Tuesday, 22 April 2014

Azalea Orkid - Part 37


Hari ini aku terpaksa pergi ke hospital sendirian tanpa Adam. Adam meminta Della menemani aku ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut dari Dr. Imran. Pertama kali aku tidak di temani Adam. Ada baiknya juga Adam tidak menemani aku kerana aku dapat mendapatkan penerangan terperinci dari Dr. Imran sendiri. Jika Adam ada bersama aku tidak bebas untuk bertanya lebih lanjut mengenai penyakitku.
 
 

“What is the possibility or chances that I would be able to walk again?,” soalku sebaik sahaja Dr. Imran duduk di kerusinya. Dr. Imran meletak filem X-ray ku di board agar aku dapat melihat spinal cord yang menyebabkan aku tidak dapat berjalan semula.
 
 

“You masih ada harapan untuk berjalan semula jika you buat latihan intensif pisioterapi, your spinal cord injury is “incomplete” that’s means you would be able to walk again, Lea dapat mengerakkan kaki sedikit?,”  soal Dr. Imran lalu memandang wajah pesakitnya.
 
 

“Dapat mengerakkan sikit..not much but I feel a bit,” jawabku.
 
 

“That’s good...that’s means your motor and sensory function are still working,”
 
 

“With my condition right, would I be able to get pregnant?,” soalku tanpa berselindung. Aku benar-benar mahu tahu akan peluang untuk aku hamil dalam keadaan begini.
 
 

“Kecederaan Lea tidak ada bersangkutan dengan your fertility, you can have normal sexual life with your husband, you can even start a family if you want too, banyak kes wanita seperti Lea dapat melahirkan anak dengan sempurna, your husband tak beritahu you?,” ujar Dr. Imran bila Lea bertanya soalan demikian. Bukankah dia sudah terangkan kepada Adam mengenai keadaan Lea. Bahawa mereka masih boleh melakukan hubungan intim.
 
 

“He didn’t say,” jawabku lalu mengelengkan kepala perlahan. Kenapa Adam tidak memberitahu aku. Kalau aku tidak bertanya sendiri pada Dr. Imran aku tidak tahu yang aku mampu untuk hamil dan melahirkan zuriat untuk Adam. Tapi kenapa Adam tidak mahu memberitahu aku? Apa sebabnya?
 
 

“Mungkin dia terlupa hendak memberitahu Lea,” ujar Dr. Imran untuk menyedapkan hati pesakitnya. Dia tidak mahu Lea terguris hati. Pesakit seperti Lea cepat terasa hati lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga dan muda seperti Lea.
 
 

“Menurut Dr. saya punya harapan untuk pulih dan berjalan semula,” ujarku cuba untuk tidak memikirkan akan sebab mengapa Adam tidak mahu memberitahuku tentang perkara itu. Aku tidak pernah bersama Adam sejak malam Anniversary pertama kami iaitu malam charity dinner. Malam pertama kami bersama sebagai suami isteri. Dan bila aku kemalangan dan lumpuh kami tidak lagi mengadakan hubungan intim.
 
 

“Yes,” jawab Dr. Imran ringkas.
 
 

“I would like to have second opinion, dimana saya boleh bertemu dengan neurologist yang terbaik?,” soalku ingin tahu. Aku mahu pulih dan berjalan seperti biasa. Aku harus cekalkan hati dan berusaha untuk pulih demi Adam dan Jasmin.
 
 
 
****
 
 
Aku melirik ke arah handphone bila telefonku bergegar minta di angkat. Tadi semasa aku bertemu dengan Dr. Imran aku meletak silent mod kerana tidak mahu di ganggu. Aku tahu Adam menelefon ku berkali-kali. Dia merasa risau kerana aku meletak telefon siang tadi dan tidak menghubunginya kembali.
 
 
“Hello,” jawabku.
 
 
“Sayang kat mana? Kenapa abang call sayang tak jawab?,” ujar Adam dengan suara cemas. Bagai hendak gila dia menghubungi Lea di rumah dan di handphone namun isterinya tidak menjawab. Risau hatinya bukan kepalang. Bila dia bertanya kepada Della. Della mengatakan Lea pergi ke hospital bertemu dengan Dr. Imran dan tidak mahu di temani.
 
 
“Lea ada di hospital,” jawabku perlahan. Aku rasa bersalah kerana membuatkan Adam risau tentang diriku.
 
 
“Kenapa Lea tidak mahu Della temankan Lea, abang tidak senang hati Lea pergi sendirian, ikutkan hati abang hendak terbang pulang hari ini juga,” ujar Adam suaranya berbaur risau. Kenapa Lea tiba-tiba mahu ke hospital sendirian.
 
 
“Maafkan Lea bang, Lea tidak bermaksud untuk membuat abang risau, I’m sorry,” jawabku mula terasa sebak kerana sering menyusahkan Adam.
 
 
“Sayang, please don’t think so much...please, I love you sayang, I will always here for you, hanya sayang di hati abang, jika soal anak yang sayang risaukan, abang redha, you don’t have to worry ok..please sayang,” rayu Adam kerana dia tidak senang hati bila memikirkan keadaan isterinya hingga meeting yang sepatut dia hadir tidak dapat dia hadiri dan tumpukan sepenuh perhatian kerana risaukan Lea.
 
 
“I’m sorry dear..,” jawabku perlahan. Tidak tahu kenapa aku begitu emosi hari ini. Aku seperti berputus asa dengan keadaan aku sekarang. Lemah dan tidak bermaya. Aku mahu hidup bahagia bersama Adam tapi aku takut keadaan akan berubah. Jika sekarang Adam masih menyayangiku bagaimana setelah 5 hingga 10 tahun nanti. Dapatkah Adam menyayangi aku sepertimana dia menyayangi aku sekarang? Mungkin setahun dua dia masih boleh melayan dan bersabar dengan keadaan aku. Jika aku masih belum pulih dapatkah Adam redha? Adam lelaki, dia punya keperluan sendiri. Dan keperluan yang Adam perlukan tidak dapat aku tunaikan dengan keadaan diriku. Sampai bila Adam dapat bertahan dan bersabar. Sampai bila?
 
 
“I will be back soon, I promise,” ujar Adam dengan suara memujuk.
 
 
“Ok dear, I will be waiting for you,” jawabku perlahan lalu mematikan talian. Aku meletak handphone di atas meja. Yang sebenarnya aku sudah lama tinggalkan hospital. Aku tidak mahu terus pulang ke rumah. Aku merasa tertekan dengan jawapan yang di beri Dr. Imran tadi dan keenganan Adam untuk memberitahu aku bahawa kami masih boleh mengadakan hubungan intim kerana ia tidak memudaratkan aku, kami mahu boleh melakukan hubungan seperti biasa. Apa sebabnya Adam tidak mahu memberitahu aku. Adakah dia tidak lagi sudi padaku?
 
 
Nas di hadapan aku hanya memandang wajahku tanpa berkedip. Setiap butir bicara Lea dengan suaminya Adam dia dengar dengan jelas kerana Lea menekan speaker semasa menyambut talian. Dari perbualan Lea dengan Adam tadi, Nas tahu Adam benar-benar sayang dan mengambil berat tentang isterinya. Apa yang Lea hendak rungsingkan? Ia sudah jelas Adam benar-benar cinta padanya.
 
 
“Adam tahu rancangan kau?,” soal Nas bila temannya hanya mendiamkan diri sebaik sahaja menyambut panggilan suaminya.
 
 
Aku mengelengkan kepala perlahan. Adam tidak tahu rancangan aku kerana aku tidak bercadang untuk memberitahunya.
 
 
“Lea....you mean Adam tak tahu menahu langsung tentang keputusan engkau,” soal Nas terperanjat. Kenapa Lea tidak mahu memberitahu Adam mengenai niatnya hendak menjalani terapi di Singapura? Bukankah Adam suaminya Lea?
 
 
“Jika aku beritahu Adam, he will drop everything and come with me, aku sudah banyak menyusahkan Adam..Nas..and this terapy would take 3 months or more, siapa yang hendak menjaga Jasmin jika Adam menemani aku di Singapura nanti?,” ujarku perlahan.
 
 
“Yah..for goodness sake, you can’t simply run away like that without telling Adam where you go..you will make him worried more,” ujar Nas tidak bersetuju dengan cara Lea menyelesaikan masalahnya. Lea bukan membantu melegakan hati Adam malah membuatkan suaminya bertambah risau tidak tahu kemana isterinya pergi.
 
 
“I have made up my mind,” jawabku tidak sedikitpun terasa hati dengan perkataan yang keluar dari mulut Nas. Nas teman lamaku. Nas tentu tahu akan perangaiku. Jika aku sudah membuat keputusan tiada apa yang dapat merubah keputusanku.
 
 
Nas mengeluh bila Lea berkata demikian. Kalau Lea sudah membuat keputusan tiada apa yang dapat mengubah keputusannya. Dia tidak tahu kenapa Lea begitu keras kepala. Tidak mahu mendengar nasihatnya. Tidak kah Lea kasihan pada Adam? Selama ini Adam banyak berkorban untuknya. Adam begitu sabar melayan karenahnya bila Lea tidak mengaku atau menerima Adam itu suaminya. Tapi kini Lea mahu membuat perkara yang akan membuatkan Adam risau. Dia tidak tahu apa yang di fikirkan Lea. Tidakkah Lea tahu perbuataannya itu salah meninggalkan rumah tanpa izin suami.
 
 
“Aku dah arrange tempat tinggal kau di Singapura, ini addressnya, appointment kau di Mount Elizabeth hospital sudah aku uruskan, Pakcik Ibrahim akan menyambut kau di airport dan anak perempuan Encik Ibrahim, Nurul Ain akan menjaga kau di sana, scheduled filght kau esok pagi confirmed?,” ujar Nas tidak mahu bertegang urat dengan Lea. Dia tahu Lea tidak akan mendengar nasihatnya.
 
 
“Aku hendak ke Singapura sebelum Adam pulang,” jawabku perlahan. Aku sudah nekad. Inilah cara yang terbaik untuk aku dan Adam.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment