Wednesday 5 March 2014

Qada dan Qadar - Part 23



OK. Ustazah kata bulan ramadhan aku harus banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama. Malah si mamat sibuk tu di tugaskan untuk menjadi guru agama sandaran sekiranya Ustazah tidak free untuk menjawab soalan-soalan ku. Great. I have to face that idiot every now and then. Kenapa Ustazah tak beri tugas tersebut kat Amirul aje. I think he wiser than that jerk. Dan aku tidak mahu pahala puasaku di kurangkan kerana tidak dapat menahan diri untuk tidak memaki lelaki itu. Perutku berkeroncong sedari tadi. Laparnya. Aku menjeling ke arah jam didinding. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Boleh ke aku tahan hingga ke jam 7.25 malam. Seumur hidup aku tak pernah berpuasa. Inilah kali pertama aku berlajar berpuasa. Parah juga kerana aku tidak pernah berlatih berpuasa sebelum ini. Ikutkan hati hendak sahaja aku puasa setengah hari. Sedang aku berperang dengan perut lapar tiba-tiba pintu bilikku di ketuk bertalu-talu dari luar.
 

Aku membuka pintu dan tidak terperanjat bila si mamat jerk itu berada di depan pintuku kerana dari gaya ketukan pintu tadi aku tahu bukan Anis ataupun Ustazah Mariam.
 

“Apahal,” jawabku kasar.
 

“Mak panggil suruh makan,” ujarnya dengan wajah selamba.
 

“Ya ke, oklah perut aku memang lapar pun,” ujarku sambil tersenyum tanpa memperdulikan mamat itu aku mengorak langkah untuk menuju kearah anak tangga. Tiba-tiba langkahku terhenti bila teringatkan sesuatu.
 

“You jerk, ini kan fasting month, you want me to get into trouble is it,” jawabku marah kerana aku hampir sahaja ke dapur mencari makanan. Nasib baik aku teringat bahawa ini bulan puasa. Kalau tidak malu aku di buatnya. Lapar macamana pun aku akan terus bertahan hingga waktu berbuka kerana aku tidak mahu Ariel memperlekehkan daya ketahanan diriku dan imanku.
 

Ariel ketawa berdekah-dekah bila berjaya mengenakan Dania walaupun wanita itu belum sempat ke dapur tapi dia sudah termakan kata-katanya.
 

“You piece of shit,” makiku. Astrafirlluahalazim aku mengucap dalam hati kerana memaki Ariel walaupun hakikatnya Ariel patut di maki because he’s a jerk. Tapi kuranglah pahala aku bila berbuat demikian. Menurut Anis iblis dan syaitan sudah di rantai pada bulan ramadhan kenapa aku rasa macam ada satu setan yang terlepas dan sering menganggu aku.
 

“What did you say to me?,” jawab Ariel lalu mendekati aku.
 

“You piece of shit,” ulangku tanpa rasa takut kerana Ariel tidak akan dapat melakukan apa-apa keatas diriku.
 

“Nasib baik ini bulan ramadhan kalau tidak,” jawab Ariel seraya tersenyum mengoda tanpa menghabiskan ayat-ayatnya dan membiarkannya tergantung.
 

“Huh, you so full of yourself, you think I’m attracted to you,” jawabku mencabar egonya.
 

“And you are not?,” jawab Ariel bila Dania berkata demikian.
 

“Not a bit,” jawabku dengan wajah selamba.
 

“Really?,”
 

“Really,” jawabku dengan wajah serius.
 

Ariel mengalah dia menyerahkan aku sebuah buku. Buku yang aku terambil dari biliknya semasa menyembunyikan diri darinya tempoh hari. Aku menyambut tanpa banyak soal. Ariel berlalu menuju kearah dapur.
 

“What’s this for?
 

“For you to read and understand, I shall ask you one of these days, so be prepared,” jawab Ariel dari dapur.
 

“Oh great, ya allah ya tuhanku kenapalah aku diberi hukuman sebegini, kenapa mesti aku berurusan dengan Ariel, sesungguhnya aku tidak sanggup melayan perangai dan kelakuan Ariel yang benar-benar menguji imanku, sekiranya ini ujianku berilah aku kekuatan untuk mengharunginya, sesungguhnya aku tidak sanggup menghadapinya tanpa bantuanmu yang allah, dan kau maha mengetahui yang allah,” aku berdoa bersungguh-sungguh mengaminkannya dan meraup wajahku perlahan. Belum pernah umur aku berdoa sesungguh itu.
 
 
bersambung...
 
 
 

No comments:

Post a Comment