Thursday, 17 April 2014

Azalea Orkid - Part 29


Aku hanya mampu mendiamkan diri bila Adam memberitahu aku akan keadaan yang sebenar. Sungguh aku tidak tahu menahu langsung akan plan Orkid untuk menjodohkan aku dengan Adam kerana aku bermati-matian menyangka mereka berdua hangat bercinta. Kalau betul Adam tidak bercinta dengan Orkid mengapa dia membeli rumah ini dan mereka berdua yang berkongsi idea mengubah suai rumah ini mengikut citarasa Orkid.
 
 

Lea, marahkan abang?,” tegur Adam perlahan bila Lea mendiamkan diri sebaik sahaja dia membuka rahsianya.
 
 

“How can I possibly believe that both of you not in love when this house bought and decorate according to Orkid taste,” ujarku lalu memandang wajah Adam meminta penjelasan darinya.
 
 

Lea..., Lea perhatikan betul-betul, Lea yakin yang hiasan dalaman dan perabot rumah ini bukan citarasa Lea,” soal Adam.
 
 

Sekali lagi aku terdiam bila Adam berkata demikian. Aku memerhatikan keadaan di sekeliling. Warna cat, perabot dan hiasan dalaman rumah ini adalah citarasa aku, kerana sewaktu mereka meminta pandangan untuk warna cat dan hiasan dalaman, aku yang memberi mereka idea. Dan kesemua ideaku diikut bulat-bulat oleh mereka, kenapa aku tidak perasan selama ini.
 
 

“Why didn’t you tell me that you love me?,” soalku tidak puas hati.
 
 

“I wanted to tell you the night that you went out to Zouk when I have to look after Jasmin, but I have no guts to do so, I don’t want you to think that I two timing your sister, If I do confess, you won’t be able to accept me, because you would think I’m a jerk,”
 
 

“You seems to have all the right answers, how come you tak confess lagi bila arwahnya sudah tiada?,” soalku agak marah dengan Adam.
 
 

“I don’t want to take advatange of the whole situation eventhough I badly want you to know the truth but I can’t, not when Orkid gave us the letter,”
 
 

“You got nothing to do with her surat wasiat?,” soalku ingin tahu.
 
 

“Tak Lea, Lea tak percayakan abang?,” ujar Adam memandang wajah isterinya. Dia tahu Lea marah dan geram padanya kerana tidak memberitahu nya hal yang sebenar. Apa yang boleh dia lakukan. Ia berlaku di luar jangkaannya. Arwah Orkid sepatutnya memberitahu Lea mengenai hubungan mereka sekembalinya dari kampong ketika bertemu dengan mak long. Tapi Allah lebih menyayanginya. Teksi yang dinaiki Orkid terlibat dengan kemalangan jalan raya pemandu dan penumpang terkorban. Adam benar-benar bersedih di atas kehilangan Orkid, Lea dan Jasmin berlebih-lebih lagi. Dia masih ingat akan kata-kata arwahyarhamah Orkid hari terakhir dia bertemu dengannya. Arwahyarhamah meminta dia berjanji untuk menjaga keluarganya. Hampir 2 bulan dia menyepikan diri memberi ruang untuk Lea kembali seperti biasa. Walaupun perasaan cintanya terhadap Lea masih mendalam dia tidak mampu untuk meluahkan isi hatinya dalam keadaan Lea yang sedang berduka. Dan dia tidak sama sekali tahu akan surat wasiat dari Orkid. Sungguhpun bukan permintaannya untuk mendirikan rumahtangga dengan wanita tersayang dengan cara sebegitu namun dia tetap bersyukur kerana dapat bersama dengan Lea akhirnya, walaupun Lea amat membencinya dan tidak dapat menerimanya sebagai suami ketika itu. Dia tetap bersabar dan berharap agar Lea akan menerimanya suatu hari nanti.
 
 

Lea hendak bersendirian,” jawabku perlahan tanpa menoleh kearah Adam. Aku tahu aku tidak sepatutnya menyalahkan Adam seratus peratus kerana bukan kehendak dia untuk berbuat demikian. Aku hanya tidak mengerti mengapa Orkid sanggup mengenepikan soal kebahagiaannya demi aku. Aku pasti Orkid turut mencintai Adam walaupun dia tidak akui. Benarlah kata Orkid kami kembar seiras, cubit peha kiri peha kanan akan terasa. Orkid tahu aku ada menyimpan perasaan terhadap Adam sejak pertama kali aku bertemu dengannya. Tapi aku tidak pernah mahu merampas Adam darinya. Aku lebih rela memendam rasa, demi untuk melihat Orkid bahagia. Orkid tidak perlu tahu akan perasaan aku terhadap Adam kerana aku masih lagi dapat mengawal hati dan perasaanku.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

1 comment: