Saturday 29 March 2014

Qada dan Qadar - Part 36


                            Sepanjang perjalanan pulang dari pusara mama aku hanya mendiamkan diri. Walaupun kami menziarahi pusara mama pada hari keempat syawal, masih ramai orang datang menziarahi pusara. Papa seakan tahu aku tidak mahu di ganggu. Aku mengalihkan pandangan di luar jendela. Melihat keindahan kampung halaman orang lain. Melihat umat islam ziarah menziarahi kaum keluarga dengan memakai baju yang serba indah dan berwarna warni. Aku tidak pernah merasa semua ini kerana mama anak angkat arwah nenek dan mama tidak punya saudara mara yang aku kenali. Aku hanya ada papa. Aku mengesat airmata ku perlahan bila mengenangkan nasibku yang tiada bersaudara. Perasaan rindu pada Ustazah Mariam, Anis dan Miera mula bertandang. Jika ikutkan hati ingin sahaja aku ke Mersing bertemu dengan mereka. Mereka sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri.
 
 
 
                              Aku tersentak bila telefon bimbitku berdering nyaring. Aku membuka bag lalu mencapai handphone.
 
 
 
                              “Ustazah Mariam,” bisik hatiku riang.
 
 
 
                              “Assalammualaikum ustazah, Selamat hari raya.. ustazah apa khabar sihat?,” ujarku ceria bila menerima panggilan ustazah seolah-olah dia dapat merasakan bahawa aku teringatkannya.
 
 
 
                              “Selamat Hari Raya, Alhamdullilah sihat Dania, Dania pula sihat?? Papa Dania sihat??,” soal Ustazah Mariam turut gembira mendengar suara anak murid kesayangannya.
 
 
 
                              “Dania, alhamdullilah sihat, papa pun, Dania rindu pada semua kat Mersing, bila lah kita dapat berjumpa lagi,” ujarku perlahan cuba menahan sebak.
 
 
 
                              “Insha allah, kita bertemu lagi Dania..ni si Miera nak cakap dengan Dania,” jawab Ustazah Mariam lalu menyerahkan telefon kepada Miera.
 
 
 
                              “Assalamualaikum Dania, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin,” ujar Miera dengan suara ceria.
 
 
 
                              “Waalaikumsalam...Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin untuk Miera juga..wah raya kat Mersing eh bestnya, jealous Dania tau..nanti bila balik KL jemputlah datang ke rumah Dania,” ujarku tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya di KL aku ada Miera.
 
 
 
                              “Jemput Miera datang seorang aje ke?? Yang lain tak jemput sekali,” usik Miera lalu tertawa kecil bila Dania hanya menjemputnya datang ke rumah.
 
 
 
                              “Eh Miera ni kalau orang mersing sudi datang, Dania sambut dengan carpet merah lagi,” jawabku tersenyum lagi. Kalau ustazah dan keluarga datang sudah pasti ku sambut seperti VIP.
 
 
 
                              “Oh ye ke? Kita dah lama berada di rumah Dania ni tak ada carpet merah pun,” jawab Miera mengusik.
 
 
 
                              “Miera..?? You kat rumah I sekarang? Bila sampai?? You tak main-main kan?,” jawabku terperanjat takut Miera hanya bergurau bila dia berkata demikian.
 
 
 
                              “Betul tak tipu baru juga sampai, ingatkan nak surprisedkan Dania, kita yang surprised sebab Dania tak ada,” jawab Miera.
 
 
 
                              “Betul ni, ok-ok lagi 40 minit kita sampai jangan balik dulu tau, tunggu sampai Dania balik..semua datang ke?? Kenapa tak cakap awal boleh Dania sediakan hidangan yang lazat-lazat,” jawabku dengan suara ceria. Hatiku berbunga riang, tidak menyangka ustazah dan Miera berkunjung ke rumah.
 
 
 
                              “Eh kan ke surprised, tak apalah kita semua rindukan Dania tu yang datang singgah, tak semua dapat datang, Anis dan suami ke Kulai, cuma kita-kita aje,”
 
 
 
                              “Ohh Anis dan Amirul tak ada-,” ujarku sedikit hampa kerana aku rindukan Anis kerana dia teman rapatku di Mersing. Kenapa Miera tidak menyebut nama Ariel? Ariel tidak beraya di Mersing ke? Rindu aku pada jejaka itu. Ariel tidak ingin bertemu dengan aku kah?
 
 
 
                              “Jangan risau Abang Ariel awak ada, dia yang hantar kereta Dania,” jawab Miera bila Dania kedengaran sedikit hampa bila dia tidak menyebut nama orang yang dicari.
 
 
                              “Mana ada..Miera ni, ok tunggu sampai Dania balik tau, assalamualaikum,” ujarku lalu mematikan talian. Aku menyimpan handphone ke dalam bag. Aku menoleh ke arah papa yang sedang memandu dengan senyuman tidak lekang di bibir.
 
 
 
                              “Don’t worry sweetheart we are reaching home soon,” jawab Dato Danial tahu Dania tidak sabar mahu tiba di rumah. Dia terdengar akan perbualan Dania dengan keluarga angkatnya tadi. Dia tahu mereka semua berada di rumahnya sedang menunggu mereka. Dania banyak bercerita padanya tentang keluarga angkatnya di Mersing. Dan dia teringin mahu berkenalan dan berjumpa dengan mereka untuk mengucapkan terima kasih di atas jasa mereka membimbing Dania ke jalan yang benar dan menjadi Dania anak yang baik.
 
 
 
                              “Thanks papa,” jawabku tersenyum lagi. Tidak sabar ingin bertemu dengan mereka. Rindu pada mereka teramat sangat. Dan aku juga tidak sabar ingin bertemu semula dengan Ariel.
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment