Awal pagi aku bangkit untuk solat subuh bila aku menyedari
tempat disebelah ku kelihatan kosong. Aku mengerutkan dahi merasa pelik. Awal
Adam sudah bangun dan aku tidak sedar dia keluar tadi. Aku malas hendak
memikirkan kemana Adam. Setelah solat dan mandi aku keluar dari bilik menuju
kearah bilik Jasmin yang bertentangan dengan bilik Adam. Pintu ku buka
perlahan. Jasmin sedang lena di buai mimpi. Terlalu awal untuk ku kejutkan Jasmin untuk bersarapan bersama jam baru menunjukkan 6.45pagi. Aku menutup pintunya semula. Aku
menuju ke bilik tamu di sebelah bilik ku. Pintu bilik ku ketuk perlahan.
“Masuk,” ujar Adam dari dalam bilik.
Oh ada sembunyi kat bilik sini
rupanya. Kalau tidak kerana aku terpaksa turun bersamanya untuk bersarapan
pagi. Aku tidak akan mencarinya. Maklumlah mama dan papa, serta mak long dan
pak long masih bermalam di sini. Aku dan Adam terpaksa berlakon di hadapan
mereka selagi mereka berada di sini. Bila mereka pulang sahaja nanti. Kami akan kembali membuat hal masing-masing. Tak apa Lea.
Endure aje dulu.
Aku menolak daun pintu. Adam berdiri
di balcony tanpa menoleh kearah ku. Lelaki itu mengenakan draw strings pants
dan t-shirt putih. Aku datang menghampirinya.
“Nice morning weather..love it,”
ujarku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya. Angin pagi yang begitu nyaman.
Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya di celah-celah awan putih.
“You dapat tidur lenyak semalam?,”
ujar Adam tanpa menoleh kearah Azalea.
“Tak ada orang kacau lenyak lah..,”
jawabku lalu tersenyum.
Adam memusingkan badannya kearah
Azalea lalu tersenyum.
Aku menjeling bila Adam tiba-tiba
tebiat membuahkan senyum pada ku pagi-pagi ni. Apahal?
“You dah kenapa sawan pagi-pagi
lagi,” jawabku malas hendak melayan lorat Adam. Eii..kenapalah aku kena hadap
muka dia siang malam lepas ni. Kalau tidak mengenangkan Jasmin sayang sangat pada papa Adamnya, tak ingin aku
berkahwin dengan Adam.
“You yakin tak orang kacau you
semalam?,” ujar Adam lalu tersenyum.
“You jangan nak macam-macam dengan I
eh Adam..I dah cakap hubungan kita not more than Jasmin guardians, and I want
to keep it that way..fullstop..,” pesanku atau lebih kepada amaran kepada Adam.
“So I tak ada chance untuk buat you,
sukakan I?,” usiknya lagi tanpa menghiraukan amaran Azalea.
“Adammm!!!,” ujarku geram mahu mencubitnya.
Bila pintu bilik terkuak kecil. Kami berdua terperanjat lalu memandang kearah
pintu. Jasmin mengosok matanya perlahan memandang kearah kami yang seperti
hendak berkuntau. Caught-in-action. Aku mahu mencubit Adam manakala dia mahu
mengelak dari terkena cubitan aku.
“Eh..morning sweetheart awal nye
bangun hari ni,” ujar Adam lalu mendekati Jasmin yang terpisat-pisat. Dia
mendukung Jasmin lalu mencium pipinya perlahan.
“Mama Lea dan papa gaduh ke?,” soal
Jasmin lalu memandang ke dua-dua wajah mereka. Tadi semasa dia keluar bilik
terdengar suara mama Leanya kuat menyebut nama papa Adam sebab tu dia buka
pintu ingin tahu apa yang berlaku.
“Eh tak adalah..mana ada, mama
bergurau aje dengan papa Adam, ni tengok ni,” ujarku tersenyum lalu mencubit lengan Adam
sekuat hatiku kerana tadi tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Nah rasakan.
Sakit tak? Aku pantang kalau orang mengusik inilah habuannya untuk orang yang
suka mengusik aku.
Adam cuba menahan rasa sakit bila di
cubit Lea, dia cuba untuk tidak mengerang kesakitan
di hadapan Jasmin.
“Sakit ke mama Lea cubit pa?,” soal
Jasmin bila wajah papa Adamnya kelihatan merah padam bila mama Lea mencubitnya
tadi.
“Eh tak..sedap..nak lagi rasanya,”
jeling Adam pada Lea.
Aku tersenyum puas kerana dapat berbuat demikian. Tak serik-serik Adam ni, masih lagi
hendak menyakat aku. Dia tak tahu ke aku tak suka kan dia. Mana mungkin aku
sukakan dia. Dia dah aku anggap macam abang ipar aku walaupun dia bukan abang
iparku. Eii macamana aku nak explain. Aku tak ada feeling langsung dengan dia
sebab dia bekas kekasih Orkid. Walaupun beza umur kami hanya 5 tahun. Tapi kenapa
dia cuba menambat hati aku?
“Mari mama mandikan Lea lepas tu
kita breakfast sama-sama, semua orang dah tunggu Jasmin,” ujarku lalu mengambil
Jasmin dari Adam. Tanpa menoleh kearah Adam aku membawa Jasmin ke bilikku. Adam
hanya mengeluh berat kerana dia dapat merasakan bahawa tidak mudah untuk
menambat hati Azalea yang keras hati itu.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment