Adam tergesa-gesa keluar dari rumah lalu mengunci pintu
kerana sudah terlewat. Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut
kereta. Blackberrrynya berdering nyaring. Adam menoleh sekilas kea rah BB yang
di letakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Nama Fairul tertera di
skrin BBnya. Adam menekan speaker lalu menjawab panggilan telefon Fairul.
“Kau kat mana Adam?,” soal Fairul sebaik sahaja Adam
menyambut panggilannya.
“Aku dalam kereta on the way pergi rumah kau lah,” terang
Adam lalu mengenakan tali pinggang keledar.
“Adam kau pergi singgah mana-mana kedai bunga, mak aku
dah membebel aku lupa nak tempah itu hari,” ujar Fairul mengeluh lega. Nasib
baik Adam dalam perjalanan hendak kerumahnya dapat dia meminta bantuan
kecemasan dari Adam.
“Eh aku dah lambat ni kau suruh singgah kedai bunga
pulak, mana sempat, pukul berapa kau sanding?,” ujar Adam lalu menghidupkan
enjin keretanya. Kereta di undur ke belakang perlahan. Dia memutar stering ke
kanan lalu memberhentikan keretanya seketika untuk menutup pintu gatenya.
“Ala, kau beli apa-apa bunga untuk tutup mulut mak aku
tu, mak aku nak bridesmaid hand bouquet jangan kau beli flower arrangement
pulak,” arah Fairul. Sungguh tak macho berbual dengan kawan lelaki mengenai
bunga. Apa nak buat dia sudah terpaksa.
“Ok…oklah,” jawab Adam lalu mengeluh berat, kalau dia
tidak memikirkan Fairul itu teman rapatnya, dia tidak akan melayan permintaan
Fairul yang dianggap merepek.
Awan mendung kelihatan berarak di dada langit menandakan
hari hendak hujan dan akan tumpah bila-bila masa sahaja. Adam menoleh ke kiri
dan ke kanan mencari kedai bunga yang terdapat di daerah tamannya.
Alhamdullilah Adam memanjatkan syukur bila terdapat sebuah kedai bunga yang
baru di buka. Adam memakirkan keretanya berhadapan kedai tersebut lalu
mematikan enjin. Adam keluar dari keretanya lalu menolak pintu transparent
kedai tersebut. Terdapat hanya seorang wanita yang berada di kaunter sedang
leka memasukkan bunga-bunga segar ke dalam cooler. Adam melirik kearah bunga
yang terdapat di hadapannya. Terdapat pelbagai jenis bunga warna dan rupa. Ah
sudah. Bunga apa yang hendak di pilih. Aduh.. pening kepalanya memikirkan bunga
apa yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Adam mencapai beberapa kuntum bunga carnation
berwarna merah, orkid kuning, Daisy berwarna putih, lavender, beberapa helai
daun yang di rasakan cantik dan baby breath lalu menuju kearah wanita yang
berada di kaunter. Dia meletakkan bunga-bunga yang di pilih di atas kaunter.
Wanita yang berada di kaunter membuahkan senyum kepada jejaka kacak yang berada
di hadapannya. Adam terpegun bila melihat wajah jelita wanita yang berada di
kaunter tersebut. Cantiknya. Bisik Adam dalam hati. Matanya tidak lepas
memandang ke wajah cantik wanita itu. Sempat mata wanita itu melirik kearah
pakaian yang dipakai Adam. Lelaki itu kelihatan segak dan kacak mengenakan baju
melayu berwarna pastel brown dan bersamping songket hitam lengkap dengan
songkok. Wanita itu memandang kearah bunga-bunga yang di pilih Adam.
“Bunga ini untuk siapa?,” soalnya ramah lalu tersenyum.
Dia mencapai kertas tisu untuk membungkus bunga-bunga yang di pilih
pelanggannya itu.
Adam tidak mendengar soalan yang di ajukan wanita itu
kerana terlalu asyik memandang ke wajah jelita wanita tersebut.
“Encik..bunga ini untuk siapa?,” soal Orkid tersenyum
lagi bila lelaki itu tidak menjawab tadi malah hanya memandang wajahnya.
“Er..bunga ni for bridesmaid hand bouquet,” jawab Adam
serba salah lalu membalas senyuman si wanita jelita di hadapannya. Adam tidak
jemu memandang wajah jelita wanita itu. Hatinya benar-benar terpikat dan
berkenan dengannya.
“Bridesmaid hand bouquet?,” soal Orkid memandang ke wajah
lelaki kacak itu inginkan kepastian darinya.
Adam tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya
perlahan. Kami di kejutkan dengan bunyi dentuman guruh yang kuat berserta hujan
lebat turun di luar. Adam mengeluh perlahan. Haiz sudahlah lambat hujan pula
turun dengan lebat.
“Bunga-bunga yang Encik pilih tidak sesuai untuk
bridesmaid hand bouquet,” jawab Orkid jujur kerana jenis bunga dan warna
pilihan lelaki itu tidak sesuai untuk di jadikan hand bouquet. Message dari
bunga-bunga tersebut juga berbeza.
“Oh really?? What can I say, I seldom buy flowers and
don’t know flower language,” jawab Adam jujur membuahkan senyum kepada wanita
itu.
“Oh begitu…kalau saya pilihkan bunga untuk Bridesmaid
hand bouquet, Encik izinkan?,” ujar Orkid lalu memandang tepat ke wajah tampan
lelaki yang berada di hadapannya.
“I would appreciate it very much..please, thank you..,”
jawab Adam tersenyum lagi. Setidak-tidaknya dia dapat berada lama di dalam kedai
bunga tersebut dan dapat melihat wajah cantik pemilik kedai bunga itu.
Orkid membuka cooler yang tersimpan bunga-bunga yang
perlu berada di dalam suhu yang di kehendaki agar bunga itu segar dan bertahan
lama. Orkid mencapai setiap 2 kuntum bunga rose berwarna light yellow, light
purple and light pink, white hyrangeas, pink peonies, light peach dahlia, queen
anne’s lace and daun lamb’s ear lalu di letakkan di atas meja. Orkid memotong
batang roses dan bunga-bunga lain mengikut ketinggian hand bouquet yang hendak
dibuat. Tangannya pantas mengubah bunga-bunga itu mengikut susunan yang cantik.
Adam memerhatikan wanita itu melakukan kerjanya sambil tersenyum puas kerana
bunga pilihan wanita itu lebih sesuai dari bunga yang di pilih awal tadi.
Ternyata wanita itu pandai menghasilkan gubahan bunga yang cantik.
Adam tersentak bila di kejutkan dengan deringan nyaring
dari BBnya. Tanpa melihat skrin terlebih dahulu dia menjawab panggilan telefon.
“Kau kat mana Adam, kita semua sedang tunggu kau?,” ujar
Fairul bila Adam tidak sampai-sampai dari tadi.
“Kau suruh aku beli bunga, aku ada di kedai bungalah,
lagipun hujan lebat macamana kau nak berarak,” jawab Adam lalu melirik kearah
jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 12.45 tengahari.
“Nak tunggu hujan reda lambat lah, ni dah pukul berapa
kita semua dah nak berangkat ke rumah Nurul,” ujar Fairul.
“Ok, kau message aku alamat rumah Nurul, aku jumpa kau
terus di sana,” ujar Adam lalu mematikan telefon. Dia kembali memandang kearah
wanita itu. Wanita itu sedang melilit batang bunga-bunga tersebut dengan ribbon
sateen berwarna light pink setelah itu dia mengambil ribbon lace berwarna white
pearl dan melilit di sekeliling ribbon sateen itu. Hand bouquet yang di
sediakan cukup cantik. Adam benar-benar impress dengan hasil kerja tangan
wanita itu. Ini baru dinamakan bridesmaid hand bouquet. Kerana pilihan jenis
bunga dan kombinasi warna pastel dari bunga yang dipilih nampak begitu cantik
dan sesuai.
Orkid menyerahkan hand bouquet yang telah siap digubah
kepada lelaki itu.
“Thank you so much, what would I do without your help,”
jawab Adam jujur. Dia menyeluk saku baju melayunya lalu mengeluarkan kad kredit
dan menyerahkan kepada wanita itu untuk bayaran hand bouquet. Adam tidak
bertanya berapa harga gubahan bunga tersebut kerana dia akan membayar berapa
sahaja harganya kerana gubahan bunga itu di hasilkan begitu cantik.
“Pleasure is all mine,” jawab Orkid lalu tersenyum. Sudah
menjadi pekerjaannya untuk menghasilkan gubahan bunga yang cantik. Orkid merasa
senang hati bila pelanggannya berpuas hati dan gembira dengan gubahan yang
dihasilkan.
Sebaik sahaja menyerahkan resit kepada lelaki itu. Orkid
menoleh kearah luar. Hujan masih kelihatan lebat. Bagaimana lelaki itu hendak
membawa bouquet tanpa merosakkan bunga-bunga tersebut. Dia tidak membawa payung
ketika masuk ke kedainya tadi.
“Oh dear!,” ujar Adam bila menyedari dia tidak mempunyai
payung.
Orkid mencapai payung tongkat yang tersimpan di bawah
kaunter lalu mendekati lelaki itu yang tercegat di muka pintu mungkin memikirkan
bagaimana hendak keluar dalam keadaan hujan yang lebat begini.
“Kereta Encik di mana? Mari saya hantarkan Encik ke
kereta,” ujar Orkid lalu menoleh kearah lelaki itu.
Adam menoleh kearah wanita itu lalu tersenyum. Wanita itu
seakan dapat membaca apa yang tersirat di hatinya.
“Terima kasih sekali lagi cik-,”
“Orkid,” jawab Orkid lalu tersenyum.
“Orkid…?? As in the flower Orchid..I’m sorry I don’t mean
to offence you..you have a very nice unique name,” puji Adam seperti tidak
percaya apa yang dia dengar.
“You are not the first people you have said that,” jawab
Orkid membalas senyuman lelaki itu.
“Ok..I think you should carry this hand bouquet, I will
hold the umbrella,” ujar Adam kepada Orkid.
Orkid menganggukkan kepalanya tanda setuju kerana lelaki
itu tinggi dan susah untuknya memegang payung untuknya.
Adam menolak pintu transparent lalu membuka payung.
Wanita cantik yang bernama Orkid itu berdiri di sebelahnya. Untuk mengelakkan
dari diri wanita itu juga basah terkena hujan. Adam menarik bahu wanita itu
rapat kepadanya spontan. Adam membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam. Orkid
menyerahkan hand bouquet kepada lelaki itu. Hand bouquet itu terselamat dari
terkena air hujan dan basah.
“Thanks again Orkid,” ujar Adam lalu membuahkan senyuman
kepada pemilik kedai bunga yang cantik itu sebelum meluncur laju menuju kearah
jalan raya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment