Aku
duduk terperap di dalam bilik sejak sarapan pagi tadi. Kononnya nak sambung
tidur sebab semalam aku tidak dapat tidur dengan lena. Mata tidak mahu tidur.
Ustazah Mariam selepas sarapan sudah ke kebun sayurnya bersama Ustaz Ahmad.
Amirul pula ke Bandar ingin menguruskan sesuatu makanala Anis sibuk menyediakan
hidangan tengahari. Aku pula biasalah. Aku di lahirkan dan dibesarkan di UK lagipun aku
sering dimanjakan oleh pembantu rumah. Jadi aku tidak biasa membuat kerja
rumah. So jangan salahkan aku kalau aku tak tolong Anis. Bukan tak hendak
membantu cuma tak biasa. Rumah Anis tak ada microwave dengan instant food.
Semuanya hendak di sediakan. So aku tak biasa. Ni sekarang aku tengah
memikirkan bagaimana hendak mandi kerana rumah Anis tidak ada water heater.
Boleh ke aku hidup di kampung. Oleh kerana semua pakaian aku tidak sesuai
dengan cara hidup berkampung aku terpaksa meminjam baju Anis yang semuanya
terdiri dari baju kurung besar atau “Pesak”. Rimas juga pasal aku hampir
tersandung bila tiap kali mendaki tangga dari dapurnya untuk ke ruang tamu. Suasana
kampung terlalu serene tak hinggar binggar seperti di kota . Aku tak boleh hidup tanpa ipad, mp3
player. Ini baru hari kedua aku berada di kampung aku sudah mula rengsa inikan
pula untuk tinggal selama sebulan. Aku merebahkan diri di atas katil sambil
memandang kearah syiling. Kedua belah telingaku ku sumbat dengan ipod nano.
Sabar Dania. Sabar, buat perkara yang baik banyak dugaannya. Aku cuba memujuk
hatiku untuk bertahan selama sebulan.
Tapi kalau keadaannya begini hari-hari aku tidak tahu samada aku dapat
bertahan. Silap hari bulan bila keretaku sudah siap aku akan balik ke Kuala Lumpur . Kereta? Aku
bangun bila tiba-tiba teringat akan plan aku. Oh yes. Aku bingkas bangun dari
katil lalu mencapai telefon bimbitku. Aku mencari number telefon Ariel.
Macamana aku ada number telefon Ariel sedangkan dia tidak pernah memberinya
kepadaku. Hmm aku dapat number telefonnya pun dari salah satu kenalan Ariel
yang pernah ku ajak keluar bukan kerana mahu berkenalan dengannya tapi kerana
aku mahukan number telefon Ariel darinya. Aku mendial number
tersebut berharap number yang diberikan masih berfungsi.
“Hello,” jawab seorang lelaki di hujung talian. Macho voice.
I like!. Aku tersenyum sendiri sudah terbayangkan wajah kacak Ariel. Silly me!.
“Hello
Ariel, is that you?,” ujarku dengan suara cemas.
“Yes
I am, who is on the line,” jawabnya.
“It’s
me Dania, the lady yang you hantar kat Mersing, can you please help me, my car
still in the workshop I tak tahan lah nak balik,” ujarku masih lagi dalam suara
cemas agar Ariel percaya bahawa aku benar-benar perlukan pertolongannya.
“How
do you get my number??,” soal Ariel dengan nada serius.
Fish.
Banyak-banyak soalan dia tanya mana aku dapat number telefonnya. Think Dania.
Think cepat kalau tak Ariel akan matikan telefon.
“Erm
from my friend Tiara, tolong I please, I can’t stand it anymore,” rengekku.
“Nope,
it’s your problem not mine, go and ask for help from someone else,” jawab
Ariel. Dia tidak akan membantu wanita muda yang itu lagi. Kalau tidak kerana
wanita itu dia tidak kembali ke kampung dan dia tidak akan bertemu dengan Anis.
Dia tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu tatkala terpandang akan rumahnya. Terlajak
perahu boleh diundur terlajak perbuataan buruk padahnya.
What
an arse!!. Cemuhku dalam hati.
“Fine,
you don’t want to help, I beritahu your parents yang I kenal you and I tell
them what you have been doing for the past 7 years,” ujarku sudah ketandusan
idea untuk Ariel membantuku.
“Don’t
you dare!,” jawab Ariel tegas.
Aku tersenyum bila
Ariel berkata demikian. Bermakna aku sudah berjaya membuatkan lelaki itu focus.
Senang aje hendak buatkan bad boy
react. That should be the way. Bad boy kalau you merengek macam budak kecil
diaorang tak layan. Challenged them. That would bruise their ego.
“Why
do I care about your feelings, we are strangers,” ujarku sengaja hendak
menyakitkan hati Ariel. Aku pasti Ariel akan tercabar bila aku berkata
demikian.
“Don’t
you threaten me, you don’t know what I am capable of,”
“Oooo..scary,
help me and I shall keep your secret,” ujarku lalu mematikan talian telefon. Yes.
Semoga plan aku berjaya. Aku mencampak handphone ku di atas katil lalu menuju
kea rah dapur dengan hati riang. Hooray sekiranya plan aku berjaya. Aku punya
teman untuk bergaduh selama aku berada di sini kerana aku percaya Ariel akan
membenciku di atas perbuataanku.
bersambung....