Saturday 1 March 2014

Qada dan Qadar - Part 14


                             Aku membantu menghidang lauk pauk yang di masak Anis ke atas meja dapur. Nasib baik hari ini mereka mengambil keputusan untuk makan tengahari di dapur. Kalau tidak jenuh aku turun naik tangga dengan baju kurung besar ni. Silap hari bulan boleh terlentang kat tangga. Telefonku berbunyi. “You got a message”. Aku membuka envelope message.
 

                              I’m coming back to get you - Ariel. Ringkas sahaja pesanan smsnya.
 

                              “Anis!!!,” jeritku kuat cukup membuatkan Anis terkejut besar bila terdengar jeritanku yang maha kuat sehingga bergema ruang dapur.
 

                              “Apa? Kenapa?,” jawab Anis segera mendapat aku dengan wajah cemas.
 

                              “Ariel nak balik,” ujarku lalu tersenyum lebar.
 

                              “Abang Ariel nak balik, betul ni Dania tak main-main,” ujarnya dengan ghairah. Anis turut gembira mendengar perkhabaran yang di sampaikan Dania.
 

                              Aku tidak berkata apa hanya menyerahkan handphone ku kepada Anis.
 

                              “Syukur alhamdullilah, terima kasih Dania,” ujar Anis seraya memelukku erat. Aku hanya mampu tersenyum bila dia berbuat demikian. Jelas terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya. Aku turut tumpang gembira. Cuma, aku mula rasa tidak sedap hati bila sms Ariel yang tidak berapa friendly dimataku. What does he mean coming back to get you.
 

                              “Assalamualaikum,”
 

                              “Waalaikumsalam,” jawab Anis menuju ke pintu dapur.
 

                              Aku memasang telinga ingin tahu siapa yang datang.
 

                             Terdengar suara lelaki berbual-bual di pintu belakang. Ahh itu suara Amirul. Aku menarik nafas lega kerana aku yakin itu suara milik Amirul. Sungguhpun Amirul jarang bersuara tapi aku kenal akan suaranya. Fuh lega. Aku menyumbatkan telingaku dengan earphone lalu menghidupkan ipod nanoku sambil menari-nari mengikut irama lagu Labels or Love dari Fergie. Aku hanya beryanyi dan menari bila memastikan bahawa Ustaz dan Ustazah tak ada di rumah. Kalau Anis dia tahu aku kepala gila begitu juga Amirul. Amirul paling tidak dia hanya mengucap panjang bila datang perangai gilaku.
 

                              Aku tersentak bila belakang ku di tepuk seseorang. Aku memusingkan badanku ke belakang. Hampir hendak gugur jantungku bila lelaki yang berdiri tercegat di hadapanku adalah Ariel. Dia memandang wajahku dengan wajah serius lagak seperti hendak makan orang. Eventhough he looks mad but he look so damn gorgeous. Ini adalah kali kedua close encounter kami sejak semalam. Hehehe. Not bad huh. Walaupun lelaki itu tidak pernah menunjukkan dia berminat padaku.
 

                              “Pack your things,” ujarnya serius.
 

                              Gulp. Aku menelan air liur. He can’t be serious. Tak kan dia balik semula kerana aku cakap aku hendak balik. Impossible. Bukan mudah untuknya menjejakkan kakinya balik ke kampung kembali. It’s not that easy.
 

                              “Ustazah tolong!!,” jeritanku cukup membuatkan Ariel menoleh kearah pintu secara spontan. Hahaha. Trick ku menjadi. Tanpa berlengah lagi aku segera berlari pantas menuju ke ruang tamu membuka salah pintu bilik lalu menutup daun pintu rapat. Aku mengurut dadaku perlahan menahan penat. Aku menekapkan telinga di pintu. Keadaan di luar senyap sunyi. Fuh. Aku terduduk di hadapan pintu. Mataku melirik ke kiri dan kekanan. Bilik siapakah ni? Di dindingnya terdapat poster besar kereta lamborghini berwarna kuning. Ok. Aku tak rasa bilik ini bilik Anis atau bilik Ustaz dan Ustazah. Aku menuju kearah almari yang penuh sarat dengan buku-buku agama dan kitab-kitab di atas almari tersebut penuh dengan piala dan di sebelahnya terdapat sijil-sijil. Aku mencapai salah satu piala yang terbesar yang terdapat di atas almari tersebut.
 

                              ‘Juara qari di peringkat kebangsaan johor’ – Muhamad Ariel Ahmad.
 

                              Aku meletak kembali Piala tersebut di tempat asalnya. Juara qari. Apa makna qari? Ah nanti aku tanya pada Anis akan maknanya. Wow. Not bad juara eh? Juara aku tahu maknanya. Champion.  Aku mencapai salah satu sijil yang ditempatkan ke dalam bingkai gambar.
 

‘Sijil Sarjana Muda jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab’

Muhammad Ariel Ahmad

Tahun 1999 to 2003

dari Universiti Al-Azhar Mesir

 
                              Ok that’s scary. Aku meletak kembali sijil yang kupegang tadi kembali di atas almari. Ini bermakna aku berada di dalam bilik Ariel semasa dia tinggal di sini. Dan kesemua piala dan sijil-sijil yang terdapat di atas almari ini milik Ariel. No wonder dia harapan keluarga. He’s smart boy.
 

                              Pintu bilik di ketuk bertalu-talu dari luar. Fish. Dia tahu aku berada di sini. Mataku melilau mencari sesuatu. Aku mencapai buku yang hampir tebal dengan dictionary lalu membuka pintu perlahan.
 

                              “What are you doing in my room?,” ujar Ariel sebaik sahaja Dania membuka pintu.
 

                              “I nak pinjam buku ni,” ujarku menayangkan kepadanya tanpa terlebih dahulu melihat tajuk buku tersebut. Ah. Buku ini sebagai alasan agar dia tidak akan marah padaku.
 

                              “Kisah dari Al-Quran, interesting finish it by this weekend and I nak you ceritakan pada I,” ujarnya merenung kepadaku tanpa berkelip.
 

                              Mak ai..banyak-banyak buku aku boleh terambil kisah dari Al-Quran eh? Bijak sungguh bijak. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku tak ubah seperti burung belatuk. What to do? Tak boleh nak bagi reason lain. Terpaksalah aku menurut kehendak si Ariel. Eleh nak tunjuk garang siap kau. Sekejap lagi Ustazah dan Ustaz balik baru kau tahu nasib kau.
 

                              “Assalamualaikum,”
 

                              “Hah, Ustazah dah balik,” ujarku melompat gembira. Sempat aku menoleh kearah Ariel. Lelaki itu berdiri tercegat seketika. Merasa kaget sebaik sahaja terdengar akan suara emaknya memberi salam. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju kearah pintu dapur.
 

“Waalaikumsalam,” jawabku seraya meluru kearah Ustazah sambil menyambut bakul berisi penuh sayur hasil dari kebunnya.
 

“Kenapa kelam kabut sangat ni,” ujar Ustazah Mariam sambil tersenyum bila di lihatnya anak murid istimewanya itu kelihatan seperti cacing kepanasan.
 

Tanpa rasa malu atau segan lagi aku membisikkan sesuatu ke telinga Ustazah Mariam. Ahh apa nak segan aku dah anggap Ustazah Mariam seperti mak angkat aku sendiri. Layanan yang di berikan Ustazah sekeluarga kepada diriku membuatkan aku senang dan tidak merasa kekok tinggal bersama dengan mereka. Wajah Ustazah Mariam berubah serta merta terperanjat dengan berita yang aku sampaikan. Dia segera menoleh kearah pemuda yang sedang menuju ke arahnya. Dadanya merasa sebak teramat sangat. Airmatanya mengalir perlahan tanpa dapat di tahan lagi. Ariel mencapai tangan maknya lalu menciumnya perlahan.
 

“Ampunkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki mak, saya banyak buat silap dan berdosa pada mak, saya menyesal mak, saya tak akan tinggalkan mak lagi,” ujar Ariel lalu memeluk emaknya lama.
 

Syahdu rasanya bila aku melihat dua beranak di dalam keadaan demikian. Aku yang tidak ada kena mengena langsung turut mengalirkan air mata. Sedih melihat kasih ibu terhadap anaknya. Sungguhpun anak derhaka kepada ibu, ibu tetap menerima dan memaafkan anaknya kembali. Hanya anak yang tidak pernah mengenang jasa, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Ustazah Mariam hanya dapat menganggukkan kepalanya perlahan menandakan dia sudah memaafkan Ariel kerana terlalu sedih untuk berkata apa. Ubun-ubun kepala anaknya dicium berkali-kali. Rindu benar dia pada Ariel.
 

“Mana abah mak?,” soal Ariel tiba-tiba bila teringatkan abahnya, airmata ibunya di seka perlahan dengan ibu jarinya. Wajah maknya di pandang lama untuk melepaskan rindu. Dia benar-benar sedih dan kesal akan perbuataannya.
 

“Abah,” jawab Ustazah Mariam seperti orang baru tersedar dari mimpi. Dia menoleh ke belakang. Suaminya tadi ada mengikutnya pulang dari kebun. Tapi dia tidak berada di belakangnya sekarang. Kemana perginya dia.
 

“Abah pergi ke surau bang,” jawab Anis perlahan cuba menahan sedih. Abahnya tadi memang berada di belakang mak mertuanya. Malah dia nampak akan Ariel meminta ampun dengan isterinya tadi. Wajahnya jelas terpancar cahaya kesedihan. Dia tidak tahu mengapa abahnya pergi meninggalkan mereka lalu menuju kearah surau. Tidakkah dia gembira bila satu-satunya anak kesayangannya itu kembali. Anis tahu abahnya sangat sayangkan Ariel. Walaupun abahnya tidak pernah menunjukkan kesedihannya. Dia tahu. Setiap kali abahnya memanjatkan doa. Dia tidak pernah putus memohon kepada allah agar Ariel kembali ke pangkuan mereka.
 

“Pergilah Riel,” ujar Ustazah Mariam lalu menepuk bahu Ariel perlahan.
 
 
bersambung...
 
 

 

No comments:

Post a Comment