Tuesday 11 March 2014

Qada dan Qadar - Part 25


Aku merasakan hari ini hari yang cukup bahagia buat diriku walaupun aku tidak tahu apa puncanya membuatkan aku segembira hari ini. Semasa aku menerima hadiah Chanel bag 2.55 dari papa sewaktu aku menyambut ulangtahun ke 21 tahun ku pun tidak boleh menandingi kegembiraan ku sekarang seolah-olah aku mendapat hadiah yang tidak ternilai harganya. Pertama, aku bersyukur kerana berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga dan juga dapat mengawal diriku dari bergaduh dengan Ariel walaupun tadi ada juga aku menyumpah bila dia berkelakuan tidak menyenangkan. Kedua, aku bermuhasabah diri. Ketiga, aku berjaya membaca dan memahami hampir separuh mukasurat buku yang di beri Ariel tempoh hari. Buku berjudul ‘Kisah dari Al-Quran’. Aku sudah sampai membaca ke bab Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Dan keempat, tiada perselisihan faham yang berlaku di antara aku dengan Ariel semasa kami berbuka puasa tadi walaupun aku sedikit terkilan bila seperti biasa Amirul yang membaca doa berbuka puasa walaupun aku ingin sangat Ariel yang membacanya. Aku rindu akan mendengar suaranya. Tapi tak mengapa, aku berharap sepanjang bulan ramadhan ini Ariel yang akan mengajarku mengaji. From now on I want to make peace with Ariel.
 

“Dah sudah Ariel?,” soal Ustazah Mariam bila anak sulungnya itu makan hanya sedikit sedangkan lauk sotong masak hitam adalah lauk kegemarannya.
 

Aku pun tersentak bila Ustazah berkata demikian. Yelah tak kan makan sikit dah kenyang. Aku tengok dia hanya menjamah kurma dan minum air susu sahaja. Tak kan dah sudah. Kalau aku lah jangan kata satu round 2 round belum tentu kenyang. Satu hari tak makan babe.
 

“Ariel nak solat mahgrib dulu,” jawab Ariel lalu menuju kearah bilik air. Amirul turut bangun dan mengekori abangnya dari belakang.
 

Aku perasan Ustazah dan Anis bertukar pandangan. Mereka sama-sama tersenyum. “What? Share lah,” bisikku bila Anis tidak henti-henti menguntum senyum sedari tadi.
 

“Abang Ariel menunjukkan perubahan yang positif,” jawab Anis tersenyum lagi.
 

“Oh yah huh, alhamdullilah allah perkenankan doa kita semua,” ujarku sambil lewa lalu menyenduk mee goreng yang kami beli dari bazaar ramadhan lepas asar tadi. One thing good about ramadhan ada Bazaar ramadhan and the food semuanya kelihatan lazat-lazat belaka. Kalau ikutkan hati hendak sahaja aku beli bermacam-macam jenis makanan. Banyak juga makanan yang ku borong tadi. Kalau tidak di tegah Anis tadi agaknya 3 jenis air sudah kubeli kerana semuanya tampak sedap. Maklumlah kalau sudah lapar dan dahaga semuanya nampak sedap.
 

“Kamu juga Dania, alhamdullilah banyak perubahan yang makcik lihat, Dania manis bertudung,” puji Ustazah Mariam.
 

“Tudung?,” aku meraba kepalaku. Oh ya. Aku tak perasan bahawa sejak mengaji tadi aku masih lagi memakai tudung dan sehingga ke waktu berbuka puasa. Ini bermakna aku ke bazaar ramadhan tadi pun aku memakai tudung. Hmm pelik. Tidak pernah ku buat sebelum ini. Aku tidak pernah lupa untuk menanggalkan tudung sebaik sahaja habis mengaji. Tak tahu mengapa hari ini aku boleh tidak sedar. Ah lagipun aku percaya Ustazah dan Anis akan ke surau untuk sunat terawih. So dah alang kepalang aku pakai sekali.
 

“Makan tu agak-agak sikit nanti tak larat nak terawih,” bisik Anis bila dilihatnya temannya itu seronok makan tak pandang kiri kanan lagi. Aku menoleh kearah Anis. Baru aku perasan hanya tinggal kami berdua sahaja berada di meja makan. Yang lain sudah hilang dari pandangan.
 

“Ya kalau imam nya Ustaz Ahmad, I tak larat Anis, I cuti malam ni,” ujarku seraya mengelengkan kepala. Tak sanggup aku. Aku dah terkenyang gila. Apa tak. Melantak sehendak-hendak tidak. Macam tak pernah makan sebulan. Ini baru sehari tak makan aku dah macam nak rak inikan pula untuk lagi 29 hari.
 

“Malam ni Ustaz Ahmad tak jadi imam,” jawab Anis sambil tersenyum. Dia mengangkat pinggan kotor lalu di bawa ke sinki. Aku membantu Anis mengangkat gelas kotor yang sudah disusun di atas dulang dan menuju kearah sinki. Sementara menunggu Anis selesai membasuh pinggan aku membantunya membersihkan meja makan. Lebihan makanan ku susun cantik di bawah tudung saji untuk Ariel makan lepas solat terawih nanti. Kesian dia tak makan betul-betul. Pasti balik terawih dia lapar. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku begitu ambil berat tentang Ariel sedangkan selama ini aku tidak pernah ambil peduli langsung mengenai Ariel.
 

“Nasib baik kalau tidak I ambil tempat kat belakang, agak-agak I tak larat nak habiskan 20 rakaat, I cabut balik dulu,” ujarku sambil menutup gelas susu baki Ariel dengan penutup cawan agar tidak terdedah.
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment