Monday 31 March 2014

Qada dan Qadar - Part 39


                                Aku tersenyum sebaik sahaja terpandang akan kad jemputan dari Miera. Alhamdullilah, Miera akan bernikah bulan hadapan dengan Hairi. Walaupun aku jarang bertemu dengan Miera tapi kami masih berhubungan. Begitu juga hubungan aku dengan keluarga Ustazah Mariam, aku seringkali bertanya khabar mengenai mereka. Namun aku tidak pernah bertanya mereka mengenai Ariel. Sehari selepas kejadian aku bertemu dengan Ariel di Zouk. Ariel cuba menghubungi di handphone namun aku tidak menjawab panggilannya kerana aku masih belum bersedia untuk bercakap dengannya. Miera mengatakan kepadaku bahawa Ariel cuba menghubungi aku, namun aku tidak pernah menyambut atau membalas panggilan telefon darinya. Aku masih merajuk dengan Ariel. Aku tidak tahu kenapa aku begitu terasa sekali dengan sindiran Ariel. Kalau Ariel cuba menghubungi aku kerana ingin meminta maaf. Aku sudah lama memaafkannya, namun aku masih belum dapat melupakan apa yang dia katakan pada aku. Hatiku benar-benar terluka dan kecewa dengan tindakan Ariel. Bukan sekali dua dia bersangka buruk pada diriku sudah banyak kali. Aku punya hati dan perasaan. Jika perbuatan Ariel itu bertujuan untuk menjauhkan dirinya dari aku. Dia berjaya kerana aku tidak akan menganggunya lagi.



                              Lamunanku terhenti bila terganggu dek deringan telefon pejabatku.



                              “Assalamualaikum,”



                              “Waalaikumsalam,”



                              “Dania ini Anis, kenapa Anis call handphone Dania tak jawab?,” soal Anis.



                              “Anis...apa khabar? Mana ada Anis call...kejap-,” aku membuka tas tanganku lalu mencapai telefon. Aku mengeluh kecil bila handphone tadi ku letak silent kerana ada meeting terlupa hendak on ringer balik.
 

                              “Sorry Anis, Dania put on silent tadi lupa nak switch balik,” ujarku lalu tersenyum. Gembira mendapat pangilan telefon dari Anis.
 

                              “Kita penat lah mendial nombor handphone dia dari tadi, nasib baik ada nombor office Dania, ni Anis nak beritahu Anis ada di KL, ingatkan nak jumpa Dania, kita pergi lunch?,”
 

                              “Anis di KL betul?? Berapa lama Anis berada di sini?,” soalku ingin tahu. Yelah kalau Anis berada di sini dua tiga hari boleh aku ajak dia shopping di sini.
 

                              “Esok pagi balik Kulai, abang Mirul ada seminar di pejabat tabung haji, dia benarkan Anis keluar dengan Dania,”
 

                              “Cepatnya hendak balik, ingatkan hendak ajak Anis pergi shopping,” keluhku perlahan. Yelah Anis datang semacam minta api. Sekejap dah nak balik. Tak puas aku hendak jumpa dengannya dan berborak panjang.
 


                              “Tak apalah janji dapat jumpa, Anis rindu hendak jumpa Dania ni,” ujar Anis lalu ketawa kecil. Yelah Syawal yang lalu dia tidak dapat datang singgah ke rumah Dania kerana dia terpaksa ke Kulai. Ini bila dia berada di KL dia mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan Dania.
 
 
                              “Oh ye ke rindu Dania, kesian pula kalau tak jumpa Anis kan??...Dania pun rindu sebab lama betul kita tidak berjumpa, ok Anis text Dania add Anis, Dania datang jemput Anis sekarang juga..,” ujarku lalu menarik locker dimana aku menyimpan tas tanganku tadi. Aku akan memberitahu setiausaha papa bahawa aku tidak akan pulang ke pejabat kerana hendak bertemu dengan Anis.
 
 

                              “Wah excitednya dia, oklah Anis text add, jumpa nanti, assalamualaikum,”
 
 

                              “Waalaikumsalam,” ujarku lalu mematikan talian.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment