Sejak dari hari itu Adam seakan
sedar bahawa usahanya untuk mengambil hati aku tidak berhasil kerana aku tidak
mahu dia berbaik sangat dengan aku. Aku tidak mahu terlalu banyak makan budi
Adam. Walaupun lelaki itu ikhlas dan tidak kisah dengan apa yang dia beri atau
buat untuk aku dan Jasmin. Benar kata Orkid, Adam seorang lelaki yang baik.
Tentang itu aku tidak menafikannya.
“Mama Lea, bila kita boleh pergi
jalan-jalan,” ujar Jasmin lalu memandang wajahku. Kaler pensil yang dipegangnya
di letakkan di atas meja. Sudah lama dia tidak keluar berjalan bersama mama Leanya.
Asyik keluar dengan papa Adam sahaja. Bukan dia tidak suka keluar bersama
dengan papa Adam dia suka. Cuma dia hendak juga keluar berjalan dengan mama
Leanya atau keluar bertiga bersama sebagai sebuah keluarga.
Aku menoleh kearah Jasmin. Anak
kecil itu ku pandang dengan belas. Sejak aku mengambil tugas sebagai mama Jasmin
kami jarang sekali keluar bersiar-siar bersama. Aku terlalu sibuk dengan
tugasku hingga tidak punya masa untuk membawa Jasmin keluar berjalan-jalan.
“Sorrylah sayang, mama Lea sibuk
minggu ni, apa kata kita keluar minggu depan, erm kita pergi theme park hendak
tak?,” ujarku seraya menjeling kearah Adam yang sedang leka membaca
suratkhabar.
“Yay…., sayang mama Lea, papa Adam
pun pergi sama kan mama?,” soalnya lagi dengan wajah ceria. Seronok bila mama Leanya
berjanji akan membawanya ke theme park.
“Papa Adam?? mama Lea tak tahu
samada papa Adam sibuk atau tidak minggu depan,” ujarku seraya menoleh kearah Adam.
Terdengar akan perbualan di antara
Lea dengan Jasmin. Adam meletak suratkhabarnya di atas meja.
“Untuk Jasmin, sibuk macamana pun
papa Adam akan luangkan masa,” jawabnya lalu mengukir senyum. Pipi Jasmin di
cubit perlahan. Jasmin turut tersenyum bila Adam berbuat begitu.
Aku menjeling meluat bila Adam
berkata demikian. Sengaja hendak membuatkan aku naik darah. Aku sedar Adam lah
yang banyak meluangkan masa bersama dengan Jasmin. Lagipun Jasmin tidak berapa
rapat denganku. Dia tahu aku tegas orangnya manakala Adam banyak memanjakannya.
“Papa go and change first ok,” ujar
Adam tersenyum lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya kerana ingin
bersiap-siap untuk keluar bersama Jasmin. Bila giliran Adam untuk membawa
Jasmin keluar, aku tidak pernah ikut sama. Aku akan ke gym atau keluar berjalan
sendiri. Biarlah Adam meluangkan masa bersama dengan Jasmin. Kekadang Adam
membawa Jasmin ke rumah mama papanya.
Aku tersentak bila loceng rumah bunyi
bertalu-talu. Aku bangkit dari kerusi lalu menuju kearah tingkap berdekatan. Langsir
ku selak untuk mengetahui siapa yang datang.
“Farah?,” bisikku dalam hati. Dia
dah pulang dari UK?. Macamana dia tahu aku tinggal sini. Ah pasti Farah
mendapat alamat rumahku dari mak long. Aku membuka pintu dan menuju kearah
gate.
“Hi Lea,” ujar gadis tinggi lampai
itu tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah teman baik lamanya Ana.
“Farah bila kau balik dari UK, mana
kau tahu aku tinggal sini?,” ujarku seraya memeluk Farah erat. Kami membalas
pelukan. Rindu kerana sudah lama tidak bertemu. Almaklumlah sudah hampir 3 tahu
Farah berada di UK untuk mendapatkan master.
“Hai, dari mak long kau ler, tak nak
jemput aku masuk ke?,” ujarnya bila kami masih lagi tercegat di depan gate.
“Lupa lah, aku sebenarnya happy
sangat dapat jumpa kau sampai lupa nak jemput kau masuk, masuklah,” pelawaku kami
berdua berjalan perlahan menuju kearah pintu.
“Anak sapa tu Lea,” bisik Farah bila
di lihatnya seorang kanak-kanak kecil perempuan sedang leka bermain dengan anak
patungnya di ruang tamu.
“Hai tak ingat Jasmin, anak sedara
aku,”
“Jasmin...., lah dah besar dia
sekarang,” ujar Farah kurang percaya bila di lihat Jasmin sudah besar. Sewaktu
dia berjumpa dengan Jasmin sebelum dia berangkat ke UK, Jasmin baru berusia 2
tahun.
“Issk kau ni, kau ke UK berapa lama,
tak kan budak itu kecil sahaja,” ujar aku seraya menyenggol lengan Farah. Farah
tersengih bila menyedari kesilapannya.
“Jasmin sini sekejap,” ujarku.
Jasmin yang sedang leka bermain dengan
anak patung Barbienya memandang kearah mama Leanya. Tanpa berlengah lagi dia
menuju kearah mama Lea.
“Ini auntie Farah, kawan Mama Lea
dan mummy Jasmin,” terangku kepada Jasmin.
“Apa khabar auntie?,” ujar Jasmin
menghulur tangannya seraya mencium tangan Farah.
“Baik alhamdulilah, Jasmin tentu tak
ingat auntie kan, masa auntie jumpa Jasmin dulu, Jasmin baru 2 tahun, sorrylah Jasmin,
auntie tak ada buah tangan untuk Jasmin, tak apa nanti kita pergi makan ice
cream ok,” ujar Farah serba salah. Dia tidak teringat langsung hendak membeli
buah tangan. Dia dan Lea kenalan rapat sejak kecil lagi. Rumah mak long Lea dan
Orkid sudah menjadi rumah kedua buatnya. Apa taknya pagi petang siang malam
asyik di rumah mak long. Sebab tu dia dah terbiasa dan tidak teringat untuk
membeli buah tangan.
Wajah Jasmin bercahaya bila Farah
berjanji hendak belanja dia makan ice cream.
“Thanks auntie,” ujar Jasmin seraya
berlari menuju ke biliknya mahu menyimpan anak patung barbienya dan
bersiap-siap untuk keluar.
“Eh kau tak nak makan tengahari kat
sini ke?,” ujarku bila Farah berjanji akan membawa Jasmin keluar. Ingatkan
hendak menyediakan masakan ringkas buat Farah. Hujung minggu begini Mak Limah
balik ke rumahnya di kampung petang minggu baru dia balik ke rumah kami.
Lagipun aku jarang berada di rumah. Adam hujung minggu selalu membawa Jasmin
keluar makan atau bersiar-siar dan aku pula jarang melekat di rumah pada hujung
minggu. So dapur jarang berasap kerana masing-masing makan di luar.
“Aku tengah on diet,” jawab Farah
tersengih seraya mengosok perutnya yang kempis macam papan iron board.
“Yelah tu, habis yang tadi kau janji
nak ajak kita keluar makan ice cream tu diet namanya,” sindirku.
“Aku makan ice-cream yang low fat
dan low segalanya,” ujar Farah seraya ketawa kecil.
“Perangai merepek kau tak sudah, eh kau tunggu
sekejap aku pergi buat air,” ujarku meminta diri untuk ke dapur.
Farah duduk di sofa ruang tamu. Dia
mencapai majalah yang terdapat di atas meja lalu menyelaknya perlahan. Rumah
banglo dua tingkat milik Lea terasa sunyi seketika. Farah tidak menyangka Lea
berjaya mencapai cita-cita untuk mendapatkan rumah besar dan kereta mewah.
Mungkin perniagaan Orkid maju dan mereka mampu untuk membeli rumah sebesar ini.
Farah tersenyum sendiri. Mereka berkawan baik sejak kecil. Orkid dan Lea sudah seperti
keluarganya sendiri. Dia turut menumpang gembira di atas kejayaan Lea dan
Orkid.
Farah tersentak bila mendengar derapan
kaki seseorang menuruni anak tangga. Dia menoleh kearah anak tangga. Seorang
jejaka kacak berseluar jeans dan berkemeja putih lengan panjang sedang menuruni
anak tangga di temani Jasmin. Siapa lelaki kacak itu? Mata Farah tidak berkedip
memandang wajah kacak si jejaka. Hingga Lea kembali dengan hidangan air dan berada
di sebelahnya pun dia tidak sedari.
“Woi, apa yang kau angankan,” sergahku
bila ku lihat Farah kelihatan pelik.
“Siapa that handsome hunk?,” bisik
Farah excited namun dia cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran jejaka kacak
itu. Jejaka yang dimaksudkan tidak perasan akan dirinya kerana sibuk melayan Jasmin
berbual dengannya.
“Oh..., Jasmin punya other guardian,”
ujarku tanpa mengulas panjang. Meluat pula aku bila ramai wanita akan
berperangai pelik bila setiap kali terpandang akan wajah Adam. Apa kacak
sangatkah dia hingga ramai wanita tertarik dengannya.
“Guardian??....explain?,” jawab Farah
matanya tidak lepas dari terus memandang kearah Adam.
“Hei kau ni dah kenapa, macam kat UK
tak ada mat saleh yang handsome atau lebih handsome dari dia,” ujarku bila
Farah seakan sudah anggau macam hendak terkeluar biji matanya memandang Adam
dari tadi.
“He’s gorgeous, so dia tak ada kena
mengena dengan kau lah ni...,” ujar Farah excited ini bermakna dia punya
peluang untuk memikat hati lelaki kacak itu.
Aku tidak menjawab. Aku tahu pasti
Farah sudah terpikat dengan Adam Alfian kalau tidak masakan dia beria-ia ingin
tahu tentang hubunganku dengan Adam. Aku menoleh kearah Adam. Memang tidak
dinafikan Adam sememangnya kacak orangnnya. Kerana itulah aku tidak percaya
akan lelaki yang berwajah kacak seperti Adam. Orang sekacaknya tidak akan dapat
menumpukan perhatiannya pada satu wanita kerana ramai wanita akan menyerahkan
diri padanya. Mataku terpaku kearah dada Adam yang terdedah sejak dari tadi.
Dia hanya menyarungkan kemeja putih tersebut ke badannya tanpa membutangkannya
terlebih dahulu. Cepat-cepat aku menuju kearah Adam yang sedang leka bergurau bermain
kejar-kejar dengan Jasmin. Adam terperanjat bila aku tiba-tiba berada di
depannya dan tanpa berkata apa aku membutangkan kemejanya.
“Lain kali butang baju tu, kan I ada
tetamu,” bisikku marah lalu menjeling Adam.
“Sorry dear, I tak perasan, anyway
thanks,” ujar Adam lalu memegang
tanganku dan tidak mahu melepaskan tanganku. Aku menjegilkan mataku memberi
amaran bahawa perbuatannya itu tidak menyenangku. Aku menarik tanganku kasar. Biar
dia tahu aku tidak suka dengan caranya.
Adam seakan tidak berpuas hati bila aku
berbuat demikian. Dia melintas di depan ku seraya menuju kearah Farah yang
sedang duduk di sofa.
“Hi, I’m Adam and you are?,” ujar Adam seraya menghulurkan
tangannya.
“Farah,” jawab Farah terkejut bila lelaki idamannya berada
di depan mata. Dia menyambut tangan Adam. Adam duduk di sofa berhadapan
dengannya.
“You’re Lea family friend,” soal Adam menganggukkan kepala.
Dia pernah terdengar nama Farah selalu di sebut Orkid sebagai teman rapat
mereka sejak kecil. Inilah kali pertama dia bertemu dengan Farah kerana menurut
Orkid, Farah melanjutkan pelajarannya di UK .
Farah tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
Matanya masih tidak lepas dari terus memandang wajah tampan Adam. Dia
seolah-olah sudah terpukau dengan wajah tampan Adam.
“I tak tahu you kawan rapat Lea, I don’t think Lea
ada mention to you about me, by the way I hendak beritahu you, in case Lea
lupa, I’m her husband,” ujar Adam sengaja berbuat demikian lalu tersenyum
kearah Lea yang berdiri tidak jauh darinya.
“You WHAT??, is this true?,” ujar Farah terperanjat lalu
menoleh kearah Lea. Adam suami Lea? Bila masa Lea berkahwin? Kalau betul Adam
suami Lea kenapa Lea tidak memberitahu aku tadi. Kenapa Lea mengatakan lelaki
itu hanya penjaga Jasmin.
“Ok that’s enough…., Adam please, she didn’t know anything,”
ujarku bila Adam berkata demikian. Aku memang tidak mahu memperkenalkan Adam
sebagai suamiku kepada Farah kerana aku tidak mahu Farah tahu akan rahsia kami.
“Lea, what’s going on? Can someone explain to me what’s
going on here?,” ujar Farah dia kelihatan keliru. Dia memandang kearah Lea
meminta penjelasan.
Aku menjeling kearah Adam bila dia tiba-tiba marah dengan
perlakuan ku. Apa salahkah apa yang aku katakan pada Farah tadi. He’s Jasmin
other guardian. Selama ini Adam ok je bila aku berbuat demikian kenapa tertiba
hari ini dia tersentap. Apa masalah Adam? Perjanjian kami tetap sama. Kita
hanya bergelar suami isteri atas nama sahaja dan tidak lebih dari itu.
“He’s not my husband…., kami hanya husband and wife dalam surat nikah, are you happy now Adam?? you will never be my husband,” jawabku
geram kerana tingkah lakunya tadi, aku terpaksa berbuat demikian. Nah rasakan. Hendak sangat.
Adam benar-benar terkejut dengan
peneranganku. Dia sama sekali tidak menyangka aku sanggup berkata demikian
terutama sekali di hadapan Farah yang hanya di kenali hari ini.
“Oh I’m not your husband fine Lea…fine,”
jawab Adam seraya berlalu menuju kearah porch kereta. Enjin kereta SUV Audi
milik Adam mengaum kuat bila di hidupkan. Kereta Adam meluncur laju keluar dari
porch kami dan laju menuju kearah jalan raya.
“Lea? apa yang berlaku?,” ujar Farah
sebaik sahaja Adam meninggalkan rumah.
Aku terdiam seketika, menyesal dengan
perbuatan ku. Rasa bersalah menyelubungi hatiku. Aku tidak berhak menyakitkan
hati Adam kerana selama ini Adam mengikut rentakku. Aku tidak mahu sebilik
dengannya, dia akur. Aku tidak mahu ada apa-apa urusan dengannya. Dia tidak
membantah. Malah Adam begitu sabar karenah dan perangaiku. Kalau lelaki lain
sudah lama tinggalkan aku. Adam masih boleh bersabar dengan aku, malah Adam
seorang lelaki yang bertanggungjawab. Walaupun aku tidak pernah menganggapnya
sebagai suami namun tanggungjawabnya sebagai seorang suami diuruskan olehnya
dengan baik sekali. Dia memberi aku nafkah setiap bulan untuk perbelanjaanku
dan perbelanjaan kami sekeluarga. Pada awalnya aku tidak mahu menerima nafkah
untuk diriku kerana aku sendiri tidak menjalankan tanggungjawabku sebagai
isteri. Namun Adam tetap berdegil dan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun
ku. Adam lakukan ini semua kerana berasa tanggungjawab untuk menjagaku dan Jasmin.
Semua dia lakukan demi cintanya terhadap Orkid. Cintanya terhadap diri Orkid. Orkid
benar-benar bertuah mendapat lelaki sebaik Adam.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment