Adam tidak berada di
dalam bilik bila aku mendapati cik Limah sedang sibuk mengemas bilik tidurnya. Entah
hingga pukul berapalah Adam berjaga untuk menyiapkan kerjanya. Aku tiba-tiba
merasa kasihan pada Adam. Kenapa aku berhati batu dan tidak menghargai jasa dan
pengorbanan Adam terhadap kami selama ini? Malah aku selalu menyakitkan hati
Adam dan mengecewakannya. Kalau Adam seperti lelaki lain, nasibku tidak sebaik
ini. Kenapa aku tidak dapat menerima Adam. Adam terlalu baik. Adakah kerana aku
cemburukan Orkid maka aku tidak mahu menerima Adam? Aku cemburu kerana Adam
sayangkan Orkid. Ya Allah, kenapa aku harus merasa cemburu pada Orkid?
Aku menuju ke bilik Jasmin.
Pintu biliknya ku buka. Jasmin masih tidur. Aku menutup kembali pintunya dan menuju
ke arah bilik Adam dimana cik Limah sedang sibuk mengemas katilnya.
“Selamat pagi Lea,”
tegur mak Limah sebaik sahaja terpandang Lea berdiri di muka pintu.
“Pagi mak Limah,” jawabku
lalu duduk di sofa single yang terdapat di dalam bilik Adam sambil memerhatikan
mak Limah membuat kerjanya.
“Adam bangun pukul
berapa?,” soalku ingin tahu.
“Dalam pukul 5.30
pagi, lepas solat subuh dia keluar,” jawab cik Limah ringkas tangannya pantas
menyusun bantal dan membetulkan cadar katil Adam pula.
“Ada dia pesan
apa-apa pada mak Limah?,” soalku lagi kerana Adam tidak pernah keluar rumah
awal pagi. Kerana rutin Adam, setiap hari sabtu dan minggu dia akan bersarapan
pagi bersama kami. Tapi hari ini dia keluar. Kemana Adam pergi?
“Dia pesan tak payah
siapkan sarapan untuknya kerana dia akan bersarapan di luar, mak Limah dah
sediakan sarapan pagi untuk Lea,” jawab Mak Limah tanpa menoleh ke arah Lea.
Dia pun terasa pelik bila Adam keluar rumah awal-awal pagi. Selalunya dia akan
bersarapan pagi di rumah.
Aku mengerutkan dahi.
Selama aku berkahwin dengan Adam inilah kali pertama dia tidak bersarapan
bersama kami terutama sekali pada hujung minggu. Adam tidak akan ke pejabat.
Dia selalu meluangkan masanya untuk bersama keluarga. Atau lebih tepat
meluangkan masa bersama Jasmin, kerana aku jarang sekali berada di rumah. Adam
tahu aku sengaja berbuat demikian agar kami tidak bertemu. Kami seperti housemate
yang hanya berkongsi rumah dan mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu menjaga
dan membesarkan Jasmin. Kami bergilir-gilir akan membawa Jasmin keluar hujung
minggu agar Jasmin tidak merasa bosan dan merasakan dirinya terabai dan kurang
kasih sayang. Kami tidak mahu Jasmin merasa kehilangan. Dan Adam memenuhinya tanggungjawabnya
tanpa keluh kesah. Aku akui Adam seorang lelaki yang baik kerana dia menganggap
Jasmin seperti anaknya sendiri. Kalau lelaki lain belum tentu sebaik Adam
kerana Jasmin bukan anaknya.
Minggu ini giliran
aku untuk membawa Jasmin keluar. Selalunya walaupun giliran aku membawa Jasmin
keluar. Adam pasti berada di rumah bersama kami. Entahlah? Mungkin Adam sudah
bosan dengan kehidupan rutin yang sama dan sudah bosan dengan perangaiku yang
tidak pernah berubah.
Aku tersentak bila
terdengar enjin kereta menderum masuk ke porch. Kedengaran pintu kereta di buka
dan ditutup. Aku menuruni anak tangga berpura-pura mahu menuju ke ruang dapur. Adam
memandang ke arah ku sekilas. Seperti biasa aku tidak menegur Adam. Adam juga
tidak menegurku. Adam menanggalkan shade yang dipakainya di letakkannya di atas
meja lalu duduk di atas sofa. Tahulah aku, Adam pergi bermain tennis pagi tadi
dari outfit yang dipakainya. Adam bermain tennis? Selama ini dia tidak pernah
keluar bermain tennis. Terlalu banyak perkara mengenai Adam tidak aku ketahui. Patutlah
Adam keluar awal.
Aku terperanjat bila seketika
kemudian seorang wanita muda yang berpakaian sukan turut masuk ke dalam rumah
dan duduk bersebelahan dengan Adam. Siapa pula perempuan tu? Aku dapat melihat wajah
wanita itu dengan jelas. Dia bukan Sofie. Sofie cantik kerana wajahnya
didandan rapi. Tapi wanita itu cantik kerana natural beauty tiada secalit make
up pun kelihatan di wajahnya. Aku berkira-kira usianya dalam lingkungan early
twenties. Aku mengetap bibir menahan marah kerana Adam seperti tidak
menghormati aku sebagai isterinya. Aku tahu aku tidak berhak menghalang dia
berkawan dengan mana-mana wanita kerana dia tidak pernah menghalang aku berkawan
dengan mana-mana lelaki. Tapi apa yang aku kesalkan bila Adam berani membawa
wanita itu ke rumah.
“Lea, kenalkan ini DeIla….DeIla
ini Lea, my wife,” ujar Adam memperkenalkan kami bila dia ternampakku keluar
dari dapur. Dan mereka kebetulan mahu menuju kearah tangga untuk menuju ke
atas.
“Nice to meet you,”
ujar DeIla mesra lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku.
“Nice to meet you
too, you want anything to drink?,” soalku cuba berlagak biasa seolah-olah apa
yang berlaku di depanku tidak sedikitpun menyakitkan hatiku.
“No thanks, kita baru
aje minum tadi, betul tak dear,” ujarnya manja lalu memaut tangan Adam mesra. Adam
tidak menjawab malah tersenyum memandang kearah DeIla. Lagaknya seperti
pasangan kekasih.
Aku menyumpah dalam
hati. Adam sengaja mahu menduga kesabaranku. Perbuatannya itu sudah melampau.
Tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana selama ini aku selalu mengatakan
bahawa hubungan kami tidak lebih dari housemate. Bukankah itu syarat yang aku
tekankan pada malam sebelum kami bernikah dahulu. Ya, aku sedar aku yang
tetapkan syarat itu. Aku tidak kisah kalau Adam bertemu atau bercinta dengan
wanita lain di luar pengetahuanku kerana aku tidak akan mencampuri urusan
peribadinya. Yang penting ia bukan
berlaku di depan mataku sendiri. Hati siapa yang tidak sakit.
“Lea, I will be in Singapore for a few days, there’s Architect
Convention and I will only be back on Wed, take care,” ujar Adam lalu mencium
pipiku. Aku merasa kaget bila Adam berbuat demikian. Inilah kali kedua Adam
mengucupku setelah bergelar isteri. Tapi apa yang aku pasti Adam hanya berbuat
begitu agar DeIla yakin bahawa aku adalah isterinya.
DeIla hanya menjeling pabila melihat Adam berbuat
demikian. Mungkin cemburu dengan tindakan Adam tadi. Adam mendaki tangga menuju ke
arah biliknya diikuti DeIla.
“Beautiful house you
have abang Adam,” bisik DeIla perlahan, terpegun dengan dekorasi dan hiasan
dalaman yang terdapat di rumah Adam. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki
kerumah Adam sejak dia berumahtangga.
“Thanks for the compliment, interior design konsep dari kak
Orkid, come I want you to meet my princess,” jawab Adam menuju kearah bilik Jasmin.
DeIla mengangguk bersetuju. Adam selalu menyebut-yebut
anak kesayangannya kepada Della. Namun dia belum berkesempatan untuk menemukan
Della dengannya. Maklumlah dia baru habis belajar jurusan jururawat. Baru kini
dia berpeluang untuk bertemu dengan Adam.
Adam mengetuk pintu Jasmin perlahan. Seketika kemudian
dia terdengar suara halus milik Jasmin menyuruhnya masuk.
“Papa,” sorak Jasmin riang
lalu berlari mendapatkan Adam. Tubuh papa Adamnya didakap erat Adam membalas
pelukan princessnya lalu mendukung Jasmin.
“Sapa auntie ni papa?,”
ujar Jasmin seraya menoleh kearah DeIla dengan wajah hairan. Siapa wanita yang
berada dengan papanya? Dia tidak melihat wanita itu sebelum ini.
“Ini auntie DeIla, kawan
papa, Jasmin tak nak salam auntie DeIla ke?,” ujar Adam. Bila Jasmin masih terpegun
melihat teman papanya.
“Hi auntie DeIla,” ujar Jasmin
lalu menghulurkan tangannya. DeIla menyambut. Tangan DeIla dikucup mesra.
“Cutelah Jasmin, Jasmin
tengah buat apa tu?,” ujar DeIla. Dia memang suka dengan kanak-kanak kecil.
Sebab mengapa dia menjadi jururawat pun kerana dia suka melayan anak kecil.
“Jasmin tengah prepare
tea untuk minum petang, auntie dan papa nak join?,” ujar Jasmin dengan wajah
gembira. Adam menurunkan Jasmin ke bawah. Jasmin menuju kearah meja kecil yang
terdapat tea set di atasnya. Anak-anak patungnya di dudukkan di bangku.
“Sorry Jasmin, papa kena
kemas barang papa, Jasmin ingatkan papa kena pergi Singapore hari ini, Jasmin
minum petang dengan auntie DeIla ajelah ok..,” ujar Adam seraya mengusap rambut
Jasmin perlahan.
“Ok, tapi papa jangan
lupa belikan Jasmin barbie doll edisi mermaid tau,” pesan Jasmin seraya
tersenyum.
Adam tidak menjawab,
malah membalas senyuman puterinya kerana dia tidak lupa akan pesanan Jasmin. Kemana sahaja dia
pergi, pasti dia membeli buah tangan untuk Jasmin.
“Auntie DeIla sukakan
papa Adam,” soal Jasmin sebaik sahaja papa Adam meninggalkan biliknya dan dia
kini bersendirian dengan auntie Della.
DeIla mengerutkan
dahinya kurang faham dengan soalan anak kecil yang comel itu. DeIla mencapai
teapot kecil yang di perbuat dari porcelain itu lalu menuang tea panas ke dalam
tea cup yang tersedia. Dia mencapai cup tersebut lalu menghirup tea tersebut
perlahan.
“Ermm, kenapa Jasmin
tanya?,” soal Della lalu memandang wajah
comel Jasmin.
“Jasmin sayangkan
mama Lea dan papa Adam, tapi Jasmin kadang-kadang tengok papa Adam macam tak
happy aje...,” ujar Jasmin seraya meletak sekeping mini fruit custard di atas
piring Della.
“Auntie DeIla
sayangkan papa Adam sebagai abang sahaja tak lebih dari itu, papa Adam kan ada
mama Lea?,” terang DeIla. Dia dapat merasakan Jasmin menyangka DeIla adalah
teman wanita Adam. DeIla maklum akan rumahtangga Adam. Dia bersetuju untuk
membantu, agar hubungan Adam dengan Lea berbaik semula. DeIla dapat merasakan
bahawa Adam turut sayangkan Lea walaupun dia tidak berterus terang atau
mengatakan begitu kepadanya. Dengan pandangan dan cara Adam melayani Lea serta
kucupan yang diberikan kepada Lea tadi, sudah jelas dan nyata bahawa Adam
sayangkan Lea. Apa yang menghairankan DeIla kenapa Adam tidak berterus terang sahaja
pada isterinya yang dia cintakannya.
Adam terdengar akan perbualan
Jasmin dengan DeIla. Dia kasihan pada Jasmin. Walaupun auntie Leanya dan
dirinya tidak pernah berkelahi di depannya. Namun Jasmin seakan dapat tahu menghidu
hubungan mereka tidak berapa baik. Tapi apa boleh buat, sudah pelbagai cara dia
cuba mengambil hati Lea. Lea tidak pernah sayang dan cintakannya. Adam dapat
merasakan bahawa Lea memang tidak sukakannya. Lea selalu membentak dan
mengugutnya. Dan Lea akan mula membangkit mengenai persetujuannya untuk
bernikah dengan dirinya. Seolah-olah dia tidak merelakan langsung perkahwinan ini.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment