Saturday 1 March 2014

Qada dan Qadar - Part 16


Aku berlari laju menuju ke arah ruang tamu seterusnya ke dalam bilikku sebaik sahaja terdengar akan suara Ariel. Sepantas road runner. Ustazah Mariam dan Anis berpandangan sesama sendiri melihat perilaku Dania yang tak senang duduk dan mengelacat seperti cacing kepanasan.
 

“Assalamualaikum,”
 

“Waalaikumsalam,” jawab Ustazah Mariam dan Anis serentak lalu menoleh kearah pintu. Ustazah Mariam dan Anis tersenyum gembira melihat Ariel dan Ustaz Ahmad. Tidak dapat di gambarkan betapa bersyukur dan gembiranya mereka di atas kepulangan Ariel. Mereka rindukan Ariel selama 7 tahun Ariel menghilangkan diri tanpa sebarang berita yang mereka terima darinya. Ustazah bernazar akan mengadakan kenduri kesyukuran sekiranya Ariel pulang. Dia bercadang untuk mengadakan kenduri di surau beberapa hari sebelum menjelangnya ramadhan.
 

Anis menuju kearah Ariel lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ariel. Ariel menyambut tangannya. Ariel merasa janggal bila mengetahui bahawa Anis adalah adik iparnya sekarang. Sepanjang perjalanan ke rumah. Abahnya menceritakan kepadanya sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang ketiadaannya. Adiknya Amirul menjadi pensyarah agama di UIA dan telah pun bernikah dengan Anis 2 tahun yang lalu. Walaupun agak terperanjat akan berita mengenai Amirul dan Anis namun Ariel merasa gembira kerana Amirul memberi kebahagian kepada kedua mak dan abahnya begitu juga Anis. Ariel segera melepaskan tangannya bila Anis mahu menciumnya tanda hormat.
 

“Tak biasa,” jawab Ariel seraya tersenyum agar Anis tidak berkecil hati bila dia berbuat demikian.
 

Anis yang agak terkejut bila Ariel berbuat demikian cuba memahami situasi Ariel. Anis turut merasa janggal kerana 7 tahun dahulu dia terang-terangan mengatakan bahawa dia cintakan Ariel walaupun Ariel tidak pernah mengatakan bahawa dia turut cintakan Anis. Tapi itu cerita lama. Dia memilih Amirul menjadi suaminya.
 

               “Abang nak minum apa-apa, biar Anis buatkan,” soal Anis tanpa memandang ke wajah Ariel.
 

               “Tak apa terima kasih, abang penat nak rehat dulu,” jawab Ariel tersenyum lagi.
 

               “Mak, abah, Riel nak rehat sekejap, rasa macam tak sedap badan,” ujar Ariel menoleh kearah kedua mak dan abahnya.
 

               “Tak sedap badan, Riel demam ke? Nak pergi jumpa doktor,” soal Ustazah Mariam dengan wajah risau.
 

“Deman sikit je, Riel nak baring sekejap,” jawab Ariel sambil tersenyum.
 

 “Pergilah Riel,” jawab Ustaz Ahmad.
 

Ariel menuju kearah biliknya. Rumah yang lama di tinggalkan di pandang sayu. Perabot dan hiasan dalaman masih sama. Ariel menyelak langsir lalu menolak daun pintu bilik tidurnya. Bilik tidur miliknya itu kelihatan rapi dan terjaga bersih. Ariel duduk di atas katilnya memandang kearah almari dimana tersusun beberapa piala dan sijil miliknya. Ariel merebahkan badannya di atas katil lalu merenung kearah syiling mengimbas kembali akan perkara yang telah di lakukan selama ini. Mengenang dosa yang pernah dia lakukan. Dia tahu akan halal, haram dan begitu arif dari sudut agama, dia tahu semuanya. Tapi dia tidak tahu mengapa dia lakukan perkara-perkara yang bertentangan. Dia lakukan maksiat. Dia tinggalkan solat. Dia tidak berpuasa di bulan ramadhan. Selama 7 tahun dia digelumangi dengan dosa dan noda.
 

“Astrafirullahalazim, apa yang telah aku lakukan selama ini,” bisik Ariel perlahan dia melirik kearah rak-rak tempat dia selalu menyimpan sejadah dan songkoknya. Kain pelikat berserta sejadah dan songkok tersusun rapi. Ariel bangkit dari katil lalu menuju kearah dapur.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment