Aku merasa tidak senang
hati dan resah gelisah sejak beberapa hari ini, sejak Adam ke Singapura. Aku
cuba untuk memikirkan tentang Adam dengan kedua-dua wanita yang aku temui.
Siapa mereka di hati Adam? Kerana ego aku tidak bertanya kepada Adam siapa
wanita-wanita itu kerana aku mahu menunjukkan kepada Adam bahawa perbuataannya
itu tidak menyakitkan hati aku, malah aku tidak merasa kisah. Hakikatnya aku
tidak senang hati bila mengetahui Adam sudah mempunyai ramai kenalan wanita. Aku tidak bertemu
dengan Adam pada hari dia berlepas ke Singapura. Tiada sebarang berita mahupun pangilan
telefon dari Adam sejak dia ke Singapura. Kenapa Adam tidak menghubungi aku? Aku
tidak pernah segelisah sebegininya. Apa yang aku gelisahkan?
Kenapa aku tak senang duduk pulak. Bukankah aku tidak
pernah ambil peduli tentang diri Adam. Ini bukan pertama kali dia out-station
sudah banyak kali. Malah pernah dia out-station selama dua minggu aku tidak
pernah risau mahupun menanti panggilan telefon darinya. Ah aku cuma risau
kerana Jasmin asyik bertanyakan tentang Adam. Kenapa papa Adamnya tidak menghubunginya.
Aku mencapai cordless
telefon dan mula mendial nombor bimbit Adam. Talian tidak disambut oleh Adam
walaupun aku sudah mencuba mendialnya beberapa kali. Kenapa Adam tidak
mengangkat telefon? Aku mencampak telefon cordless di atas katil setelah puas
mendial namun tiada jawapan dari Adam. Aku melirik kearah jam di dinding.
Hampir ke satu pagi namun mataku masih lagi segar. Tidak terasa mengantuk.
Deringan telefon yang nyaring membuatkan aku tersentak. Aku pantas menekan
butang.
“Hello, Adam...,”
“Lea, kenapa tak
keluar malam ni,”
Aku mendengus kecil merasa
hampa kerana bukan Adam yang menelefonku tapi Syafinas. Bukan kerana aku tidak
suka mendengar suaranya tetapi aku kecewa bukan Adam yang menghubungi ku. Aku
tidak tahu kenapa aku tiba-tiba merasa rindu dengan Adam selama ini aku tidak
pernah merasa demikian.
“Erm tak sihatlah
hari ini...,” bohongku. Sebenarnya bukan aku tidak sihat tetapi aku tidak mahu
selalu keluar malam. Adam tidak suka aku keluar selalu. Walaupun Adam tidak pernah
menghalang mahupun menegurku tapi aku tahu dia tidak suka aku keluar malam
selalu. Kenapa pula aku kisahkan
pandangan Adam. Apa sudah jadi dengan
diriku.
“Heh, kau dengar tak
apa yang aku cakap?,” jerit Nas kerana latar belakangnya terlalu bising. Aku
pasti Syafinas berada di salah satu kelab malam yang kami selalu kunjungi.
“Apa dia??,”
“Rafael ada kat Zouk,
kau kan minat kat dia, rugi tak datang,” ujar Nas seakan menjerit.
Rafael actor yang aku
minati. Ya, aku memang meminati Rafael. Lelaki idaman ku mestilah romantic dan
tampan seperti Rafael.
Bukankah Adam Alfian
dua kali ganda tampan dan romantic dari Rafael. Adam is real person and he is
romantic. Kerana dia cintakan Orkid dia sanggup korbankan kebahagiaannya untuk
Jasmin. Adam senang-senang sahaja boleh bernikah dengan wanita pilihannya. Tapi
dia tidak berbuat demikian kerana rasa cintanya terhadap Orkid. Orkid
benar-benar beruntung dalam memiliki hati Adam. Kenapa aku tidak mengenali Adam
sebelum Orkid. Ya, aku cemburu dengan Orkid. Aku akui bahawa sejak pertama kali
aku bertemu dengan Adam. Aku sememangnya sukakan Adam. Dan aku cemburu kerana
Orkid terlebih dahulu memiliki hati Adam. Demi Orkid aku cuba untuk menjarakkan
diri ku dengan Adam. Namun sukar untukku berbuat demikian kerana perasaan suka
ku pada Adam. Aku terpaksa mencari helah dan mencari kesalahan Adam agar aku
dapat membencinya. Aku berjaya berbuat demikian sehinggalah Orkid pergi
meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku sepatutnya merasa gembira kerana
Adam menjadi suamiku, tapi aku tidak berperasaan demikian. Aku merasakan bahawa
Adam hanya bernikah dengan aku kerana dia sayangkan Jasmin dan Orkid. Bukan
kerana dia cintakan aku. Orkid sentiasa di hati Adam.
“Kirim salam ajelah pada dia..,” jawab ku acuh
tak acuh. Selalunya aku akan excited bila saja mendengar nama Rafael. Tapi
tidak pula kali ini. Namanya tidak dapat membuatkanku senang hati.
“Hey whats wrong?? We are talking about Rafael you know?,”
soal Nas bila di dengar aku seperti tidak berminat.
“I’m not well,” jawabku ringkas seraya berbatuk kecil agak
Nas tidak mengesyaki apa-apa.
“Ok, then see you tomorrow,”
“Errr Nas, mungkin besok aku tak masuk office, still not
well,” ujar ku berbatuk lagi. Yang
sebenarnya aku tidak punya mood hendak ke pejabat besok. Entahlah aku sendiri
tidak tahu kenapa.
“Ok rest well, see you on Tuesday, take care,” ujar Nas lalu
mematikan talian.
Aku meletak cordless di
tempat asal. Aku menuju ke arah katil. Dan menarik selimut hingga ke paras dada. Aku
memandang kosong kearah syiling. Aku pasti Adam tidak akan menelefon aku
kembali kerana jam sudah menunjukkan hampir ke satu setengah pagi. Mungkin Adam
sudah tidur sebab itu tidak menjawab panggilan telefon. Aku cuba memujuk
hatiku. Tapi bagaimana pula kalau Adam masih berjaga dan sedang berseronok di
club bersama wanita-wanita di Singapura?. Bisik hatiku lagi. Aku menjadi tidak
senang semula. Aku sudah dapat membayangkan Adam di keliling wanita-wanita muda
yang cantik dan seksi. Aku tidak menafikan ianya bukanlah perkara mustahil.
Lelaki kacak dan package lengkap sepertinya siapa yang tidak mahu melepaskan
peluang bersama dengannya. Aku mengetap bibir menahan rasa. Bayang-bayang
wanita seksi dan cantik terus bermain di fikiranku.
“Kenapa sayang menangis?,”
Aku tidak menjawab malah
terus membenamkan mukaku ke dada bidang milik Adam sebaik sahaja aku membuka
mata. Air mataku mengalir laju tanpa di tahan. Adam memelukku erat dan mengusap
rambutku perlahan.
“Why you do this to me?,” ujarku dengan suara
tertahan-tahan. Walaupun tangisanku mula reda aku tidak dapat menahan sebak. Hatiku
benar-benar sayu. Aku tidak sanggup kehilangan Adam. Adam terlalu baik. Aku
sayangkan Adam.
“Syyyhh sayang, don’t cry I’m here,” pujuk Adam perlahan.
“I love you Adam, I can’t live without you,” ujarku
seraya memandang tepat ke wajah tampan Adam. Adam memandangku dengan penuh
kasih sayang.
“I love you too,” jawabnya lalu tersenyum.
Airmataku mengalir perlahan bila Adam berkata demikian.
Aku membuka mata. Sinaran matahari menyinar masuk ke dalam ruang bilikku.
Bilikku terasa sunyi. Aku menoleh ke kanan. Tiada Adam. Lampu sisi masih
bernyala kerana aku terlupa hendak mematikannya semalam. Aku tidak sedar bila
aku terlena. Barulah aku sedar aku hanya bermimpi. Adam tiada di bilikku
semalam. Ah bagaimana aku boleh termimpikan Adam. Adakah aku sudah mula dapat
menerima Adam dalam hidupku. Kalau benar bagaimana hendak ku luahkan isi hatiku
kepadanya. Adakah Adam akan mencintai ku kembali?
Aku mematikan penghawa dingin lalu mencapai bathrobe
tidak terus ke kamar mandi malah aku membuka pintu menuju kearah bilik Jasmin.
Pintu bilik Jasmin ku buka perlahan. Jasmin masih belum bangun. Aku mengurut
kepalaku perlahan. Kepalaku terasa pening kerana kurang tidur. Aku berjalan
melintas bilik Adam. Langkahku terhenti bila terasa angin sejuk yang keluar
dari celah lubang pintu biliknya. Air-cond di nyalakan. Ini bermakna Adam sudah
balik dari Singapura? Hatiku melonjak gembira. Aku memegang tombol pintu. Ingin
mengucap selamat pagi kepadanya. Bukankah
kau tak pernah berbuat demikian malah kau tidak pernah menghiraukannya.
Bisik hati kecilku. Persetankan itu semua. Adam suamiku yang sah. Aku tidak
perlu merasa malu untuk berbuat demikian.
Bagaimana sekiranya
kau mendapati dia bersama dengan wanita lain.
Aku mengetap bibir menahan geram. Mungkin Adam tidak
mengetahui bahawa aku tidak bekerja hari ini dan berani membawa wanita lain
tidur bersamanya. Lagipun aku tidak tahu Adam pulang ke rumah semalam kerana
aku berjaga hingga hampir ke dua pagi dan Adam masih belum pulang lagi.
Dadaku berombak menahan kemarahan. Kalau benar Adam
bersama dengan wanita lain. Aku tidak akan mendiamkan diri. Aku memulas tombol
pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Adam. Mataku memandang kearah
katil dan mendapati Adam masih lagi lena. Dia tidak menyedari langsung aku
menceroboh masuk ke dalam biliknya. Aku mendekatinya. Cuba tengok
kalau-kalau di sebalik selimut tebalnya itu terdapat teman wanitanya. Aku
menyelak selimutnya perlahan agar Adam tidak terjaga. Aku mengeluh lega bila
tiada bayang mahupun kelibat dia tidur bersama dengan wanita lain. Aku tidak
puas hati dan cuba
mengendap di bawah katilnya takut-takut wanita itu bersembunyi setelah
menyedari bilik Adam diceroboh. Aku mengeluh lega. Aku mendekati Adam. Wajah
tampannya ku pandang lama. Tanganku terasa ringan ingin membelai rambut hitam
keperangan milik Adam. Bila secara tiba-tiba Adam membuka matanya perlahan.
Aku tersentak. Adam terkejut bila terpandang wajahku.
“Are you ok?,” ujar Adam
separuh sedar lalu bangkit dari katil. Badannya yang tadinya berada di sebalik
selimut tebal kini terdedah dan menyerlahkan lagi tubuh badannya yang sasa. Aku
mengalihkan pandangan tepat ke wajahnya.
“I’m ok, just had a
headache,” ujarku memberi alasan lalu duduk di atas katil di sisinya. Aku tidak
mahu Adam memikirkan bahawa aku menyelinap masuk ke biliknya kerana menyangka
dia bersama dengan wanita lain.
“Are you sure?,”
ujarnya terpisat-pisat matanya masih kelihatan layu dan mengantuk. Ikutkan hati
ingin sahaja aku memeluk Adam erat dan mengatakan bahawa aku rindukannya. Tapi
aku tidak berbuat demikian kerana tidak mahu Adam menyangka aku gila tiba-tiba
berbuat demikian sedangkan selama ini aku tidak pernah. Aku akan berbaik dengan
Adam secara perlahan-lahan cuba menambat hatinya.
“It’s ok you boleh sambung
tidur, I won’t disturb you,” ujarku mahu bangun dari katil.
“You want me to send you to doctor…,” ujar Adam seraya
meletakan tapak tangannya ke dahiku spontan.
Sekali lagi aku
tersentak bila Adam berbuat demikian. Badanku terasa kaku. Tidak berganjak dari
katil Adam. Selama ini aku tidak pernah melayan mahupun menghiraukan kehendak Adam.
Adam tidak pernah memaksa malah dia turuti segala kehendakku dan bersabar
dengan perangaiku. Hatiku tersentuh walapun aku selalu menyakitkan hatinya dia
masih prihatin terhadap diriku.
“I’m ok, I just want to
take the panadol from your toilet, mine dah habis,” ujarku bangun dari katilnya
lalu menuju kearah bilik mandi Adam. Aku membuka cabinetnya mencari panadol.
Sebaik panadol yang kucari sudah kutemui aku bergegas keluar dari bilik
mandinya.
“Thanks for the panadol,” ujarku tanpa menoleh kearah Adam.
“Lea..,” tegur Adam.
Aku mematikan langkahku lalu menoleh ke arahnya.
“Feel free to come in here,” ujar Adam lalu tersenyum.
Walaupun dia kelihatan penat namun senyumannya itu bisa sahaja mencairkan hati
wanitaku.
“Kalau I kehabisan panadol I datang sini lagi,” jawabku
selamba walaupun hatiku melonjak gembira di atas perlawaannya itu tapi aku
masih belum bersedia untuk mengaku bahawa aku mula punya perasaan terhadap Adam.
bersambung...
Best sangaaaaat!!!! i really love all your karya! keep it up :)
ReplyDeleteAlhamdullilah..thank u.. :)
DeleteBEST 3X.
ReplyDeleteTQ Baby Mio... :)
DeleteDup dap dup dap...cik writer..dalam dada Lea ada getaran melanda..nice..thanks again...keep on writing ya..btw i really miss aeril n dania..
ReplyDeleteMs Anonymous..haha saya pun miss kan Ariel & Dania..tak pe bila rindu tu..bole baca balik hehehe
Deletebestttt......I really loveee it.... :)
ReplyDeleteDear Syira..thank U. :)
Delete