Aku duduk sambil merenung kosong ke arah meja di hadapan.
Bunyi bising deringan telefon tidak sedikit pun ku hiraukan. Perasaan yang aku
rasakan sekarang. Kosong. I feel numb sejak beberapa bulan yang lalu. Aku sabar
menanti panggilan dari setiausaha peguam Raihan. Peguam Syariah yang
mengendalikan wasiat Orkid. Aku menerima panggilan telefon dari peguam Orkid
untuk menghadirkan diri di pejabat mereka mengenai wasiat Orkid. Dan menurut
Peguam Raihan, Adam turut akan hadir bersama kerana dalam wasiat Orkid, nama Adam
turut tertulis di dalamnya. Aku tidak peduli tentang Adam kerana dia orang
asing. Dia bukan abang iparku dan dia tidak ada kena mengena dengan hidup aku
dan Jasmin setelah Orkid tiada.
“Encik Raihan ada?,” tegur Adam Alfian sebaik sahaja dia
tiba di meja penyambut tetamu firma guaman Aliff, Raihan & Partners.
Matanya melirik kearah Lea. Lea kelihatan termenung dan tidak menyedari
kehadirannya. Sejak pengembumian arwahyahamah. Lea memberitahunya bahawa dia
tidak memerlukan bantuan darinya lagi kerana mereka bukan keluarga. Tiada sebab
Adam masih meneruskan hubungan dengan Jasmin lagi. Adam terpaksa menurut
kehendak Lea walaupun dia merasa tidak menjadi salah sekiranya dia masih mahu
bertemu dengan Jasmin kerana dia sayangkan Jasmin seperti anaknya sendiri dan
dia ikhlas memberi kasih sayangnya kepada Jasmin. Namun dia turutkan juga
kehendak Lea dan menjauhkan dirinya dari Jasmin.
“Ada, dia akan bertemu dengan Cik Lea dan Encik Adam
Alfian sebentar lagi,” ujar Aisyah penyambut tetamu itu lalu tersenyum.
“Terima kasih,” jawab Adam Alfian lalu duduk di sofa yang
tidak jauh dari Lea duduk. Dia tahu Lea masih lagi bersedih di atas kehilangan
Orkid. Adam Alfian turut bersedih. Kehilangan Orkid masih terasa walaupun sudah
tiga bulan arwahyahamahnya sudah pergi meninggalkan kami. Kalau tidak kerana
kedegilan Orkid sudah lama dia sudah menikahi wanita itu. Dia cintakan wanita
itu tapi dia tidak tahu mengapa Orkid seakan mengelak bila dia mengutarakan
soal kahwin.
“Cik Lea, Encik Adam Alfian, Encik Raihan mahu ketemu,”
ujar Maya setiausaha Raihan. Lea bingkas bangun lalu mengekori Maya menuju
kearah pejabat Raihan diekori Adam Alfian dari belakangnya. Sebaik sahaja pintu
dibuka Maya menunjukkan Lea dan Adam Alfian ke tempat duduk mereka.
“Assalamualaikum, saya pasti cik Lea dan Encik Adam
Alfian sedia maklum kenapa awak berdua di kehendaki menghadiri pejabat saya
hari ini, ini berkenaan dengan surat
wasiat arwahyahamah Orkid. Sebelum arwahyahamah meninggal dia ada bertemu
dengan saya mengenai surat
wasiat. Selain dari wasiat guaman, arwahyahamah ada meninggalkan dua pucuk surat kepada anda berdua,
surat ini di
tulis oleh arwahyahamah sendiri dan saya sendiri tidak tahu akan isi
kandungannya. Arwahyahamah meminta kamu berdua membacanya disini dan saya akan
uruskan pembacaan wasiat ini sebaik sahaja anda habis membacanya,” terang
peguam Raihan begitu tenang dan teratur.
Maya menghampiri Lea lalu menyerahkannya sampul surat berwarna biru yang
tertera nama ‘Azalea’ dihadapannya. Aku menyambut, hatiku merasa sayu bila tiap
kali nama Orkid disebut. Aku tidak menyangka Orkid meninggalkan kami dalam usia
yang muda. Allah lebih menyayanginya. Aku membuka sampul surat itu perlahan. Surat dua lembar itu kubaca dengan wajah tenang.
Assalamualaikum adindaku Azalea,
Terlebih dahulu Orkid
ingin meminta maaf di atas kedatangan surat
ini. Orkid sendiri tidak tahu mengapa hati ini tiba-tiba ingin menulis warkah
buat Lea dan Adam Alfian. Sesungguhnya Orkid tidak tahu mengapa Orkid berbuat
demikian. Lea, hanya Lea dan Jasmin sahaja yang Orkid sayangi selepas arwah
mama dan papa pergi. Orkid tidak pernah mendapat kasih sayang dari bekas suami
Orkid, Farhan. Orkid sedar, Lea yang menjaga Orkid dan Jasmin selepas berpisah
dengan Farhan. Budi baik dan pengorbanan Lea tidak pernah Orkid lupakan. Orkid
berbangga mendapat seorang adik sebaik Lea. Lea begitu ambil berat tentang
kebajikan kami. Tanpa Lea, hidup kami dua beranak tidak bermakna dan tidak bererti.
Orkid sedar Lea tidak berapa setuju bila Orkid berkawan dengan Adam Alfian
kerana Lea khuatir hati Orkid akan terluka sekali lagi. Orkid kenali hati budi Adam
Alfian. Dia seorang jejaka yang baik dan penyayang. Walaupun setelah mengetahui
bahawa Orkid adalah seorang janda beranak satu, layanan Adam Alfian tidak
pernah berubah dia ikhlas mahu memperisterikan Orkid dan menjadi bapa kepada Jasmin,
malah sudah beberapa kali dia cuba
melamar Orkid namun Orkid menolaknya. Orkid tidak tahu kenapa hati ini
berdebar-debar bila setiap kali Adam Alfian mengajukan soal kahwin. Orkid sukakan
Adam Alfian tetapi Orkid belum bersedia untuk hidup bersama dengannya.
Lea, sekiranya Orkid
tiada lagi di dunia ini, Orkid berharap Lea dapat mengasuh dan memelihara Jasmin.
Jasmin tiada sesiapa lagi di dunia
ini melainkan Lea dan Adam Alfian. Orkid berharap Lea dapat menunaikan
hasrat Orkid.
Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan lagi, bila
membaca setiap baris perkataaan tertulis di dalam warkah Orkid. Titisan air
mataku jatuh di atas surat
tersebut. Hatiku benar-benar sebak. Aku menyeka air mataku lalu menyambung
membacanya.
Orkid mahu Lea
mendirikan rumah tangga bersama Adam Alfian. Mungkin permintaan Orkid ini agak keterlaluan
tapi inilah cara yang terbaik buat Jasmine dan Lea. Orkid harap Lea mengerti maksud Orkid. Jasmin perlukan
Adam Alfian. Sepertimana Jasmin perlukan penganti mamanya iaitu auntienya
sendiri. Orkid harap Lea dapat menunaikannya.
Sekian
Wasalam,
Kekandamu
Orkid
Aku melipat kembali
surat Orkid dan menyimpannya semula ke dalam sampul surat. Tisu yang berada di
sebelah kerusiku ku capai sehelai lalu menyapu sisa air mataku.
“Encik Raihan, tiada sesiapa yang berhak
menjaga Jasmin selain dari saya, saya akan menjaga Jasmin, tapi saya tidak
dapat menunaikan hasrat arwahyahamah untuk bernikah dengan Adam Alfian,” jawabku
tenang tetapi tegas. Aku tidak mungkin akan bernikah dengan Adam. Aku tidak
suka lelaki itu apatah lagi cintakan lelaki itu.
Adam di sebelah hanya
mendiamkan diri. Dia sudah pun membaca isi kandungan surat dari arwahyahamah Orkid. Arwahyahamah
Orkid mahu dia mendirikan rumahtangga bersama Lea demi Jasmin. Dia juga tidak
tahu kenapa Orkid membuat permintaan tersebut. Bagaimana jika Lea sudah
mempunyai teman istimewa dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan
hatinya sendiri? Bagi diri Adam, selepas Orkid dia masih belum bersedia untuk
menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita kerana dia masih sayangkan Orkid
dan belum dapat melupakan wanita itu. Adam belum membuat keputusan kerana dia
sendiri tidak menduga dan menyangka bahawa arwahyahamah meminta dia untuk
bernikah dengan adik kembarnya Azalea. Tidakkah Orkid tahu perkara ini adalah
mustahil kerana dia tahu Azalea tidak pernah menyukainya selama ini. Dan dia
sendiri tahu Lea tidak akan bersetuju dengan permintaan arwahyahamah. Maka dia
tidak merasa terperanjat bila Lea mengatakan dia tidak bersetuju kerana dia
sudah menjangka akan jawapan yang akan Lea berikan. Benar, dia sayangkan Jasmin
seperti anaknya sendiri. Tapi dia tidak dapat menjaga Jasmin kerana dia perlu
wanita yang sudi menjadi penganti mama Jasmin yang dapat memberi kasih sayang kepada
Jasmin secukupnya. Sepertimana yang tertulis di surat Orkid, wanita yang sesuai
menjadi penganti mamanya adalah makciknya sendiri Lea.
“Bagaimana dengan
pandangan Encik Adam Alfian sendiri?,” soal Raihan tanpa menjawab soalan Ana.
Adam melirik ke arah
Lea. Azalea tidak menoleh mahupun memandang ke arahnya bila Peguam Raihan
mengajukan soalan itu kepadanya. Adam mendiamkan diri beberapa minit memikirkan
sesuatu.
“Saya bersedia untuk
menunaikan permintaan arwahyahamah kerana saya sayangkan Jasmin seperti anak
saya sendiri,” jawab Adam Alfian tenang lalu menoleh kearah Lea. Dia tahu Lea tidak
akan setuju. Namun dia memberi keputusan begitu kerana dia benar-benar
sayangkan Jasmin dan sanggup berkorban untuk kebahagian Jasmin. Namun begitu keputusan
masih terletak di tangan Lea.
“Are you out of your
freaking mind...!!!!, Don’t tell me you willingly marry me just to make Jasmin happy...,” ujarku
marah lalu memandang tepat ke wajah kacak milik Adam Alfian. Aku tidak merasa segan bertindak sedemikian di hadapan
peguam Raihan.
“Yes, ini permintaan arwahyahamah Orkid, I love her and I
love Jasmin too, Jasmin is like my own daughter,” jawab Adam Alfian tenang lalu
membetulkan kedudukannya. Dia tahu Lea akan melenting bila dia memberi
keputusan sebegitu namun Adam sanggup menghadapinya kerana dia jujur dan ikhlas
untuk menjaga Jasmin.
“Well, Cik Lea, if you tidak bersetuju dengan permintaan arwahyahamah,
arwahyahamah menyatakan di sini untuk memberi hak penjagaan Jasmin kepada
nenekya, dan kenyataannya lagi jika Cik Lea tidak bersetuju bernikah dengan
Encik Adam, Cik Lea di kehendaki bernikah dengan lelaki pilihan Cik Lea sendiri,
kerana menurut wasiat arwahyahamah Cik Lea harus membina keluarga untuk
mendapat hak penjagaan Jasmin sepenuhnya,” terang Encik Raihan lalu merujuk dokumen
yang terdapat di dalam fail arwahyahamah Orkid.
“Nenek dia mak Farhan?...No way, I tidak akan benarkan Jasmin
di bawah jagaan mereka,” bentakku. Aku sama sekali tidak setuju dengan Peguam Raihan
memberi Jasmin kepada mak Farhan. Keluarga Farhan tidak pernah memperdulikan kebajikan Jasmin.
Inikan pula hendak memberi Jasmin di bawah jagaan mereka. Aku tidak akan
benarkan sama sekali. Aku akan menjaga Jasmin sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Jasmin hanya ada aku, ibu saudaranya. Aku yang harus menjaga Jasmin dan bukan
mak Farhan atau Adam.
“Cik Lea dan Encik Adam
Alfian, saya tidak dapat membaca surat wasiat ini selagi tiada kata persetujuan
dari pihak Cik Lea dan Encik Adam Alfian, saya perlu menyediakan dokumen hak
penjagaan Jasmin sebelum meneruskan membaca wasiat, saya beri tempoh selama
seminggu untuk Cik Lea dan Encik Adam Alfian untuk membuat keputusan,” ujar
Peguam Raihan seraya memandang kearah kedua-dua client yang duduk berhadapan
dengannya.
“I’ll guess we have to fix another date, nice to meet you
Mr. Raihan,” ujarku selamba lalu bangun dari tempat dudukku. Tanpa menghiraukan
Adam yang masih berada di tempat duduknya aku sudah membuka pintu untuk keluar
dari bilik Peguam Raihan.
“I think this would be a very difficult task for me,
kalau Cik Lea masih tidak membuat keputusan saya terpaksa menyerahkan Jasmin
kepada Puan Ramlah, iaitu neneknya,” terang Raihan kepada Adam Alfian yang
masih lagi berada di tempat duduknya dan belum bersedia untuk meninggalkan
biliknya.
“I see what I can do, thanks for your time,” jawab Adam
Alfian lalu bersalaman dengan Peguam Raihan. Dia mengatur langkah menuju kearah
pintu. Dia sendiri tidak ada jalan penyelesaiannya kerana keputusan terletak di
tangan Lea. Dia tidak terasa kecil hati mahupun marah kan Lea bila Lea terang-terangan mengaku
bahawa dia tidak mahu bernikah dengannya. Itu bukanlah perkara penting kerana
Adam sendiri tidak pernah terfikir untuk bernikah dengan Lea. Kerana Adam tahu
Lea tidak pernah sukakannya. Apa yang penting baginya sekarang adalah
masa depan Jasmin.
bersambung....
No comments:
Post a Comment