“Nas, sorry I’ll have
to take urgent leave today,” ujarku sebaik sahaja Syafinas mengangkat telefon.
Aku mengambil keputusan untuk tidak masuk ke pejabat kerana aku hendak menyelesaikan
perkara tentang penjagaan Jasmin hari juga. Aku tidak mahu Jasmin di serahkan
kepada neneknya. Aku harus berbincang dengan Adam dan membuat keputusan hari
ini juga.
“Kenapa Jasmin sakit
ke?,” soal Nas berbaur risau.
“Nope, aku hendak
bertemu dengan Adam...after that maybe kita hendak bertemu dengan Orkid’s
lawyer sekali,” ujarku ringkas tanpa mengulas panjang.
“So?? Have you
decided?,” soal Nas ingin tahu. Kelmarin Lea ada menceritakannya mengenai
permintaan Orkid untuk Lea bernikah dengan bekas kekasihnya Adam Alfian dan Lea
mengatakan dia tidak bersetuju dengan permintaan Orkid kerana dia tidak
cintakan Adam dan dia tidak mahu berkahwin dengannya. Shafinas ingin tahu apa
keputusan yang akan di buat nanti. Adakah Lea menyerahkan Jasmin kepada
neneknya? Atau Lea telah mengubah fikiran lalu bersetuju untuk berkahwin dengan
Adam.
“Not really…,”
jawabku acuh tak acuh. Aku sendiri tidak pasti apa yang harus ku bincangkan
dengan Adam Alfian. Apa yang aku tahu,
aku mahu masalah ini cepat selesai. Aku tidak mahu memanjangkan cerita, biar
apapun keputusannya ianya harus di lakukan hari ini. Noktah.
“Ok, take care, apa-apa call I,” pesan Nas.
“Sure,” jawabku seraya menekan butang off. Aku berjalan
menuju kearah bilik Adam Alfian setelah penyambut tamu syarikatnya membenarkan
aku ke bilik pejabatnya. Inilah kali kedua aku datang singgah ke office Adam
Alfian sepanjang perkenalan Orkid dengannya. Adam Alfian merupakan seorang
arkitek yang berjaya. Itupun bila aku terpandang akan beberapa trophy dan
cenderahati tersusun cantik di rak-rak almari bilik pejabatnya tempoh hari.
Pintu bilik Adam Alfian ku ketuk perlahan sebelum aku membuka pintu. Aku
tersentak bila pintu dibuka dari dalam. Adam Alfian berdiri tercegat di muka
pintu menyambut kedatanganku. Seperti biasa dia kelihatan segak dan bergaya
dengan suit yang dikenakannya.
“Please come in,” pelawa Adam Alfian lalu tersenyum.
Aku tidak membalas senyumannya. Sebaliknya aku menuju
kearah sofa yang berdekatan. Dan tanpa di pelawa olehnya terlebih dahulu aku
duduk di atas sofa empuk lalu memandang ke arahnya.
“Do you want coffee or tea?,”
“No thanks….., I rasa hairan how come your staff let me
pass through your office without any hassle,” ujarku hairan. Dari penyambut
tetamu hingga ke staff lain. Semuanya membuahkan senyum kepadaku seolah-olah
mereka mengenali aku. Sedangkan ini baru kali kedua aku datang ke pejabatnya.
“They thought you’re Orkid, they knew Orkid,” jawab Adam ringkas
tanpa mengulas panjang. Matanya kelihatan sayu bila menyebut nama Orkid.
Ternyata Adam masih lagi rindu dan merasa kehilangan Orkid. Adam menuju kearah
sofa yang bertentangan dengan Lea lalu melabuhkan punggungnya.
“Ok…well, tujuan I datang kerana I tak mahu masalah ini
berlanjutan, I nak Jasmin bahagia,” ujarku serius memandang tepat ke wajah
tampan Adam.
Adam hanya mendiamkan diri mendengar butir bicaraku dengan
tekun. Dia juga bersetuju dengan cadangan Lea untuk mengakhiri perkara Jasmin
kerana dia mahu Jasmin membesar dengan gembira dan mendapat kasih sayang dari
ibu saudaranya.
Aku menarik nafas dalam sebelum menyambung ayatku.
“I’ve already made my decision, I will agreed to Orkid
wishes to marry you for Jasmin sake,” jawabku tanpa memandang tepat kearah Adam.
Adam
mengeluh lega. Dia bersedia menerima apa jua keputusan Lea.
“Wait..excuse me??,”
jawab Adam kurang percaya dengan apa yang didengarnya. Sangkanya Lea mengambil
keputusan untuk berumahtangga dengan lelaki pilihannya. Dia terima segala
keputusan Lea dengan hati terbuka. Dia tidak akan memaksa Lea untuk menjadi
isterinya sekiranya Lea tidak sudi. Apa yang dia mahu Lea haruslah bersikap
adil. Sungguhpun dia tiada hak penjagaan ke atas Jasmin, namun dia masih mahu
menziarahi Jasmin kerana Adam Alfian sayangkan Jasmin seperti anaknya sendiri.
“Not that easy…, it comes with rules and condition,”
jawabku memandang tepat ke wajahnya cuba melihat reaksinya. Adam Alfian masih
kelihatan tenang seperti tadi seolah-olah dia sudah menjangka bahawa aku akan
mengenakan syarat bila aku bersetuju untuk menjadi isterinya.
“I’m listening,” ujarnya ringkas lalu menyandarkan
badannya di sofa.
“Kita bergelar suami isteri hanya pada nama sahaja dan
sebagai permit untuk tinggal bersama dalam satu bumbung untuk menjaga Jasmin
dan sebagai parental guardiannya, other than that we are strangers..,” ujarku
tegas.
“Well, do you think it is fair that only you can make the
rules and condition?,” soal Adam Alfian membetulkan tempat duduknya tidak
merasa selesa akan syarat yang di kenakan oleh Lea. Syarat yang di kenakan oleh
Lea terlalu berat untuk dia penuhi.
Aku tidak menjawab. Memang tidak adil sekiranya hanya aku
sahaja yang menetapkan syarat kerana Adam juga terbabit sama. Tapi bagaimana
sekiranya syarat yang dikenakan Adam bertentangan dengan syaratku tadi. Masalah
ini tidak akan selesai.
“Apa syarat you?,” ujarku tanpa berfikir panjang ingin
mengetahui akan syarat Adam pula.
“You sanggup berkorban demi kebahagiaan Jasmin?,” soal Adam
Alfian ingin kepastian dari Lea. Wajah Lea dipandang tanpa berkedip.
“Ya, I sanggup, bukankah salah satu pergorbanan yang I buat
bila I sanggup berkahwin dengan you,” ujarku sengaja hendak menyakitkan hati Adam
agar dia tahu aku berbuat demikian bukan kerana aku hendak sangat berkahwin
dengannya. Aku berbuat demikian kerana terpaksa, demi kebahagian Jasmin.
Perkataan itu yang aku ulang-ulang sepanjang perjalanan aku ke pejabat Adam.
“Baiklah….demi Jasmin, you tidak boleh meminta cerai dari
I dan I tidak akan menceraikan you, kita hidup sebagai suami isteri selamanya
walaupun hanya pada nama,” jawab Adam Alfian memandang tepat kearah Lea. Dia
tidak tersenyum malah kelihatan serious bila dia mengenakan syarat sedemikian.
“Are you trying to threaten me?,” ujarku seraya mengetap
bibir menahan marah. Yelah syarat yang di kenakan Adam berat sekali kerana aku
tidak di benarkan untuk meminta cerai dan terpaksa menjadi isterinya selama nyawa
di kandung badan. Sanggup ke aku berkorban untuk Jasmin sehebat itu.
“No…Lea, to be fair, I sanggup berkorban untuk Jasmin, I
terima syarat you, kita bersama sebagai suami isteri hanya pada nama, jadi
parents to Jasmin we have to sacrifice for her, persoalannya sekarang..Are you
willing to sacrifice that much?,” soal Adam Alfian memandang tepat ke arah Lea.
Aku dapat merasakan Adam Alfian kurang senang dengan
syarat yang aku kenakan. Tapi demi Jasmin dia sanggup mengorbankan
kebahagiaannya sendiri demi kebahagian Jasmin. Aku sepatutnya merasa kagum
dengan pendirian Adam yang sanggup berkorban untuk kebahagian orang lain. Tapi
aku sedikit tidak berfikir demikian kerana aku merasakan bahawa Adam bersetuju
kerana mungkin punya sebab lain. Sebabnya apa aku sendiri tidak pasti. Masakan
lelaki sehebat Adam Alfian yang mampu memiliki dan menikahi mana-mana wanita yang
dia sukai, rela menerima aku sebagai isteri tanpa apa-apa ikatan lain, selain
dari surat nikah, demi untuk mendapatkan permit untuk tinggal bersama? Dan
bagaimana pula dengan aku? Sekiranya aku bernikah dengan Adam Alfian aku tidak
akan dapat bercinta dengan orang lain apatah lagi berkahwin dengan jejaka
pilihanku kerana aku tidak dibenarkan berbuat demikian. Aku akan selamanya
menjadi isteri kepada Adam Alfian samada aku suka atau tidak.
“Do you need more time to think about this..,” tegur Adam
Alfian bila menyedari Lea masih belum membuat keputusan samada cadangannya akan
diterima atau sebaliknya.
“No….I’ve made my mind, I will agree to your condition,”
jawabku tegas tidak mahu mengalah.
Sekali lagi Adam terperanjat dengan jawapan yang
kuberikan. Dia tidak menyangka aku setuju dengan syaratnya tanpa memikirkan
kesan yang akan terjadi dengan tindakannya yang melulu. Dia tahu Lea keras hati.
Kalau dia sudah membuat keputusan dia tidak akan merubahnya.
Adam menuju kearah mejanya. Dia mengangkat gagang
telefon.
“Lisa, tolong fixkan appointment I dengan Peguam Raihan
jam 3.00 petang ni,”
“Baiklah Encik Adam,”
jawab Lisa setiausaha Adam.
“Any second thought?,”ujar
Adam sebaik sahaja dia meletak gagang telefon ke tempat asal.
Aku menjeling kurang
senang bila Adam menyindirku. Aku hanya mengelengkan kepala menandakan
keputusan aku adalah muktamad.
bersambung....
No comments:
Post a Comment