brady (Amy Adams) mengambil keputusan untuk ke Dublin,
Ireland. Dimana Jeremy menghadiri seminar di sana. Anna yang percaya dengan
tradisi Ireland sekiranya teman lelaki tidak melamar. Dia boleh melamar teman
lelakinya pada hari 29 February iaitu pada tahun Lompat dan mengikut tradisi
lelaki yang di lamar itu harus menerima lamaran si kekasih. Anna bernekad untuk
melamar teman lelakinya Jeremy. Dalam perjalanannya ke Dublin. Pesawat yang di
naikinya terpaksa mendarat di Cardiff, Wales kerana keadaan cuaca dan ribut
yang melanda tidak mengizinkan pesawat mendarat di destinasi asal. Anna
mengupah sebuah bot untuk membawanya ke Cork, tetapi tahap ribut memaksa beliau
mendarat di Semenanjung Dingle. Beliau meminta bantuan Declan O'Callaghan (Matthew
Goode) penjaga rumah tumpangan dan juga pemilik pub untuk mendapatkannya teksi
agar dia boleh meneruskan perjalanannya ke Dublin sebelum 29 February.
Dalam
keadaan terdesak juga Declan bersedia memandu Anna ke Dublin bila mendapati
pubnya akan ditarik pihak bank sekiranya dia tidak dapat menjelaskan hutang dan
tawaran Anna akan memberi €500 kepada sesiapa yang bisa membawanya ke Dublin
membuatkan Declan bersetuju. Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang
perjalanan ke Dublin. Dimana Declan yang tidak menyukai Anna kerana menganggap
wanita itu Superficial dan Anna tidak menyukai Declan kerana menganggap lelaki
itu sombong dan tidak menghormati wanita, disebabkan kedegilan Anna yang cuba
menghalau lembu yang menghadang jalan raya kerana ingin segara sampai ke
Dublin. Dia terpijak taik lembu dan kerana terperanjat dia tersandar di kereta
dimana Declan terlupa untuk menarik brek dan membuatkan keretanya terhumban di ke
dalam tasik. Anna memarahi Declan kerana cuai dan tidak bertanggungjawab.
Dengan berkasut platform peep toe Louboutin Anna berjalan kaki berharap dapat
menumpang kenderaan yang lalu lalang. Anna menahan van yang lalu bertujuan
untuk menumpang. Mereka menyuruh Anna memberi bagasinya dahulu dan sebaik
sahaja kesemua bagasi Anna berada di dalam van mereka memecut tanpa Anna.
Anna
dan Declan akhirnya sampai disebuah pub di mana mereka menemui tiga lelaki yang
mencuri bagasi Anna. Declan berjaya mendapatkan balik bagasi Anna dan kedua-dua
mereka dihalau keluar oleh pemilik pub. Anna dan Declan akhirnya sampai ke
stesen kereta api setelah penat berjalan kaki. Anna membeli ticket untuk ke
Dublin. Dan kerana keretapi yang bakal di naiki hanya sampat 2 jam. Declan
membawa anak ke anak bukit dimana terdapat sisa istana lama. Disana Declan
menceritakan sejarah istana tersebut kepada Anna. Kerana terlalu leka melihat
keindahan di atas bukit mereka tertinggal keretapi. Bila melihat Anna begitu
kecewa. Penjaga stesen keretapi mengatakan dia punya bilik untuk disewa dan
keduanya bersetuju untuk bermalam di sana. Penjaga stesen keretapi yang
konservatif itu percaya bahawa Anna dan Declan adalah pasangan suami isteri.
Anna dan Declan terpaksa berpura-pura bahawa mereka adalah pasangan suami
isteri demi untuk mendapatkan tempat berteduh. Bila pemilik rumah itu bertanya
nama mereka. Mereka berdua mengatakan 'Brady' dan 'O'Callaghan', untuk tidak
mencurigakan mereka, Declan mengatakan nama mereka 'O'Brady - Callaghan.
Keesokan harinya, mereka meneruskan perjalanan disebabkan ribut hujan batu mereka
berlindung di sebuah gereja di mana perkahwinan sedang diadakan, menyangka
bahawa mereka adalah tetamu majlis, mereka diminta menghadiri majlis resepsi
dimana pengantin perempuan memberi ucapan kepada pasangannya yang memberi kesan
di hati Anna. Anna mula ragu akan perasaannya terhadap Jeremy dan membuatkan
dia mabuk kerana terlalu banyak minum. Anna menyedari dia mula tertarik pada Declan.
Sebaik
tiba di Dublin, mereka singgah di sebuah taman yang menuju ke arah Hotel
Jeremy. Declan memberitahu Anna akan sebab mengapa dia berkelakuan demikian.
Ini kerana dia pernah kecewa dalam bercinta dan bekas tunangnya melarikan diri
bersama teman baiknya. Sejak kejadian itu dia tidak percaya pada cinta. Anna
bersimpati dengan nasib Declan dan menasihatkan Declan untuk mengambil balik
cincin milik keluarganya yang diberikan kepada bekas tunangnya. Apabila mereka
tiba di hotel Jeremy, Jeremy memberi kejutan bila dia melamar Anna di lobby
dalam keadaan terpaksa Anna menerima lamarannya. Declan menyaksikan lamaran Jeremy
dan keluar meninggalkan Anna tanpa mengambil upahnya.
Sekembali
di US, Jeremy mengadakan majlis pertunangan di rumah barunya. Anna mendapat
tahu bahawa Jeremy melamarnya kerana mahu mengambil perhatian pengurus
kondominium bahawa dia ingin membelinya dan bukan kerana dia cinta dan bersedia
untuk hidup bersama dengannya. Anna merasa kecewa dan mengambil keputusan untuk
menghidupkan alarm kecemasan. Anna bertambah kecewa bila Jeremy berusaha
menyelamatkan barang-barang berharga sebagai keutamaan. Anna meninggalkan
Jeremy.
Anna
kembali ke Semenanjung Dingle di County Kerry, di mana Declan berjaya menyelamatkan
pub/restorannya. Anna melamar Declan dan memberitahu Declan bahawa mereka tidak
perlu membuat rancangan. Declan meninggalkan Anna dan berlalu. Melihatkan
Declan pergi tanpa berkata apa dan mentafsirkan bahawa ini sebagai penolakan
Anna meninggalkan restaurant Declan dan berjalan hingga ke tebing yang
menghadap laut. Declan menegurnya dan berkata “Mrs. O'Brady-Callaghan, where the hell are you going?” dan melamar Anna
mengunakan cincin keluarganya dimana dia berjaya mendapat balik dari bekas
tunangnya di Dublin. Anna menerima lamaran Declan. The end.
Selain dari
cerita yang romantik to the max ni, lokasi perfileman yang di adakan untuk
filem “Leap Year” ini di gambarkan di Ireland benar-benar breathtaking. So
kalau tengah feeling-feeling romantik. Jangan lupa menonton “Leap Year”.
No comments:
Post a Comment