“Sorry sayang abang tak
dapat balik hari ni, meeting projek di singapura extend..lusa baru abang
balik,” ujar Adam di hujung talian. Dia cuba untuk menghubungi isterinya
sekerap mungkin. Dia tidak mahu Lea merasa di pinggirkan dan terabai. Dia sedar
sejak akhir-akhir dia terlalu sibuk dengan urusan kerja kerana projek baru. Dia
hanya dapat meluangkan masa bersama Lea sekejap sahaja kerana dia terpaksa
membawa kerja di rumah jika dia tidak dapat menghabiskannya di waktu pejabat.
“Tak apa abang, Lea
sihat-sihat saja disini,” jawabku cuba menyenangkan hati Adam. Sebenarnya aku
terlalu rindukan Adam. 3 hari tidak melihat dan bersama Adam aku merasa rindu. Adam bukan sahaja
suamiku, dia juga teman baik dan teman gaduhku. Walaupun aku yang selalu
bergaduh dengannya manakala Adam selalu mengalah dengan aku. Dan bila aku
merajuk. Adam pandai memujuk membuatkan aku tidak dapat merajuk lama darinya. Bila
mood aku tidak baik. Adam akan membelikan aku jambangan bunga white Daisy untuk
menceriakan aku. Adam memang pandai mengambil hati orang yang di sayangi.
Sebelum aku bertemu dengan Adam lagi aku sudah suka padanya melalui
cerita-cerita yang aku dengar dari Orkid. Orkid mengatakan Adam lelaki yang
tidak mengerti akan maksud putus asa. Adam sanggup ke kedainya setiap pagi
sebelum dia ke office hanya mahu membeli sekuntum bunga untuk di serahkan
kepada Orkid. Selagi Orkid tidak bersetuju berkenalan dengannya selagi itu dia
akan ke kedai Orkid setiap hari.
“Abang rindukan
sayang,” ujar Adam.
Ungkapan sayang dari
Adam membuatkan hatiku bertambah sayu kerana aku turut rindukan Adam. Aku tidak
dapat hidup tanpa Adam. Apatah lagi jika suatu hari nanti aku terpaksa
berkongsi kasih dengan orang lain jika Adam mahu bernikah lagi. Semakin aku cuba untuk tidak memikirkan tentang
perkara itu. Semakin kerap aku memikirkannya. Aku menjadi takut dan khuatir sendiri
kerana asyik memikirkannya.
“Sayang??...kenapa
sayang diam?,” tegur Adam bila isterinya tidak berkata apa bila dia menyatakan
bahawa dia rindukannya.
“Lea rindukan abang
juga,” jawabku dalam perasaan sebak. Air mataku sudah mula mengalir perlahan.
Tidak tahan menanggung rinduku pada Adam. Dan juga tidak sanggup berkongsi Adam
dengan orang lain. Jika ditakdirkan perkara ini berlaku aku tidak tahu
bagaimana untuk menghadapinya. Dapatkah aku menjadi wanita yang tabah dan redha
dengan nasibku.
“Ok..ingatkan sayang
tak rindukan abang, sedih abang di buatnya,” ujar Adam lalu tertawa kecil.
“Abang...kalau Lea
tidak boleh pulih dan berjalan semula, abang masih sayangkan Lea?,” soalku
tiba-tiba.
“Sayang...kenapa
sayang cakap macam tu, abang akan tetap sayang dan cintakan Lea, Lea tahu kan
betapa susahnya abang cuba untuk menambat hati Lea dahulu, sayang jangan terlalu
mefikirkan sangat tentang itu semua, sayang jangan buatkan abang risau ok, I
will be back soon,” pujuk Adam bila Lea sudah mula menyoalkan tentang perasaannya
terhadap isterinya.
“Abang...kalau Lea tidak boleh memberi abang zuriat..Lea benarkan
abang bernikah lagi,” jawabku cuba
menahan rasa sebak. Aku sudah fikir masak-masak. Aku sayangkan Adam aku juga
mahu membahagiakan Adam. Aku tidak mahu terlalu mementingkan diri sendiri. Adam
berhak untuk merasa bahagia. Jika aku tidak mampu memberinya zuriat. Aku
sanggup berkorban untuk kebahagiaan Adam.
‘Sayang...apa yang
sayang cakapkan ni,” ujar Adam terperanjat bila Lea berkata demikian. Adam mula
merasa tidak sedap hati bila Lea fikir hingga ke tahap itu. Dia tahu sejak Lea
kemalangan dahulu. Lea selalu bersedih dan suka menyendiri. Sebab itu dia cuba
untuk menghiburkan hati isterinya dan menemaninya selalu. Dia tidak mahu Lea
mengalami kemurungan akibat kemalangan dahulu. Selama 3 hari dia tidak berada
di rumah Lea sudah boleh memikirkan perkara yang tidak pernah di fikirkan
selama ini. Jika dia tidak mendapat zuriat dari Lea tidak mengapa, dia akan
terus setia pada Lea. Memang sudah suratan nasibnya. Dia menerima Qada dan
Qadar yang di tentukan buat dirinya dan dia redha.
“Maafkan Lea abang,”
ujarku lalu mematikan talian kerana tidak tahan menahan sayu dan sebak di dada.
Airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Kerana suami tercinta aku sanggup
berkorban demi untuk kebahagiaannya.
Telefon berdering
berkali-kali minta di angkat. Namun aku tidak berusaha untuk menjawabnya. Aku
tahu Adam menelefon aku kembali kerana risau dengan keadaanku. Aku sudah
mengambil keputusan dan tiada cara lain yang dapat aku fikirkan lagi.
bersambung....
No comments:
Post a Comment