Aku membuka mataku
perlahan. Walaupun terasa berat namun ku gagahkan juga untuk membukanya. Aku
cuba mengerakkan badanku perlahan. Badanku terasa benar-benar sakit sehingga mataku
berair menahan derita kesakitan yang aku tanggung. Aku menoleh ke kiri. Mataku
terpandang akan sejambak bunga “Azalea“ terletak cantik di dalam pasu.
Sungguhpun badanku terasa lemah. Aku tahu bahawa aku bukan berada di kamarku.
Kerana bilik ini terlalu asing buat diriku. Aku menoleh kearah kanan. Adam
kelihatan tersandar di atas sofa yang di sediakan untuk pelawat. Matanya terpejam
rapat. Wajahnya kelihatan penat. Sedarlah aku kini berada di hospital. Aku cuba
memanggilnya. Namun kerongkongku seakan tersekat dan tiada suara yang keluar
dari mulutku. Air mataku mengalir perlahan mengenangkan akan nasib diriku.
Mungkinkah ini balasan Allah terhadap diriku, di atas segala dosaku terhadap Adam.
Belum sempat aku mengecapi kebahagian sebagai isteri. Allah telah turunkan ujian
keatas diriku. Hendak menyesal tiada berguna lagi kerana semuanya sudah
terlambat. Dengan keadaanku begini bagaimana aku hendak menjalankan
tanggungjawabku sebagai isteri Adam. Bagaimana aku hendak membahagiakan Adam.
Dan apa yang lebih membimbangkan, jika aku tidak dapat melahirkan zuriat untuk Adam
seperti yang dia harapkannya. Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Sedih
mengenangkan nasibku.
“Ampunkan Lea abang, Lea
tak mampu membahagiakan abang,” bisikku dalam tangisan. Sebak hatiku bila memandang
wajah Adam yang tertidur kepenatan. Aku pasti Adam kemari menemaniku setiap
kali dia pulang dari pejabat kerana baju yang dipakai Adam baju yang seringkali
di gunakan bila ke pejabat.
“Sayang dah bangun,
syukurlah,” ujar Adam lalu tersenyum sebaik sahaja dia tersedar. Isterinya sudah sedar
dari koma. Alhamdullilah. 3 minggu isterinya berada di dalam keadaan demikian.
Tiap hari dia berdoa agar Allah memanjangkan usia isterinya dan isterinya pulih
dari koma. Adam tidak sanggup kehilangan Azalea.
Adam segera menuju ke
arah Lea. Dia bersyukur kerana isterinya sudah sedar.
“Kenapa sayang
menangis, abang ada disini,” pujuk Adam bila melihatkan mata isterinya basah
kerana menangis.
Aku cuba berkata
sesuatu namun tiada suara. Aku ingin meminta maaf padanya dan bertanyakan
tentang Jasmin. Adakah Jasmin cedera semasa kemalangan kelmarin.
“Jasmin sihat alhamdullilah,
sayang jangan risau,” jawab Adam seolah-olah dapat membaca apa yang tersirat di
hatiku di kala ini. Aku cuba tersenyum bila Adam mengatakan Jasmin sihat dan
tidak apa-apa. Alhamdullilah. Jari jemari Adam ku gengam erat seperti tidak
mahu melepaskannya.
“Sayang rehat ok,
jangan sedih abang di sini, abang tak akan tinggalkan sayang,” pujuk Adam
seraya mengucup kepalaku dengan penuh kasih sayang.
******
Zack memulas tombol
pintu Adam bila sudah berkali-kali dia mengetuk pintu tiada jawapan dari Adam. Zack
memandang kearah Adam yang sedang berkhayal dan tidak sedar akan kunjungannya. Zack
tidak segera menegur temannya itu sebaliknya dia duduk di kerusi berdekatan
lalu berdehem.
Adam tersentak lalu
menoleh kearah Zack. Dia meletak cermin mata bacaannya yang dipegangnya sedari
tadi.
“Lama kau dah ada kat
sini,” ujarnya mendatar. Tiada senyuman terukir di bibirnya bila setiap kali
temannya itu datang berkunjung di pejabatnya.
“Kau kenapa,
termenung macam orang kena tinggal bini, wife kau buat perangai lagi ke?,” usik
Zack. Kalau Adam sudah termenung panjang tak lain dan tak bukan fikirkan
tentang isterinya.
“Isteri aku kemalangan,”
jawab Adam ringkas. Wajahnya kelihatan suram.
“I’m sorry to hear that,
bila?? Kenapa tak beritahu aku, how is she?,” ujar Zack merasa bersalah
mengusik Adam tadi. Bukan dia sengaja berbuat demikian. Dia tidak tahu akan
keadaan isteri Adam.
“She’s ok, but she won’t be able to walk again..,” jawab Adam
menahan sebak. Dia merasa sedih melihat keadaan isterinya. Dia tidak tahu
samada Azalea akan dapat menerima kenyataan setelah mengetahui keadaan dirinya
yang lumpuh separuh badan.
“Is there anything that I can help?,”
“Aku tak tahu Zack, aku buntu Zack,” jawab Adam lemah.
Zack mengerutkan dahinya cuba memikirkan sesuatu.
“Aku boleh suruh DeIla bantu kau, kalau kau perlukan
jururawat peribadi, I think she will be happy to work for you,” cadang Zack.
Wajah Adam bercahaya bila Zack berkata demikian. Dia
terlupa akan adik Zack, DeIla. DeIla lulusan jururawat. DeIla calon yang paling
sesuai untuk di jadikan jururawat peribadi isterinya.
“Della setuju ke??,” soal Adam wajahnya berubah ceria.
“Dia baru habis contract dengan Datuk Nazim, I think
she’s available,”
“Thanks Zack,” ujar Adam tidak sabar rasanya hendak
bertemu dengan Azalea dan memberitahunya mengenai DeIla.
“Hubungan kau dengan isteri kau macamana,” soal Zack
seraya memandang kearah teman rapatnya.
“Alhamdulilah dia
sudah mula menerima aku sebagai suaminya,”
“But Adam, aku cuma
nak nasihatkan kau, dalam keadaannya begini she needs extra attention from
you,” ujar Zack.
“Thanks for reminding me, yeah you’re right about that,”
bersambung....
Hebat sungguh dugaan pada Lea dan Adam.tabahkan lah hati mereka.moga2 Lea akan sembuh....berikan kesempatan pd Lea merasa bgmana mjd isteri dan ibu...
ReplyDelete