Sebaik sahaja keluar
dari balai pelepasan Adam sempat menyinggah ke kedai florist yang terdapat di KLIA.
Adam meminta florist menyediakan sejambak bunga “Gardenia’s” putih untuk di berikan kepada isteri yang tersayang.
Dia bergegas ke carpark untuk mendapatkan keretanya. Tidak sabar hendak pulang
ke rumah kerana terlalu rindu pada Lea dan Jasmin. Dia sengaja tidak mahu menelefon
ke rumah kerana hendak membuat kejutan kepada mereka. Sepatutnya Adam menaiki
flight SilkAir terakhir dari Singapura ke KL. Tapi setelah meetingnya habis dia
meminta setiausahanya Lisa cuba
mendapatkan flight petang. Alhamdullilah masih ada seat yang membolehkan Adam
menaiki flight awal.
Adam memandu perlahan
masuk ke dalam pengkarangan rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta di matikan.
Dia mencapai bouquet gardenia dan overnight bagnya keluar dari kereta lalu
menutup pintu. Rumahnya sunyi tiada orang yang beristirehat di ruang tamu
kerana sliding door di ruang tamunya tertutup rapat. Adam menuju ke arah pintu
dapur.
“Assalamualaikum,” ucap
Adam kepada orang di rumah.
“Waalaikumsalam..eh
Adam dah balik,” jawab Mak Limah yang sedang sibuk menyiapkan santapan minum
petang di dapur. Dia terkejut kerana Adam sudah pulang.
“Sunyi aje rumah mana
Jasmin dan Della?,” soal Adam lalu menarik kerusi lalu duduk. Cuba melepaskan
rasa penat seketika. Maklumlah sebaik sahaja touch down. Adam tidak
lengah-lengah lagi untuk pulang.
“Della dan Jasmin
pergi ke playground, Lea kat ruang tamu agaknya?,” jawab Mak Limah lalu
tersenyum.
“Ok Mak Limah saya
pergi naik jumpa Lea,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia mencapai jambangan bunga Gardenia
dan overnight bagnya lalu diletakkannya di atas meja ruang makan. Dia menuju ke
arah ruang tamu. Lea tidak kelihatan berada di ruang tamu. Adam keluar mencari Lea
di pool. Mungkin Lea berada di luar. Keliling dia mencari Lea. Namun bayang
isterinya tidak kelihatan. Mungkin Lea di bawah naik ke atas. Adam mendaki anak
tangga menuju ke arah biliknya. Adam membuka pintu perlahan. Lea tidak kelihatan
berada di bilik. Adam membuka pintu luas. Dia merasa hairan Lea tidak berada di
dalam bilik. Adam berjalan menuju ke arah kamar mandi lalu mengetuk pintu
perlahan. Tiada jawapan. Adam membuka pintu kamar mandi. Lea tidak berada di
dalam. Adam mengerutkan dahinya. Kemana Lea? Pintu sliding door di balcony
biliknya tertutup rapat. Adam keluar dari bilik menuju ke arah bilik Jasmin.
Pintu bilik Jasmin di buka. Dia merasa tidak sedap hati bila lihat tidak
kelihatan di dalam biliknya mahupun di bilik Jasmin. Adam bergegas menuju ke
bilik tetamu dan bilik lamanya. Lea tidak ada. Adam segera menuruni anak tangga
menuju ke dapur.
“Mak Limah..Lea tak
ada,” ujar Adam.
“Huh Lea tak ada???
Mana Lea pergi...tadi sebelum mak Limah ke dapur dia ada duduk di ruang tamu,”
ujar Mak Limah. Dia mematikan gas dapur lalu mengikut Adam menuju ke ruang
tamu. Mak Limah keluar ke taman mencari Lea. Kekadang Lea suka duduk di situ
waktu-waktu begini. Lihat tidak kelihatan di sana sini. Mak Limah merasa cemas.
Adam mengeluarkan
BBnya lalu mendial nombor telefon Lea. Telefon Lea di matikan.
“Mak Limah cuba cakap
dengan saya..sepeningalan saya ada apa-apa berlaku di rumah ini??,” soal Adam
ingin tahu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lea tidak akan
meninggalkan rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
“Tak ada..semua elok
aje..Lea pun mak Limah tengok macam biasa..tak ada yang ganjil, kemana pulak
Lea pergi ni?,” ujar Mak Limah risau. Lea tidak pernah keluar rumah tanpa
memberitahunya terlebih dahulu.
Adam mendial nombor
telefon Della.
“Della, Kak Lea ada
bersama Della?,” soal Adam sebaik sahaja Della menyambut panggilan telefon
Adam.
“Kak Lea?? Tak ada,
tadi Della ajak dia pergi bersama katanya nak berehat sahaja di rumah..kenapa
abang Adam??,” soal Della bila dia kedengaran suara Adam cemas.
“Astarfirullah Al
Azim...mana pula kak Lea pergi..merata kami mencarinya di rumah..tak ada,”
jawab Adam. Dia menjadi tidak tentu arah bila mendapati Azalea tidak bersama
dengan Della. Kemana Lea?? Dia cuba menghubungi namun handphone Lea di matikan.
Tanpa berfikir panjang
lagi Adam mencapai kunci keretanya lalu berlari keluar. Enjin kereta di
hidupkan. Kereta mengundur keluar dan Adam menekan accelerator meninggalkan
rumah.
bersambung...
No comments:
Post a Comment