Monday, 14 April 2014

Azalea Orkid - Part 17


Aku tidak dapat melelapkan mata. Walaupun badanku terasa letih namun mataku masih segar bugar. Dari tadi aku resah gelisah. Pusing ke kiri salah. Pusing ke kanan juga salah. Kamar tidur ku yang hanya diterangi lampu sisi ku pandang dengan pandangan kosong. Walaupun kamar ku cantik dan kesemua perabot ku dimport khas dari luar negeri namun tiada bermakna buat diriku. Aku terasa sunyi berada di kamar ini. Ingin sahaja aku mengajak Jasmin tidur bersamaku malam ini agar kamar yang besar ini tidaklah terasa begitu sunyi. Aku sedar kereta Adam tidak berada di porch seperti biasa ini bererti dia masih belum pulang. Aku mengeluh kecil. Mataku melirik ke arah jam di dinding. Jarum jam menunjukan hampir ke 3 pagi. Kemana agaknya Adam pergi? Adam tidak pernah keluar dan pulang hingga ke lewat pagi begini. Malah bila setiap kali dia keluar dia akan pulang sebelum aku pulang. Aku gelisah lagi, hatiku tidak tenteram bila teringatkan Sofie. Ya, Sofie wanita seksi yang ku temui tadi. Wanita itu seolah-olah tidak mahu melepaskan Adam. Siapa yang tidak akan tertarik dengan Adam. Aku sendiri akui bahawa tiada wanita yang tidak akan tertarik pada Adam. Bagaimana pula dengan Adam? Adakah Adam sukakan Sofie? Soalku dalam hati. Tapi Adam tidak berhak berbuat demikian. Aku kan isterinya? Tapi kau pernah berkata bahawa kau tidak ada kena mengena dengannya. Bukankah itu yang kau mahu? Soal hatiku lagi.
 
 

Aku tersentak bila kedengaran derapan kaki seseorang menaiki anak tangga. Aku merasa lega dan yakin Adam sudah pulang. Aku bingkas bangun dari katil lalu membuka pintu berpura-pura mahu menuju ke arah dapur.
 
 

Adam terkejut bila secara tiba-tiba pintu bilik Lea di buka. Dia menoleh kearah Lea dengan wajah hairan. Kemana Lea hendak pergi?
 


“Belum tidur lagi,” tegurnya perlahan.
 


“Nak ke dapur, I’m thirsty, you nak minum ke?,” ujarku mempelawa Adam bertujuan mahu berbual dengan Adam dan aku sebenarnya ingin tahu kemana Adam pergi selepas Zouk.
 
 

“Boleh juga,” jawabnya ringkas lalu mengekori Lea dari belakang menuju kearah dapur.
 


Sebaik sahaja suis lampu dapur di nyalakan Adam duduk di atas kerusi di bar counter. Sementara aku menuju kearah rak mendapatkan 2 cawan mug dan menjerang air di kettle. Sempat mataku menjeling ke arah Adam. Dia kelihatan letih, Adam memejamkan matanya untuk berehat seketika.
 
 

“You nak air apa?,” soalku bila menyedari aku tidak tahu akan air kesukaannya. Isteri apa air kegemaran suami pun aku tidak tahu. Bisik hati kecilku sendiri.
 
 

“Coffee no sugar please, thanks,” ujarnya seraya mengurut kepalanya perlahan untuk melegakan rasa sakit kepalanya.
 
 
"Coffee at this hour?," soalku kerana caffein akan membuatkan Adam berjaga malam. Adam tidak mahu tidurkah?
 
 
"I'll need to finish my work," jawab Adam ringkas tanpa mengulas panjang. Dia sudah berjanji kepada Zack akan submit pelan condominium Anastasia esok.
 
 
 "Really? You tak penat ke?," soalku agak Adam melayan pertanyaanku.
 
 
 "I have to submit the plan tomorrow," jawab Adam lagi.
 


Di fikiran ku penuh sarat dengan pelbagai soalan. Hatiku meronta-ronta ingin tahu kemana Adam pergi selepas Zouk? Adakah dia bersama dengan Sofie sepanjang malam. Kalau ia, kemana mereka pergi dan apa mereka buat bersama?
 
 

“Here’s your coffee,” ujarku lalu meletakkan mug tersebut di hadapannya.
 
 

“Thanks,” jawab Adam ringkas lalu menghirup coffee panas itu perlahan-lahan.
 
 

Aku duduk bersebelahan dengannya. Ini bukanlah kali pertama aku duduk bersebelahan dengannya. Sudah banyak kali. Aku tidak kisah kerana kami hanya berbincang dan berbual selalunya mengenai perkembangan Jasmin samada kami mengendalikan amanah dengan baik. Dalam erti kata lain kami tidak pernah mengambil ringan tentang kebajikan Jasmin. Jasmin sudah seperti anak kami sendiri. Adam pula banyak memberi kerjasama dan bertanggungjawab. Sekiranya aku tidak berkesempatan untuk menghadiri setiap kelas atau activiti kegiatan Jasmin. Dia akan menganti tempatku walaupun dia sibuk bagaimana sekalipun.
 
 

Adam tiba-tiba menarik tangan kananku, matanya melirik kearah tangan ku seperti mencari sesuatu. Dia meletak tanganku kembali setelah apa yang di cari tidak kelihatan.
 


“Cari apa?,” soalku ingin tahu.
 


“Wedding ring,” jawabnya mendatar lalu menghirup coffee yang masih berbaki.
 


Aku menjungkitkan keningku. Aku tidak pernah memakai wedding ring pemberian Adam sejak kami bernikah dahulu. Kalau aku pakai pun hanya untuk menghadiri kenduri kendara keluarga kami, hari-hari biasa aku tidak pernah menyarungnya ke jari.
 
 

Aku melirik kearah tangan kanan Adam. Cincin platinum pemberianku di hari pernikahan tersarung kemas di jari manisnya. Aku sedar Adam tidak pernah lupa memakai cincin itu kemana sahaja dia pergi. Tapi itu haknya. Aku tidak memaksa dia berbuat demikian pun.
 


“Good night..,” ujar Adam tiba-tiba bangun dari bar stool. Dia mencapai kunci kereta dan walletnya lalu menuju kearah anak tangga untuk menuju kearah bilik.
 


Dari expresi wajahnya aku dapat merasakan dia kecewa dengan sikapku kerana tidak memakai cincin yang melambangkan bahawa aku sudah bersuami, berpunya dan dimiliki. Ini membuktikan aku tidak kisah atau tidak berminat langsung tentang perkahwinan kami.
 


“Adam..,”
 
 

Adam berhenti melangkah dan menoleh ke arahku bila aku memanggilnya.
 
 

Berat sungguh mulutku untuk bertanya mengenai Sofie kepadanya. Apa  hubungannya dengan Sofie. Adakah dia benar-benar suka pada Sofie? Tapi sebaliknya aku hanya mampu berkata.
 
 

“Good night Adam,”
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment