Thursday 27 March 2014

Qada dan Qadar - Part 32


                              Sepanjang perjalanan menuju ke highway aku hanya mampu menangis dan berdoa agar papa tidak apa-apa. Kalau tiada papa aku akan menjadi sebatang kara Aku tiada sesiapa di dunia ini.
 
 
                              Ariel menoleh kearah Dania di sebelahnya. Hatinya tersentuh melihat keadaan Dania. Wanita itu kelihatan sedih. Dia merasa bersalah kerana menyakitkan hati Dania.
 
 
                              “Banyak bersabar dan berdoa Dania, insyallah papa you ok,” ujar Ariel memujuk Dania.
 
 
                              Aku mencapai tisu lalu mengesat air mataku kerana aku memikirkan perkara yang tidak elok berlaku ke atas diri papa. Perjalanan pulang terasa begitu lama bagiku. Ingin sahaja aku terbang ingin cepat sampai kesana.
 
 
                              “Terima kasih Ariel, and I’m sorry kerana menyusahkan you,” jawab ku perlahan kerana sebaik sahaja Anis memberitahu akan keadaan papanya, Ariel tidak berfikir panjang lagi dan bersetuju untuk menghantarku pulang. Ini bermakna Ariel care and concern about me.
 
 
                              “Don’t mention it, you rehatlah dulu,” jawab Ariel tanpa mengulas panjang. Perjalanan ke Kuala Lumpur masih jauh. Dia mahu Dania berehat dan tidak terlalu memikirkan tentang papanya.
 
 
                              Aku hanya menganggukkan kepala bila Ariel berkata demikian kerana ada benarnya juga apa yang dikatakannya tadi. Mungkin kami hanya tiba di KL jam 4 pagi.
 
 
                              “Ariel kalau penat atau mengantuk you rehat dulu ok,” pesanku kerana tidak mahu Ariel memandu laju dan tergesa-gesa untuk cepat sampai.  
 
 
                              Ariel tersenyum bila Dania berkata demikian. “Kenapa you takut I memandu laju,” soal Ariel lalu menoleh kearah Dania.
 
 
                              “I tak nak kita pula jadi pelanggan hospital nanti,” jawabku lalu memejamkan mata.
 
 
                              Ariel tertawa kecil bila Dania mula risau bila dia memecut kereta yang di pandu kerana mahu segera sampai ke Kuala Lumpur. Namun ada benarnya juga apa yang di katakan Dania nanti tidak semena-mena mereka berdua menjadi pelanggan hospital.
 
 
                              “Ok I berjanji akan menjadi pemandu berhemah mengikut peraturan jalan raya, in sha allah,” jawab Ariel lalu tersenyum.
 
 
                              Aku tersedar dari tidur lalu mengosok mataku perlahan. Aku menoleh ke arah kananku. Ariel tidak kelihatan di tempat pemandu. Aku cuba mengamati jam di dipergelangan tanganku. Pukul 2.30 pagi. Aku membetulkan tempat dudukku yang telah di ubah posisinya. Aku pasti Ariel yang mengubahnya bila aku tertidur tadi supaya aku dapat tidur dalam keadaan selesa. Ariel berhenti di Hentian Pedas Linggi. Kenapa dia tidak kejutkan aku? Aku duduk menanti Ariel kembali ke kereta.
 
 
                              Ariel mengetuk cermin tingkap kereta meminta aku membuka pintu kereta untuknya kerana kunci kereta berada di dalam kereta kerana dia tidak mematikan air con. Aku membuka kereta untuknya.
 
 
                              “Sorry I woke you up,” ujarnya memandang ke arah Dania.
 
 
                              “You mengantuk?,” soalku lalu memandang wajah Ariel yang kelihatan agak letih. Walaupun dia sudah membasuh muka bertujuan agar dia tidak mengantuk.
 
 
                              “I dah tak mengantuk lagi,” jawab Ariel lalu memasang tali pinggang keledar.
 
 
                              “Sure, you hendak I ambil alih, I dah puas tidur tadi,” ujarku lagi, kesian pula aku melihat Ariel yang keletihan. Sepanjang bulan ramadhan Ariel kekurangan tidur kerana dia banyak menghabiskan masa mengandakan amal ibadahnya di bulan ramadhan.
 
 
                              “Tak apa you temankan I berbual nanti ok,” jawab Ariel lalu menghidupkan enjin kereta. Dia menolak gear satu, kereta meluncur perlahan keluar dari tempat perhentian dan Ariel meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
 
 
 
 
                                                                                               ****
 
 
 
                              Setibanya di Prince Court Medical Centre. Kami terus menuju ke ward papa di tempatkan. Ariel menungguku di lobby kerana di ward ICU tidak dibenarkan tetamu lebih dari seorang tidak dibenarkan masuk bukan waktu lawatan. Sewaktu aku melawat papa. Papa sedang tidur. Hatiku menjadi sayu melihat keadaan papa. Aku menoleh ke arah monitor yang terdapat di dalam biliknya. Menurut doktor bertugas papa mengalami serangan jantung dan papa memerlukan bantuan mesin jantung dan paru. Dan jika jantungnya di dalam keadaan stabil papa tidak memerlukan mesin penafasan intubation. Aku hanya mampu berdoa agar allah lanjutkan usia papa semoga dia mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. Dan aku akan membantu papa ke jalan itu. Aku keluar dari ward papa dan menuju ke arah lobby di mana Ariel sedang menantiku.
 
 
                              Dari jauh aku terlihat Ariel duduk dan tertidur keletihan di sofa. Aku duduk di sofa berhadapan dengannya. Ariel tidak sedar aku berada di hadapannya. Wajah kacak Ariel ku pandang lama.
 
 
                              “Aku sayangkan kau Ariel, tapi papa lebih memerlukan aku disisinya,“ bisik hati kecilku. Aku mengambil keputusan untuk tidak kembali ke Mersing kerana mahu menjaga papa sehingga dia sihat. Dan aku tidak tahu samada aku punya kesempatan untuk kesana semula. Aku benar-benar terhutang budi ke atas jasa baik keluarga Ustazah Mariam. Insha allah jika panjang umur dan ada kesempatan aku akan mengunjunginya mereka. Keluarga Ustazah Mariam sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri.
 
 
                              Ariel terjaga dari tidur bila tidurnya terganggu dek bunyi siren ambulance. Dia membetulkan kedudukannya bila mendapati Dania berada di hadapannya.
 
 
                              “How’s your dad’s condition?,” ujar Ariel dengan wajah perihatin.
 
 
                              “He’s not stable yet,” jawabku perlahan.
 
 
                              “He will be fine, insha allah, banyakkan berdoa,” ujar Ariel lalu melirik ke arah jam di tangannya. Jam menunjukkan hampir ke 5 pagi.
 
 
                              Aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan.
 
 
                              “You go home and rest, kita singgah cari tempat makan untuk bersahur dan solat subuh dulu,” ujar Ariel lalu memandang wajah Dania yang kelihatan sugul. Dia bangkit dari sofa.
 
 
                              “Ok,” jawabku ringkas lalu bangkit dari sofa mengekori Ariel menuju ke arah lif.
 
 
                              Di dalam lif kami tidak berkata apa. Ariel mungkin kepenatan dan aku pula masih dalam keadaan sedih. Sedih kerana papa sakit dan juga sedih kerana aku terpaksa berpisah dengan keluarga Ustazah Mariam. Buat pertama kalinya aku benar-benar dapat menghayati erti ramadhan dan kesayuan bila ramadhan akan meninggalkan kami tidak lama lagi. Walaupun aku terpaksa menyambut syawal di hospital menemani papa namun aku tetap bersyukur. Keselamatan papa lebih penting buat ku masa ini. Aku tiada sesiapa di dunia ini selain papa.
 
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. Thanks again writer..Dania semakin matang..dan Ariel nampak sedikit lembut pd Dania..but sapa yg ustazah Mariam nk jodoh kn dgn Dania?

    ReplyDelete