Wednesday 5 March 2014

Qada dan Qadar - Part 22


Tidurku terganggu akan bunyi bising kelentang kelentung dari dapur seperti seseorang sedang mengoreng sesuatu di atas kuali. Aku meraba-raba meja sisi di sebelahku. Dengan mataku yang kelat aku mengamati jarum jam. 4.30 pagi. Awalnya Anis dah masak sarapan pagi. Selalu dia start sediakan sarapan jam 6.15 pagi selepas solat subuh ni belum pun subuh dah buat nasi goreng. Aku tahu Anis masak nasi goreng dari aroma masakannya. Nasi goreng kampung kesukaanku makanan kegemaranku sejak tinggal di rumah Ustazah Mariam. Aku menyambung tidur kerana mata terlalu mengatuk. Semalam aku hanya terlelap hampir ke jam satu kerana tidak dapat tidur memikirkan penerangan Anis sepanjang kami pulang dari surau semalam.


“Dania, bangun,” kejut Anis perlahan.


Sayup-sayup kedengaran orang memanggil namaku aku tidak ambil pusing kerana aku sangka aku sedang bermimpi. Aku mengalihkan posisi badanku ke kiri sambil memeluk bantal favoriteku.
 

“Dania bangun sahur Dania dan nak dekat waktu imsak,” kejut Anis lagi. Dilihatnya Dania masih lagi tidak berganjak walaupun badannya digoyangkan supaya dia bangun. Anis mengelengkan kepala perlahan. Setelah usahanya untuk membangunkan Dania tidak berhasil dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik Dania dan terserempak dengan Ariel yang kelihatan segar bugar baru lepas mandi.
 

“Where’s your good friend dah bangun?,” soal Ariel sebaik sahaja terserempak dengan Anis yang baru keluar dari bilik Dania.
 

“Belum,” jawab Anis ringkas.
 

Ariel tersenyum sinis bila Anis memberinya jawapan sedemikian. Kalau dia tidak memikirkan dia kini berada di kampung dan tidak memikirkan bahawa bulan ini bulan ramadhan sudah lama dia kejutkan Dania dengan caranya yang tersendiri. Iaitu menyiram air ke muka Dania.
 

“Dah cuba jerit kat telinga dia, mesti dia bangun,” ujar Ariel seraya berlalu menuju kearah dapur.
 

“Issk abang Ariel ni, tak baik asyik kenakan dia,” jawab Anis.
 

“Anis cuba kejut dia sekali lagi kalau tak bangun juga biar abang kejutkan dia,” ujar Ariel lalu mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala. Dia duduk di kerusi pak awang sambil bermain-main dengan blackberrynya.
 

“Dania, bangun,” kejut Anis seraya mengoyangkan bahu Dania sekali lagi.
 

Dania masih lagi di buai mimpi tidak sedikitpun merasa terganggu tidurnya. Anis mengambil keputusan untuk meminta bantuan Ariel. Tinggal lagi 50 minit lagi hendak masuk waktu imsak. Kalau dia terus terusan mengejut Dania yang belum tentu bangun dia akan di marahi Amirul.
 

“So?,” tegur Ariel tanpa menoleh kearah Anis kerana masih lagi sibuk bermain dengan game di blackberrynya.
 

Susah nak kejutkan dia,” jawab Anis.
 

“Ok,” Ariel berhenti bermain lalu menekan sesuatu. Dia menyerah blackberrynya kepada Anis. Anis mengerutkan dahinya kerana tidak faham akan tujuan Ariel memberinya blackberry.
 

“Pergi dekat dengan telinga dia dan tekan button ini, abang yakin dia pasti bangun,” jawab Ariel sambil berlalu menuju kearah anak tangga dapur.
 

Anis tidak punya pilihan lain. Dia mendekati Dania dan seperti di arahkan dia menekan butang yang dimaksudkan. Seketika kemudian kedengaran siren sekuat-kuat hendak keluar dari blackberry tersebut hinggakan Anis sendiri terkejut bukan kepalang. Dania apa lagi segera bangun kerana menyangka ada kebakaran berlaku kerana siren tersebut bunyi seperti kereta bomba.
 

“What is this all about,” jerit Dania lalu menyambar blackberry dari tangan Anis lalu mematikan siren tersebut.
 

“Sorry, Dania I tak tahu bagaimana caranya hendak kejutkan you,” jawab Anis kerana dia tahu Dania marah bila dia melakukan begitu. Siapa yang tidak terkejut hampir gugur jantung mendengar siren tersebut. Tidak menyangka bunyinya terlalu kuat.
 

“It’s 4.55 a.m. subuh pukul 5.25 pagi Anis, kasilah I tidur lagi 20 minit,” ujarku mahu kembali ke katil untuk menyambung tidur. Tapi di tegah Anis kerana Anis pantas mencapai tanganku lalu di heret keluar.
 

“You killing me, you know, I hate you for that,” ujarku mengekor Anis dari belakang. Anis sempat mencapai tuala mandiku lalu menyerahkan kepadaku. Aku menyambut lalu ku gantungkan tuala tersebut di leherku. Aku menguap kecil sambil mengosok-gosok mataku agar tidak tertutup. Hidungku dapat terhidu nasi goreng kegemaranku yang di goreng Anis tadi. Perutku tiba-tiba berbunyi memberi respond akan aroma lazat yang ku hidu tadi.
 

“Hai, baru bangun,”
 

Mataku tiba-tiba celik bila terdengar akan suara yang amat ku benci. Mamat tu bangun lebih awal dari aku. Mustahil. Aku menoleh kearah meja dapur untuk memastikan bahawa suara itu benar-benar milik Ariel. Semua orang memandang ke arahku termasuk Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad yang sudah pun berada di meja makan memerhatikan aku.
 

Gulp aku menelan air liur. Apsal sarapan pagi ini formal sangat seluruh keluarga Ustazah Mariam duduk semeja untuk menikmati sarapan bersama. Kalau hari-hari lain aku selalu sarapan berdua sahaja dengan Anis kerana Amirul sudah pergi kerja awal, manakala pasangan suami isteri sudah awal lagi kebun.
 

“Anis kenapa sarapan pagi ni macam formal sangat, ada benda yang tak kena ke?,” soalku sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
 

Kan ke 1st day sahur hari ni, cepat semua orang dah tunggu,” jawab Anis sebelum meninggalkan aku.
 

“Oh fish,” aku menepuk dahi bila baru teringat hari ini adalah hari pertama kita menyambut ramadhan. Patutlah semua ada. Sepantas kilat aku mengosok gigi dan mandi hinggakan air sejuk dari kolah tidak ku hiraukan kerana aku khuatir Ustazah marahkan aku dan aku tidak mahu mereka menunggu terlalu lama.
 

“Sorry,” jawabku kalut lalu duduk di sebelah Anis. Tanpa sempat mengeringkan rambutku terlebih dahulu. Aku hanya balut kepalaku dengan tuala kecil.
 

“Typical,” sindir Ariel lalu berdehem kecil.
 

Aku sempat menjeling bila si mamat jerk tu berbuat demikian. Meluat betul aku dengan Ariel. Kalau ikutkan hati dah lama aku bagi flying kick kat wajah kacaknya itu. Biar lebam biji matanya.
 

Amirul memulakan dengan membaca doa makan dan seterusnya kami sama-sama melafaskan niat berpuasa di bulan ramadhan. Hailah merdu sungguh suara Amirul ketika membacakan doa. Tak macam si setan tu. Entah ingat baca doa lagi ke tidak, so far belum pernah aku dengar dia baca doa apatah lagi mengaji quran. Perangai macam pelesit cemuhku dalam hati lalu memandang kearah Ariel. Ariel memandang ke arahku lalu menjungkitkan keningnya sambil tersenyum sinis seolah-olah dapat mendengar apa yang kufikirkan. Aku menjeling meluat sekali lagi. Anis menuangkan milo panas ke dalam cawanku manakala Ustazah Mariam menyenduk nasi goreng ke atas pingganku. Aku dapat merasakan ada sepasang mata yang sibuk menjeling ke arahku tak lain dan tak bukan mamat sibuk tu.
 

“Mak biarlah dia ambil sendiri bukan dia tak boleh buat, Anis, you suppose to serve your hubby not other people,” ujar Ariel selamba bila di perhatikan maknya dan Anis sibuk melayan Dania.
 

“Betul kata Ariel, makcik dan Anis tak payah susah-susah, saya boleh ambil sendiri,” jawabku menentang anak mata Ariel yang duduk berhadapan denganku. Aku geram bila di sindir Ariel tapi terpaksa act cool untuk menahan diri dari hilang kawalan. Mana tahu aku tetiba sumbat mulutnya dengan pisang goreng panas kerana tidak tahan dengan mulut celuparnya.
 

Ariel tersenyum puas bila dapat mengenakan aku. Aku menjeling bila dia berbuat demikian kerana aku tahu dia sengaja buat begitu untuk menyakitkan hati aku. Ariel kembali mengadap nasi gorengnya dan tidak lagi memandang ke arahku. Aku mengelap tanganku dengan tisu yang tersedia lalu menghabiskan sisa miloku. Aku bangun membawa cawan kosongku lalu menuju kearah hujung meja dimana terdapat teko berisi milo panas di sebelah Ariel. Aku mencapai teko porcelain yang agak berat namun aku tidak khuatirkan akan berat teko tersebut. Tanpa memikirkan kaedah yang betul aku terus menuang milo ke dalam cawanku tanpa merapatkan hujung muncung teko terlebih dahulu kearah cawanku. Air milo itu meluru deras keluar dari muncung teko bila aku mengangkat dan mencondongkan teko tersebut.
 

“What the hell!!,” ujar Ariel lalu berdiri pantas bila milo tersebut tertumpah di baju melayu putihnya. Aku cuba menahan diri dari tersenyum kerana tidak mahu kelihatan aku sengaja berbuat demikian.
 

“Opss sorry I tak sengaja,” ujarku pantas mencapai kain yang tersedia di atas meja lalu menyerahkan padanya.
 

Ariel menjeling bila aku berkata demikian kerana dia tahu aku sengaja berbuat demikian untuk membalas dendam.
 

“It’s hot, don’t you know that, silly woman,” ujar Ariel tanpa menapis akan kata-kata yang keluar dari mulutnya terlebih dahulu.
 

Aku mencebikkan bibir bila Ariel berkata demikian.
 

“I’m sorry I didn’t mean to hurt you,” ujarku cuba memerah airmataku akan kelihatan real. Meminta simpati dari Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad.
 

“Sudahlah tu Ariel perkara kecil aje tak perlu hendak dibesar-besar kan, inikan bulan ramadhan kita harus banyak bersabar,” tegur Ustaz Ahmad bila anak sulungnya memarahi Dania.
 

“Dia sengaja buat begitu,” ujar Ariel tidak mahu mengalah menjeling tajam kearah Dania yang berdiri di sebelahnya.
 

“Sorry,” ujarku mencebik lagi lalu mengesat air mataku lalu berjalan meninggalkan mereka dan menuju kearah anak tangga.
 

“Dania tak nak minum airnya,” tegur Ustazah Mariam bila Dania tidak jadi untuk minum milo yang di tuangnya tadi.
 

“Tak cik Dania tak haus lagi,” jawabku dengan nada merajuk namun bibirku menguntum senyum. Aku tersenyum puas kerana aku berjaya mendapat perhatian Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam. Padan muka Ariel tak ada siapa yang backing dia.
 

“Biarkan aje dia tu mak, dia dah besar panjang, pandailah dia nak hidup,” ujar Ariel seraya berlalu menuju kearah bilik mandi untuk membersihkan dirinya.
 

Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad tidak terkata apa bila Ariel berkata demikian. Anak sulungnya itu memang baran. Mereka menyangka Ariel yang matang sudah berubah perangai. Rupanya tidak malah barannya dari dulu hingga sekarang masih belum dapat dikikis.
 

“Rul cubalah nasihatkan sikit abang Ariel kau tu, suruh dia kawal perasaannya dan banyak bersabar jangan cepat naik angin,” ujar Ustazah Mariam seraya memandang kearah Amirul.
 

“Mak tentu tahu perangai abang Ariel, Rul sendiri tidak tahu bagaimana caranya hendak menasihatkan abang Ariel, dia tu keras kepala,” jawab Amirul.
 

“I heard that,” jerit Ariel dari dalam bilik mandi.
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment