Pagi tadi dia bangun
dari tidur Lea masih lena di sebelahnya. Dia mengejutkan Lea untuk solat subuh
berjemaah. Inilah kali pertama mereka berjemaah subuh bersama. Alhamdullilah
dia memanjatkan syukur. Buat pertama kali dia merasa dirinya lengkap dan
bahagia menjadi seorang suami. Walaupun dia terpaksa menunggu selama setahun
lamanya untuk bersama isteri tercinta dan tersayang Adam tidak kisah kerana dia
merasa kepuasan dan penantiannya berakhir semalam.
Dan mungkin kerana
penat semalam masih terasa dia tidak tersedar dia terlelap tadi selepas solat
subuh. Adam membuka matanya perlahan lalu menoleh ke arah kanan. Azalea tiada di sisinya.
Adakah dia bermimpi? Adam meraup wajahnya perlahan dengan kedua belah tapak
tangannya. Jadi benarlah dia tidak bermimpi dan dia juga berada di bilik Azalea.
Semalam sebaik sahaja dia membersihkan diri, menukar pakaian dan solat. Dia
terus ke bilik Azalea seperti yang telah di janjikan. Azalea sudah lama lena di
buai mimpi. Dia sudah menganti pakaian kepada night gown satin berwarna merah
jambu. Adam tidak mahu mengejutnya, lagipun dia tidak mahu menganggu Azalea. Biarlah
Azalea tidur. Jika Azalea mahu dia menemaninya, Adam akan menemaninya jika itu permintaan
yang Lea mahu. Tapi sebaik sahaja dia baring di sebelah Lea. Lea membuka mata
dan ingin bermanja dengannya.
Adam tersenyum sendiri
bila mengenangkannya peristiwa semalam. Kenangan yang tidak akan di lupakan
sampai bila-bila. Adam tersentak bila tiba-tiba pintu bilik Azalea di buka dari
luar. Seketika kemudian, kelihatan Jasmin menjenguk ke dalam bilik.
“Jasmin, good morning...,”
tegur Adam bila dilihatnya puteri kesayangannya itu kelihatan terhendap-hendap
mencari seseorang.
“Papa!! apa papa buat
kat sini, ini kan bilik mama Lea,” ujar Jasmin terperanjat bila di sergah Adam.
Bulat matanya bila melihat papa Adamnya berada di katil bilik mama Leanya.
“Kenapa papa tak boleh
berada dalam bilik mama Lea ke?,” soal Adam seraya mencium pipi Jasmin bila
puterinya kini berada di atas katil bersama dengannya.
“No lah...,” jawabnya
seraya ketawa kecil.
“Hmm Jasmin kenapa masuk
bilik mama Lea macam pencuri,” usik Adam lalu mencubit pipi gebu Jasmin.
“No, lah papa, I’m looking for mama Lea but she’s not in,
where is she papa,” terang Jasmin.
Adam menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu kerana dia baru
sahaja bangkit tidur dan menyedari isterinya tidak ada di sebelahnya. Jasmin
mengeluh kecil.
“Why what’s wrong?,” soal Adam bila Jasmin berbuat demikian.
“Mama Lea kata hari ni nak keluar bawa Jasmin jalan-jalan,
sebab itu Jasmin cari dia,”
“Oh really, papa boleh ikut tak?,”
“Why not,” jawab Jasmin ceria walaupun mama Leanya tidak
mengatakan bahawa papa Adam akan ikut sama tapi dia mahukan kedua-duanya ada
bersama dengannya.
Mereka berdua tersentak bila pintu bilik mandi bilik Azalea
tiba-tiba terbuka.
“Morning to both of you,” ujarku ceria. Dia sudah
mengenakan t-shirt putih dan capri pants berwarna khaki. Aku memberikan Jasmin
ciuman di pipi dan menuju kearah Adam lalu mencium pipinya. Sekali lagi Adam
terperanjat kerana tidak menyangka aku akan berbuat demikian. Jasmin yang duduk
di atas katil bersebelahan dengan Adam hanya tersenyum simpul. Sempat dia
mengenyitkan matanya kepada papa Adam menandakan dia senang hati melihat
perubahan mama Leanya.
“What!...,” ujarku
bila Adam dan Jasmin tiba-tiba terdiam.
“Mama Lea...ajak papa
Adam sekali boleh,” ujar Jasmin seraya memandang kearah mama Leanya.
“Erm mesti ke??,”
jawabku tiba-tiba serius.
Adam terasa hati bila
Lea berkata begitu. Namun dia tidak menunjukkannya kepada mereka berdua.
Wajahnya cukup bersahaja bila Lea berkata demikian.
“Oh sorry, papa Adam
lupa.., hari ni papa tak boleh join sebab ada hal,” ujar Adam cuba mencari
helah agar Jasmin tidak berkecil hati. Dia tidak mahu Jasmin tahu mengapa
sebabnya kerana sebelum ini Adam dan Azalea sudah berjanji cuba memberi alasan
agar Jasmin tidak berkecil hati dan menganggap mereka mensia-siakannya.
“But tadi papa Adam
kata boleh..,” jawab Jasmin. Wajahnya berubah sedih.
Aku hanya tersenyum
bila melihat wajah mereka berdua. Aku sengaja hendak mengusik Jasmin dan hendak
menduga Adam. Aku mahu membina kehidupan baru. Aku tidak lagi ragu akan
keikhlasan Adam untuk memperisterikan aku walaupun aku tahu Adam hanya cintakan
Orkid.
“Mama.., please pujuk
papa,” ujar Jasmin lalu menarik lengan mama Leanya.
“Eh tentulah papa Adam
kena ikut, sapa nak jadi banker dan driver kita, mama malas nak drive hari ni,”
ujarku lalu menjeling kearah Adam. Sekali lagi Adam terkejut bila Lea berkata
demikian. Betul apa yang dia dengar? Lea mengajaknya sekali.
“YES!!...Papa you
have to go with us, no more excuses,” ujar Jasmin gembira lalu memeluk Adam
erat. Riang benar hatinya pagi ni. Sebab tu bangun tidur bila mama Lea
mengatakan akan membawanya keluar jalan-jalan dan lunch di di Mcdonald. Dia
terus mandi dan bersiap-siap tidak sabar untuk keluar.
“Thanks,” ujar Adam
perlahan lalu memandang kearah isterinya. Hatinya berbunga riang. Pertama kali
dia keluar bersama sebagai sebuah keluarga dan bukan lagi berpura-pura sepertimana
mereka lakukan sepanjang setahun yang lalu. Mereka hanya mahu masyarakat luar
menganggap mereka adalah keluarga normal sedangkan tidak. Tapi hari ini Adam
dapat merasakan keluarga yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu kini menjadi
kenyataan.
bersambung....
Best!!! Still rasa x puas.... hehe
ReplyDeleteBunga2 cintaa ssdg mekar...baru dpt baca..sungguh teruja..harap2 terus berbaik lea n adam♡♥♡♥♡
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDelete