Wednesday 5 March 2014

Qada dan Qadar - Part 24


Alhamdulilah aku berjaya menahan rasa lapar sehingga jam 3 petang. Anis sibuk membantu Ustazah bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk di agihkan kepada penduduk kampong. Mula-mula tu aku hendak juga ikut sama membantu. Ustazah tidak membenarkan aku berbuat demikian kerana dia mahu aku menumpukan pembelajaranku untuk mendalami ilmu agama islam. And tujuanku ke mari untuk berlajar dan bukan untuk perkara lain. Lagipun dia tidak mahu aku miss mengaji. Setiap hari selepas zuhur aku akan berlajar mengaji dengan Ustazah Mariam bersama dengan anak-anak muridnya. Sejak pagi tadi aku tak nampak kelibat si pelesit tu nak kata dia tolong gotong royong kat masjid tak jugak kerana his not the type of people person, Amirul yes but Ariel big NO. To women definitely YES! but not to charitable work. I’ll guess it’s not in his blood. Kenapa aku prejudice sangat dengan Ariel aku pun tak tahu. Aku dah semacam Elizabeth Bennet yang begitu prejudice terhadap Mark Darcy dalam karektor novel “Pride and Prejudice”. Only Wickham karektor masih belum aku temui. Aku duduk bersimpuh sambil mempelajari untuk mengeja sambil menunggu Ustaz Ahmad yang aku rasa akan mengantikan tempat Ustazah untuk mengajar kami mengaji paling tidak pun mungkin Amirul. Aku tak kisah kalau Amirul yang mengajar. Aku suka mendengar suaranya sewaktu mengaji dan melaungkan azan.
 

“Assamualaikum semua, mulai hari ini abang Ariel akan mengantikan Ustaz dan Ustazah untuk mengajar kamu semua mengaji, hanya di bulan ramadhan,” ujar Ariel seraya tersenyum kearah anak-anak murid mengajinya. Ada yang mengeluh kerana khuatir Ariel seorang guru mengaji yang garang dan ramai pelajar perempuan yang mengalu-alukan Ariel mungkin kerana mereka sukakan Ariel. Dan aku pula tidak menyangka si pelesit ini akan mengajarku mengaji kerana aku tidak yakin dia boleh mengajarku. Lagipun selama ini Ustazah bahagikan dua kumpulan. Satu kumpulan nya dan satu lagi ditugaskan kepada Ustaz Ahmad mana mungkin Ariel dapat melakukannya tanpa bantuan sesiapa.
 

“You got to be kidding me,” jawabku dengan nada terkejut. Yelah Ariel ajar mengaji. Is this some kind of a joke? Amirul aku percaya but Ariel? Hampir ke semua anak murid mengaji Ustazah menoleh ke arahku. Mungkin tidak faham apa yang aku katakan atau tidak senang akan perbuatanku.
 

Ariel tersenyum bila aku berkata demikian seakan tahu bahawa aku akan memprotes. His ridiculous good looking looks more appealing when he smile. Too bad I’m not into it anymore. There’s no love after what he had done.
 

“Insyallah abang Ariel akan mengajar kamu semua sepertimana Ustaz dan Ustazah mengajar kamu dengan bantuan abang Amirul,” jawab Ariel tersenyum lagi.
 

“Great,”
 

Ini bermakna mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan. Aku sudah tentu akan memilih Amirul. Sebab aku comfortable dengannya. He’s a good teacher kerana sebelum ini Amirul pernah mengantikan tempat Ustaz Ahmad bila dia tidak sihat.
 

Tanpa berfikir panjang aku menyertai kumpulan Amirul yang kebanyakan anak muridnya terdiri dari budak lelaki manakala kumpulan Ariel hampir kesemuanya dari kalangan budak perempuan. Hmm pelik kerana aku perasan Ariel banyak memilih anak murid yang mengaji Iqra. Maksud aku anak murid yang baru mengenal huruf dan anak murid Amirul kesemuanya kalangan remaja yang mengaji Al-Quran. Aku dah agak Ariel tidak sehebat adiknya Amirul. Setiap kali Amirul membetulkan ayat bacaan anak muridnya aku akan tersenyum kerana suka sekali mendengarnya. Seperti orang mengaji di station televisyen.
 

“Dania,” tegur Ariel.
 

Serta merta anganku mati bila namaku di sebut. Sekali lagi semua mata tertumpu ke arahku. Bukan ramai pun tinggal aku dengan 2 orang anak murid yang belum mengaji yang lain dah balik.
 

“Er yah,” jawabku dengan muka selamba sambil membetulkan selendangku yang asyik terlurut sedari tadi. Ariel kelihatan serius dan tidak tersenyum ketika memandangku. Kacak juga si mamat ni bila dah pakai baju melayu dan bersongkok. Sekali pandang macam orang nak pergi nikah. Cuma samping aje yang tak ada. Walaupun ketika itu dia mengenakan jeans ‘Guess’ hitam sebagai penganti seluar baju melayu. ‘Guess’ eh macam tak ada seluar lain yang boleh di pakai. Which is typical Ariel yang suka mencacatkan the origins. Tidak di nafikan kekacakannya masih terserlah.
 

“Kemari, bawa muqadam dan rehal awak sekali,” ujarnya sambil lewa. Seolah-olah tidak berminat untuk mengajar Dania.
 

“Muqadam? Rehal? What’s that,” soal ku macam budak pengol.
 

“Kitab Iqra dengan pengalas kitab kamu tu,” jawabnya bila Dania kelihatan bingung tidak faham apa yang dia maksudkan.
 

“But I nak Amirul ajar I mengaji, I don’t want to be teach by someone who is not qualified, tujuan I kemari hendak berlajar dengan guru agama, not some substituted teacher,” jawabku dengan wajah selamba. Pasal lah kalau Ariel hendak melenting bila aku berkata demikian. Betul apa? Aku hendak berlajar dari guru yang bertauliah. Bukan dari guru sandaran yang tangkap muat aje. Apa yang Ariel tahu tentang agama. Diri sendiri tidak terurus inikan pulak hendak mengajar orang yang baru hendak mempelajari agama islam.
 

“I have no time to debate with you, suits yourself,” jawab Ariel dengan wajah tenang.
 

Amirul menjeling kearah Ariel untuk melihat reaksi Ariel bila Dania berani mencabarnya. Tidak kah Dania tahu Ariel seorang pelajar terbijak dalam kelas agama dan dia memegang sijil sarjana muda dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Dia tidak boleh salahkan Dania kerana Dania tidak mengenali siapa Ariel sebenarnya.
 

“Amirul, she’s yours, good luck with that,” jawab Ariel sambil tersenyum lalu bangun dari tempat duduknya. Walaupun senyumannya itu senyuman tidak ikhlas kerana Dania memperlekehkan kebolehannya. Namun dia cuba bersabar kerana tidak mahu bertekak  dengan Dania dan sekaligus mengurangkan pahala puasanya.
 

“Abang, Mirul tak rasa boleh mengajar Dania, Mirul hendak ke Masjid Jamek sebelum asar,” jawab Amirul.
 

Fish. Aku menyumpah dalam hati. Hailah Mirul kenapa tak cakap siang-siang kau ada plan. Kan dah kantoi. Hmm ingatkan nak kenakan mamat tu, hah sekarang aku yang kena main balik.
 

“You’re lucky that this month is a holy month and you have meet Ariel super nice version, so any more protest? Objection maybe?,”
 

“Do I have a choice, No. So let’s get over and done with,” jawabku sambil menjeling bila Ariel menang kali ini.
 

“Great, let’s begin,” jawab Ariel.
 

Aku memandang kearah Ariel bila dia hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Kitab Iqra sudah ku buka. Hanya menunggu Ariel mengajarku membaca.
 

“Ni nak ajar ke tak nak,” ujarku bila Ariel tidak berbuat apa-apa.
 

“Ustazah mengajar kamu sampai mana,” soal Ariel tanpa memperdulikan bebelan Dania.
 

“Mengenal huruf, mengeja,” jawabku dengan perasaan jengkel bila Ariel berkata demikian.
 

“Why not kita skip mengenal huruf dan mengeja dan kita terus belajar membaca surah Al-Fateha,” ujarnya sambil menyelak muka surat surah Al-Fateha.
 

“Why am I not surprised,” ujarku antara dengar dengan tidak.
 

“I’m sure you tahu baca surah Al-Fateha, cuba baca I nak dengar,”
 

Aku menelan air liur bila Ariel menyuruhku baca surah Al- Fateha bukan apa dengan ustazah kalau aku baca salah tak lah malu sangat pasal Ustazah dah aku anggap seperti mak aku sendiri, ini depan si Ariel. Lelaki yang di fikiranku “mengatakan bahawa aku tidak berkenan langsung dengannya manakala hati aku bercangah dengan otak ku”. Kau orang faham-faham sendirilah maksud aku.
 

“Bismillahhi rahman nir rahim,”
 

“Erm Dania, I think I baca dahulu you dengar dan fahami akan maksudnya,” tegur Ariel.
 

Aku menjeling bila dia berbuat demikian. Fickle minded. Sekejap suruh aku baca. Sekejap dia nak baca. Sewel betul lah mamat sekor ni.
 

“Auuzubillah himasyaitan nir rajim, bismillahi Rahman nir rahim,”
 

Mendengar Ariel membaca walaupun hanya bismillah bulu roma ku berdiri serta merta. Seolah-olah aku dapat merasakan segala syaitan dan hantu yang berada di sekeliling ku lari lintang pukang meninggalkan kami kerana takut mendengar akan ayat-ayat suci al-quran. Aku terpegun bila Ariel membaca surah Al-Fateha begitu sempurna harakat dan dengungannya sekali. Kalau selama ini aku dengar Amirul membaca surah sudah ku anggap begitu class. Tapi kini Amirul sudah jatuh ke tempat kedua kerana Ariel champion dalam kategori itu. Tetapi kenapa selama ini Ariel tidak pernah mengajar mengaji (kerana aku tahu dia pandai mengaji) dan tidak pernah membaca doa makan bila setiap kali kami menyantap makanan sekeluarga.
 

“Dania,” tegur Ariel lalu memandang kearah Dania bila wanita itu tidak mula membaca setelah dia habis membaca surah tersebut.
 

Oh yes! That day masa aku stuck dalam bilik dia there’s a lot of trophy and cert. Tapi aku tak faham apa maksud Qari. Aku terlupa langsung hendak bertanya pada Anis. What’s Qari means? Otakku ligat berfikir.
 

“Dania,” sergah Ariel bila menyedari wanita itu sedang berkhayal semasa dia membacanya dan dia pasti Dania tidak benar-benar menghayati ayat tersebut.
 

“Apa?,” jawabku kurang senang bila lelaki itu kembali ke mode asalnya. Mode “Ass”.
 

“You nak berlajar mengaji ke tak hendak, kalau tak hendak jangan buang masa I,” ujarnya dengan wajah serius.
 

Kecut perutku bila Ariel merenungku sedemikian. Garang pulak mamat ni. Rilek ah. Tak handsome tau garang-garang ni. Ustaz tak boleh terlalu garang nanti anak murid hilang minat hendak berlajar. Tapi kalau aku berlajar agama dari Ustaz muda lagi handsome macam Ariel bertambah motivasi aku untuk berjaya hingga ke muara gading. Apa tebiat aku ni boleh terfikirkan Ariel menjadi Ustaz. Hai lambatlah.
 

“I’m sorry, I tak boleh concentrate tadi, too much thing in my mind, can I skip today lesson,” ujarku perlahan dan untuk menyakinkan Ariel bahawa aku tidak berpura-pura aku menunjukkan muka sedih. Kurang pahala kerana aku berbohong pada Ariel. Yang sebenarnya aku merasakan diriku begitu kecil di hadapan Ariel. Sungguhpun Ariel seorang lelaki yang kategori nakal tapi dia beruntung kerana di beri bimbingan agama sejak kecil dan aku merasa bersalah memperkecil-kecilkan Ariel. One thing I’ve noticed about Ariel. Ariel tidak suka menunjukkan kemampuannya dan kebolehannya kepada orang lain. Dalam erti kata lain he don’t like to boast. He’s a jerk yeah at least he’s showing his true colours. Entah kenapa pemikiran ku terhadap Ariel tiba-tiba berubah. Maybe he’s really is a nice person but don’t want people to know.
 

“Ok,” jawab Ariel dengan wajah selamba menunjukkan he doesn’t give a damn about her problems.  Ariel bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju kearah biliknya.
 

“Ariel,” tegurku.
 

Ariel memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke arahku.
 

“Apa makna Qari?,”
 

“Quran reciter for those who compete for Quran reading,” jawab Ariel tanpa berhasrat ingin tahu mengapa Dania bertanyakan soalan demikian.
 

“Ok thank you, er malam ni you solat terawih,” soalku walaupun ketika itu Ariel sudahpun hampir ke pintu biliknya.
 

“Insyallah,” jawabnya tanpa menoleh kearah ku.
 

Yes. Now I know the meaning. Qari. Wow, he’s the champion. No wonder bacaannya begitu baik sekali. But why? What telah happen? Kenapa orang sehandal Ariel dalam ilmu agama boleh jauh tersasar dari landasan yang benar.
 

‘What ever happened to you, good or bad, are from Allah’ aku tiba-tiba teringatkan kata-kata Anis tempoh hari. ‘Mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku’ kata-kata dari Miera ketika aku mahu mengenali agamaku. Aku tidak seharusnya mencari kesalahan dan keburukan Ariel seperti apa yang kupelajari dari Ustazah. Kita seharusnya cuba hindari akan perasaan buruk sangka terhadap diri seseorang. Come on Dania, give him the benefit of the doubt. He has his own reasoning for acting and behaving like that. Why am I so nice towards him? Nobody knows. Only Allah knows the best.
 
 
bersambung....
 
 
 

No comments:

Post a Comment