Adam mendukungku keluar dari kereta lalu di tempatkan aku
di atas kerusi roda. DeIla menolak kerusi rodaku perlahan manakala Adam
mengeluarkan bag Lea dari boot keretanya. Jasmin pula setia berada di sebelah mama
Leanya dan turut sama membantu menolak kerusi rodaku. Rumah kami ku pandang
sayu. Rindu kerana hampir sebulan aku telah meninggalkan rumah. Adam setia
menemaniku sepanjang aku berada di hospital. Aku kasihan pada Adam kerana
terpaksa mengambil cuti lama hanya untuk menemaniku. Aku tahu Adam berbuat
demikian kerana dia sayangkan aku. Aku menegahnya berbuat demikian namun Adam
masih berdegil. Aku tidak tahu mengapa kebaikan Adam tidak pernah aku nampak
selama ini. Ternyata Adam seorang suami yang baik. Aku sahaja yang buta tidak
dapat menilai kebaikannya. Malah Adam mendapatkan seorang jururawat peribadi
untuk menjaga dan merawatku.
“Selamat pulang Lea, Mak Limah masak makanan kegemaran Lea,
makan tau, Mak Limah tahu lauk kat hospital tu tak sedap,” ujar Mak Limah
ketika menyambut kami di muka pintu.
“Terima kasih Mak Limah,” jawabku sebak. Sedih bila
mengenangkan bahawa aku tidak dapat berjalan seperti biasa. Aku tidak tahu
bagaimana caranya untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku
menerima nasib sebegini. Kuatkah aku untuk menghadapi ujian dari allah? Jasmin
meletak teddy bear kegemarannya di atas ribaku.
“Teddy teman mama ok,” bisiknya seraya mencium pipi mama Azaleanya.
Aku merasa terharu bila Jasmin
berbuat demikian. Mataku kelihatan sembab kerana semalaman air mata ku mengalir
tanpa henti bila mengetahui harapan untuk ku pulih amat tipis, 50-50 menurut
Doktor. Aku mungkin tidak dapat berjalan semula. Aku perlukan bantuan kerusi
roda seumur hidupku. Adam tidak pernah putus-putus memberi aku semangat bahawa
aku pasti akan pulih seperti biasa sekiranya aku menjalani latihan intensif.
Aku hanya mampu tersenyum tawar bila Adam berkata demikian. Aku tahu Adam cuba
menyedapkan hati aku. Sayang sekali aku tidak berpeluang untuk memberi
kebahagian kepada Adam.
“Sayang hendak apa-apa??,”
tegur Adam bila di lihat isterinya asyik termenung sepulangan mereka dari
hospital tadi. Adam sedar sejak Azalea berada di hospital. Azalea tidak lagi seceria
dahulu. Dia
banyak bermenung dan bersendiri.
Aku tersentak bila Adam
menegurku. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum. Wajah kacak Adam ku pandang
sayu. Aku menghulur tangan ku agar dia dapat membantuku membetulkan dudukku.
Aku benar-benar tidak berdaya untuk berbuat demikian tanpa bantuan sesiapa
kerana dari punggung hingga ke kakiku lumpuh.
Aku menyentuh wajah Adam
perlahan. Adam membiarkan sahaja aku berbuat demikian. Wajah suamiku yang tidak
pernah kubelai sebelum ini. Sayang sekali bila hubungan kami sudah pulih aku
tidak dapat menunaikan permintaannya.
“Maafkan I dear,” ujarku
cuba menahan sebak bila setiap kali berdepan dengan Adam.
“Sayang, tak salah
apa-apa pada abang, kenapa sayang perlu minta maaf,” ujar Adam lalu mengengam
jari jemariku perlahan. Aku terkedu bila Adam berkata demikian. Adam sedikit
pun tidak menunjukkan bahawa dia menyesal bernikah dengan aku walaupun kini aku
tidak berdaya berjalan apatah lagi untuk menjalankan tugas sebagai isteri. Aku
benar-benar tidak mampu. Dapatkah Adam bertahan dan bersabar dengan keadaanku. Masih
sayang lagikah Adam pada diriku yang serba kekurangan ini?
Air mataku mengalir
perlahan buat sekian kali bila mengenangkan nasib yang menimpa diriku.
“Sayang, kenapa sayang
menangis, abang dan Jasmin kan ada, sayang tak perlu bersedih,” pujuk Adam lalu
menyeka airmata ku dengan jarinya. Dia tahu dalam keadaan begini emosi
isterinya terganggu.
Aku memeluk Adam erat
lalu menangis semahu-mahunya di bahunya. Adam mengusap rambut ku perlahan.
Hatinya sebak melihat keadaan isterinya. Menurut doctor Lea tidak dibenarkan bersendirian
terlalu lama ini akan melambatkan proses pemulihan. Dia mahu Lea cepat sembuh
kerana dia tidak sanggup melihat penderitaan isterinya.
“Abang tidak akan
tinggalkan Lea??,” ujarku lalu memandang wajah Adam.
“Insyallah, abang
tidak akan tinggalkan Lea, Lea isteri abang, abang cintakan Lea, Lea tak perlu
risau ok,” jawab Adam jujur cuba mendamaikan hati isterinya.
“Janji,” soalku.
“Abang berjanji..,”
jawab Adam lalu tersenyum.
“Lea takut abang
tinggalkan Lea, Lea cintakan abang ke?,” soal Adam bila isterinya mula
tersenyum bila dia berjanji tidak akan tinggalkannya.
“Mestilah Lea
cintakan abang, abang kan suami Lea..,” jawabku tidak lagi segan mengaku
mencintai Adam.
“Tapi kenapa dulu Lea
suruh abang tidur bilik lain,” usik Adam bila isterinya mula hendak bergurau
dengannya.
Aku mengeluh kecil
bila Adam berkata demikian. Aku tidak mahu lagi berahsia dengan Adam. Adam
harus tahu akan isi hatiku terhadap dirinya selama ini, kerana Adam suamiku.
“Kerana...Lea tidak
yakin yang abang cintakan Lea, selama ini Lea menyangka abang cintakan arwah Orkid,”
“Kenapa Lea tak tanya
abang?,” usik Adam lagi bila Lea meluahkan perasaannya.
“Tak kan Lea nak
tanya abang, abang pun tidak berusaha untuk memikat hati Lea,” ujarku
mengenakan Adam.
“Abang tak berusaha
pikat hati Lea, Lea lupa ke sewaktu Lea mengambil keputusan untuk berkahwin
dengan abang, abang ada katakan abang tidak akan tinggalkan Lea,” ujar Adam
mengingatkan perjanjian mereka setahun yang lalu.
“Abang cakap macam tu
kerana abang tidak menerima syarat yang Lea tetapkan,” jawabku tidak mahu
mengalah.
Adam ketawa kecil
bila aku berkata demikian.
“Lea..., kalau benar
abang tidak cintakan Lea, abang tidak akan sanggup berkahwin dengan Lea
walaupun tertulis dalam surat wasiat arwahnya Orkid,” jawab Adam.
Aku terperanjat bila Adam
berkata demikian. Betul ke apa yang dia katakan. Atau dia hanya mahu
mempermain-mainkan perasaan aku.
“Sungguh abang akan
berbuat demikian, sadisnya abang,” ujarku lalu mencubit lengan Adam.
Adam mengosok
lengannya yang dicubit Lea.
“Abang tidak bisa
membohongi diri abang, perkahwinan itu adalah ibadah, bukan untuk suka-suka,
dan abang tidak mahu menanggung dosa,” jawab Adam lalu membuahkan senyum.
Aku malu sendiri bila
Adam berkata demikian. Ternyata aku masih jahil dari segi agama. Aku tidak
menyangka Adam yang kelihatan modern serba serbi lebih mendalam ilmu agamanya
berbanding dengan aku. Aku sedar Adam tidak pernah tinggal solat 5 waktu. Adam
memberi aku nafkah zahir. Dan kerana aku tidak mengizinkan dia menyentuh
diriku. Adam tidak pernah mengutarakan soal nafkah batin kepadaku. Ternyata aku
banyak berdosa dengan Adam.
“Bila yang abang
jatuh cinta pada Lea?,” soalku ingin tahu. Yelah selama ini dia bercinta dengan
arwahnya semasa dia masih hidup. Bila ketikanya dia jatuh cinta dengan aku.
“Sejak kali pertama Lea
marahkan abang,” jawab Adam tanpa mengulas panjang.
“Marahkan abang, Lea
selalu marahkan abang sebelum kita bersuami isteri lagi,” ujarku bila Adam
berteka-teki dengan aku. Yelah sejak mula perkenalan aku memang tidak pernah
melayan Adam dengan baik kerana aku sengaja mencari kesalahannya agar aku tidak
tertarik hati dengannya. Aku selalu buruk sangka padanya kerana aku menyangka
dia hanya mahu mempermain-mainkan hati Orkid. Wait a minute!!. Marahkan Adam.
Kali pertama. That’s mean sebelum.
“Maksud abang, abang
cintakan Lea ketika abang masih lagi bersama dengan Orkid dahulu,” ujarku
inginkan kepastian.
Adam tidak menjawab
malah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Is this some kind of a joke, how can you possibly in
love with 2 person at the same time?,” ujarku mula marah bila sedikit demi
sedikit rahsia Adam terbongkar.
“Sebelum Lea jump
into conclusion..., abang hendak Lea dengar dulu cerita abang,” jawab Adam lalu
memandang wajah Lea. Dia tidak menyangka Lea akan mengutarakan soalan demikian.
Bukan dia hendak berahsia dengan Lea tapi dia sudah berjanji dengan arwahnya
Orkid bahawa dia tidak akan mendedahkan rahsia tersebut kepada Lea.
bersambung...
No comments:
Post a Comment