Friday 28 March 2014

Qada dan Qadar - Part 35


                             Ariel melipat sejadah lalu di letakkan di atas rak-rak. Dia menyimpan songkok di atas almari. Ariel membuka pintu biliknya lalu berjalan menuju ke arah ruang tamu. Tetamu yang datang bertandang awal tadi sudah pulang. Tinggal lah Miera seorang sibuk membersihkan meja mengangkat gelas yang kotor untuk di bawa ke dapur. Maknya ke bilik menunaikan solat zuhur begitu juga ayahnya. Amirul sudah berangkat ke rumah ibu mertuanya di Kulai. Ariel menyeluk saku baju melayunya lalu mengeluarkan sampul duit yang telah diisi. Dia berjalan menghampiri Miera yang sedang leka mengemas meja.
 
 
                              “Nah duit raya,” ujar Ariel lalu menghulurkan sampul duit raya kepada Miera.
 
 
 
                              “Eh Miera dapat duit raya juga, alhamdullilah rezeki, terima kasih abang Ariel,” jawab Miera tersenyum gembira. Dia tidak jadi mengangkat dulang berisi gelas kotor itu ke dapur. Sejak pagi tadi dia dan ustazah sibuk melayan tetamu yang bertandang. Sehingga tidak berkesempatan untuk bersembang dengan abang sepupunya Ariel.
 
 
 
                              “Sama-sama,” jawab Ariel lalu mencapai bekas kuih kaca berisi biskut coklat strawberry. Dia membuka penutup bekas kuih itu lalu mengambil sekeping biskut coklat strawberry. Biskut coklat strawberry di masukkan ke dalam mulutnya lalu kunyah perlahan.
 
 
 
                              “Apsal layu aje muka tak bersemangat, macam tak ada mood je kenapa?,” soal Miera bila Ariel kelihatan tidak bermaya.
 
 
 
                              “Erm sedap biskut ni, mana beli?,” soal Ariel tanpa menjawab soalan Miera tadi. Ariel membuka balang itu lagi. Dia mencapai sekeping biskut lagi lalu di masukkan kedalam mulutnya.
 
 
 
                              “Orang tanya dia buat tak tahu pula, sibuk tanya mana beli biskut ni pulak,” ujar Miera. Dia mengambil gelas bersih lalu menuang jus oren ke dalamnya. Dia mencapai gelas berisi jus oren lalu meneguknya perlahan. Tekaknya terasa dahaga pula.
 
 
 
                              Ariel mengulum senyum bila Miera menyindirnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak begitu semangat menyambut syawal tahun ini. Sedangkan tahun ini dia berpeluang menghayati ramadhan sepenuhnya dan menyambut syawal bersama keluarga tercinta.
 
 
 
                              “Kalau ada jawapannya nanti abang Ariel beritahu Miera kenapa abang Ariel tak ada mood sangat ok,” jawab Ariel kali ini membuka balang berisi kuih bangkit.
 
 
 
                              “Hmm yelah tu, biskut ni tak beli tapi buah hati abang Ariel yang buat,” ujar Miera sambil lewa. Dia tahu Ariel rindukan Dania. Sungguhpun mereka berdua berpura-pura tidak tahan dengan perangai masing-masing tapi dia percaya kedua-dua mereka saling suka menyukai namun tiada siapa yang mahu mengaku dahulu.
 
 
 
                              Ariel tersedak bila Miera berkata demikian. Dia menuang air putih ke dalam gelas lalu meneguknya perlahan. Terkejut bila Miera mengatakan biskut itu dibuat oleh buah hatinya. Siapa buah hatinya yang di maksudkan oleh Miera?
 
 
 
                              “Siapa buah hati abang Ariel,” jawab Ariel pura-pura tidak mengerti akan maksud Miera. Apa Miera tahu siapa buah hatinya? Selama Dania berada disini, dia tidak pernah menunjukkan minat untuk mendekati Dania malah dia suka menyakitkan hati wanita itu.
 
 
 
                              “Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, masih tak nak mengaku lagi? dah lah abang Ariel semua orang di rumah ni tahu siapa buah hati abang Ariel tak perlu nak sorok-sorok lagi,” ujar Miera lalu menjeling ke arah Ariel.
 
 
 
                              “Betul semua orang tahu, jadi abang boleh suruh mak hantar rombongan meminang Miera lah ni,” ujar Ariel dengan wajah serious.
 
 
 
                              “Jangan nak merepek eh abang Ariel, orang cakap serius ni, perkara baik tak baik di tangguh-tangguhkan, abang tu sudah sesuai sangat menjadi suami orang,” ujar Miera marah bila abang sepupunya masih mahu menafikannya. Ariel memang begitu suka mengusik tidak pernah serious bila orang bertanya tentang dirinya. Ariel begitu perahsia orangnya.
 
 
 
                              Ariel hanya tersenyum bila Miera marah padanya. Apa betul apa yang dikatakan Miera mak dan ayahnya tahu bahawa dia sukakan Dania? Atau Miera sengaja berkata demikian untuk memancing minatnya untuk membuka rahsia hatinya kepada Miera.
 
 
 
                              “Don’t know how to win her heart,” jawab Ariel lalu menghabiskan sisa air putih yang dituangnya tadi.
 
 
 
                              “Oh please...abang..setahu Miera abang jaguh dalam hal-hal memikat hati wanita, tak kan tertiba dah tak reti pulak,” ujar Miera kurang sabar dengan sikap acuh tak acuh abang Arielnya.
 
 
 
                              “Miera kenapa asyik nak marahkan abang je ni, marahkan Hairi abang pulak terkena tempiasnya,” jawab Ariel lalu menoleh ke arah Miera. Dia tidak mahu Miera mengetahui apa yang tersirat di dalam hatinya. Benar dia sukakan Dania. Tapi dia belum bersedia untuk memenangi hati Dania, seolah-olah dia punya banyak masa untuk berbuat demikian dan dia tidak mahu terburu-buru. Bukan kerana ego tapi kerana dia tahu Dania perlukan masa untuk bersama dengan papanya.
 
 
 
                              “Jangan nak tukar subject pulak, orang cakap pasal dia,”
 
 
 
                              “Ok..ok, I don’t know how to start,” jawab Ariel mengalah bila Miera mendesaknya berbuat sesuatu.
 
 
 
                              “I thought you never ask, pergi KL dengan mak dan ayah, hantar kereta Dania,” ujar Miera lalu tersenyum.
 
 
 
                              “Bawa mak dan ayah pergi KL nak buat apa kat KL?,” soal Ariel bila Miera memberinya cadangan membawa kedua mak dan ayahnya ke KL. Bukan mereka suka ke KL pun. Semua saudara mara balik ke kampung dia pula hendak membawa mak dan ayahnya ke KL.
 
 
 
                              “Issk pergi beraya di rumah Danialah jadi tak nampak ketara bahawa abang hendak bertemu dengan dia,”
 
 
 
                              Ariel memandang wajah Miera tanpa berkedip. Hairan bagaimana Miera boleh mendapat idea sebegitu sedangkan dia sendiri tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Memanglah dia perlu memulangkan kereta Dania. Tapi fikirnya hendak memandu sendiri ke KL dan dia pulang ke kampung menaiki bus. Atau dia meminta bantuan Amirul untuk memandu kereta Dania dan pulang ke Mersing bersamanya nanti.
 
 
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

  1. Tunggu apa lagi Ariel..Miera dah bagi cadangan yg terbaik....cik writer...terima kasih...nak lagi bole?best3

    ReplyDelete