Saturday, 19 April 2014

Azalea Orkid - Part 32


“You look much better now abang Adam,” ujar DeIla lalu tersenyum. Dia menyelak helaian anak rambutnya yang terkena mata bila di tiup angin laut. Selama dia kenal dengan Adam. Adam tidak pernah kelihatan segembira sekarang. Kali terakhir dia pernah melihat Adam kelihatan gembira bila Adam menceritakan kepadanya akan wanita yang disukainya iaitu Orkid. Tapi kegembiraannya itu hanya sementara bila mengetahui bahawa Orkid tidak menyukainya sepertimana dia menyukai wanita itu. Sungguhpun begitu Adam masih lagi berhubungan dengan Orkid dan menganggap Orkid sebagai teman rapat. Dan juga bila Adam menyatakan dia jatuh cinta kepada kembar Orkid tapi tidak berpeluang untuk meluahkan isi hatinya kerana kembar Orkid iaitu Azalea tidak tahu bahawa dia dan Orkid tiada hubungan apa-apa selain dari teman rapat. Walaupun hasratnya untuk mendirikan rumahtangga dengan Azalea tercapai namun ianya tidak bermakna kerana isterinya itu tidak dapat menerima cintanya.
 
 

“Kak Lea dah terima abang,” jawab Adam sambil tersenyum.
 
 

“Really...??, that’s great news, Alhamdullilah,” jerit DeIla kegembiraan spontan sahaja dia memeluk Adam. Adam membalas pelukan DeIla.
 
 

“Thanks, Della excited mengalahkan abang,” usik Adam bila Ila turut gembira mendengar berita yang dia dan Lea sudah berbaik semula.
 
 

“I’m really happy for you abang Adam, abang Adam dah macam big brother Della sendiri, dengan abang Zack pun Ila tak rapat macam ni, abang Zack tu suka sangat bully Della, kadang-kadang benci Della dengan dia,” jawab DeIla lalu memuncungkan bibirnya. Dia kenal dengan Adam sudah lama sejak Adam dan Zack masih lagi belajar di University. Ketika itu Della baru berusia 16 tahun. Zack dan Adam kenalan rapat dan dia kasihankan Adam yang tinggal jauh dari tempat pengajian maka Zack mempelawa Adam untuk tinggal di rumah mereka. Adam selalu membantu Ila dengan kerja sekolahnya dan Ila seringkali merujuk kepada Adam bila dia punya masalah teman lelaki berbanding abangnya Zack yang tidak suka melayan karenah adik perempuannya itu. Adam pula kebetulan tidak punya adik perempuan dan dia sudah menganggap Della seperti adiknya sendiri.
 
 

“Zack memang begitu sejak di campus lagi, he’s bad boy,” jawab Adam sambil tersenyum gelihati. Yelah kalau sekali pandang Zack tidak kelihatan seperti bad boy. Muka macam budak baik. Decent tapi nonsense. Ramai makcik-makcik ingin menjadikan dia calon menantu. Tapi sebenarnya dia budak nakal. Teman wanita keliling pinggang, suka pergi clubbing dan pub dan sebagainya. Manakala dirinya seringkali di cap sebagai bad boy dan kasanova kerana memiliki wajah kacak Pan-Asia. Dia seringkali di tuduh mengecewakan hati wanita padahal dia tidak seliar Zack yang teman wanita keliling pinggang dan seringkali menghabiskan masa luang di club dan pub.
 
 

“Yeah I hate that, even my girlfriends want to get to know him, apa yang istimewa sangat dengan dia, hissh kalau Ila tak nak bercinta dengan bad boy boleh makan hati ulam jantung,” komen Della tidak berkenan dengan perangai kasanova abangnya.
 
 

Adam ketawa kecil bila Della mengata perihal abangnya Zack.
 
 

“Habis Della nak cari lelaki yang macamana?,” soal Adam ingin tahu.
 
 

“Erm.....Della nak lelaki seperti abang Adam,” jawab Della seraya tersenyum.
 
 

“Macam abang? Kenapa?,” soal Adam penuh minat ingin tahu akan jawapan Ila mengenai dirinya.
 
 

“Sungguhpun abang Adam good looking and financially stable abang Adam tak pernah take advantage, you humble and down to earth, that’s what I want from someone who I want to spend my life with,”
 
 

“Della you think so highly about me, abang Adam manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan, abang ada kelemahan abang sendiri, my downfall is I can’t live without Azalea, I really love her,” ujar Adam sambil tersenyum.
 
 

“Aww….abang Adam, you make me want to cry, you so romantic, untung kak Azalea, I’ll make sure that she won’t leave you,” jawab Della membalas senyuman Adam. Dia tidak menyangka Adam begitu romantic. Walaupun dia lebih rapat dengan Adam berbanding abang kandungnya Zack. Della tidak pernah nampak his soft side.
 
 

Adam hanya tersenyum mendengar komen Della. Dia memang berjiwa romantis. Kalau tidak masakan dia sanggup membeli bunga di kedai Orkid Blossom hari-hari bertujuan hanya untuk melihat wajah cantik pemilik kedai bunga tersebut. Selama 3 bulan dia cuba memikat dan mengenali si pemilik kedai bunga yang berjaya menambat hatinya. Akhirnya usahanya untuk berkenalan dengan Orkid berjaya juga. Namun begitu dia tidak berjaya untuk memiliki hati Orkid kerana Orkid menerimanya sebagai teman dan tidak lebih dari itu. Walaupun sedikit hampa cintanya tidak di sambut Orkid. Allah lebih mengetahui. Jodohnya bukan dengan Orkid tetapi dengan Azalea wanita yang dia tidak dapat hidup tanpanya. Dia berterima kasih kepada Orkid kerana memperkenalkannya kepada Azalea.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 

4 comments:

  1. Best sgt!!! Adam is so sweet and caring! Btw, thnks for giving us new chapters everyday :))) <3

    ReplyDelete
  2. Cik writer,what is in your mind?r u planning to match della with adam?hope not...dont let lea give up...love is always worth fighting for right?jasmin needs a brother or sister to keep her company..(peminat setia ariel n dania)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) :).. terima kasih cik Anonymous..i know semua curious what's going to happen to Lea dan Adam..kalau cik anonymous memahami karektor Lea...agak2 cik Anonymous Lea akan mengalah begitu sahaja :)

      Delete
    2. Hahaha what was i thinking of? Lea nak menyerah begitu saja?no way jose!tak kan...like she said..dia hanya tak boleh berjalan..yg lain semua dia boleh buat...u go girl...

      Delete