Monday 3 March 2014

Qada dan Qadar - Part 18


               Aku melirik ke kiri dan ke kanan untuk memastikan line benar-benar clear. Bag tangan channelku kukepit kejap. Aku nampak Ariel berdiri bersebelahan dengan kereta nya sedang menghisap rokok sementara menanti aku. Ikutkan aku dah pun siap 10 minit yang lalu aku terpaksa terperap didalam bilik kerana takut terserempak dengan Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad bila aku nak keluar nanti kerana aku tidak memakai baju kurung Anis. Aku memakai legging dengan bodyhugging shirt. Tak kan nak ke KL pakai baju kurung. Aku menyelak langsir yang menutupi pintu bilikku. Ruang tamu senyap sepi. Aku mencapai Aldo stiletto dan berlari sepantas kilat menuju ke pintu tanpa berlengah lagi aku terus membuka pintu kereta Ariel lalu masuk ke dalam perut keretanya. Ariel yang berada di luar kereta tersentak bila pintu keretanya di hempas seseorang. Dia menundukkan kepalanya melihat ke dalam. Sebaik sahaja terpandang akan Dania. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam perut kereta.
 

               “Don’t utter a word,” ujarku bila Ariel memberikan aku senyuman sinis kerana aku tahu dia mahu mengutukku.
 

               “I don’t have time for that and it’s not my business,” jawabnya selamba lalu menghidupkan enjin kereta.
 

               Aku mengetap bibir menahan marah. Why can’t he be nice to me? If not because of me, he won’t have balls to return back to face his parents. Aku mendengus geram. Panas hatiku bila Ariel berbuat demikian. Aku membuka bag tanganku lalu mengeluarkan ipod dan menyumbatkan earphone ke dalam lubang telingaku. Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam setengah akan aku gunakan untuk tidur dan mendengar ipod kerana aku tidak bercadang untuk berbual dengan the snob ass.
 

               Aku tersentak bila iphone Ariel berdering nyaring. Ariel menekan speaker handsfree.
 

               “Hi sweetheart, how are you today?,” ujar Ariel sebaik sahaja menjawab telefon.
 

               Terasa mual pula tekak ku bila mendengarnya. Jealous. Hmm memang aku jealous aku yang cantik jelita di sebelah dia tak pandang. Dia sibuk melayan minah-minah lain. Disebabkan itulah aku benci pada Ariel kerana tidak memberi aku peluang untuk mengenalinya. Belum sempat aku hendak berkenalan dengannya dia sudah memberi isyarat yang dia tidak berminat untuk berkenalan denganku. Sungguhpun aku perempuan, aku juga merasa tercabar bila Ariel berbuat demikian terhadap diriku. Aku bukannya wanita yang tidak punya paras rupa yang memikat dan tidak layak bergandingan dengan Ariel. Ikutkan wanita yang selalu diajak keluar sama tandingnya dengan aku. Sungguhpun aku benci akan perangainya tapi aku sebenarnya sukakan Ariel. Aku menekan high volume ipod agar tidak dapat mendengar perbualan Ariel dengan salah satu gundiknya. Ariel sengaja berbual dengan lebih kuat bila aku berbuat demikian sengaja dia berbual manja dengan wanita di talian. Aku menoleh kearah Ariel agar dia berhentikan berbual sebegitu meluat aku mendengarnya. Aku sedar Ariel menjeling kearahku dan tahu bahawa aku tidak menyenangi perbuatannya. Tetapi Lelaki itu kelihatan selamba sahaja. Ok. Don’t blame me.
 

               “Sayang, cepatlah, I dah tak sabar lagi ni, cepatlah,” ujarku kuat dengan suara seksi dan manja lalu menarik seluarnya dan cuba membuka tali pinggangnya. Ariel kaget bila Dania berbuat sesuatu yang di luar jangkaannya hilang seketika konsentrasinya untuk memandu, simpang siur kereta yang dipandu disebabkan perbuatan Dania. Dia sama sekali tidak menduga Dania berani berbuat demikian.
 

               “Sayang who’s that?,” jerit wanita yang berada di talian bila terdengar ada suara wanita lain di latar belakangnya.
 

               Aku tersenyum meleret bila berjaya menghuru-harakan mereka. Rasakan. Ariel belum kenal siapa aku.
 

               “I’m his latest girlfriend, sorry dear we are busy right now, call back later, ciao,” ujarku seraya menekan butang handsfreenya.
 

               Ariel tidak menghalang aku berbuat demikian kerana tangan kanannya memegang stering kereta manakala tangan kirinya sibuk mengenakan tali pinggangnya kembali.
 

               Kali ini aku tersenyum puas hati bila dapat mengenakan Ariel. Who’s the man now. Dia ingat aku tak daring. Testlah lagi. Padan dengan muka dia. Bisik ku dalam hati.
 

               “You’re mad woman!!!,” jerkahnya sebaik sahaja selesai memasang tali pinggangnya.
 

               “Me mad, I thought you ask for it,” jawabku sengaja hendak menaikkan kemarahannya. Siapa suruh dia mengatal dengan perempuan kat telefon tu. Berbual lagak seperti kucing jantan dan kucing betina hendak mengawan. Kalau aku tak ada di sebelahnya tak apa juga.
 

               Ariel mencengkam steringnya erat bila Dania berkata demikian. Tanpa membidas balik kata-kata Dania dia membelokkan keretanya laju di sebelah kiri lorong kecil yang di kiri dan kananya dipenuhi tanaman kepala sawit. Tiada sebuah rumah pun terdapat di ladang tersebut. Ok setahu aku arah ke Kuala Lumpur di lebur raya dan bukannya di lorong kecil yang di kelilingi kepala sawit. Aku tidak senang duduk dan menjadi kecut bila Ariel berbuat demikian. What’s he going to do now? Ariel menekan accelerator memecut laju menuju kearah dalam lagi. Dia menekan break secara mengejut. Hampir tercampak ke depan aku di buatnya. Nasib baiklah aku memakai tali pinggang keledar kalau tidak pasti aku sudah tercampak ke luar. Ariel membuka tali pinggang keledarnya lalu keluar dari keretanya. Dia membuka pintu di tempatku lalu menarikku keluar dari kereta.
 

“Where are we going? let go of me, you are hurting me,” ujarku cuba melepaskan tanganku yang di gengam kejap oleh Ariel. Ariel tidak mempedulikan rayuanku.
 

Ok. Now I have to worry, what is he going to do with me?  Is he going to kill me and bury me here? Jantungku berdegup kencang bila Ariel kelihatan garang dan begitu meradang bila aku mencabarnya tadi.
 

               Aku mula panik bila Ariel mengheretku ke dalam ladang kelapa sawit. Dia menolakku dengan kasar. Aku jatuh tersungkur. Kedua tapak tangan dan lututku luka  terkena batu kerikil kerana cuba menahan dari jatuh tersembam ke bumi. Aku menyeringai menahan kesakitan. Aku memandang kearah Ariel cuba meminta simpati darinya. Ariel tidak mempedulikan aku. Dia membuka tali pinggangnya, kemeja lengan panjangnya yang di tugged in di tarik keluar tangannya laju membuka butang baju kemejanya. Ariel menangalkan kemejanya lalu di campakkan ke bawah. Aku menjadi kecut bila Ariel berbuat demikian. Air mataku mengalir laju kerana terlalu takut melihat wajah garangnya. Seperti singa yang menunggu masa untuk menerkam mangsanya.
 

               “You ask for it, you want me desperately don’t you,” ujar Ariel lalu mendekatiku dengan wajah serius tiada secalit senyuman yang terpamer di bibirnya menandakan bahawa dia hanya bergurau.
 

               “I’m sorry Ariel, I’m sorry, please forgive me...,” ujarku dengan linangan air mata sambil mengesot ke belakang bila dia menghampiriku. Aku merayu kepada Ariel supaya dia menghentikannya perbuataannya yang benar-benar mengerunkan aku. Aku tidak rela di perlakukan begitu.
 

               Ariel memberhentikan langkahnya untuk menghampiri Dania bila Dania tiba-tiba menangis. Dania tidak berani memandang ke arahnya. Dia beristifar panjang lalu meraup wajahnya perlahan bila menyedari perbuataannya itu membuatkan Dania kelihatan begitu terganggu. Kalau tidak kerana Dania menangis mungkin dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan mungkin Dania sudah menjadi mangsanya kerana bisikan syaitan menguasai fikirannya. Ariel tidak berniat untuk berbuat demikian apatah lagi mengapa-apakan Dania. Niatnya hanya untuk menakut-nakutkan Dania agar Dania tidak lagi berani mencabar dirinya. Dia benar-benar tidak sedar bahawa dia bertindak di luar kawalan hingga hampir memperkosa Dania. Dania wanita liberal yang tidak gentar atau takut bermalam dengan mana-mana lelaki. Dania benar-benar takut padanya atau Dania hanya berpura-pura? Tidak mungkin. Ariel memandang ke arah Dania yang masih lagi berada di posisi yang sama. Airmatanya tidak henti-henti mengalir membasahi wajah cantiknya. Ariel kesal di atas perbuataannya. Dia menghampiri Dania.
 

               “I’m sorry,” rayuku bila Ariel menghampiriku. Aku mengesot ke belakang kerana khuatir Ariel akan mengapa-apakan aku.
 

               “I’m so sorry,” jawab Ariel mendatar wajahnya kelihatan kesal. Ariel berdiri di hapadan Dania. Tangannya cuba menyentuh Dania.
 

               “Please don’t hurt me,” ujarku dengan linangan air mata kerana masih takut di apa-apakan Ariel.
 

               “I won’t hurt you, I promise,” ujar Ariel serba salah bila Dania berkata demikian, Ariel menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangannya dan menyerahkan kepada Dania.
 

Aku menyambut sapu tangan yang dihulurkan kepadaku. Sungguhpun aku bencikan Ariel di atas perbuataannya namun begitu aku tidak berani untuk bersuara atau mengatakan tidak kepada Ariel. Aku tidak menyangka Ariel begitu sadis. Aku hanya bergurau dengannya masakan gurauanku itu dianggap begitu serius hingga sanggup melakukan dosa.
 

               Walaupun airmataku sudah berhenti mengalir namun hatiku sedih dan sebak. Ariel tidak tahu hendak berbuat apa-apa kerana khuatiri Dania akan menyangka dia mahu melakukan apa-apa pada dirinya. Hendak memujuk Dania dia tidak tahu bagaimana caranya. Apa yang dia tahu Dania pasti sudah begitu bencikan dirinya.
 

“Maafkan I Dania,” itu sahaja yang termampu Ariel katakan buat tika dan saat ini hatinya tersentuh melihat Dania menangis.
 

Aku meraung lebih kuat lagi bila Ariel berkata demikian. Ariel terkejut bila Dania meraung tiba-tiba.
 

               “Why sayang, why?,” pujuk Ariel kalut bila Dania tidak berhenti menangis hinggakan dia tidak tersengaja memanggil Dania dengan panggilan sayang.
 

               “It’s really hurts, I can’t walk, my hand and knee pain,” ujarku lalu meraung seperti anak kecil kerana aku sebenarnya takut melihat darah. Ariel memeriksa tapak tanganku dan lututku yang tercedera.
 

               Kali ini Ariel hanya mampu mengeluh kesal kerana dia tidak menyangka perbuatannya itu akan mencederakan Dania. Ariel meniup tempat yang terluka cuba menghilangkan debu-debu yang terlekat di tempat yang terluka. Aku hanya memerhatikan dia berbuat demikian. Ariel mencapai kemeja lengan panjangnya lalu mengoyakkan kepada empat cebisan. Aku agak terkejut bila dia mengoyakkan kemejanya tanpa berfikir panjang. Dia membalut tangan dan lutuku dengan kain. Walaupun wajahku di basahi air mata aku cuba untuk tidak tersenyum melihat Ariel agak kelam kabut bila aku menangis terus-terusan. Sehingga dia sanggup mengorbankan shirt Hugo Bossnya untuk di jadikan kain untuk membalut lukaku dan lebihan kain dari kemejanya di jadikan kain pengelap wajahku yang kelihatan seperti beruang panda. Demi allah aku sememangnya takut dengan Ariel tadi aku tidak pura-pura menangis. He really scares me. Aku cuba untuk tidak jatuh hati pada Ariel bila dia memujukku tadi sehinggakan tersasul memanggil aku dengan pangilan sayang.
 

               “I bawa you pergi klinik,” ujar Ariel dengan wajah serius.
 

               Aku menganggukkan kepala perlahan kerana tidak berani menentang cakap Ariel. Buatnya jin yang merasuknya tadi datang balik naya aku di buatnya. Since he’s in ok mood layankan sahaja yang lain belakang. Ariel membantuku untuk bangun.
 

               “Ouch sakit,” renggekku seperti anak kecil bila kedua belah lututku terasa sakit dan pedih bila aku cuba untuk berdiri.
 

               Ariel tidak mengeluh sebaliknya dia mengambil keputusan untuk mendukungku sebaik sahaja aku mengadu sakit. Aku kaget bila spontan sahaja Ariel mendukungku. Aku tak harapkan dia berbuat demikian apatah lagi berbuat baik kepadaku. Hatiku sudah tawar untuk menerima kebaikan darinya. Pak kal sahaja kakiku benar-benar sakit. Kalau tidak aku sanggup jalan dari di dukung Ariel. Aku sengaja tidak mahu memandang kearah Ariel biar dia tahu aku membencinya. Ariel menurunkanku aku lalu membuka pintu kereta untukku.
 

“You nak duduk belakang,” soal Ariel lalu memandang ke arahku.
 

Aku tidak menjawab hanya menganggukkan kepala perlahan. Ariel membuka pintu di belakang. Dia membantuku masuk ke dalam perut keretanya. Kusyen kecil yang berada di tempat duduk belakang di jadikan pengalas di bawah kakiku dan sebiji kusyen lagi untuk ku jadikan bantal. Aku duduk melunjurkan kaki kerana lutuku terasa perit bila aku cuba membengkokkannya. Sebaik sahaja dilihatnya aku dalam keadaan selesa. Dia menutup pintu kereta lalu menuju kearah boot membukanya dan mengambil sesuatu dari dalamnya. Aku sempat menjeling ingin tahu apa yang dibuatnya di belakang. Aku dapat melihat Ariel menyarungkan ke badannya kemeja lengan panjang berwarna hitam berjalur kelabu dari jenama yang sama.
 
 
 
bersambung....
 
 

No comments:

Post a Comment