Aku tidak tahu kenapa hari ini hari istimewa buat aku.
Tidak sebosan sepertimana aku pernah keluar bersama Adam dan Jasmin dahulu. Dahulu,
selalunya kami hanya membuat hal masing-masing dan hanya tumpukan sepenuh
perhatian pada Jasmin. Hari ini aku rasakan istimewa kerana aku tidak perlu
berlakon lagi di depan Jasmin hanya untuk mengambil hatinya. Aku benar-benar
gembira dan bahagia di samping Adam dan Jasmin. Kami kelihatan seperti pasangan
pengantin baru. Adam romantic orangnya. Banyak kali juga dia mengambil peluang
untuk bermanja denganku. Setiap kali kami berjalan bersama. Tangannya tidak
lepas dari mengengam jariku. Sesekali dia memberiku kucupan di pipi bila Jasmin
tidak melihat. Aku dapat melihat kegembiran jelas terpancar di wajahnya. Kesian
Adam kerana selama ini dia tidak pernah berbuat begitu kerana aku tidak pernah
mengizinkannya berbuat demikian. Berpegangan tangan pun aku tidak izinkan
walhal dia adalah suamiku yang sah. Adam turutkan sahaja kehendakku.
Jasmin tersenyum-senyum melihat kemesraan kami berdua. Dia
dapat merasakan kelainan di atas kelakuan mama Lea dan papa Adamnya. Mama Lea
tidak jalan berjauhan dengan papa Adam seperti lazim ketika mereka keluar
bersama setiap hujung minggu. Mama Lea akan mencari alasan agar mereka tidak di
tinggalkan berduaan dengan papa Adam. Mama Lea selalu bersamanya. Dan bila mama
Lea tidak memimpin tangannya papa Adamnya pula yang mengambil alih. Begitulah
seterusnya. Jasmin tidak pernah melihat mama Lea dan papa Adamnya kelihatan
mesra seperti hari ini.
“Mama..papa Jasmin nak main kat play area boleh?,” ujar
Jasmin meminta izin kepada mama dan papanya. Di dalam Mcdonald terdapat play
area.
“Ok..papa dan mama tengok Jasmin dari sini,” jawab Adam
lalu tersenyum. Play area itu betul-betul berhadapan tempat mereka duduk.
“Thank you..,” jawab Jasmin lalu menuju kearah play area.
Jasmin melambai kearah kami. Aku dan Adam melambai Jasmin kembali. Jasmin
menuju ke dalam lalu bermain dengan bola-bola kecil yang terdapat di situ.
“I love you,” bisik Adam ke telingaku.
Berderau darahku bila Adam
berkata demikian. Aku menoleh ke arahnya. Adam memandangku lalu tersenyum. Dia mengucup jariku. Adam memang romantis orangnya.
“You really mean that..,” ujarku sebak. Mataku mula di
takungi air tidak percaya Adam mengucapkan kata cinta kepadaku kerana aku sangkakan
Adam tidak pernah mencintai ku selama ini.
“Kalau abang tak cintakan sayang, abang tidak akan
bernikah dengan sayang,” bisik Adam lagi lalu memeluk Azalea erat seperti tidak
mahu melepaskannya.
“But…I’m not Orkid,” ujarku lagi agar Adam sedar bahawa
aku bukannya Orkid. Aku tidak tahu kenapa aku seringkali harus mengingatkan Adam
bahawa aku bukan Orkid.
“Sayang, kenapa mesti sayang ragui cinta abang,
percayalah hanya sayang di hati abang,” terang Adam. Dia tahu isterinya
ragu-ragu terhadap cintanya. Memang benar dia berkenalan dengan Orkid tapi
jodohnya dengan Lea. Sungguhpun kedua-duanya memiliki karektor yang berbeza
namun Adam cintakan Azalea sepenuh hatinya. Tanpa mengenali Orkid dia tidak
akan bertemu dan bernikah dengan wanita yang dicintainya. Sungguhpun pada awalnya
dia menyayangi Orkid namun jodohnya sudah tertulis untuknya menikahi Azalea.
“Thanks for loving me so much, and I’m sorry,” jawabku
dengan perasaan sebak, tanpa aku menyedari airmataku mengalir perlahan. Rasa
menyesal mula bersarang di hatiku. Aku telah banyak melakukan kesilapan dan berdosa
terhadap Adam. Sedangkan Adam begitu setia dan sabar dengan perangaiku.
“Sayang…, abang bersyukur kerana sayang dapat menerima abang,
abang tidak pernah jemu berdoa dan menanti agar sayang dapat menerima abang
suatu hari nanti, abang hanya berharap sayang tidak lagi ragui keikhlasan hati abang,
kerana abang benar-benar mencintai sayang selama ini,” terang Adam sambil
menyeka air mata yang membasahi pipi isterinya. Sudah lama dia hendak meluahkan
perasaan cintanya pada Azalea sejak dia bernikah dengan Azalea, namun Azalea
seakan tidak mahu memberinya peluang untuknya berbuat demikian.
Hari ini merupakan hari yang bahagia buat diriku. Pertama
kali aku merasakan diri ini lengkap. Aku punya suami yang menyayangi aku
sepenuh hati dan juga punya keluarga yang bahagia. Semasa kami berjalan tadi, Adam
tanpa segan-segan menyarankan agar Jasmin cepat mendapat adik. Aku tersipu malu
bila Adam berkata demikian di depan Jasmin. Jasmin pula bersorak gembira bila Adam
berkata begitu. Dia memang perlukan teman. Dia mahukan adik yang comel.
“Tentang apa yang abang katakan tadi, kalau sayang belum
bersedia tak mengapa, abang cadangkan sahaja,” bisik Adam lalu tersenyum. Dia
tidak mahu Azalea merasa tertekan. Dia berkata demikian kerana terlalu gembira.
Dia sepatutnya berbincang dengan Azalea terlebih dahulu sebelum menyampaikan
berita kepada Jasmin.
Hatiku sebak bila Adam berkata demikian. Adam benar-benar
suami yang istimewa. Penyabar dan penyayang hanya aku sahaja yang buta kerana
tidak menyedarinya selama ini malah aku curiga akan keikhlasan dan kejujurannya
sepanjang kami bernikah. Aku terlalu buruk sangka terhadap dirinya.
“I’m ready,” bisikku malu-malu. Terasa janggal pula
bila secara tiba-tiba aku begitu rapat dan mesra dengan Adam. Aku benar-benar
sudah jatuh cinta kepada suamiku sendiri.
“Thanks dear,” ujar Adam
seraya mengengam jari jemariku erat. Bibirnya masih terukir senyuman.
“It’s getting late, I
think we should go now,” ujarku bila menyedari sudah hampir 2 jam kami berada
di Macdonald. Aku tahu Adam terpaksa ke pejabat petang nanti untuk bertemu
dengan client yang akan berangkat pulang hari ini kerana terdengar akan
perbualannya semasa di telefon tadi. Kesian Adam. Terpaksa bekerja keras untuk
keluarga. Adam memang seorang Artkitek yang berdedikasi. Adam berharap benar
suatu hari dia dapat membuka firma sendiri.
Aku melambai tangan
ke arah Jasmin memintanya untuk kembali ke meja. Rasanya sudah lama kami berada
di luar dan Jasmin sudah puas berjalan.
“Dear, I need to go
to gents, why don’t you and Jasmin tunggu I di kereta,” ujar Adam lalu
menyerahkan anak kunci kereta kepadaku.
“Ok,” jawabku tanpa
banyak bicara. Aku memimpin tangan Jasmin lalu keluar dari Macdonald. Jasmin
bernyanyi-nyanyi kecil sambil membelek-belek mainan Happy Meal yang dibeli papa
Adamnya tadi. Riang benar hati Jasmin hari ini. Perasaan aku turut sama seperti
Jasmin. Aku merasa bahagia mempunyai suami seperti Adam. Sedang Jasmin leka
membelek-belek bola Barbie doll itu. Locengnya terkeluar dan tergolek di tengah
jalan raya. Tanpa berfikir panjang Jasmin bergegas untuk mendapatkan loceng
Barbie Doll tersebut. Seketika kemudian aku tersentak bila terdengar bunyi hon
yang kuat. Aku berlari mendapatkan Jasmin bila kereta arah bertentangan
meluncur laju menuju kearah Jasmin. Sepantas kilat aku menarik lengan Jasmin
dan menolaknya ke bahu jalan. Tanpa sempat aku mengelak. Kereta itu melanggarku
kerana tidak sempat menekan brek. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Badanku
tiba-tiba melayang dan aku terlantar di hadapan kereta, penglihatanku mula
menjadi kelam. Aku terdengar Jasmin menjerit kuat dan ramai orang meluru kearahku.
Pandangan mataku mula terasa kabur.
bersambung....
No comments:
Post a Comment