Tuesday 11 March 2014

Qada dan Qadar - Part 28


                             Aku terjengah-jengah mencari Ariel di belakang rumah. Aku tahu mesti dia sorok di belakang. Aku terdengar seperti seseorang sedang mengergaji sesuatu. Hmm siapa pulak yang bertukang kat belakang rumah. Aku berjalan menuju kearah bunyi tersebut. Aku terpandang akan tubuh sasa milik Ariel yang tidak berbaju sedang sibuk mengergaji buluh yang sebesar lenganku. Oh wow. Gorgeous body. Astarfirullahalazim aku beristifar dalam hati bila menyedari kesilapanku. I’m not suppose to see that.
 
 
                              “Ehem,” aku berdehem agar Ariel tahu akan kehadiran aku.
 
 
                              Ariel berhenti melakukan kerjanya sebaik sahaja terdengar seseorang berdehem dari arah belakang. Ariel menoleh. Sebaik sahaja terpandang akan wajahku. Ariel segera mencapai t-shirtnya lalu menyarungkannya ke atas tubuh sasanya yang mengugat imanku. Ariel mencapai tuala kecil lalu menyapu wajahnya yang dibasahi peluh.
 
 
                              “Nak apa?,” soal Ariel dengan wajah selamba.
 
 
                              Eii geramnya aku dengan mamat sekor ni. Tak pernah dia pandang aku dengan pandangan yang selalu dia berikan pada Miera atau Anis. Maksud aku pandangan yang bisa mencairkan hati wanita bila diberi pandangan sedemikian. Issk susah aku nak describe pandangan yang macamana. Ah pandangan yang diberikan kepada orang yang di sayangi. Ini tidak setiap kali berdepan dengan aku dia akan memberikan pandangan yang membosankan atau pandangan yang menunjukkan dia tidak berminat untuk berurusan dengan aku. Sejak kali pertama aku mengenalinya dia sudah memberi aku pandangan sedemikian.
 
 
                              “I nak phone number Hairi,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang.
 
 
 
                              “Hairi, kenapa?,” soal Ariel.
 
 
                              “He supposed to bring me out for dinner today, so I want to know what time he’s going to pick me up,” jawabku sambil tersenyum. Senyuman gatal. Sengaja aku berbuat demikian agar Ariel tahu aku turut berminat dengan Hairi.
 
 
                              Ariel menuju kearah bangku di mana blackberrynya diletakkan. Dia mencapai blackberrynya lalu menekan sesuatu.
 
 
                              “Done, I dah send to your number,” jawab Ariel lalu meletak kembali blackberrynya di atas bangku.
 
 
                              “Thanks, nanti you boleh tolong beritahu Ustazah, I might be stay overnight kat Tioman Island and I will back tomorrow, thanks again,” ujarku lalu memusingkan badanku untuk menuju ke dalam rumah.
 
 
                              “Why must you stay overnight?,” soal Ariel kurang senang dengan niat Dania untuk bermalam di sana.
 
 
Aku berhenti melangkah. Soalan yang diajukan Ariel cukup membuatkan aku tersenyum kerana aku berjaya menarik perhatiannya.
 
 
“Err, pasal Tioman Island tu jauh and I don’t think we can make it back on time, if we pergi dinner and back semua orang dah tidur,” jawabku sambil tersenyum sinis.
 
 
“I’ll be up, I’ll wait for you till you come back,” jawab Ariel dengan wajah serius.
 
 
“May I know why you are so concern?,” soalku bila Ariel beriya-iya mahu aku balik malam ini juga.
 
 
“I don’t want you to cemarkan nama baik my family, you anak muridnya, and our family are responsible for your safety while you with us, nothing personal,” jawab Ariel serious.
 
 
Berdesing telingaku mendengar alasan yang diberikan Ariel tadi. Nasib baiklah ini bulan puasa kalau tidak sudah lama aku tampar wajahnya. Dia ingat aku ni apa. Perempuan yang tidak tahu mengenang budi. Sampai hati Ariel menyangka aku begitu sekali. Apa salahku padanya sehingga dia tidak pernah memikirkan perkara yang baik mengenaiku. Tanggapannya terhadap diriku tidak pernah berubah sejak pertama kali kami bertemu. Jijik kah aku pada matanya sehingga aku tidak layak diberi layanan yang baik darinya.
 
 
“Oh well thank you for reminding me, untuk pengetahuan you, I tidak berniat untuk mencemarkan nama baik keluarga you, sungguhpun I kurang didikan agama, I tidak bodoh untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” jawabku dengan hati yang sebak. Terasa akan kata-kata yang di lemparkan oleh Ariel.
 
 
Ariel terdiam bila Dania berkata demikian. Rasa bersalah mula bersarang didalam hatinya. Dia tahu Dania begitu terasa akan kata-katanya. Dan dia tidak berniat untuk menyakitkan hati Dania. Dia sebenarnya tidak mahu Dania keluar bersama dengan Hairi. Namun dia tidak berhak menegah atau melarang Dania berbuat demikian kerana Dania bukan haknya. Dia mengesyaki Hairi tunangan orang, walaupun Hairi tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya mengenai Miera. Dia tidak mahu Dania termakan akan kata-kata manis Hairi. Seperti dirinya Hairi juga seorang kaki perempuan. Ariel dan Hairi kenalan lama malah mereka selalu keluar clubbing bersama di KL. Ariel tahu akan perangai Hairi yang suka bertukar-tukar pasangan sebab itu dia tidak menyangka sama sekali Miera sepupunya itu dapat menerima Hairi sedangkan Miera tahu akan perangai Hairi yang sebenar. Bezanya dia dengan Hairi, jika dia berkenankan wanita itu dia tidak akan melayan wanita itu seperti dia melayan wanita lain. Adakah Dania jatuh pada kategori wanita lain maka dia tidak mahu Dania beranggapan bahawa dia adalah salah satu wanita koleksinya. Dia tidak pernah mahu menjadikan Dania sebagai wanita koleksinya. Sungguhpun dia tahu Dania sukakannya sejak pertama kali mereka bertemu. Sengaja Ariel tidak mahu memberi respond agar Dania menyangka dia tidak berminat. Sedangkan dia mahu mengenali wanita itu. Tapi dia tidak tahu kenapa dia tidak melakukan sesuatu untuk menambat hati wanita itu, sebaliknya dia selalu membuatkan wanita itu sakit hati dengan kelakuannya. Adakah perbuatannya itu betul. Memikat Dania dengan memberi layanan dingin. Atau ia akan membuatkan Dania lebih menjauhkan diri daripadanya. Entahlah Ariel tidak arif akan soal cinta.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

2 comments:

  1. Dear writer..im waiting impatiently n eagerly to read about ariel n dania..in fact dlm 3 hari ni saya dah baca hampir semua karya cik writer ..semuanya best..tahniah..keep up the good work..

    ReplyDelete
  2. Dear Anonymous..terima kasih kerana sudi membaca karya2 saya yg tidak seberapa ini..sebenarnya cerita Qada dan Qadar masih dalam penulisan lagi dan buat masa ini masih belum dapat di habiskan kerana ketandusan idea. hehe. demi tidak mahu menghampakan cik anonymous. saya uploadkan di sini beberapa part yang telah siap.. bersabar ok..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete