“Adam, what do you think of Lea?,” soal Orkid lalu
memandang wajah kacak Adam Alfian. Adam tidak menjawab hanya tersenyum bila
Orkid mengajukan soalan sebegitu. Dia tidak mengerti mengapa wanita itu tidak
dapat menerima cintanya malah Orkid beria-ia menyuruhnya berkenalan dengan adik
kembarnya sendiri.
“Ok, but I prefer you more than her,” jawab Adam jujur.
Orkid merasa tidak senang hati bila Adam berkata
demikian. Dia tahu Adam sukakannya dan Orkid sendiri sukakan Adam. Namun suka
Orkid terhadap diri Adam hanya sebagai sahabat. Dia tidak tahu kenapa dia tidak
dapat menerima cinta Adam. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk bergandingan
dengan Adam. Adam teruna sedangkan dia janda beranak satu. Walaupun Adam tidak
pernah kisah akan status dirinya tapi dia belum bersedia untuk menerima cinta
dari mana-mana lelaki. Dia seakan sudah serik untuk berumahtangga lagi. Lagipun
dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Walaupun dia tahu Adam jauh berbeza dari
Taufiq.
“Adam, I tak sepadan
dengan you,” jawab Orkid.
“Why?? I’m not good enough for you?,” jawab Adam kurang
senang dengan alasan yang selalu Orkid berikan kepadanya bila dia meluahkan
rasa hati kepada Orkid.
“Bukan begitu maksud I…, youlah calon yang paling layak
untuk I jadikan suami sekiranya I ingin mendirikan rumahtangga lagi, but right
now I nak focus on my business and my daughter,” terang Orkid sambil tersenyum.
Dia berharap Adam Alfian mengerti. Dia sukakan Adam. Adam lelaki yang baik dan
penyayang. Satu dalam sejuta mungkin. Lelaki sebaik Adam sukar di perolehi
zaman kini. Jasmin begitu sayang dan selesa bersama dengan Adam. Malah Jasmin
menganggap Adam seperti papanya sendiri kerana dia tidak pernah mendapat kasih
sayang dari arwah suaminya. Jadi kehadiran Adam dalam hidup Jasmin sedikit
sebanyak memberi sinar dalam hidupnya. Malah Orkid sendiri senang berkawan
dengan Adam.
Pada Adam, walaupun Orkid selalu menekankan bahawa hubungan
mereka hanya sahabat biasa namun Adam tidak pernah ingin persahabatan mereka terputus
hanya kerana Orkid tidak menerima cintanya. Dia merasa belas pada Orkid dan Jasmin.
Dia selalu membantu mereka jika mereka memerlukan pertolongan. Sehingga
teman-temannya menyangka mereka berdua pasangan yang sedang hangat bercinta
walhal mereka hanya teman rapat biasa dan tidak lebih dari itu. Sungguhpun
begitu Adam masih berharap Orkid akan berubah hati dan akan menerimanya satu
hari nanti.
“Ok...., so you hendak
padankan I dengan your twin sister, boleh I tahu kenapa??,” soal Adam Alfian
lalu memandang wajah cantik Orkid.
“You the best choice for her, I dapat rasakan dia sukakan
you juga,” jawab Orkid yakin.
Adam mengerutkan dahi
tanda tidak mengerti. Semalam dia kerumah Orkid untuk bertemu dengan Lea buat
pertama kali. Adam tidak menafikan Lea memang wanita jelita walaupun rupa
mereka serupa, Lea lebih seksi berbanding kakaknya. Lea daring. Apa yang
membezakan Orkid dan Azalea adalah personality mereka. Orkid seorang wanita
yang lemah lembut dari tutur bahasa manakala Lea seorang yang akan menyuarakan
hasratnya tanpa berselindung. Kedua-dua mereka memiliki personality menarik
yang tersendiri. Dia akan dianggap hipokrit sekiranya dia mengatakan dia tidak
tertarik pada Lea. Cuma, dia dapat merasakan bahawa Lea tidak berapa berkenan
dengan dirinya dari cara layana n
yang Lea berikan kepadanya.
“I don’t agree with you, she didn’t trust me, she thought
I hendak mempermainkan perasaan you,”
“That’s because dia ingat kita berdua couple, I beritahu
dia yang kita sedang bercinta,” jawab Orkid.
“But why you said that..when we are not really
together?,” soal Adam merasa hairan dengan kenyataan Orkid. Kenapa Orkid
memberitahu Lea bahawa mereka berdua bercinta sedangkan tidak, Adam tidak faham
akan agenda Orkid..
“I buat begitu kerana I nak lihat reaksi Lea bila dia bertemu dengan you,” jawab Orkid lalu
tersenyum.
“Huh?? Ok so what’s her reaction?,” soal Adam ingin tahu.
“She loves you,” jawab Orkid yakin.
“How can you be so sure about that??,” ujar Adam kurang
yakin dengan jawapan Orkid. Bagaimana Orkid tahu Lea sukakannya sedangkan cara
Lea menyambutnya semalam endah tak endah sahaja. Malah Adam merasa agak
tertekan bila Lea mengajukan pelbagai soalan mengenai hubungan mereka, kerana
Orkid tidak memberitahunya terlebih dahulu bahawa dia telah memberitahu Lea
bahawa mereka berdua adalah pasangan kekasih.
“We are twins Adam…, sungguhpun perangai kami berbeza
tapi dalam citarasa lelaki kami share the same interest, ok except for Taufiq,
she never like Taufiq, but you..she’s like you very much walaupun dia tidak
tunjukkan, but I can see from her eyes,” jawab Orkid bersungguh-sungguh. Naluri
hatinya yakin benar bahawa Lea sukakan Adam. Dia
kenal sangat dengan perangai Lea. Kalau Lea benar-benar tidak suka kan Adam.
Dia akan memaksa Orkid untuk memutuskan hubungan dengannya. Tapi Lea tidak
berbuat demikian.
“So, you like me a lot heh,” usik Adam lalu tersenyum
bila Orkid akui sendiri bahawa dia sukakan dirinya.
“Adam, let’s not get to that part again,” jawab Orkid
tersenyum lagi bila Adam sudah mula hendak menduga hati nya. Adam hanya sahabat
baiknya sahaja.
“But what if you are wrong, don’t you think Lea ada pilihan sendiri,” soal Adam tidak berpuas hati.
Orang cantik seperti Lea sudah tentu ramai peminat. Dan sudah tentu Lea punya
kekasih hati.
“Ok to be fair, Lea ramai kenalan
lelaki, tapi tiada satu pun diantara mereka Lea
anggap serius,” jawab Orkid. Lea akan memberitahunya jika dia sukakan seseorang
itu. Setakat ini Lea tidak pernah mengatakan bahawa dia sudah punya kekasih
hati.
“Sebabnya??,”
“You ask too many questions?,” ujar Orkid lalu menepuk
lengan Adam bila lelaki itu bertanya terlalu banyak soalan mengenai Lea. Dia tahu
Adam turut berminat hendak mengetahui mengenai Lea lebih lanjut. Tapi dia mahu
Adam sendiri yang usaha untuk memikat hati Lea.
“Of course, It’s a matter of life, I mesti tahu sedikit
sebanyak tentang bakal isteri I,” jawab Adam lalu tersenyum.
Orkid mengeluh kecil bila Adam berkata demikian kerana
dia tahu Lea keras hati. Dia tidak mudah terpedaya dengan lelaki
kacak seperti Adam sebab itu dia sangsi dan ragu akan kesungguhan Adam. Dia tahu Adam seorang
lelaki yang penyabar dan dia dapat melembutkan hati Lea. Dia benar-benar berharap
adiknya mendirikan rumah tangga dengan Adam kerana Lea tidak akan dapat bertemu dengan
lelaki sebaik Adam. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu Azalea
tentang niatnya hendak menjodohkan Adam dengannya. Dia tahu Lea pasti tidak akan bersetuju
kerana salahnya sendiri kerana mereka cerita bahawa dia bercinta dengan Adam.
“But then again, I don’t want to pressure you, I just
want you to be part of our family,” ujar Orkid dia tidak mahu memaksa atau
mendesak Adam. Dia hanya mahu Adam menjadi sebahagian dari keluarganya.
“You think Lea akan terima I,”
jawab Adam beria-ia ingin tahu tentang kembar Orkid. Bukan bermakna dia tidak
dapat menawan hati Orkid maka dia tidak kisah untuk beralih kasih pada Lea. Dia
sebenarnya sudah terpaut hati dengan Lea sejak pertama kali dia terpandang akan
wajah Lea. Hanya kerana dia berkawan dengan Orkid dia tidak mahu Orkid terasa
hati bila dia menyatakan bahawa dia sukakan Lea. Tapi cadangan Orkid ingin
menjodohkan Lea dengannya umpama orang mengantuk di sorong kan bantal.
“I can only say that she will accept you, but it takes
time,” jawab Orkid perlahan. Dia sendiri tidak pasti samada Lea akan menerima
cadangannya. Dia hanya berserah pada Allah. Jika jodoh Lea sudah tertulis untuk
Adam, di halang atau di tentang Lea bagaimana pun pasti menjadi.
“Looks like it, so apa plan you malam n?i,” tanya Adam
kerana Orkid ada menyatakan dia hendak ke rumah mak longnya malam ini selepas
tutup kedai.
“Lea keluar malam ni dengan
colleagues dia, I’m sure she will ask your help to look after Jasmin, so the
rest I serahkan pada you, pandai-pandailah you hendak memikat hati adik I, I’m
sure she can’t resist your good looking and charming personality, I hendak
jumpa mak long dan pak long dah lama I tak balik bertemu mereka, I would be
back late, promise me that you will take care of my family Adam..?,” ujar Orkid
lalu memandang wajah kacak jejaka itu dengan perasaan sebak. Dia tidak tahu
mengapa hatinya tiba-tiba merasa sebak. Dia tidak tahu kenapa dia begitu emosi
sejak akhir-akhir ini.
“Insha Allah…, I promise,” jawab Adam perlahan.
bersambung....
No comments:
Post a Comment