Saturday, 19 April 2014

Azalea Orkid - Part 31


Jasmin berlari-lari mengejar rama-rama yang berterbangan simpang siur bila di kejar Jasmin. Aku dan Adam duduk memerhatikan gelagat Jasmin sambil ketawa kecil. Lucu benar gelagatnya. Seboleh-boleh hendak menangkap rama-rama. Mak Limah dan DeIla sibuk mengeluarkan makanan yang di bawa dari rumah. Hatiku terhibur melihat gelagat Jasmin berlari ke sana ke mari mengejar rama-rama tersebut. Alangkah baiknya sekiranya aku dapat bermain dan berlari bersama dengannya.
 
 

Aku tersentak bila Adam menyua sebiji anggur ke mulutku. Aku membuka mulut lalu mengunyah anggur yang tidak berbiji itu perlahan. Adam terlalu memanjakan aku. Semua hendak dia lakukan untukku. Dia terlupa agaknya yang aku hanya tidak mampu berjalan. Yang lainnya aku boleh buat sendiri.
 
 

“Papa nak main bola dengan Jasmin tak?,” ujar Jasmin sebaik sahaja dia kembali ke tempat kami.
 
 

“Jasmin pergi bermain-main dengan kak DeIla dulu ok, nanti papa datang,” jawab Adam lalu menoleh kearah isterinya.
 
 

“Ok, papa join kita tau,” ujar Jasmin seraya berlari mendapatkan DeIla.
 
 

“Kenapa abang tak pergi, pergilah Lea bukan seorang pun kat sini Mak Limah ada boleh temankan Lea,” jawabku bila Adam agak keberatan untuk meninggalkan aku sendirian.
 
 

“Betul Lea tidak kisah,” soalnya ingin kepastian dia tidak mahu Lea terasa pula nanti.
 
 

“Jasmin perlukan abang, Lea tak kisah lagipun Lea rasa macam nak makan,” jawabku memberi alasan supaya Adam pergi bermain dengan Jasmin.
 
 

“Lea nak makan, abang suapkan nak?,” ujar Adam.
 
 

“Abang...pergilah Lea tak akan kemana,” jawabku lalu mencubit lengan Adam. Seboleh-boleh dia hendak duduk menemankan aku.
 
 

“Oklah..jaga diri baik-baik, Mak Limah jangan beri orang kidnap isteri saya tau,” pesan Adam sambil tersenyum. Dia melipat seluar yang di pakainya hingga ke paras lutut. Dia bangun dari tempat duduk lalu memandang ke arah Mak Limah.
 
 

“Alah takut nah orang kidnap isteri dia, pergilah Mak Limah ada sini,” jawab Mak Limah sambil tersenyum. Dia tahu Adam tidak akan berengang dengan isterinya bila dia punya kesempatan untuk bersama, terutama sekali hari minggu bila dia tidak bekerja. Adam benar-benar sayangkan Lea.
 
 

Adam berlari mendapatkan Jasmin dan DeIla yang sedang seronok bermain bola. Aku tersenyum-senyum sendiri melihat gelagat mereka bertiga bermain bola. Lucu benar. Jasmin selalu di buli Della dan papanya.
 
 

“Lea hendak makan, Mak Limah siapkan makanan,”
 
 

“Kejap lagi Mak Limah, Lea sengaja cakap begitu agar abang Adam pergi, dia tu asyik nak berkepit dengan Lea 24 jam dah macam belangkas,” jawabku lalu mencapai anggur sebiji lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut wajahku. Mataku tidak lepas memerhatikan mereka bertiga bermain bersama. Jasmin mencampak bola kepada DeIla untuk mengelakkan Adam dari mendapat bola tersebut. DeIla mencampak bola tersebut kearah tepi pantai dan DeIla dan Adam berlari cuba mendapatkan bola tersebut. Adam terjatuh manakala kaki DeIla tersandung akan kaki Adam maka DeIla terjatuh di atas badan Adam. Jasmin mentertawakan mereka. Pada Jasmin ianya lucu kerana kedua-duanya terjatuh kerana hendak rebutkan bola. Aku pula merasa cemburu melihat kemesraan DeIla dengan Adam. Adam bangun lalu mengibas capri pantsnya yang terkena pasir lalu menghulurkan tangannya untuk membantu DeIla bangun pula dan mereka berdua kembali ke tempat Jasmin dan menyambung permainan mereka. Aku hanya mampu memendam rasa melihat mereka bertiga gembira bersama.
 
 

“Lea..,” tegur Mak Limah lalu menyentuh lengan Lea bila Lea tidak menjawab pertanyaannya.
 
 

“Ya Mak Limah,” jawabku tersentak bila mak Limah berbuat demikian.
 
 

“Lea nak makan?,” soal mak Limah.
 
 

“Lea nak makan sama-sama abang Adam dan Jasmin, Mak Limah kenal DeIla?,” soalku masih lagi memerhatikan mereka bertiga.
 
 

Della, adik kenalan rapat Adam, mereka berdua memang rapat macam isi dengan kuku, Adam gembira bila mengetahui Ila dapat membantu menjaga Lea dan bukan jururawat lain,” jawab Mak Limah tanpa mengesyaki apa-apa.
 
 

“DeIla sudah berpunya mak Limah?,” soalku acuh tak acuh. Mataku masih lagi terarah kearah mereka bertiga. Mereka tidak lagi bermain bola. Adam memimpin tangan Jasmin di sebelah kanan manakala DeIla memimpin tangan Jasmin sebelah kiri dan berjalan di persisiran pantai. Seperti sebuah keluarga bahagia. Mereka mengusik antara satu dengan lain dan Jasmin kelihatan manja dan sayang dengan DeIla.
 
 

“Entah, Mak Limah tak pernah tanya pulak?,” jawab Mak Limah tanpa mengulas panjang.
 
 

Aku mengetap bibir menahan rasa. Merasa cemburu melihat kemesraan DeIla dengan Adam. Aku tidak tahu kenapa aku berperasaan demikian walhal sebelum ini aku tidak pernah merasa begitu melihat mereka bersama. DeIla wanita muda dan jelita. Manakala aku tidak muda sepertinya dan kini aku tidak dapat berjalan semula. Aku khuatir Adam akan merasa bosan dengan aku suatu hari nanti dan akan meninggalkan aku. Adam seorang lelaki yang baik. Dengan kejayaan dan kedudukannya dia mampu untuk beristeri lebih dari satu jika dia mahu. Dan aku tidak rela berkongsi suamiku dengan orang lain. Aku mahu Adam untuk diriku seorang. Tiada siapa yang berhak merampas Adam dari aku.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment