Tuesday 11 March 2014

Qada dan Qadar - Part 27


                              Hmm sedar tak sedar dah hampir 2 minggu aku berpuasa. Oklah jugak kerana aku dapat menahan diri dari menahan lapar dan aku banyak bersabar dengan perangai Ariel. Tapi bila time mengaji aku benar-benar serius kerana aku tidak mahu merosakkan mood “Ustaz Ariel”. Aku suka dia mengajar aku mengaji bukan hanya kerana dia seorang guru mengaji yang bagus tapi juga kerana aku suka mendengar suaranya ketika mengaji. I’m obsessed with his voice, his charm and his good looking face. Aku duduk menyandar di birai katil sambil membaca buku kisah dari Al-Quran. Anis tidak ada di rumah kerana 3 malam dia akan bermalam di rumah emaknya di Johor. Katanya hendak membantu emaknya membuat persiapan untuk menyambut syawal, hendak membuat kuih raya. So, tinggallah aku, Ariel dan pasangan suami isteri. Jadi waktu siang rumah kelihatan sunyi bila Ustaz dan Ustazah masih lagi ke kebun walaupun dalam bulan ramadhan. Ustazah dan Ustaz akan mensedekahkan sebahagian hasil kebunnya kepada keluarga yang kurang bernasib baik untuk di buat juadah berbuka puasa. Ariel. Hmm sejak sahur sampai sekarang batang hidungnya aku tak nampak. Bagus juga kerana aku tidak mahu orang kampung akan mengata kerana aku dengan Ariel bukan mahram dan ia boleh mendatangkan fitnah dan maksiat. Biarlah dia menghilangkan diri.
 
 
                              “Assalamualaikum,”
 
 
                              Aku menutup buku lalu mengendap di celah-celah tingkap ingin tahu siapa yang memberi salam. Mataku tertangkap kearah seorang wanita muda berdiri di hadapan pintu dan aku perasan ada sebuah beg sederhana besar terdapat di sebelahnya.
 
 
                              Siapa pulak yang datang? Anak murid baru ke? Tengok dari begnya macam nak tinggal lebih dari 3 hari.
 
 
                              “Waalaikumsalam,” jawab seseorang menyambut dari tepi rumah. Orang yang menyambut tak lain dan tak bukan adalah Ariel. Ada pulak si pelesit ni. Tak dengar pun dia balik tadi.
 
 
                              Ariel berbual-bual dengan wanita itu. Mereka kelihatan mesra sangat macam dah kenal lama. Wah ini tak boleh jadi. Berani sungguh wanita itu tackle kekasihku. Nak kena ke? Ariel milikku. Cemuhku dalam hati. Sesuka hati dia sahaja nak mengorat Ariel. Dan Ariel pun satu pantang jumpa perempuan cantik pasti hendak di ushanya. Nope. I can’t sit down and do nothing. I must do something. Aku meletak buku tersebut di atas katil lalu menuju kearah beranda rumah di mana kedua-dua mereka sedang rancak berbual.
 
 
                              “Assalamualaikum, Dania,” ujar wanita itu lalu meluru kearahku dan memelukku erat sebaik sahaja terpandang akan wajahku.
 
 
                              Aku kaget bila wanita muda itu berbuat demikian. Yelah belum sempat aku perhatikan wajah dia betul-betul dia dah meluru kat aku dan apa yang menghairankan dia tahu nama aku. Hmm siapakah wanita misteri ni. Wanita itu meleraikan pelukannya lalu memandang ke arahku.
 
 
                              “Lah Miera, I thought siapa, eh masuklah apsal diri kat depan rumah aje,” ujarku dengan wajah gembira. Tak sangka Miera datang kemari untuk bertemu denganku. Aku terhutang budi dengan Miera. Dengan bantuan Miera aku bertemu dengan Ustazah Mariam dan keluarganya yang kini sudah ku anggap sebagai keluarga sendiri.
 
 
                              “You have changed, alhamdullilah,” ujar Miera dengan wajah gembira kerana temannya itu sudah jauh berubah. Dari gadis kota yang berpakaian seksi dan ketat. Kini dia sudah pandai memakai baju kurung, walaupun masih belum menutup aurat sepenuhnya namun dia bersyukur kerana Dania menunjukkan perubahan yang positif. Kalaulah arwahnya masih ada pasti dia turut gembira melihat perubahan anaknya.
 
 
                              “You two knew each other?,” soal Ariel hairan bila mereka mengenali antara satu dengan lain. Sebelum ini Miera tidak pernah menceritakan mengenai Dania kepadanya. Lagipun Miera sepupunya itu belum pernah ada teman yang havoc seperti Dania. Bagaimana dia boleh mengenali Dania.
 
 
                              “Yeah, Miera yang suruh Dania pergi sini belajar dengan Ustazah, bila abang Ariel balik, tak bilang orang pun,” jawab Miera sambil tersenyum manja.
 
 
                              Ariel tidak menjawab bila Miera mengajukan soalan sedemikian. Dia tidak mahu Dania tahu akan keakraban mereka. Tiada siapa yang tahu. Melalui Miera, Ariel tahu akan perkembangan keluarganya di kampong. Miera yang selalu menyampaikan berita kepadanya akan keadaan keluarga di kampong tanpa pengetahuan sesiapa sungguhpun kepada Anis di atas permintaannya. Miera tahu akan kegiatannya di KL dan seringkali menasihatinya supaya pulang ke pangkal jalan dan kembali ke pangkuan keluarga. Ketika itu Ariel masih belum bersedia untuk bertemu dengan keluarganya. Sebab itu Miera agak terperanjat melihatnya berada di kampong.
 
 
                              “What makes you come back here,” soal Ariel kerana Miera jarang balik ke kampungnya kalau tidak kerana ada hal.
 
 
                              “Ah Miera, kita berbual kat atas lah, ada ke berdiri depan pintu,” celahku kerana mereka berdua begitu seronok berbual hinggakan tidak sedar bahawa aku berdiri terpacak di antara mereka. Hendak menyampuk aku tak tahu apa yang mereka berbualkan.
 
 
                              “I talk to you later,” ujar Miera seraya tersenyum.
 
 
                              “Ok,” jawab Ariel membalas senyuman Miera seraya meninggalkan kami berdua menuju ke belakang rumah.
 
 
                              Hmm apa hubungan mereka berdua ni. Secretive sangat hingga tak boleh hendak berbual di hadapan aku. Miera dan Ariel an item. Hmm can’t be. She’s not his type of girl. I don’t think Ariel falls for minah fairing. Melihat kemesraan mereka tadi terbit perasaan cemburu di hatiku. Ariel tidak pernah melayan wanita lain sepertimana dia melayan Miera. Cara dia berbual dengan Miera seolah-olah Miera is his dearest. Anis pun dia tak pernah berbual semesra begitu walaupun mereka pernah ada history bersama. What so special about Miera. Cemburu aku melihat mereka.
 
 
                              “Macamana tinggal sini seronok,” ujar Miera seraya mengangkat bag pakaian lalu menuju ke dalam rumah.
 
 
                              “Alhamdullilah seronok sangat, thanks Miera, without your help I’m still the same Dania yang hidupnya terumbang ambing,” ujarku penuh perasaan.
 
 
                              “Alhamdullilah syukur, Miera hanya memberi arah sahaja yang lainnya Dania yang usaha sendiri, Dania ada ziarahi pusara arwah mama,” soal Miera.
 
 
                              Mendengar Miera menyebut akan pusara arwah mama membuatkan aku sebak. Aku sebenarnya rindu akan mama sekali selepas solat aku tidak pernah lupa mensedekah al-fateha buat mama agar mama di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aku sedih kerana tidak sempat menunaikan hasrat mama untuk melihat aku berubah semasa hayatnya masih ada.
 
 
                              “Belum, I ingat nak ajak papa pergi sekali, insyallah one of these days I balik tengok papa di KL,” ujarku perlahan.
 
 
                              “Erm ok, sunyi aje rumah ni, yang lain mana,” soal Miera bila menyedari hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah.
 
 
                              “Ustaz dan Ustazah ke kebun, Anis dan suami balik Johor, so tinggal I dengan you know who,” ujarku sengaja tidak mahu menyebut nama Ariel.
 
 
                              “Oh begitu, Dania baca buku apa ni?,” soal Miera bila terpandang akan buku di atas katil. Dia mencapai buku tersebut lalu membaca judul buku itu.
 
 
                              “Bagus buku ini Miera baca berkali-kali dan tak jemu rasanya membaca kisah dari Al-Quran, siapa yang suruh Dania baca buku ini,” soal Miera sambil menyelak helaian demi helaian muka surat buku tersebut.
 
 
                              “Ariel, dia nak tanya I nanti,” jawabku kurang berminat. Sengaja mahu melihat reaksi Miera bila ku sebut nama Ariel.
 
 
                              “Abang Ariel yang syorkan Dania baca, patutlah, dulu dia juga yang belikan Miera buku ini,” ujar Miera dengan wajah gembira.
 
 
                              Aku hampir menjeling bila Miera begitu teruja bila aku menyebut nama Ariel. Jangan-jangan Miera juga ada menyimpan perasaan terhadap diri Ariel. Excited bukan main lagi dia. Ini tak boleh jadi. Tapi aku tak mahu pikat Ariel. Aku mahu Ariel yang pikat aku. Maksud aku, aku mahu memastikan bahawa Ariel benar-benar sukakan aku. Not the other way round. Kerana selama ini aku tidak pernah berada di situasi dimana aku yang hendak kena pikat lelaki. I don’t face that kind of problem before kerana lelaki can’t resist my beautiful face and body. Tapi aku hairan dengan Ariel. Dia tidak pernah sekalipun cuba memikat aku. Kenapa dia anti dengan aku sangat.
 
 
                              Atau mungkin dia tidak merasa tergugat kerana dia tahu bahawa aku tidak mempunyai kekasih. Tiba-tiba aku teringatkan Hairi anak Imam Hussin yang cuba memikatku semalam. Mungkin Hairi dapat meruntuhkan keegoaan Ariel kerana semalam aku tengok Ariel macam tak berapa suka aku melayan Hairi sangat. Sungguhpun dia tidak menegah ataupun menyampuk akan perbualan kami, aku dapat merasakan dia tidak senang melihat aku begitu mesra dengan Hairi.
 
 
                              “Erm Miera, you buatlah macam rumah sendiri, lagipun ini rumah makcik you kan, I nak keluar sekejap nanti kita sambung cerita ok,” ujarku tiba-tiba baru teringatkan bahawa aku tidak memiliki nombor telefon Hairi. Aku sepatutnya meminta nombor telefon tersebut dari Ariel.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 

No comments:

Post a Comment