Monday 3 March 2014

Qada dan Qadar - Part 21


Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang kejadian siang tadi dimana aku menempelak Ariel bila jejaka itu cuba berbaik dengan aku. Adakah Ariel ikhlas mahu berbaik dengan aku atau kerana takut aku akan memberitahu Ustazah Mariam akan perihalnya ketika menghantar aku pulang kelmarin. Kalau betulah Ariel hanya mahu aku menutup mulut dari pengetahuan ibunya aku tidak akan memaafkannya kerana aku bukan budak kecil yang suka mengadu kepada sesiapa. Sungguhpun aku masih marahkan Ariel namun aku tidak akan mengadu kepada Ustazah Mariam kerana tidak mahu membuat Ustazah Mariam susah hati memikirkan Ariel. Tujuan aku kembali kerana hendak menimba ilmu pengetahuan ku mengenai islam dan bukan kerana Ariel. Mungkin dahulu aku tergila-gilakannya. Tapi kini tumpuanku untuk menjadi seorang wanita yang beriman. Dan aku tahu aku tidak akan dapat mengelak dari terus bertemu dengan Ariel sepanjang aku berada di sini.
 

“Penat juga eh solat terawih ni, 20 rakaat, boleh tahan ke kalau hari-hari macam ni, pulak tu surah yang di baca Ustaz Ahmad panjang-panjang?,” soalku sebaik sahaja keluar dari surau ditemani Anis.
 

“Insyallah, abah memang suka baca surah al-bakarah, mungkin besok abang Amirul ambil alih jadi iman untuk solat terawih,” jawab Anis seraya tersenyum. Matanya sempat melirik kearah suaminya yang baru keluar dari pintu surau di ikuti Ariel dari belakang. Mereka tidak segera pulang kerana mungkin akan bertadarus malam ini.
 

“Your hubby jadi imam?,” soalku dengan nada terperanjat kerana tidak percaya Amirul menjadi imam di surau kerana selama ini dia tidak pernah menjadi imam solat fardu.
 

Anis tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
 

“Wow, that’s great, untungnya dapat suami yang baik dan warak macam Amirul,” ujarku agak kuat bertujuan supaya Ariel dapat mendengarnya. Aku sedar dia turut berada di surau itupun setelah di paksa oleh Ustazah Mariam. Kalau tidak jangan harap dia akan ke surau. Inilah kali pertama aku nampak batang hidungnya di surau. Ariel pura-pura tidak mendengar akan sindiran aku.
 

“Eh ijat, setahu abang Ariel kan semua setan-setan dah kena rantai dalam bulan ramadhan, apasal setan yang lagi satu masih boleh terlepas,” tiba-tiba Ariel bersuara sebaik sahaja melintas di hadapanku bersama sekumpulan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun kesemuanya anak murid mengaji Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam yang turut ke surau mengerjakan solat tarawih.
 

“Betul juga kan abang Ariel, agaknya setan ni degil lah,” jawab Ijat dengan wajah tak bersalah kerana dia tidak tahu bahawa Ariel sengaja hendak mengenakan Dania. Mereka ketawa serentak.
 

Anis berada di sebelah tersenyum-senyum cuba menahan tawa kerana terusik dengan lawak spontan Ariel. Aku hanya mampu menjeling tajam kearah Ariel kerana aku tahu dia mengenakan aku dan biar dia tahu bahawa lawak dia tak kelakar langsung.
 

Kalau ikutkan hati memang nak sekel kepala Ariel. Tapi bila di fikirkan balik tak guna layan orang gila buat sakit hati aje.
 

“Dania, Anis tanya sikit boleh?,” soal Anis tiba-tiba bila Ariel dan teman liciknya sudah jauh meninggalkan kami.
 

“Sure,” jawabku ringkas kerana masih geram dan hati berbuku dengan perangai Ariel sejak akhir-akhir ini.
 

“Dania sukakan abang Ariel?,” soal Anis lalu menoleh kearah Dania.
 

“Dulu mungkin sekarang tidak lagi, why do you ask?,” jawabku tanpa mengulas panjang.
 

“Kenapa sekarang tidak?,”
 

“Kerana Dania yang dulu memang sukakan lelaki macam Ariel bad boy, Dania yang sekarang sukakan lelaki yang baik dan warak, I want someone who can guide me di dunia dan di akhirat,” jawabku sambil tersenyum.
 

“Abang Ariel tak layak?,” soal Anis seraya menoleh kearah Dania.
 

“Don’t you see how childish he is, I don’t think he will change,” jawabku seraya tersenyum sinis.
 

“Dania silap kalau berfikiran begitu, setiap kali air bah setiap kali itu pantai berubah, contohnya macam Dania, sebelum ini Dania tidak berminat untuk mengenali islam lebih dekat lagi, Dania sukakan cara hidup Dania yang lama, tapi setelah mendapat hidayah Dania berubah mahu menjadi wanita yang solehah, kalau Dania boleh berubah insyallah satu hari nanti Ariel juga akan berubah menjadi lelaki yang soleh dan warak, ini adalah qada & qadar yang sudah ditentukan oleh allah sejak azali lagi,” ujar Anis.
 

“Ok tentang perangai manusia berubah I can still understand, but what is qada & qadar mean?,” soalku penuh minat untuk mendengar penjelasan lebih lanjut dari Anis.
 

“Maksud Qada dan Qadar tu adalah taqdir yang telah Allah tentukan kepada kita semua makhluknya. Sama ada baik atau buruk yang berlaku dalam hidup kita, means that what ever happened to you, good or bad, are from Allah. He the One who put it that way, yakinlah Allah Maha tahu setiap apa yang diberikan kepada hambaNya adalah berdasarkan tahap keimanan setiap hambaNya. Berdoalah kepada yang memberi kita ujian itu agar dia jugalah yang membimbing kita ke jalan redhaNya, jangan biarkan kita disesatkan oleh makhluk jin dan syaitan yang tak akan jemu menyesatkan umat nabi Muhammad SAW,” terang Anis panjang lebar.
 

Aku terdiam mendengar penerangan Anis. Allah masih sayangkan aku kerana aku sempat bertaubat dari melakukan perkara yang mungkar dan tidak disukai allah. Allahu akbar, Allah maha besar. Aku menitiskan air mata menyedari betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku mengenai islam selama ini.
 
 
bersambung...
 
 
 

No comments:

Post a Comment