Adam melonggarkan
tali lehernya. Dia benar-benar terlupa akan charity dinner untuk persatuan arkitek
seluruh Malaysia yang di adakan di Hotel Sheraton. Kalau tidak diingatkan
setiausahanya Lisa tadi, pasti dia tidak dapat hadir. Dia membuka boot kereta
lalu mengeluarkan suit Ermenegildo Zegna yang ditempahnya kelmarin. Dia tidak
sempat hendak memilih baju apa yang sesuai. Adam terperanjat bila lampu di
ruang tamu dinyalakan.
Lea berada di rumah.
Dia melirik kearah
jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Hari
sabtu malam minggu Lea berada di rumah?
Pelik. Adam mengerutkan dahinya hairan. Lea sakitkah? Adam
bergegas menuju kearah pintu dan menyeluk sakunya untuk mencari anak kunci bila
tiba-tiba pintu di buka dari dalam. Azalea berdiri tercegat di hadapannya.
“Lea hendak pergi
mana?,” soal Adam matanya memandang ke wajah isterinya tanpa berkelip. Terpegun
melihat kejelitaan Lea pada malam ini. Lea mengenakan evening dress berwarna light
blue. Wajahnya di dandan rapi. Kalaulah Lea mahu keluar dengan kelihatan seksi
dan cantik begini dia sanggup melupakan dinner persatuannya. Dia tidak akan membiarkan
Lea pergi bersama teman-temannya. Dan dia tidak rela lelaki lain berdampingan
dengan Lea selain dirinya.
“I tak pergi
mana-mana, malam ni kan anniversary kita,” jawabku lalu tersenyum gembira. Aku
sedar Adam terpegun melihat diriku malam ini. Masakan tidak apa mimpi aku
hendak berdandan dan memakai evening dress hanya untuk makan malam bersama Adam
yang tidak pernah ku pedulikan selama ini.
Lidah Adam kelu untuk
berbicara. Dia tidak tahu samada dia bermimpi atau dia sedang berkhayal bila Lea
berkata demikian. Belum pernah Lea sebaik hari ini dengannya. Selama ini
layanan yang diberikan Lea dingin. Lea tidak pernah ingat mahupun hiraukan
hari-hari penting dalam hidup mereka kecuali hari lahir Jasmin.
“You ada dinner malam
ni??,” ujarku bila terperasan Adam memegang suit hitam tailor dengan
suitcasenya.
“Charity Dinner,
black tie,” jawab Adam dengan wajah serba salah. Matanya tidak lepas dari
memandang Azalea. Isterinya kelihatan cantik sekali malam ini. Jika dia tahu Lea mahu
menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Adam tidak akan pergi ke Charity Ball
dan Adam akan menempah restaurant siap dengan candle light dinner untuk
meraikan hari istimewa mereka bersama. Adam tidak berbuat demikian kerana dia
menyangka Lea tidak mengingati atau tidak ambil peduli tentang Anniversay kami.
Dia sangka Lea akan keluar dengan teman-temannya malam ini.
Tapi Lea tidak keluar
dengan teman-temannya dan mahu meraihkan hari ulangtahun perkahwinan mereka
bersama. Adam benar-benar tidak percaya dengan apa yang di dengar. Adakah Lea
sudah dapat menerimanya. Kalau benar dialah orang yang paling bahagia sekali malam
ini.
“I’ll guess you
better go..,” jawabku sedikit kecewa kerana Adam terpaksa pergi menghadiri
Charity Ball. Segala usahaku hanya sia-sia. Sangakaku hari ini adalah hari yang
sungguh bermakna untukku kerana aku sudah berjanji untuk berubah. Aku mahu
mencintai Adam dan menerimanya sebagai suamiku. Aku tidak lagi mahu lagi
menyakitkan hatinya. Adam terlalu baik untuk di sakitkan hatinya. Walaupun aku
terpaksa menerima hakikat bahawa Adam hanya cintakan Orkid dan bukan diriku.
Apa benar dia tidak
bermimpi? Kalau ianya mimpi dia tidak ingin untuk sedar dari mimpi ini. Apa
benar wanita yang berada di hapadannya itu Lea, isterinya?
Melihatkan Adam hanya
mendiamkan diri aku mahu ke bilik bila tiba-tiba Adam menarik tanganku. Aku tersentak.
“Care to be my date tonight?,” ujar Adam lalu memandang
tepat kearah anak mataku.
Aku merasa gugup bila
Adam berkata demikian. Belum pernah aku merasa gugup di depan mana-mana lelaki
tidak kiralah lelaki yang aku sukai atau lelaki yang sehebat Adam. Belum pernah
jantungku berdegup kencang. Belum pernah hatiku tersentuh bila mendengar
kata-kata romantis dari lelaki yang pernah kukenali dahulu. Sungguh belum
pernah. Kerana hatiku tidak selemah wanita lain yang akan cair bila setiap kali
lelaki merayu. Malah ramai mantan teman lelakiku yang pernah berkata aku tidak
mempunyai perasaan seperti wanita biasa hanya kerana aku tidak pernah merasa
seperti mana aku rasakan sekarang. Aku dapat merasakan seolah-olah kupu-kupu
berada di dalam perutku.
“You don’t mind…, I mean, what about your date?, I’m sure
you dah arrange everything,” ujarku cuba mengawal perasaan gembiraku.
Aku tidak mahu Adam tahu bahawa aku sebenarnya gembira dengan perlawaannya itu.
Aku belum pernah menghadiri dinner mahupun function apa-apa bersama Adam sejak
kami menjadi suami isteri. Adam banyak kali juga mengajakku namun aku menolak perlawaannya
bulat-bulat kerana aku tidak mahu kenalan atau teman-teman Adam mengetahui aku
isterinya. Lagipun aku tidak pernah menganggap Adam sebagai suamiku sebelum ini.
“To be honest, I terlupa langsung mengenai dinner malam
ni and I tak ada date, but too bad I still have to attend this dinner,” jawab Adam
tersenyum lagi. Dia berharap benar Lea dapat menghadiri
majlis itu bersama dengannya.
Sudah lama dia berdoa
dan mengimpikan agar Azalea dapat menerimanya. Adam merasa begitu teruja akan
perubahan Lea. Dia benar-benar bersyukur. Adam tidak akan membiarkan dirinya di
belenggu rasa bahawa Lea akan kembali kepada perangai asalnya selepas malam
ini. Adam tidak mahu memikirkannya. Adam tidak kisah kalau Lea hanya baik
padanya malam ini sahaja yang penting Lea mahu bersamanya dan menunjukkan
bahawa Lea sudah mula mahu menerimanya. Dia dapat merasakan ini adalah langkah
awal yang dapat merapatkan lagi hubungan mereka. Adam berbesar hati dapat
berdampingan dengan Azalea isterinya sendiri hari ini bukan teman sekerja
mahupun kenalan wanitanya yang lain.
“Ok.., I nak ambil kasut
I,” jawabku ringkas lalu tersenyum aku melangkah menuju kearah anak tangga di
temani Adam.
“Give me 30 minutes, I will be ready by then,” jawab Adam
agak tergesa-gesa mendaki anak tangga.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment