Saturday 29 March 2014

Qada dan Qadar - Part 37


                              Aku membantu bik Wati mengangkat pinggan dan cawan-cawan kotor lalu membawanya ke dapur sebaik sahaja aku selepas menunaikan solat isyak. Gembira hatiku bila Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad datang berkunjung. Terubat rinduku pada Ustazah Mariam. Ustazah Mariam memberitahuku bahawa Ariel tidak dapat menungguku pulang, dia terpaksa pulang dahulu kerana ada hal penting yang perlu di uruskan. Penting sangatkah sehingga dia tidak dapat menungguku. Aku rindu pada Ariel. Tidak kah dia rindu pada ku. Atau mungkin Ariel sengaja mencari helah untuk tidak mahu bertemu denganku. Aku cuba untuk tidak bersangka buruk terhadap diri Ariel. Mungkin Ariel benar-benar terpaksa pergi kerana ada urusan penting. Tapi kenapa Miera juga mahu tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Walaupun dia tidak mengatakan sesuatu tapi aku perasan dia kelihatan gelisah dan sesekali memeriksa handphonenya seolah-olah menunggu orang menelefonnya. Aku tidak bertanya pada Miera. Jika Miera mahu memberitahu aku pasti dia sudah berbuat demikian. Aku memperkenalkan papa kepada Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad dan papa kelihatan senang dan cepat mesra dengan mereka. Malah semasa mereka hendak pulang tadi papa menawarkan diri untuk menghantar mereka ke rumah Miera kerana Ariel tidak dapat menjemput mereka pulang.
 
 
 
                              Aku mencuci tangan bila handphone ku berdering nyaring. Tanganku lap kering sebelum menyambut panggilan Miera kerana nama Miera terpampang di screen handphoneku.
 
 
 
                              “Assalamualaikum,”
 
 
 
                              “Waalaikumsalam..Dania, maaf kerana menganggu, Miera benar-benar perlukan pertolongan Dania,” ujar Miera perlahan dalam keadaan sebak.
 
 
 
                              Aku terkejut mendengar suara Miera seperti mahu menangis. Kenapa dengan Miera? Tadi masa balik elok sahaja.
 
 
 
                              “Insha allah, pertolongan apa Miera?,” soalku turut cemas bila mendengar suara sedih Miera. Apa yang telah berlaku. Hatiku berdebar-debar menanti berita yang membuatkan Miera kedengaran cemas.
 
 
 
                              “Hairi..dia tak balik sampai sekarang, Miera risau tak tahu kemana dia pergi, Miera cuba call handphone dia berkali-kali, tapi dia off,” jawab Miera cuba mengawal perasaannya. Dia seperti sudah hilang ikhtiar tidak tahu dimana hendak mencari Hairi. Bila dia mendapat panggilan telefon dari emak Hairi. Dia meminta pertolongan Ariel untuk mencari Hairi kerana Ariel tahu tempat-tempat Hairi selalu kunjungi di Kuala Lumpur. Sebab itu Ariel tergesa-gesa meninggalkan rumah Dania tanpa sempat menunggunya pulang.
 
 
 
                              “Huh?? Hairi tak balik??, Miera perlukan pertolongan Dania yang bagaimana?,” soalku ingin tahu. Bantuan yang macamana yang Miera maksudkan?
 
 
 
                              “Miera dapat tahu Hairi selalu ke Zouk..teman Miera selalu nampak dia ke sana, itu yang Miera risau sebab bila Miera call handphone dia off, takut terjadi apa-apa pada dia,” jawab Miera dengan suara cemas.
 
 
 
                              Aku mengeluh kecil bila Miera berkata demikian. Bukan kerana aku tidak mahu membantu Miera kerana Miera telah membantu aku untuk kembali ke pangkal jalan dengan memperkenalkan aku kepada Ustazah Mariam. Aku sebenarnya agak keberatan bila Miera memberitahu aku akan nama tempat itu.
 
 
 
                              “Miera pasti ke Hairi berada di sana?,”
 
 
 
                              “Miera tak tahu Dania, Miera tak tahu mana hendak mencari Hairi, Miera buntu,” ujar Miera seakan berputus asa tidak tahu dimana hendak mencari Hairi. Hairi tidak bersetuju dengan pendapat ayahnya bila ayahnya mahu dia bernikah dengan Miera sekembalinya ayahnya dari mengerjakan haji nanti. Hairi tidak mahu kerana dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tapi bila di desak ayahnya, Hairi keluar dari rumah sehingga kini tidak kembali. Dan telefon bimbitnya dimatikan. Ibu Hairi menelefon Miera memberitahunya mengenai Hairi yang tidak pulang ke rumah sejak bertelingkah dengan ayahnya.
 




bersambung....









No comments:

Post a Comment