Wednesday, 9 April 2014

Azalea Orkid - Part 7


“Aku hendak kena berkawin dengan Adam Alfian, GILA….!!!,” gerutuku dalam hati. Sejak pulang dari pejabat peguam aku asyik memikirkan permintaan Orkid. Aku terpaksa berkahwin dengan Adam Alfian bekas teman lelaki arwahyahamah Orkid? Kenapa mesti Adam Alfian, kenapa tidak orang lain? Kenapa Orkid memintaku bernikah dengan Adam Alfian? Adakah Orkid dapat merasakan bahawa dia tidak dapat bersama Adam Alfian maka dia menyuruh aku menikahinya bagi mengantikan dirinya. Kenapa aku harus menurut kehendaknya? I’m not a scapegoat. Jika Orkid berbuat begitu kerana dia terhutang budi dengan kebaikan Adam Alfian. Kenapa aku pula yang harus terbabit sama? Bagaimana pula dengan Adam? Kenapa dia begitu rela dan sanggup berkahwin dengan aku walaupun dia tidak cintakan aku hanya kerana mahu membahagiakan Jasmin? Hai pelik aku dengan permintaan Orkid dan kesediaan Adam untuk berkahwin dengan aku. Macam tak ada lelaki lain yang sesuai untuk aku jadikan suami.
 

Kau ada boyfriend ke Lea?.
 

“Siapa kata aku tak ada boyfriend, aku ada ramai boyfriend, Andy, Taufik, Shahren, Rizal,”
 

Tapi tak ada seorang pun yang special, hanya teman biasa. Aku mengelengkan kepala perlahan. Benar tiada seorang pun ku anggap istimewa walaupun mereka pernah menyatakan hasrat ingin menjadikan aku teman istimewa.
 

Tangisan Jasmin mematikan lamunan ku. Aku tergesa-gesa menuju kearah biliknya. Pintu biliknya ku buka, Jasmin berada di katil matanya terpejam rapat namun badannya terhenjut-henjut menahan tangis. Airmatanya mengalir perlahan. Jasmin mengigau. Hatiku tersentuh melihat keadaannya begitu. Kasihan Jasmin dalam usia yang muda dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya. Aku duduk bersebelahan dengan Jasmin lalu mengusap kepalanya perlahan. Aku mengesat air matanya.
 

Adam ada menelefon ku petang tadi. Dia ingin berbincang denganku mengenai permintaan arwahyahamah Orkid. Dia tidak meminta aku memberinya kata putus sekarang kerana perkara ini bukanlah perkara yang boleh di buat main-main kerana ia melibatkan masa depan mereka semua. Adam hanya mahu Lea membuat keputusan secepat mungkin agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
 

“Lea, I know you don’t like me, but for Jasmin sake we have to do something..what I’m suggest is, kalau you tidak bersetuju menjadi isteri I, why not you berkahwin dengan boyfriend you, Jasmin needs daddy, instead of one daddy, she will have 2 daddy, I think that’s the only way, kalau tidak Jasmin harus diserahkan kepada Puan Ramlah,” ujar Adam cuba memberi Lea cadangan jalan penyelesaianya. Adam tahu dia tidak dapat mengubah keputusan Lea untuk bersetuju bernikah dengannya, dia tidak kisah dan dia faham akan dilema yang Lea hadapi. Jika Lea tidak mahu, dia tidak akan memaksa. Lea di beri peluang untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya. Jadi dia mahu Lea berusaha ke arah itu secepat mungkin. Dia berjanji tidak akan menganggu hidup Lea. Apa yang dia mahu, biarlah Jasmin diserahkan di bawah jagaan Lea sekurang-kurangnya dia masih dapat menziarahi Jasmin.
 

Masih terngiang-ngiang di telinga ku akan saranan Adam ketika perbualan kami di telefon petang tadi. Walaupun aku sengaja tidak mahu menyambut pangilan telefonnya. Adam tidak berputus asa dan menghubungi aku berkali-kali sehingga aku menjawab pangilan telefon darinya. Adam seorang lelaki yang persistent dan tidak putus asa memujuk ku agar memikirkan tentang perkara itu. Dia tidak mahu Jasmin menjadi mangsa keadaan. Jasmin perlukan kasih sayang seorang mama dan papa. Adam sedar sejak ibunya tiada, Jasmin yang dulunya seorang kanak-kanak yang periang menjadi seorang anak yang pendiam dan bermurung. Dia khuatir perkara ini akan berlanjutan ianya tidak sihat buat kanak-kanak seusia Jasmin.
 

Apa Adam fikir aku tidak mengambil berat terhadap diri Jasmin? Aku ambil berat, dia anak saudara aku. Aku juga mahu Jasmin di beri penjagaan kepada diriku. Tapi bagaimana caranya? Kalau ikutkan hati ringan sahaja jariku mendial salah seorang teman lelakiku untuk menyatakan aku bersetuju untuk berkahwin dengan salah seorang dari mereka yang sudah bersedia untuk berumahtangga. Tapi sanggupkah lelaki itu menjadi ayah “instant”? Bolehkah dia memberikan sepenuh kasih sayang kepada Jasmin sepertimana Adam Alfian menyayangi Jasmin? Buntu aku bila memikirkannya. Aku mencapai handphone.
 

I’m coming over to your office tomorrow morning. We will need to discuss further.
 

Pantas ibu jariku menekan butang telefon menghantar sms kepada Adam Alfian.
 

Tidak sampai 5 minit handphone ku berbunyi.
 

Sure.
 

Ringkas sahaja jawapan dari Adam Alfian. Aku melirik kearah jam didinding. Jam menunjukkan tepat ke angka 2 pagi. Adam Alfian masih belum tidur? bisikku dalam hati. Adakah dia juga rungsing memikirkan permintaan arwahyahamah Orkid?
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment