Wednesday, 9 April 2014

Azalea Orkid - Part 9


Adam mematikan enjin keretanya sebaik sahaja kereta nya terpakir di di porch rumah mamanya. Jasmin menanggalkan tali pinggang keledar. Dia mencapai bag galas dan anak patung barbie yang di bawa bersama untuk ke rumah nenek Fauziah dan atuk Ottheman. Jasmin suka dibawa ke sana kerana nenek dan atuk selalu memanjakannya.
 

Jasmin berlari menuju ke arah dapur kerana dia tahu neneknya pasti berada di dapur waktu-waktu begini untuk menyediakan makan tengahari. Adam menutup pintu kereta lalu menuju ke dalam rumah. Lea membenarkan dia membawa Jasmin ke rumah mama dan papanya setiap hujung minggu. Azalea dan Orkid bukan orang asing lagi pada mereka kerana mama dan papa sudah menganggap Azalea dan Orkid anak angkat mereka dan sudah menganggap Jasmin seperti cucunya sendiri.
 

“Nenek buat apa tu?,“ sergah Jasmin dari belakang nenek Ogynya. Dia mencapai tangan nenek lalu mencium tangan nenek Ogynya.
 

“Eh cucu nenek sampai rupanya..bila sampai? Nenek tak dengar bunyi kereta papa Adam pun?..ah Adam kenapa tak beritahu hendak datang hari ni..mama belum sempat masak pun..kesian cucu nenek lapar nanti,“ ujar Datin Fauziah sebaik sahaja terpandang wajah anak bujangnya. Dia mencubit pipi Jasmin mesra. Jasmin hanya ketawa bila nenek Ogynya berbuat demikian. Adam mendekati mamanya lalu menyalami tangan mamanya.
 

“Adam tak bercadang nak datang tadi..tapi dah terlanjur bawa Jasmin keluar bersiar-siar Adam singgah kemari, ada perkara yang Adam hendak bincangkan dengan mama dan papa, erm..papa mana ma?,“ ujar Adam lalu menarik kerusi meja makan lalu duduk. Kunci kereta di letakkan di atas meja. Semasa dia masuk ke dalam rumah tadi. Ruang tamu kelihatan sunyi tidak nampak kelibat papanya.
 

“Bincang apa?..Papa ntah ada kat atas agaknya tu,“ jawab Datin Fauziah acuh tak acuh kerana dari tadi tidak nampak muka suaminya mungkin dia berada di bilik study room. Dia membawa Jasmin duduk di kerusi meja makan di mana terdapat sayur-sayur yang hendak di siang dan di masak hari ini. Puan Fauziah memberi Jasmin setangkai kacang panjang. Dia mengajarkan cara bagaimana hendak mematahkan kacang panjang itu kepada Jasmin. Dia bercadang untuk memasak lauk asam rebus sayur kacang panjang. Jasmin suka bila dia diberi peluang membantu nenek Ogynya memasak.
 

“Eh cucu atuk ada...? Bila sampai?..,“ tegur Dato Amran bila dilihatnya Jasmin sedang leka menolong neneknya mematahkan kacang panjang.
 

“Baru aje sampai atuk,“ jawab Jasmin lalu bangkit dari kerusi lalu mencium tangan atuknya.
 

“Oh baru sampai..nak tunggu nenek kamu habis memasak laparlah kita..meh ikut atuk kita pergi KFC,“ ujar Dato Otteman lalu tersenyum. Dia menghulurkan tangannya kepada Jasmin. Tadi dia terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya. Bila menyedari kereta itu milik Adam. Dia tahu Jasmin pasti di bawa datang bersama. Dato Otteman suka melayan cucu angkatnya Jasmin kerana rumah besar banglo milik mereka hanya mereka berdua termasuk pembantu rumah yang tinggal. Hendak tunggukan Adam kahwin dan dapatkan cucunya untuknya lambatlah kerana anaknya masih belum bersedia untuk berkahwin lagi. Kedatangan Jasmin sedikit sebanyak membawa seri pada rumah mereka.
 

“YES!!...KFC!!..Jasmin boleh ikut atuk tak papa?,“ soal Jasmin lalu menoleh ke arah papa Adam yang sedang duduk mengadap nenek Ogynya.
 

“Pergilah papa tunggu Jasmin balik ok..tapi jangan nakal-nakal kesian atuk nak kena kejar Jasmin nanti,“ pesan Adam kepada Jasmin. Jasmin hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Jasmin berlalu ke ruang tamu bersama atuk Amrannya. Adam mengalihkan pandangan ke wajah mamanya semula.
 

“Apa yang kamu hendak bincangkan Adam?,“ soal Datin Fauziah lalu memandang wajah Adam. Dia mencapai seketul bawang merah dikupas kulitnya lalu di hiris nipis.
 

“Saya hendak bernikah dengan Azalea,“ jawab Adam ringkas tidak berdolak dalih atau berbahasa bunga seolah-olah perkara yang hendak dibincangkan hanya perkara biasa sahaja.
 

Datin Fauziah berhenti dari menghiris bawang lalu memandang ke wajah Adam lama. Ingin melihat kesungguhan di wajah Adam. Apa benar Adam sudah bersedia untuk berumahtangga? Dahulu semasa dia bersama Orkid susah pula untuk dia menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan wanita itu.
 

“Bernikah dengan Lea? Betul Adam hendak bernikah dengan Lea??,“ soal Datin Fauziah lalu tersenyum. Setahu dia, Adam sukakan Arwahyahamah Orkid kerana Orkid wanita yang di perkenalkan sewaktu mereka berkawan dahulu. Jasmin dan Azalea hanya di perkenalkan kemudian setelah hubungan mereka semakin intim dan serious. Dia dapat merasakan bahawa Azalea tidak begitu menyenangi Adam. Mungkin sebab kenapa Azalea berbuat begitu kerana mahu mengelakkan diri dari disalah fahamkan oleh orang lain, takut orang lain akan menyangka bahawa dia adalah Orkid kerana mereka berdua benar-benar kelihatan serupa. Dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu Orkid dan yang mana satu Azalea bila kedua-duanya duduk bersebelahan bersama. Ketika Adam bersama dengan Orkid dahulu, Azalea jarang sekali mahu turut serta dalam aktiviti mereka sekeluarga kerana dia sudah menganggap Orkid dan Jasmin seperti anak angkatnya Azalea tidak terkecuali. Azalea hanya menghadirkan diri bila dia dipaksa oleh Orkid. Azalea tidak mahu terlalu rapat dengan teman lelaki kakaknya sendiri. Tapi setelah Arwahyahamah telah tiada. Adam mula rapat dengan Lea. Dan mungkin sudah tertulis jodoh Adam dengan Lea dan bukannya dengan Orkid.  
 

“Sudah jodoh saya dengan Azalea mama, kita hanya boleh merancang namun Allah yang menentukan,” jawab Adam mendatar. Tidak mungkin dia akan menceritkan kepada mamanya akan perjanjian dia dengan Azalea. Dia lakukan ini semua demi Jasmin.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

3 comments:

  1. Cik writer,..lea ni macam suka pd adam tp tak nak mengaku

    ReplyDelete
  2. Cik Anonympus..Lea..dia prejudice terhadap lelaki seperti Adam..pada Lea lelaki kacak baik sepertinya tidak boleh di percayai

    ReplyDelete