Aku mengeringkan rambut dengan
tuala kecil. Pintu kamar mandi ku tutup lalu menuju kearah wardrobe untuk
menganti baju. Ku campak tuala kecil di atas katil. Mataku terpandang sesuatu. Sejambang
bunga rose merah berserta kad dan kotak kecil terletak cantik di atas katilku. Apa
occassion? Aku tahu Adam tidak pernah lupa memberi aku hadiah setiap kali dia
pulang dari out-station. Tapi hari ini hadiah yang diberi istimewa kerana
terdapat a bouquet of red rose. Aku tersenyum sendiri. Adam never fails to
amuse me with his romantic gesture. Aku akui sendiri.
Adam tidak pernah berputus asa
untuk mengambil hatiku agar aku dapat menerimanya. Adam is so sweet. Hanya aku
tidak pernah menghargainya usahanya sebelum ini. I love you Adam! Bisikku dalam
hati. Sedozen mawar merah yang kelihatan segar itu capai lalu ku cium dan
meletak bunga itu semula di atas katil. Aku mencapai kotak biru dan envelope
tersebut. Aku menarik kad kecil yang tertera “To you” yang berada di dalam
envelope tersebut lalu membaca isi kandungannya.
Happy 1st Aniversary Sweetheart,
I hope you like it.
Love,
Adam Alfian
Aku benar-benar tidak teringat bahawa hari ini adalah
hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Aku tidak menduga Adam mengingatinya.
Hatiku tersentuh bila menyedari Adam benar-benar mahu rumahtangga yang dibina
akan berkekalan. Sedangkan aku selama ini tidak pernah menganggap perkahwinan
kami secara serius. Aku membuka kotak kecil pemberian Adam. Mataku terpaku
melihat keindahan seutas gelang emas putih yang bertatah butiran batu-batu
berlian kecil. Ternyata Adam punya taste dalam memilih barang kemas. Aku akui
belum pernah barang pemberian Adam yang tidak pernah aku sukai. Walaupun aku
tidak pernah memintanya membelikan aku apa-apa. Adam tetap akan membelikanku
accessories setiap kali dia pulang dari out-station. Walaupun barang yang di
beri cantik-cantik belaka aku tidak pernah memakai apatah lagi mengunakannya. Walaupun
aku tahu Adam lakukan ini semua kerana aku isterinya dan merasa
bertanggungjawab untuk memberikan aku yang terbaik. Aku sepatutnya menghargai
Adam. Aku tidak sepatutnya mempertikaikan tentang perasaan Adam terhadap
diriku. Jika Adam tidak cintakan aku sepertimana dia mencintai Orkid. Aku harus
redha dan terima. Aku isteri Adam. Jika Adam dapat menerima kelemahan aku
kenapa aku tidak boleh menerima kelemahan Adam. Dia hanya cinta dan sayangkan
Orkid. Dan Orkid tiada lagi di dunia ini yang ada hanya aku. Jika aku hendak
Adam lupakan Orkid aku seharusnya menambat hatinya dan berusaha menjadi wanita
yang dia inginkan. Dan bukan menyakitkan hatinya.
Ternyata aku yang tidak pandai menilai yang mana kaca dan
yang mana itu permata. Kenapa selama ini aku asyik merasakan Adam tidak
sayangkanku? Kalau Adam tidak sayangkan aku, masakan dia mengingati hari ini
hari ulang tahun perkahwinan kami sedangkan aku terlupa langsung. Aku menjadi
malu sendiri bila menyedari bahawa aku tidak membelikannya apa-apa apatah lagi
kad ucapan. Malah aku tidak pernah memberinya apa-apa sejak kami hidup bersama.
Sedangkan Adam tidak pernah lupa memberiku pemberian yang cantik-cantik setiap
kali dia pulang dari luar negeri.
Aku memberitahu mak Limah bahawa aku akan masak masakan
istimewa buat Adam. Adam tidak pernah merasa masakanku kerana aku tidak pernah
memasak untuknya. Selama ini hanya mak Limah yang masakkan untuk kami. Aku
merasa bersalah kerana tidak memberi Adam apa-apa. Hendak keluar mencari
barang. Rasanya sudah terlewat dan it is not personal. Biarlah aku meraikan
hari istimewa ini dengan memasak untuknya. Aku sedar aku banyak menyakiti hati Adam
dan dia banyak bersabar dengan karenah ku.
“Mak Limah apa lauk kegemaran Adam?,” soalku bila
menyedari bahawa aku tidak tahu sama sekali makanan ataupun lauk kegemaran Adam.
Isteri apa aku ni.
“Setahu mak Limah Adam suka makan spagetti bandung muar dan lauk
kegemaran dia pula dia suka ikan keli masak lemak tempoyak,” ujar mak Limah.
Sudah lama mak Limah bekerja dengan Adam. Dia tahu benar makanan kesukaan Adam.
Kalau dia balik ke kampung Adam tidak lupa memesannya membawa tempoyak.
“Mesti Mak Limah hairankan kenapa Lea tak tahu makanan
kegemaran Adam,” ujarku tiba-tiba.
Mak Limah hanya mengeluh kecil. Dia sedar akan hubungan Adam dan Lea. Cuma dia tidak suka ikut campur hal urusan peribadi
mereka. Dia hanya pembantu di rumah ini. Lagipun mereka jarang bertemu. Bila
hari biasa Lea dan Adam sibuk ke kerja sementara dia memasak, membasuh,
membersihkan rumah dan menjaga anak mereka Jasmin. Lebih dari itu dia tidak
tahu. Dia sedar akan hubungan dingin mereka berdua bila kali pertama Adam memperkenalkan
isterinya Azalea. Mak Limah tidak menyangka Azalea serupa benar dengan bekas
teman wanita Adam, Orkid. Malah Mak Limah tahu akan tragedy yang menimpa Orkid.
Orkid seorang yang jelita, peramah dan lemah lembut. Manakala Azalea berlainan pula
perangainya walaupun mereka kembar seiras. Azalea seorang wanita modern dan
berani. Walaupun Azalea tidak mempunyai ciri-ciri keibuaan seperti kakaknya
namun Mak Limah tidak menafikan Azalea adalah seorang wanita yang baik dan
menghormati orang tua. Mak Limah dapat menghidu akan kedinginan hubungan mereka
bila Adam memilih bilik tetamu untuk dirinya. Manakala Azalea tidur di bilik
utama. Belum pernah sekalipun Mak Limah lihat mereka tidur bersama. Namun Mak
Limah tidak pernah bertanya mahupun ingin tahu. Itu masalah rumah tangga
mereka.
“Entahlah Lea? Mak
Limah tak nak campur urusan kamu berdua,” jawab Mak Limah lalu menyiang ikan.
Aku menarik kerusi di
meja makan. Bawang yang terdapat di atas meja ku capai dan ku kupas kulitnya
membantu mak Limah.
“Mak Limah kenal kakak Lea,
Orkid?,” soalku lagi ingin tahu sejauh mana Mak Limah tahu tentang Orkid dan Adam.
“Kenal...., kalau kamu
berdua berdiri bersebelahan pasti Mak Limah tak tahu hendak bezakan, Mak Limah
hanya dapat membezakan kamu berdua bila Mak Limah berdiri di belakang, kerana
setahu Mak Limah Orkid rambutnya lurus dan kamu pula rambutnya ikal,” ujar Mak Limah
panjang lebar.
Aku tersenyum bila Mak Limah
berkata demikian. Benarlah apa yang di katanya, kerana Orkid suka meluruskan
rambutnya. Dia tidak suka rambut ikal. Manakala aku lebih suka rambut ikal
mayang.
“Adam cintakan Orkid Mak
Limah?,” soalku lagi.
“Adam benar-benar
cintakan Orkid, kerana inilah kali pertama dia menceritakan Mak Limah akan wanita
yang disukainya, siang malam pagi petang, asyik menceritakan tentang Orkid
sampai naik lemas Mak Limah dibuatnya, bukan Mak Limah tidak suka, Mak Limah
sudah menganggap Adam macam anak sendiri, Mak Limah ingin bertemu dengan wanita
yang dipujainya itu, Mak Limah tidak menafikan pilihan Adam memang tepat kerana
Orkid memang sepadan dengannya,”
Aku hanya tersenyum
pahit bila mendengar penjelasan dari Mak Limah. Mak limah benar-benar
menyenangi Orkid. Dan Adam benar-benar cintakan Orkid. Jadi sangkaan aku selama
ini adalah benar. Bila setiap kali Adam melihatku dia hanya mengingati Orkid
dan bukan diriku. Adam tidak mungkin dapat melupakan Orkid. Aku merasa sebak
bila setiap kali aku memikirkannya. Sebak kerana aku merasa cemburu dengan
Orkid. Kenapa Adam tidak mencintai aku sepertimana dia mencintai Orkid. Kenapa Adam
tidak dapat lupakan Orkid.
bersambung....
No comments:
Post a Comment