Monday 3 March 2014

Qada dan Qadar - Part 20


Aku memberhentikan kereta lalu mematikan enjin di hadapan rumah Ustazah Mariam. Kereta BMW hitam milik Ariel kelihatan tersadai di bawah pohon rambutan rendang yang terletak di hadapan rumah mereka. Tahu balik juga si devil tu. Ingatkan tak balik lagi. Cemuhku dalam hati. Ikutkan doctor menyuruh aku berehat di rumah selama 2 minggu. Aku bosan duduk rumah. Papa out-station yang tinggal hanya aku dan Bik Wati di rumah. Daripada aku mati kebosanan di rumah lebih baik aku ke rumah Ustazah Mariam sekurang-kurangnya ada Anis dan Ustazah Mariam and not because I want to see his good for nothing son. Aku menutup boot kereta lalu menarik luggage bag ke arah pintu dapur kerana aku tahu penghuni rumah tersebut jarang sekali duduk di ruang tamu mereka lebih suka duduk di dapur.
 

“Assamualaikum,” ujarku.
 

Tiada jawapan dari orang rumah kerana tidak kedengaran ketika aku memberi salam apa taknya orang rumah sibuk berbual. Dari tingkap dapur aku ternampak kelibat Anis sedang sibuk mengoreng sesuatu di atas kuali. Aku menjeling ke arah anak tangga dapur dimana Ariel sedang duduk memerhatikan Anis sedang memasak. Hmm patutlah Anis tidak dengar aku beri salam rupanya si buaya darat tu ada.
 

“Anis,” tegurku lalu menepuk bahu Anis dari belakang.
 

 “Eh Dania bila sampai,” ujar Anis dengan nada gembira.
 

“Baru sekejap tadi, orang tengah rancak berbual mana nak perasan,” sindirku bukan menyindir Anis tapi menyindir Ariel.
 

“Tak tahu bagi salam,” sindir Ariel.
 

Ek eleh mamat sekor ni sekali aku lempang karang baru dia tahu. Aku tak cakap dengan dia yang dia sibuk kenapa?
 

“Eh Anis, sejak bila pulak rumah ni ada kodok ah Anis, sumbang aje bunyinya, anyway I bought a lot of things from KL for you and ustazah, nanti lepas isyak I tunjuk you,” ujarku ghairah. Yelah sakit-sakit pun sempat aku shopping kat masjid India beli tudung dan baju kurung untuk mereka.
 

Anis hanya tersenyum bila aku berkata demikian kerana dia tahu aku dengan Ariel macam anjing dengan kucing pantang bertemu mesti nak bertekak. Dia fikir semasa Ariel ke Kuala Lumpur bersama Dania kelmarin hubungan mereka akan berubah. Rupanya tidak. Masih sama.
 

“Apsal dengan tangan Dania,” soal Anis bila perasan bekas luka di tanganku.
 

“I’ve met with rapist,” jawabku selamba tanpa menoleh kearah Ariel.
 

“Astarfirullahalazim, Dania tak apa-apa ke?,” ujar Anis panic.
 

“I dah karate dia,” jawabku sambil memandang kearah Ariel. Ariel kelihatan selamba tidak sedikit pun dia menunjukkan bahawa dia khuatir Dania akan menceritakan perkara yang sebenar kepada Anis. Aku pun tidak terperanjat melihat reaksinya kerana seperti yang aku katakan aku tidak mengharap dan berharap perkara yang menyenangkan dari Ariel.
 

“Dania jangan main-main serious ke ni?,” soal Anis bila Dania bergurau dengannya.
 

“Taklah, I’m just clumsy, banyaknya lauk ada kenduri ke malam ni,” ujarku menukar tajuk perbualan kerana tidak mahu membuatkan Anis risau.
 

“Emak nak bawa ke surau malam ni, kan ke malam ni terawih,” ujar Anis sambil tersenyum gembira kerana tidak menyangka Dania dapat menyambut ramadhan bersama dengan mereka. Dia sangka Dania tidak lagi kembali ke kampung manalah tahu Dania menarik diri kerana tidak sanggup tinggal di kampung.
 

“Terawih, terawih tu apa?,” soalku kerana tidak pernah mendengar Anis menyebutnya sebelum ini.
 

Ariel ketawa berdekah bila aku mengajukan soalan demikian kepada Anis. Gelihati benar dia bila Dania bertanya soalan demikian dengan wajah selamba.
 

“What’s so funny?,” jelingku meluat bila Ariel mentertawakan aku. Jerk. Bisikku dalam hati.
 

“You make it sounds so funny,” ujar Ariel masih lagi tersenyum.
 

“Whatever!!,” aku menjeling lagi. Shut up you jerk cemuhku dalam hati. Kalau tidak kerana aku terpaksa menjaga mulut dan attitude aku semasa di rumah Ustazah Mariam dah lama aku sumpah seranah si Ariel.
 

“Terawih solat sunat pada bulan ramadhan, besok hari pertama kita berpuasa di bulan ramadhan maka solat terawih bermula pada malam ini,” terang Anis.
 

“Besok kita puasa?,” soalku terperanjat kerana tidak sedar esok hari pertama untuk berpuasa. Patutlah masjid india kelihatan meriah dari biasa. Rupa-rupanya hendak masuk bulan ramadhan.
 

Anis menganggukkan kepala perlahan.
 

Oh ok. Boleh ke aku berpuasa kerana selama ini belum pernah umur aku berpuasa. Sedangkan tak makan setengah hari aku dah kebuluran inikan pula puasa sehari. Tapi tak kan aku hendak beritahu Anis akan perkara itu di depan Ariel. That jerk will make fun of me.
 

“Hmm Anis, berapa lama Ariel akan berada di kampung,” bisikku perlahan agar buaya darat tersohor itu tidak mendengar perbualan kami.
 

“3 bulan, dia cuti tanpa gaji katanya hendak berpuasa dan beraya di kampung,” jawab Anis tersenyum gembira kerana ramadhan kali ini Ariel ada bersama dengan mereka.
 

Oh fish. Ini bermakna aku terpaksa makan hati ulam jantung dengan Ariel.
 

“Kenapa?,” soal Anis ingin tahu.
 

“I tak tahu berapa lama I sanggup bertahan tinggal di sini when he’s around,” jawabku sambil mencebikkan muka tanda tidak senang.
 

“Abang Ariel suka menyakat, memang hobi dia sejak dulu, Dania jangan ambil hati dengan perangai dia,” pujuk Anis bila Dania berkata tidak senangnya terhadap Ariel.
 

“Ambil hati, never!,” jawabku selamba lalu menarik luggage bag ku menuju kearah tangga di mana Ariel masih lagi duduk tercegat di tengah-tengah tangga.
 

“Excuse me,” ujarku tanpa memandang kearah Ariel.
 

Ariel tidak berganjak dari tempat duduknya.
 

“EXCUSE ME!,” kali ini aku meninggikan sedikit suaraku mana tahu telinga dia tak korek sebab tu dia tak dengar.
 

“Are you talking to me or talking to the staircase?,” soal Ariel.
 

“Of course I’m talking to you..you donkey,” ujarku marah seraya mengetap bibir menahan geram. Benci aku dengan Ariel. Tak sudah-sudah hendak menyakitkan hati aku.
 

“Donkey eh..-,”
 

“Ah sudahlah,” ujarku memintas cakap Ariel lalu menolak kakinya yang menghalang jalanku kerana aku malas hendak bergaduh dengan Ariel. Macam budak kecil. Dia ingat aku masih hard up sangat dengan dia ke? Sejak hari itu aku teramat benci dengan Ariel. Kerana ingin cepat naik kakiku terpijak kain baju kurung yang kupakai dan lututku terhantuk ke anak tangga.
 

“Oh f@#$,” jeritku menahan sakit. Tidak sempat aku menapis perkataan yang keluar dari mulutku.
 

“Careful,” ujar Ariel sempat menahan aku dari jatuh tersungkur.
 

Aku duduk bersebelahan dengan Ariel sambil mengurut lututku perlahan. Bisanya bukan main.
 

“Kenapa tak rehat sahaja kat rumah,” tegur Ariel perlahan.
 

“Eh suka I lah yang you sibuk kenapa?,” marahku. Ariel agak terperanjat bila Dania melenting.
 

“You still angry with me,” soal Ariel perlahan.
 

“Damn right, I didn’t expect anak Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad turn up to be you, how can anak Ustaz yang di beri bimbingan agama sejak kecil can be so mean and cruel like you,” tempelakku. Ariel tersentak bila aku berkata demikian. Niatnya hendak berbaik dengan Dania hilang tiba-tiba bila Dania berkata demikian. Dia kehilangan kata-kata. Anis berpura-pura buat tidak dengar kerana dia tahu Ariel terasa hati akan kata-kata yang di lemparkan Dania kerana wajah Ariel berubah bila ditempelak Dania.
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment