Monday, 7 April 2014

Azalea Orkid - Part 1


Aku mengeluh lega bila kerjaku sudah berkurangan dan tidak sesibuk pagi tadi. Pagi tadi begitu sibuk sehinggakan rupa meja pun tidak nampak lagi. Terpaksa berkejar membuat salinan agreement sebanyak 30 set dan aku tidak mempunyai masa untuk membuat out source printing. Keadaan kembali kepada sediakala bila selepas lunch, mata mulalah terasa layu dan mengantuk. Mocha sudah 2 mug ku teguk kononnya salah satu cara untuk mengelak dari mengantuk tapi ianya tidak berhasil kerana aku masih merasa mengantuk tidak tertahan rasanya. Aku menghidupkan ipodku untuk mendengar music agar aku tidak tertidur di hadapan komputer. Mendengar music adalah cara untuk aku menahan mengantuk dan dalam masa yang sama untuk menghiburkan hati. Rileks mode.
 

“Lea,” tegur seseorang.
 

Pause. Aku tersentak bila namaku di sebut secara tiba-tiba. Mataku menjadi segar serta merta kerana terperanjat. Wah bagus betul kaedah begitu walaupun terperanjat mengantukku hilang serta merta.
 

Aku menoleh ke arah si empunya suara. Ya, Syafinas. Teman baikku dan juga merangkap bossku. Wajahnya kelihatan mendung hari ini tidak ceria seperti sebelum lunch tadi. Entah apa pula masalahnya kali ini.
 

“Why what’s wrong dear?,” ujarku bila kulihat matanya yang cantik itu ditakungi air dan air matanya itu akan tumpah bila-bila masa sahaja.
 

“No not here, in my office please..,” jawab Syafinas perlahan cuba menahan perasaan sedihnya lalu berjalan menuju kearah biliknya.
 

Aku menganggukkan kepala tanda faham lalu mengekorinya dari belakang. Sebaik sahaja aku berada di dalam biliknya dan menutup pintu biliknya rapat. Aku duduk di atas kerusi berhadapan dengan Syafinas mengadapnya. Apa cerita dari Syafinas kali ini sehingga membuatkan dia begitu sedih.
 

Syafinas hanya duduk mendiamkan diri. Airmatanya yang dari tadi bertakung sudah mula mengalir perlahan tanpa dapat di tahan lagi. Aku menarik sehelai tisu lalu menyerahkan kepadanya. Wajah cantik milik Syafinas kelihatan muram.
 

“Rashdan,” ujar Syafinas sepatah cuba menahan sebak.
 

Aku mengeluh kecil bila mendengar nama dan perkataan yang pertama keluar dari mulut Syafinas.
 

“Don’t tell me, it’s about him,” ujarku menyerahkannya sehelai lagi tisu.
 

Rashdan nak putuskan hubungan dengan I, katanya I’m not fit to be his girl,” ujar Syafinas tersedu-sedu. Aku hanya mampu tersenyum mendengar keluhan hati Syafinas. Bukan kerana aku suka mereka berpisah atau mahu menambah rasa kecewanya. Tapi aku hairan. Wanita secantik Syafinas tidak susah untuk mencari penganti. Malah mencari jejaka yang lebih hebat dari Rashdan pun Syafinas mampu. Cuma Syafinas tidaklah sedaring wanita zaman sekarang. Dia seorang wanita yang cantik dan pendiam. Tidak pandai hendak mengoda apatah lagi dibiarkan dirinya di goda lelaki.
 

“Kenapa, Rashdan hendak putuskan hubungan dengan I,” soal Syafinas seraya mengesat matanya dengan tisu perlahan. Sebak rasanya bila mengetahui Rashdan yang dikasihi mahu memutuskan hubungan dengannya.
 

“Dah lah Nas, tak ada gunanya kau asyik fikirkan tentang hubungan kau dengan Rashdan, Rashdan bukannya seorang lelaki sahaja yang wujud di dalam dunia ni, ramai lagi lelaki lain yang boleh membahagiakan kau,” nasihatku. Ini bukanlah kali pertama aku menasihatinya. Sudah acap kali. Tapi Syafinas masih lagi mahu mempertahankan hubungannya dengan Rashdan. Padaku, Rashdan buaya darat dan tidak layak bergandingan dengan wanita yang cantik dan sebaik Syafinas.
 

“You mean I should let him go..,” soal Syafinas seraya memandang tepat ke arahku.
 

“Trust me, you should leave him ages ago, you deserved better,” jawabku seraya tersenyum yakin.
 

Syafinas terdiam matanya kelihatan merah akibat terlalu banyak menangis.
 

“Thanks Lea, I feel so much better now, balik kerja nanti kita pergi shopping nak?,” ujar Syafinas mula tersenyum. Setiap kali dia punya masalah dengan Rashdan orang yang di minta pendapat adalah Lea kerana Lea seorang teman yang akan memberi pandangan yang jujur.
 

“That’s my gurl…,” ujarku tersenyum seraya meninggalkan Syafinas sendirian di pejabatnya.
 

Well, back to my story. How do I know Syafinas. Hmm..actually aku temankan my twin sister for a job interview. Yeah my sister, Orkid. Nice name huh. Our parents sukakan bunga maka mereka memberi kami nama bunga. Orkid dan Azalea.
 

Orkid, dia janda anak satu, walaupun umur kami cuma berbeza beberapa minit namun dia terlebih dahulu mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya. Tapi sayang sekali usia perkahwinannya tidak panjang kerana suaminya itu adalah seorang penagih dadah. Dia meninggal dunia pun disebabkan overdose. Kami berdua anak yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu dan ayah meninggal dunia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu kami berusia 7 tahun lagi. Kami dibesarkan oleh mak Long. So sekarang kami dua beradik tinggal serumah. Kami memang rapat, yelah siapa lagi yang kami hendak mengadu nasib. We only have each other selain dari mak long. So berbalik pada cerita Orkid, she is nice person, tak pernah menyakitkan hati orang dan suka membantu. karektor kami jauh berbeza bagai langit dengan bumi.
 

Jadi bila dia memerlukan aku untuk menemaninya for job interview at legal firm as a secretary, aku temankan. Normal procedure, setiap kali dating interview we have to fill in the form for the secretary post and she suggested that I should apply for the job too. At that time, I don’t think it is a good idea sebab aku baru mula bercuti dan rasanya hendak berehat sepuas hati, sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan. So ideanya itu aku tolak bulat-bulat. After the interview she told me she got the job. And that is when I get to know her boss i.e. Syafinas. Hah, mesti semua pelik macamana aku sekarang bekerja dengan Syafinas pulak. Well, after two years she thinks working as legal secretary is not her cup of tea. So, she decided to quit and ask me to take over her place. So that’s how I end up here. And as for Orkid. Guess?? Orkid buat apa sekarang. Orkid, berjaya membuka sebuah kedai bunga yang diberi nama “Orkid Blossom”. I think that is why my mum had the idea to put her children name after flowers. She knew that one day one of her daughter would became a florist. Haha too good to be true. Jadi Orkid memenuhi passionnya untuk menjadi florist. Whatever it is, I’m happy and support her decision.
 

So, in a way Syafinas, knew both of us and she told me that our characters are totally different. Orkid pemalu dan pendiam. Whereas me, Syafinas cakap, aku friendly and happy-go-lucky. But the truth is, perangai aku tidak jauh berbeza dengan Orkid. Cuma aku terpaksa mengenepikan soal rasa malu bila bekerja dengan Syafinas. Sebabnya, boss aku sendiri seorang yang pendiam dan pemalu. Pada awalnya aku merasa hairan, bagaimana Syafinas boleh menjadi seorang peguam sekiranya dia seorang yang pemalu dan pendiam, malah apa yang aku tahu peguam mestilah yang pandai bercakap. Setelah bekerja dengannya barulah aku faham Syafinas adalah peguam dari Corporate Department. Dia tidak perlu ke mahkamah dia hanya perlu menyediakan pelbagai agreement dan banyak menghabiskan masa dalam mendAdamt contract. No wonder.
 

“Lea, I rindukan Rashdan,” ujar Syafinas melalui intercom.
 

“I’m coming over to your office,” ujarku seraya meletak gagang telefon.
 

Hai minah seorang ini, tidak boleh hidup tanpa Rashdan.
 

Aku memulas tombol pintu bilik Nas. Nas masih bermurung.
 

“Nas, kan I dah cakap tadi lupakan sahaja si Rashdan tu, you setengah mati rindukan dia, dia senang-senang dengan perempuan lain, kalau I di tempat you I tak perlu risau, selama ni pun bukannya Rashdan treat you nicely, dia suka-suka sahaja,”
 

Syafinas hanya mendiamkan diri bila mendengar hujah-hujahku. Sesekali dia memandang frame gambarnya bersama Rashdan suatu ketika dahulu. Ah kenangan manis amat sukar di lupakan. Masih jelas diingatannya sewaktu mereka berdua berkenalan dahulu. Walaupun perkenalan mereka tidaklah begitu romantis.
 

“Nas you dengar tak...?,” ujarku bila melihat Syafinas hanya tersenyum sedari tadi sambil memandang frame gambar di sebelahnya.
 

“Lea, kenapa kau benci sangat dengan tunang Orkid,” ujar Nas tidak semena-mena. Dia sebenarnya berasa bersalah kerana membiarkan Lea membebel seorang sedangkan dia sedikit pun tidak mengambil perhatian dengan apa yang dikatakan oleh Lea tadi.
 

“First of all, Orkid belum lagi bertunang dengan dia, and second of all I don’t like him,” jawab ku ringkas tanpa mengulas panjang. Orkid pun satu macamlah tak ada lelaki lain yang boleh di jadikan calon suaminya.
 

Syafinas menjungkitkan keningnya sebaik sahaja Lea berkata demikian. Dia pernah bertemu dengan “so-call” tunang orkid orangnya kacak dan penyayang. Walaupun Orkid janda beranak satu tapi Adam Alfian tidak kisah dia tetap menerima Orkid. Hanya Syafinas tidak mengerti mengapa Ana tidak begitu menyenanginya. 
 

“Lea, please…please tell me why don’t you like him, you always said that he’s not a good guy, but why..??,” soal Shafinas ingin tahu. Yelah apa kesilapan Adam Alfian sehingga Lea benar-benar membencinya.
 

Aku mengeluh kecil bila Syafinas mula mendesak. I don’t really like to talk about Adam Alfian.
 

“Oh please, kau pernah jumpa Adam Alfian kan, he’s one of the damn gorgeous male on earth, you think lelaki macam dia hendak kahwin dengan janda beranak satu, mesti ada motive lain sebab mengapa dia memilih orkid menjadi teman hidupnya,” ujarku sambil memeluk tubuh. My opinion about Adam Alfian stands, I don’t like him. Orkid pula begitu mudah menerima cinta dari lelaki seperti Adam. Tidakah dia serik dengan kaum lelaki. Bukankah lelaki juga yang membuatkannya dua beranak merana dan menderita.
 

“Are you jealous of Orkid??,” soal Syafinas lagak seperti penyiasat peribadi.
 

“Aku? Nak jealous dengan Orkid? Tak ada maknanya lah, why do you said that..,” jawabku merasa kurang senang. Kenapa pula aku perlu merasa cemburu pada Orkid. Aku tak cemburu lah aku cuma tidak mahu Orkid terpedaya dengan helah lelaki. Orkid terlalu jujur dan mudah percaya pada orang berbanding aku.
 

“Maybe kau tidak dapat menerima hakikat bahawa Adam Alfian tertarik pada Orkid janda beranak satu sedangkan ramai lagi wanita yang single yang boleh dipikatnya,” ujar Syafinas tanpa memikirkan soalan yang diajukan itu akan membuatkan Lea berang.
 

“Nas, first of all, aku memang tak percaya lelaki yang sleek macam si Adam Alfian, look at me and Orkid walaupun kami kembar tapi taste dan perangai kami berbeza, Orkid pemalu dan pendiam, whereas me, I’m friendly and happy go lucky, finding a good looking guys is not a problem for me,” jawabku seraya mendengus geram.
 

Jealous of Orkid. Am I. Nah..
 

“Mungkin Adam Alfian memang ikhlas hendak memperisterikan Orkid, come on Lea, you must have faith in Orkid choice, jangan terlalu prejudice terhadap lelaki tampan dan single macam Adam,”
 

“Oh well!, maybe you are right, and I hope that Orkid made a right choice this time,” jawabku mengalah. Aku tidak sepatutnya merasa buruk sangka pada Adam Alfian walaupun hatiku tidak dapat menerima kehadiran Adam Alfian dalam hidup Orkid kerana aku masih doubt his intentions.
 
 
 
bersambung......
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment