Tuesday 11 March 2014

Qada dan Qadar - Part 26


Aku duduk menyandar di dinding surau sementara menunggu azan isyak di laungkan. Orang lalu lalang keluar masuk surau aku tidak hiraukan kerana mataku mula layu hendak tidur ini gara-gara penangan makan banyak kalau tidak mata aku tidak mengantuk gila macam sekarang. Dah macam Garfield mata aku kuyu semacam. Kalau di beri bantal pasti aku sudah berdengkur. Aku terdengar mikrofon di hidupkan seseorang. Ini bermakna azan isyak bakal berkumandang sekejap lagi. Aku mencapai bag telekungku untuk menuju kearah tempat mengambil wuduk. Selendang yang ku pakai tadi ku gantung di bahu. Aku menyarung selipar lalu memusingkan badanku untuk menuju kearah tempat mengambil wuduk bila aku hampir sahaja terlanggar seseorang yang mahu melintas menuju kearah bilik muazin.


                             “Opss sori,” ujarku mengangkat tangan agar tidak bersentuhan dengan orang yang ku langgar tadi kerana aku tahu bahawa yang ku langgar adalah lelaki kerana sakitnya bukan main. Tulang perempuan tak sekuat begitu. Orang yang terlanggar aku tadi tak lain dan tak bukan adalah lelaki yang buatkan aku kadang-kadang “hot and cold” macam lagu Katy Perry.



“Nasib baik, kalau tidak batal air sembahyang I,” ujarnya seraya tersenyum sinis. Tanpa memperdulikan Dania. Ariel membuka pintu bilik muazin.
 

“You buat apa kat bilik tu?,” soalku bila Ariel mahu masuk ke dalam bilik tersebut.
 

“Dah nak masuk waktu, duh,” jawab Ariel lalu menanggalkan seliparnya.
 

“You nak azan,” soalku lagi tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Betul ke Ariel yang masuk kedalam bilik tersebut bukannya Amirul. Bukan boleh percaya mata aku ni. Mungkin kerana mengantuk aku mamai menyangka Amirul itu adalah Ariel.
 
“Tak I nak nyanyi lagu Amy search ‘Isabella’, you nak duet dengan I,” jawab Ariel seraya tersenyum sinis.
Sah Ariel kerana Amirul tidak akan menjawab soalanku sedemikian. Aku membesarkan mata kerana tidak percaya Ariel akan mengantikan tempat Amirul untuk melaungkan azan malam ini. I’m so excited. Aku cepat-cepat beredar menuju kearah tempat wuduk agar tidak terlewat.

                      
                           Sekali lagi bulu romaku meremang bila terdengar akan suara lunak Ariel melaungkan azan. Mendengar suaranya membaca ayat suci dan melaungkan azan membuatkan aku jatuh cinta dengannya semula. Kalau ikut kepala gila ku hendak sahaja ku heret papa untuk melamar Ariel untukku. Iskk hilang akal aku agaknya mana ada wanita melamar lelaki. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke dalam surau untuk menunaikan solat fardu isyak.
 
 
                           Alhamdullilah terawih malam ini diimamkan oleh Amirul. Nasib baiklah surah yang dibacanya tidak begitu panjang. Kalau tidak lenguh kaki di buatnya. Sejak dari tadi lagi aku tercari-cari kelibat Ariel di beranda surau di mana ramai pemuda-pemuda surau rajin bersembang selepas solat terawih sebelum pulang ke rumah. Aku ada perasan juga Ariel dan Amirul selalu balik lambat. Tak tahulah pukul berapa mereka balik rumah. Hatiku berbunga riang bila orang yang ku cari keluar dari pintu surau. Songkoknya di tanggalkan lalu dilipat dan di simpan ke dalam kocek baju melayunya. Dia berjalan keluar menyarung selipar lalu menuju kearah pokok yang tidak berapa jauh dari surau. Aku sengaja jalan lambat-lambat agar ustazah dan Anis jalan mendahului aku. Dari jauh aku lihat Ariel menghisap rokok sambil berbual-bual dengan seorang pemuda yang hampir sebaya dengannya atau lebih muda dari Ariel. Boleh tahan handsome juga. Tak pernah aku nampak wajahnya sebelum ini. Boleh di katakan hampir seluruh penduduk kampong disini ku kenali kalau tak kenal pun aku cam akan wajah mereka terutama sekali anak teruna. Hehehe. Anis juga yang kata di kampungnya ramai teruna yang masih belum berumahtangga yang boleh ku buat calon suami. So aku survey-surveylah ni. Jadi mustahil lelaki itu tidak pernah ku lihat sebelum ini. Aku perhatikan cara pakaiannya. Hmm jeans lusuh dari jenama Levis dan polo shirt burberry’s. No bad. It looks original. It’s not that I’m biased or anything likes that. But mana ada orang kampong yang bekerja di ladang kelapa sawit pakai baju macam tu.
 
 
                               “Assalamualaikum, boleh saya berkenalan dengan saudari,” tegur lelaki yang bersama Ariel bila terpandang akan ku bila melintas di hadapan mereka.
 
                              “Waalaikumsalam, boleh nama saya-,”
 
                              “Dania,” pintas Ariel tanpa sempat Dania memberitahu namanya kepada teman di sebelahnya.
 
 
                               Aku menjeling bila Ariel berbuat demikian. Tahulah aku hendak memperkenalkan diriku kenapa dia sibuk sangat. Ariel tahu aku tidak senang akan perbuatannya namun dia buat tidak peduli. Hai kenapa kelakiannya tercabar ke? He should know better bukankah itu kegiatannya semasa di KL. Suka mengurat wanita. Lelaki kasanova yang pantang nampak wanita cantik pasti hendak di kenali dan di ajak tidur sama. Kenapa Ariel kelihatan tidak senang bila aku melayan temannya itu.
 
                              “You tak tinggal sini ke? I tak pernah nampak you sebelum ni,” soalku penuh minat tanpa sedikit pun menghiraukan Ariel yang sedari tadi memandang ke arah ku seolah-olah cuba menarik perhatianku.
 
                              “Saya tinggal KL balik kampong cuti seminggu,” jawab lelaki itu sambil tersenyum.
 
 
                              “OIC, kalau begitu selalulah kita terserempak nanti,” jawabku membalas senyumannya. Not bad looking. Haha padan dengan muka Ariel kerana di kampungnya mempunyai seorang lagi lelaki yang menjadi perhatian wanita selain dari dirinya.
 
 
                              “Yeah sure, lagipun I memang hendak berkenalan dengan you, I hope you still single and available, by the way I’m Hairi Hussin,” ujarnya seraya menghulurkan tangan untuk berjabat tangan denganku. Sekali lagi Ariel melirik ke arahku bila Hairi menghulurkan tangannya. Dia berharap aku tidak menyambut kerana tidak manis di pandang orang.
 
 
                              Aku dengan senang hati menyambut huluran tangan Hairi.
 
 
                              “Hairi Hussin, hmm anak tok penghulu kampong ni kan, and Hairi what makes you think I’m not available, sedari tadi you pegang tangan I ada you notice any ring,” jawabku sambil menjeling kearah tangan kami yang masih bertaut. Hairi masih belum melepaskan tanganku yang di kejap sedari tadi. Bila aku mengingatkannya mengenai cincin. Hairi tanpa segan membelek-belek jari-jemariku pura-pura mencari cincin.

                             “Can I have my hand back, then,” ujarku seraya ketawa kecil bila Hairi masih lagi tidak mahu melepaskan tanganku.
 
                              “Can I have dinner with you 2nd week, Wednesday?,” soal Hairi enggan melepaskan tangan Dania selagi Dania tidak memberi jawapan.
 
 
                              “You very persistent aren’t you, for your info, kat sini mana ada restaurant, kalau setakat warung-warung biasa I tak main,” jawabku supaya Hairi tahu bahawa aku bukan wanita kampung biasa. Bukan aku memandang rendah pada wanita kampung. My expectation very high terutama sekali keluar date dengan lelaki macam Hairi kerana Hairi menunjukkan bahawa dia bukan lelaki kampung, he’s modern macam Ariel.
 
 
                              “Of course my dear, I bawa you ke Tioman Island Golf Club,”
 
 
                              “Impressive,” jawabku lalu tersenyum kerana tekaanku tepat. Lelaki macam Hairi tidak akan bawa ku ke tempat biasa.
 
 
                              “Well?,” soalnya menunggu jawapan dariku.
 
 
                              “I call you tomorrow, but right now I tak bawa my phone, I’ll get your number from Ariel, it’s getting late, I got to go, see you around,” ujarku tanpa menoleh kearah Ariel aku berjalan menuju kearah rumah Ustazah Mariam.
 
 
                              “How come kau tak tackle this gorgeous chic,” soal Hairi sebaik sahaja Dania sudah jauh meninggalkan mereka.
 
 
 
                        “She’s different,” jawab Ariel tanpa mengulas panjang. Dia mematikan puntung rokoknya lalu kembali menuju ke surau. Dalam perjalanan menuju ke surau hatinya tidak berapa senang bila Dania menerima perlawaan Hairi. Dia tidak tahu mengapa kerana selama ini dia tidak pernah ambil kisah atau peduli sekiranya ada lelaki lain yang mahu mengenali wanita yang pernah di dampinginya kerana Ariel tidak pernah menganggap mereka sebagai steady girlfriend. Tapi kenapa pula dia tidak berapa senang bila Hairi mahu mengenali Dania. Malah Dania bukan kenalan mahupun wanita yang di dampinginya. Pelik. Adakah kerana dia sukakan Dania maka dia tidak mahu Dania mengenali lelaki lain. Tapi mengapa dia tidak pernah cuba menambat hati wanita itu. Entahlah dia sendiri keliru akan perasaannya. Atau mungkin kerana dia bukan dirinya yang sebenar sejak dia berada di kampong halaman. Malah dia seakan lupa akan personalitynya yang sebenar sejak dia berada di sini.
 
 
 
 
bersambung..



 


No comments:

Post a Comment