Saturday 1 March 2014

Qada dan Qadar - Part 17


                  Aku merasa lega bila Ariel tidak turut ada bersama kami ketika minum petang, nasib baik, kalau tidak aku tidak tahu bagaimana hendak memberi alasan kepada ahli keluarga Ustazah Mariam jika aku berkelakuan seperti ayam berak kapur ketika setiap kali Ariel ada bersama. The star of Ustazah Mariam family. He’s the star. Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad kelihatan berbeza dari hari biasa. Maksud aku, dapat ku lihat dengan jelas kegembiraan terpancar di wajah mereka. Aku hanya tersenyum melihat keghairahan mereka menceritakan perihal Ariel dan Amirul semasa kecil. Kenakalan Ariel dan perangai lurus bendul Amirul. Selalu di usik abangnya Ariel. Nasib baiklah perangai lurus bendulnya itu tidak terbawa-bawa hingga ke dewasa. Aku turut tumpang gembira melihat kerharmonian keluarga Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad despite Ariel the spoiler. Entah kenapa aku sakit hati sangat dengan Ariel. Ikutkan Ariel tidak layak mendapat ibu bapa yang baik seperti Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad. Tak tahu di untung, ibu bapa penyayang seperti mereka di tinggalkan. Jangan samakan dengan aku. Papa tidak pernah melayan aku seperti anaknya. Dia anggap aku seperti orang asing. Mama pula aku tidak dapat merasa sepenuh kasih sayang darinya kerana papa tidak membenarkan aku tinggal dan di besarkan di kampung. Aku ketandusan kasih sayang. Aku merasa iri tiap kali melihat orang lain mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka kerana aku tidak pernah merasainya selama ini.
 

               “Terima kasih Dania kerana membantu makcik, hanya allah sahaja yang dapat membalas budi baik Dania terhadap kami sekeluarga,” ujar Ustazah lalu memegang tangan Dania.
 

               Hampir tersembur keluar air teh yang ku minum bila Ustazah Mariam berkata demikian.
 

               “Ustazah tahu?,” soalku seperti budak bodoh. Aku menoleh kearah Anis yang duduk di sebelahku. Hanya Anis dan Amirul sahaja yang tahu mengenai Ariel. Anis memberitahu Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad apa yang ku cerita kepadanya ke?
 

               Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad menganggukkan kepalanya perlahan.
 

               “All of it,” ujarku dengan wajah terperanjat. Yelah kedua-duanya kelihatan so cool and calm seolah-olah itu adalah perkara biasa dan tidak perlu dihairankan. Cause I thought they would react differently. Maksud aku kelakuan Ariel di Kuala Lumpur tiada ciri-ciri yang boleh membanggakan Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad selain dari kerjayanya.
 

               “Tak semuanya,” bisik Anis perlahan sambil tersenyum. Dia takut Dania terlepas cakap. Memang dia yang memberitahu ibu dan bapa mertuanya yang Dania membantu menjejak Ariel kembali kerana kenalan Dania mempunyai nombor telefon Ariel. Dan Dania secara tak langsung turut membantu sama. Selebihnya dia tidak menceritakan kepada mereka berdua. Dia tidak mahu ibu dan bapa mertuanya merasa kecewa.
 

“Oh ok, lucky you tell me if not, I think Ustazah dan Ustaz boleh kena heart attack,” jawabku perlahan.
 

“Apa yang di bisikkan tu,” tegur Ustazah Mariam.
 

“Tak ada apa Ustazah, saya err nak tahu macamana Ustazah buat teh sedap sungguh,” jawabku kalut.
 

“Tak payahlah berustazah dengan saya, saya pun dah lama pencen jadi guru agama, panggil aje makcik, dan berdosa kalau berbohong,” ujar Ustazah Mariam sambil tersenyum ke arah Dania.
 

“Saya tak berbohong cik cuma tidak berkata benar, lagipun dari apa yang saya pelajari dari Ustazah sekiranya kita menutup aib seorang muslim, nescaya allah menutup aibnya di dunia dan akhirat,” jawabku dengan penuh yakin. Apa dia ingat anak dia sahaja yang bijak aku pun bijak.
 

Aku tersentak bila sebaik sahaja aku berkata demikian terdengar suara seseorang berdehem kuatnya luar biasa dari arah belakangku. Siapa pula yang sakit tekak? Aku menoleh ke arah belakang. Gulp. Aku menelan air liur bila menyedari orang itu tak lain dan tak bukan adalah nemesis aku, Ariel. He looks so different. Meaning. He’s looks better now. Tak lah garang dan kelihatan sombong sewaktu mula-mula aku bertemu dengan dia dahulu. Atau mungkin kerana dia berada di kampung personalitynya berbeza dari di bandar. Dan selama ini aku tidak pernah melihat dia memakai t-shirt dan kain pelikat. Anyway how can he wear that when go clubbing right? Unless it’s Halloween. Well kalau dah good looking anything looks good on him. No bad. Ingatkan selama 7 tahun tinggal kan kampung sudah tidak reti mengikat kain. Aku melarikan pandangan kearah lain bila Ariel memandang tepat ke arahku.
 

“Minum Riel,” ujar Ustazah Mariam lalu menyerahkan cawan berisi air teh kepada Ariel. Bibirnya tidak putus-putus menguntum senyum memandang kearah anaknya.
 

“Terima kasih, Riel terpaksa balik ke Kuala Lumpur hari ini kerana ada perkara penting yang Riel kena uruskan, Riel akan balik semula ke kampung lusa,” ujar Ariel seraya meneguk air teh.
 

“Erm I tumpang you ke KL boleh?,” soalku tiba-tiba. Aku hendak membeli barang keperluan dari KL. Dia sini tidak ada. Mana aku nak dapatkan SK-II care products dari sini.  Bvlgari perfume. Aku nak singgah ke rumah sekejap nak ambil I Mac aku dan aku nak shopping baju kat Masjid India. Ternyata kesemua pakaian yang ku bawa tidak boleh di pakai selama aku menginap di sini. And I can’t simply go to boutique to buy baju kurung yang less exclusive.
 

“You kan ada kereta,” jawab Ariel ringkas tanpa berfikir panjang.
 

“Still in the work shop,” jawabku sambil menjeling kerana aku sangka Ariel sudah berubah menjadi baik rupanya tidak. Egonya masih lagi intact.
 

“Tumpangkanlah Dania, Ariel,” ujar Ustazah Mariam memandang kearah Ariel yang kelihatan selamba. Dia tahu anaknya itu gemar mengusik. Jadi dia tidak terperanjat bila Ariel berkata demikian. Cuma dia khuatir Dania terasa hati bila Ariel berbuat demikian. Dania tidak berapa tahu akan perangai anaknya yang suka menyakat.
 

“Bukan tak nak tumpangkan dia mak, Ariel tak kenal dia, siapa dia mak anak murid baru mak ke?,” soal Ariel dengan wajah selamba sambil memandang kearah Dania yang duduk bersimpuh bersebelahan dengan Anis. Dia tersenyum sinis bila dilihatnya Dania memakai baju kurung.
 

Anis di sebelah pakat tersenyum bila Ariel mengenakan Dania. Dia arif sangat dengan perangai Ariel. Tidak kiralah tetamunya itu lelaki muda atau wanita muda pasti di sakatnya. Sangka Anis, Ariel dalam usia yang sudah matang, dia pun turut berfikiran matang tidak berperangai keanak-anakan lagi dia tidak menyangka perangai Ariel tetap sama seperti dulu. Tabiatnya yang suka mengusik tidak pernah hilang.
 

Fish. Aku menyumpah dalam hati. Nasib baik aku ini berada di depan Ustazah dan Ustaz Ahmad. Terpaksa control brutal. Kalau tidak dah lama aku strangle Ariel. He think he’s cute by doing that.
 

“Ariel,” tegur abahnya bila Ariel berbuat demikian.
 

“Ok, ok, I’m leaving in 30 minutes and don’t be late,” jawab Ariel mengalah bila abahnya mula bersuara. Dia mencapai pisang goreng panas yang masih lagi berwap ke dalam mulutnya. Anis pergi beredar ke dapur untuk membawa piring dan cawan kotor untuk di cuci manakala aku masih lagi duduk leka memerhatikan Ariel sedang berbual mesra dengan abah dan maknya seolah-olah dia tidak pernah berbuat salah terhadap kedua ibu dan bapanya. Aku merasa kagum dengan cara kehidupan keluarga Ustaz Ahmad. Mereka tidak memandang ke belakang. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya sebagai hamba kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal selebihnya kita berserah kepada allah.
 

“Dania, 30 minutes clock is ticking,” ujar Ariel bila dilihatnya Dania masih lagi berada di tempatnya.
 

“Oh yes, sorry,” ujarku tersedar dari angan yang panjang.
 

“Maafkan Ariel, Dania, dia memang begitu suka mengusik, cik harap Dania tak berkecil hati,” ujar Ustazah Mariam bila Ariel terus-terusan mengusik Dania.
 

“It’s ok cik, saya dah season,” jawabku seraya tersenyum. Sempat mataku menjeling kearah Ariel. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek bila aku berkata demikian.
 
 
bersambung...

1 comment: