Friday 28 March 2014

Qada dan Qadar - Part 34


                              Setiap kali takbir raya berkumandang ia benar-benar membuatkan hatiku sayu mengingatkan arwah mama. Kali pertama aku menyambut syawal tanpa mama. Aku mengesat air mataku perlahan.
 
 
                              “Kenapa non termenung aje,” tegur bibik Wati sebaik sahaja dia meletak teko teh dan kuih muih di hadapan Dania. Dania memesannya tadi dia tidak mahu bersarapan berat hari ini kerana dia dan papanya akan berangkat ke kampung mamanya untuk menziarahi pusaranya. Alhamdullilah setelah papa pulang dari hospital dia meminta aku membantunya untuk berubah untuk menjadi seorang muslim yang baik. Dia senang melihat perubahan ke atas diriku. Aku membawa papa ke PERKIM untuk dia menghadiri kelas agama di sana.
 
 
                              “Tak ada apa-apa,” jawabku perlahan.
 
 
                              “Dato kemana non, tak nampak dari tadi?,” soal bik Wati bila majikannya tidak kelihatan bersama Dania di ruang tamu. Masih tidur lagi kah? Sejak dia berpisah dengan Datin Ana majikannya kelihatan bertambah baik. Tidak seperti dahulu yang selalu pulang rumah lewat malam dalam keadaan mabuk dan suka berhibur. Majikannya banyak menghabiskan masa bersama Dania sekiranya dia tidak ke pejabat atau pada hujung minggu.
 
 
                              “Dato keluar sekejap beli barang,” jawabku ringkas.
 
 
                              “Saya senang melihat perubahan ke atas diri Dato, dia sudah rajin solat dan tidak keluar malam lagi non, bagus,” ujar bibik Wati lalu tersenyum.
 
 
                              “Alhamdullilah bik, saya pun merasa bersyukur melihat perubahan ke atas diri papa,” ujarku lalu tersenyum kerana aku turut merasa gembira melihat perubahan ke atas diri papa. Papa sudah rajin mendirikan solat lima waktu dan meninggalkan kegiatannya yang suka minum minuman keras.
 
 
                              “Iya non alhamdullilah, saya juga senang melihat non bertambah manis dan ayu bila bertudung, pasti mas Ariel senang melihat non sekarang,” jawab Bibik Wati lalu menuang teh panas ke dalam cawan yang berada di atas meja.
 
 
                              “Mas Ariel?,” jawabku lalu memandang wajah bibik Wati penuh minat. Bibik Wati masih mengingati Ariel. Sedangkan Ariel baru sekali berkunjung di rumah itupun kerana menghantar aku pulang kerana kecederaan yang disebabkan oleh Ariel juga. Apa yang membuatkan bibik Wati menganggap Ariel ada kena mengena dengan aku.
 
 
                              “Ia, bukankah mas Ariel itu cowoknya non, mas Ariel tu ganteng orangnya kan non,” komen bibik Wati sambil tersenyum sendiri. Dia tahu Dania sukakan Ariel. Dan dia juga dapat merasakan bahawa Ariel juga sukakan Dania walaupun tidak di tunjukkan terang-terangan.
 
 
                              “Ganteng..ganteng, kamu ni banyak berangan eh bik Wati, saya dengan mas Ariel tidak ada apa-apa hubungan, dia tu anak ustazah tempat saya belajar agama di Mersing dahulu,” terangku agar bik Wati tidak salah faham akan hubungan kami.
 
 
 
                              “Jadi non dengan mas Ariel tidak ada hubungan apa-apa, yah rugi sekali kerna non dan mas Ariel kelihatan cocok amat,” terang bik Wati bersungguh-sungguh. Selama ini dia fikir Ariel adalah pasangan Dania. Patutlah Mas Ariel tidak melawat Dato ketika dia sakit dahulu rupa-rupanya mas Ariel bukannya teman lelaki Dania.
 
 
 
                              “Dia tidak sukakan saya,” jawabku perlahan bila Bik Wati mengatakan bahawa kami kelihatan sepadan. Ariel tidak pernah menghubungi aku setelah menghantar aku pulang kelmarin. Tidakkah dia kisah tentang diriku langsung? Tidak bertanya khabar tentang diriku seolah-olah aku tidak pernah dia kenali langsung. Mungkin aku bukan wanita pilihan Ariel. Dan Ariel sememangnya mahu menjauhkan dirinya dari aku.
 
 
 
                              “Apa non pernah bertanya pada mas Ariel?,” tanya bik Wati bila Dania mengatakan Mas Ariel tidak sukakannya.
 
 
 
                              “Tanya apa?,”
 
 
 
                              “Tanya samada Mas Ariel sukakan non?,” soal bik Wati lagi.
 
 
 
                              “Tak kanlah saya hendak bertanya padanya samada dia sukakan saya bik, cara layanan yang di berikan terhadap diri saya, saya sudah dapat tahu bahawa dia tidak begitu sukakan saya,” jawabku sambil tersenyum. Aku sedar siapalah aku jika hendak di bandingkan dengan wanita-wanita pilihan Ariel. Dan aku tidak rasa ustazah Mariam akan memilih aku sebagai menantu pilihannya. Pasti dia akan mencari wanita solehah buat anak kesayangannya.
 
 
 
                              “Iya, kereta non bila akan di hantar pulang dari workshop?,” ujar bibik Wati menukar tajuk perbualan kerana dia dapat merasakan Dania tidak suka dia bertanya mengenai Mas Ariel lagi. Sebelum dia di marahi Dania ada lebih baiknya dia tukar kepada tajuk lain.
 
 
 
                              Keretaku bukan berada di workshop tapi berada di Mersing, di rumah ustazah Mariam kerana aku di hantar pulang oleh Ariel dan Ariel memandu keretanya semasa menghantar aku pulang. Pak Ibrahim pemandu kami bercuti menyambut lebaran di kampung isterinya selama seminggu. Aku ada menelefon Anis dua hari lepas. Dia mengatakan kereta ku akan di hantar pulang mungkin minggu hadapan kerana mereka sibuk dan tidak sempat hendak menghantarnya. Aku merasa serba salah kerana telah menyusahkan Anis untuk memandu keretaku pulang ke KL pula.
 
 
 
                              “Entah minggu depan barangkali...itu Dato dah balik, barang yang saya suruh siapkan dah ada,” soalku segera bangkit dari sofa. Aku berjalan menuju ke tangga untuk ke bilik kerana aku hendak menganti pakaian. Aku dan papa mahu segera ke kampung mama.
 
 
 
                              “Ya udah semua ada di ruang tamu,” ujar bibik wati.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment