Monday 31 March 2014

Qada dan Qadar - Part 40


                            Aku duduk memerhatikan Anis yang sedang sibuk menaip message di telefonnya. Sempat juga aku mengajak Anis pergi shopping di masjid India untuk membelikan buah tangan kepada Ustazah Mariam dan juga untuk Anis. Selepas puas meronda di masjid India kami mengambil keputusan untuk singgah minum petang di Secret Recipe di Sogo.
 

                              Anis tersenyum-senyum sendiri bila setiap kali dia membaca message yang di terima. Aku mengerutkan dahi hairan dengan siapa Anis ber-message sedari tadi. Bukankah Amirul berada di seminar?
 

                              “Ni kenapa senyum-senyum sendiri dari tadi,” usikku bila Anis tersenyum meleret bila menerima message yang baru di terima.
 

                              “Tak ada apa, Dania dah order ke?,” ujar Anis lalu menyimpan handphonenya di dalam tas tangan. Dia membelek menu yang terdapat di atas meja.
 

                              Telefon Anis berdenting menyatakan bahawa dia menerima message lagi. Anis segera menyeluk tas tangannya lalu mengeluarkan handphone.
 

                              “Err Dania, kisah tak kalau ada orang join kita minum petang di sini nanti?,” soal Anis sebaik sahaja membaca message yang baru di terima.
 

                              Aku membuahkan senyum. Tahulah aku dengan siapa Anis berbalas message tadi. Pasti dengan Amirul. Dan mungkin Amirul risau kemana Anis pergi. Aku tidak kisah jika Amirul mahu minum petang bersama.
 

                              “Eh tentulah boleh, abang awak nak join minum petang kan, kenapa dia takut kita kidnap awak ke?,” usikku sambil tersenyum. Sayang betul Amirul pada Anis. Kalaulah aku di jodohkan dengan lelaki sebaik Amirul. Penyayang dan seorang lelaki yang warak alangkah beruntungnya.

 

                              “Ah abang memang begitu..,” jawab Anis lalu tersenyum gelihati. Dia menyimpan handphonenya kembali.
 

                              Aku membuat pesanan sebaik sahaja pelayan restaurant Secret Recipe datang kemeja kami. Aku memesan red velvet cake manakala Anis memesan chocolate raspberry cheese cake.
 

                              Sementara menunggu pesanan kami tiba, aku bertanyakan kepada Anis tentang sepupunya Miera. Anis menceritakan kepada ku bahawa Hairi berubah ke arah kebaikan sejak 8 bulan dahulu. Menurut Anis lagi Hairi mengambil keputusan untuk berpindah di Johor bila sudah berumahtangga nanti. Hairi juga sudah di tugaskan di cawangan Johor. Syukur alhamdulilah aku gembira buat Miera. Sayang sekali aku tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya, in sha allah aku dan papa akan berangkat ke Mekah seminggu sebelum hari pernikahan Miera untuk mengerjakan umrah.
 

                              “As salam mu alaikum,”
 

                              “Wa alai kum salam,” jawab kami serentak. Aku menoleh ke belakang kerana orang yang memberi salam itu dari arah belakangku.
 

                              Aku kaget bila menyedari lelaki yang memberi salam itu bukannya Amirul akan tetapi Ariel. Ariel membuahkan senyum padaku. Aku tidak membalas kerana masih dalam keadaan tergamam.
 

                              “Boleh I duduk?,” ujarnya memandang ke arah Dania yang kelihatan tergamam sebaik sahaja terpandang akan wajahnya.
 

                              “Of course,” jawabku perlahan dalam keadaan gugup.
 

                              Ariel memandang ke wajah kedua-dua mereka silih berganti. Tadi semasa dia tiba bukan main rancak berbual. Sebaik sahaja dia memberi salam kedua-dua wanita itu seperti tidak tahu memulakan bicara. “Why both of you so quiet out of sudden, tak suka abang join?,” tegur Ariel bila Dania tiba-tiba menjadi pendiam.
 

                              “Bukan tidak suka, cuma terperanjat, I didn’t expect you to join, I thought it was Amirul,” jawabku perlahan. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa tetamu yang Anis maksudkan tadi adalah Ariel dan bukan Amirul.
 

                              “Abang Amirul? Anis tak cakap abang Mirul join tadi, Dania salah faham,” ujar Anis mengerutkan dahinya bila Dania menyangka Amirul yang akan datang bertemu dengan mereka.
 

                              “Bukan ke Anis kata abang tadi?,” soalku lalu memandang tepat ke wajah Anis.
 

                              “Ah ye, abang..tapi abang Ariel bukan abang Mirul,” jawab Anis lalu tersenyum. Dia sengaja tidak mahu memberitahu Dania siapa abang yang akan menyertai mereka minum petang  bersama kerana dia sengaja hendak surprisedkan Dania.
 

                              “I just assumed abang yang Anis maksudkan tadi Mirul, I’m sorry my bad,” jawabku menyedari kesilapanku tadi. Jadi selama ini Anis berbalas message dengan Ariel? Aku dapat merasakan bahawa pertemuan aku dengan Anis dan Ariel seperti di rancang.
 

                              Anis dan Ariel hanya tersenyum bila Dania berkata demikian.
 

“How are you Dania?,” soal Ariel lalu memandang wajah Dania. Dania kelihatan cantik bertudung dan manis berpakaian sopan.
 

                              “I’m good, you?,” soalku pula. Wajah tampan Ariel ku pandang. Terubat rinduku pada Ariel. Aku sayang dan cintakan Ariel. Hanya lelaki itu yang tidak tahu akan perasaan aku. Dan aku tidak mahu bergantung harap pada jejaka itu. Mungkin aku hanya layak menjadi kenalan biasanya sahaja dan tidak lebih dari itu. Aku redha.
 

                              “Now I’m good, sebab dapat jumpa you,” jawab Ariel lalu tersenyum.
 

                              Anis hanya mampu mengulum senyum bila Ariel dan Dania sudah berbaik semula. Misinya sudah berjaya kerana dapat menjalinkan hubungan mereka semula.
 

                              “Kenapa you cari I?,” soalku ingin tahu.
 

                              “Sebab you tak jawab your phone bila I call you, kenapa you tak jawab my call? You tak sudi berbual dengan I lagi,” jawab Ariel memandang kearah Dania.
 

                              “Sebab I masih sakit hati pada you,” jawabku berterus terang pada Ariel. Biar Ariel tahu aku begitu terasa dengan tuduhannya kelmarin.
 

                              “I’m sorry, ampun dan maafkan I kerana banyak berdosa dan menyakitkan hati you selama ini, I mengaku I bersalah kerana menuduh you yang bukan-bukan, will you forgive me? Sedangkan nabi ampun kan umat,”
 

                              Aku cuba untuk tidak ketawa bila Ariel bertemu dengan aku hanya kerana dia benar-benar ingin meminta maaf dariku. Wajahnya kelihatan serious.
 

                              “I sudah maafkan you dah lama, cuma I tidak boleh lupa apa yang you katakan pada I,  “ jawabku.        
 

                              “I’ll understand,” jawab Ariel perlahan dengan wajah kesal.
 

                              “Eii apa ni formal nya abang Ariel dan Dania berbual, tak mesra langsung,” usik Anis bila kedua-dua mereka kelihatan janggal.
 

                              Ariel hanya tersenyum bila Anis mengusiknya.
 

                              “Ah apa nak buat..kalau Dania yang dulu sudah peluk cium abang Ariel kamu, itu tak formal,” jawabku dengan wajah selamba. Seriously that’s what I’m thinking of doing right now. Astarfirullah al azim..Dania mengucap sabar itu separuh dari iman.
 

                              Ariel yang ketika itu sedang meneguk air putih tersedak lalu terbatuk kecil bila Dania berkata begitu, manakala Anis membeliakkan matanya tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
 

                              “KIDDING!!..sejak bila tak boleh take joke ni,” jawabku selamba cuba menutup malu. Aku menjeling ke arah Ariel. Lelaki itu cuba untuk tidak tersenyum bila aku mengusiknya. Apa yang di fikirkan Ariel.
 

                              “Cepat-cepatlah abang Ariel masuk meminang Dania, apa yang hendak di tunggu lagi?,” ujar Anis lalu memandang wajah Ariel. Dia tahu abang Arielnya sukakan Dania. Dan Dania sememangnya sukakan Ariel. Apa yang menjadi masalah dan penyebab mereka tidak mahu berterus terang di antara satu dengan lain. Dan abang Ariel apa lagi yang di tunggu, pinang sahaja Dania habis cerita. Tak adalah seperti soap opera drama yang berpanjangan.
 

                              Ariel membetulkan kedudukan bila Anis tiba-tiba bersuara agar dia melamar Dania. Aku memandang wajah Ariel untuk melihat reaksinya kerana aku benar-benar tidak menduga Anis akan mengutarakan soalan itu kepada Ariel dihadapanku. Benarkah Ariel mahu meminang aku? Jantungku berdegup kencang. Ariel, wajahnya kelihatan selamba. Tidak memprotes mahupun mengiyakan saranan Anis.



                              “Ah..that came out wrong,” jawab Ariel merasa janggal tiba-tiba lalu berdehem kecil, dia merasa tidak selesa bila dirinya tersepit dengan persoalan itu. Ariel menoleh ke arah Anis dengan reaksi tidak mengerti mengapa Anis memberi komen sedemikian.



                              Anis berbalas pandang. Dia kelihatan serba salah kerana terlepas kata dan membuatkan Dania dan abang Arielnya tidak selesa. Dia tidak sengaja. Dia tidak mengerti mengapa Ariel tidak berterus terang pada Dania bahawa dia suka dan cintakannya. Kenapa?? salah ke dia suggest begitu. Lambat sangat hendak menunggu abang Ariel take action. Adakah dia takut untuk meluahkan perasaannya pada Dania?



                              Aku hanya mampu memendam rasa bila Ariel kelihatan tidak selesa tiba-tiba. Jadi benarlah dia hanya menganggap aku tidak lebih dari seorang teman biasa. Jika benar dia sayangkan aku, dia tidak kalut atau segusar begini. Aku membuat ulasan sendiri bahawa hubungan aku dengan Ariel tidak lebih dari kenalan biasa. Aku harus menerima kenyataan dan tidak boleh terus berharap bahawa Ariel akan membalas cintaku. Sudah jelas terbukti bahawa dia tidak punya perasaan cinta terhadap diri aku.
 

                              “I nak gerak dulu dah pukul 6.20 petang, Anis you balik dengan Ariel kan?,” ujarku mahu ingin segera pulang ke rumah. Kolam mataku sudah bertakung dan akan tumpah bila-bila masa. Aku tidak sanggup berada lama disini bersama Ariel dan Anis. Aku tidak mahu Ariel tahu aku kecewa dengannya. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihku.
 

                              Anis terperanjat bila Dania tiba-tiba mengambil keputusan hendak pulang.
 

                              “Er Dania, cepatnya abang Ariel baru sahaja sampai, cake pun tak habis lagi,” ujar Anis serba salah. Dia memandang wajah Ariel meminta Ariel melakukan sesuatu agar Dania tidak pulang. Ariel tidak melakukan apa-apa malah dia hanya mendiamkan diri dan tidak cuba menghalang Dania.
 
 
                              “I baru teringat, need to go back to office tertinggal barang, maaf sebab tak dapat sembang lama, assalamualaikum,” ujarku berlalu pergi tanpa menoleh ke arah mereka. Cuba menyembunyikan wajahku kerana air mataku sudah mengalir tanpa dapat ku tahan lagi. Hatiku benar-benar sebak.
 

                              “Abang...!!!,” ujar Anis geram lalu mencubit lengan Ariel bila lelaki itu masih tidak mahu melakukan apa-apa malah membiarkan sahaja Dania pergi begitu sahaja.
 

                              “Biarkan Dania pergi,” jawab Ariel perlahan.
 

                              “Biarkan Dania pergi? Abang ni dah kenapa? Berapa lama abang hendak menduga hati Dania, abang tahu tak hukumnya berdosa mempermainkan hati seseorang, abang tak kesiankan Dania ke?,” marah Anis lalu mengelengkan kepala. Dia tidak faham kenapa Ariel terus-terusan bersikap begitu. Sampai bila Dania hendak mengharap cinta dari abang Arielnya. Lambat laun Dania pasti pintu hati Dania akan tertutup buat Ariel.
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

2 comments:

  1. Mana sambungan qada dan qadar 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nak tahu kisah selanjutnya sila kunjungi lelama wattpad ye! Terima kasih kerana sudi membaca!

      Delete